Monday, March 5, 2012

Let the Worst Win ; Untuk Smartcamperz

PERHATIAN : Cerita panjang. Baca masa banyak masa dan hati gembira. Sinopsis? Kisah aku teringatkan satu aktiviti bersama Smart Camp lepas tengok show Worst Cooks in America.

******************************************

Memulakan hidup di bahagian selatan Amerika Syarikat (North Carolina), berkongsi rumah dengan gadis baik lagi peramah (sesuai betul lah kan dengan aku yang baik dan peramah juga lalala~), membawa aku kepada menonton televisyen dengan jayanya, lebih-lebih lagi Food Network! Owh, ini sangat bukan aku! Rakan serumah aku dari India, suka memasak dan buat kek. Jadi aku pun TERtengok sekali.

Ada satu rancangan yang menarik, (ya, menarik!) yang aku kenal di sini. Kata lah aku jakun, aku tak kesah. Ini dia, salah satu rancangan realiti. Aku suka! Tadaaa...!




Worst Cooks In America, satu bentuk pertandingan memasak macam Masterchef, ada yang akan disingkirkan setiap episod. Kalau Masterchef disertai orang yang tiada latar belakang ilmu masak-masak tetapi boleh dikatakan pandai masak, atau TopChef disertai chef-chef terkemuka, rancangan Worst Cooks In America disertai oleh tukang-masak-yang-teruk! Tengok promo di bawah;



Tengok rancangan ni, memang terasa aku sangat pandai masak! Sebab diorang memang teruk. Bagusnya rancangan ni, dua chef terkenal tu jadi sifu peserta untuk memastikan, pemenang rancangan ni boleh masak ala hotel! Ya, ala hotel!

Let the worst win!
From zero to hero!

Itulah kata-kata yang melekat kat kepala aku daripada show ni. Dan ini sangat mengingatkan aku kepada salah satu kelab kesayangan aku, kelab Smart Camp (SC)... sebab ada satu aktiviti bersama SC yang tiba-tiba aku terkenang. Apa dia?

**************************************

Sebelum tu, SC ni, satu kelab di Kolej Tuanku Canselor (KTC), salah satu kolej kediaman di UTM Johor Bahru. Masa aku buat degree dulu (2004), aku mula aktif dalam SC, mengendalikan program-program khidmat pendidikan (kem motivasi, kem kepimpinan,kem teknik menjawab soalan peperiksaan) untuk pelajar-pelajar sekolah (UPSR, PMR sehingga SPM). Selain program bersama pelajar sekolah, SC ada program sesama ahli SC untuk mempermantopkan barisan fasilitator. Ya lah, kalau tak mantapkan, tak leh jadi fasilitator lah kan...

*semasa dimanTOPkan*

**************************************

Ada juga rapatkan ukhuwah lagi berjimba-jimbaan (aku tahu perkataan jimba pun daripada kawan SC), macam yang terakhir aku sertai tahun lepas, Kem Pemantapan SC di Tanjung Sedili, Kota Tinggi.

*Ada main pantai*

*Ada makan aiskrim*

*Ada karaoke dengan gang SC.. eh.. salah topik lak*

*Haaa.. ni betul.. ada kerja kumpulan.. perbentangan... *

*Ada tangkap ikan...(buat-buat tangkap ikan)*

*Ada main kad*

*Ada main tidur-tidur*

*Ada pertandingan lompat si katak lompat*


Opsss.. maaf, teruja aku letak gambar-gambar kem kat sini kan, semua aku suka. Sekarang baru aku nak cerita apa kaitan Worst Cooks in America dengan kem ni. Aku teringat satu modul yang dicadangkan oleh Majlis Tertinggi Modul, SC sekarang, Hadi.

*Tu dia.. banyak-banyak gambar, ni satu je gambar dia jelas! Tu pun bukan masa kem, tapi masa barbeque di Balai Cerap, UTM*


*Ada bakar-bakar*

*Ada gambar-gambar*

Tengok! Letak gambar lagi. Ceritanya tak lagi. Aku tak boleh lah, gambar-gambar SC ni semua best! Nak-nak kamera aku kan. Okay, okay...

Aku dulu pun buat modul-modul dalam kelab-kelab ni...dan masih suka buat modul. (Modul tu apa? macam aktiviti-aktiviti yang kita nak beri pengisian la.. tak de lah kuliah atau ceramah je, tu bosan!) Jadi bila hal-hal buat modul ni, aku akan terpandang lebih sikit lah. Kalau menyampah, aku menyampah betul, dan kalau kagum, aku kagum betul. Aku kagum dengan salah satu daripada modul, yang aku sangat boleh kaitkan dengan Worst Cooks In America.

"Dalam kumpulan, diorang perlu buat gaya seorang demi seorang, ikut tugasan yang kita beri. Macam, lakonkan gaya seronok makan aiskrim. Lakonkan gaya, geli tengok cacing..."

Hadi mula mencadang. Aku mula mendengar.

"Lepas tu kita pilih dalam kumpulan tu.. Fasi pilih ke.. ahli undi ke.. tak kesah lah.. siapa yang paling teruk.. lepas beberapa tugasan, dapatlah gaya paling teruk.."

Dalam hati aku, kesianlah budak tu nanti.. dilabelkan, 'teruk'!

"yang paling teruk tu, kita akan panggil ke depan semua orang, dan dorang kena lakonkan tugasan lain.. antara yang teruk-teruk tu, kita undi lagi, siapa yang lagi teruk"

"Motif?" aku tanya. Tapi aku tak ingat jawapan Hadi. Muahahaha.. Mungkin potensi diri katanya.

"Tak ke rasa, kalau dia teruk berlakon, mesti sebab dia malu ke, kadang-kadang jenis pendiam ke.. tiba-tiba kita nak iktiraf dia yang paling teruk.. kesian betul.. moral down nanti budak tu" aku lontarkan kritikan kepada modul. Memang kerja dan hobi aku. Orang puteh kata, provoke. Keh keh keh.

Lepas diam sekejap, dia fikir.. (Ciri-ciri orang genius dan berfikiran terbuka, diaplikasikan Hadi)

"Okay, kita tukar, kita tetap panggil yang paling teruk buat gaya kat depan.. tapi bila kita panggil ke depan tu, kita nak cari, antara diorang, siapa paling bagus....!"

Haaaa.. bunyi macam hebat! Sah, budak Hadi ni genius. Kami bincang lagi, sampai jam 3 pagi.

Esoknya, berlangsunglah modul tu. Memang kelakar lah. Yang sungguh-sungguh sporting buat gaya geli la, takut la, marah la.. (aku pun tak ingat dah). Kreatif dan penuh yakin! Tapi yang malu-malu tu, yang pendiam, yang memang tak reti nak berlakon, terpaksa akur, dilabel sebagai "gaya paling teruk" (kalau aku pun belum tentu mampu buat gaya geli tengok cacing dengan hebatnya)

Bila semua dipanggil ke hadapan, mereka malu, atau tak yakin nak lontarkan gaya slumber. Siap ada yang nangis lagi! Ya, kita kena faham, tak semua orang tak malu macam aku.. eh.. aku malu. Sebab tu aku faham apa diorang rasa. Yang aku kagum, peserta-peserta lain, fasilitator semua, diam, sabar, tunggu mereka bergaya. Dalam hati, "Common babeh, you can do it!" Sunyi sekejap tepi pantai, bagi mereka peluang. Kita bagi Chan! kita bagi Chan!

Mereka kena buat gaya paling menarik atau bersemangat sambil cakap, "Saya sayang Smart Camp!"

Seorang demi seorang cuba puaskan hati peserta yang lain dengan gaya mereka.. sampailah kepada satu peserta ni. Dia cuba 2, 3 kali, tapi peserta yang lain belum puas hati.

Cubaan seterusnya, dia jerit dulu, "korang...!!! tolong support aku tau!!! aku cuba ye.. aku cuba ye..!"

Bayangkan, untuk orang yang dinobatkan sebagai pembuat gaya @ lakon paling teruk, kena buat benda tu dengan sangat baik di hadpapan lebih ramai orang, bukan ahli kumpulan dia saja. Bayangkan.. Bayangkan! Dia jerit minta support... yang lain pun teriak je la.. "Yeah!!!!" Bayangkanlah..! (kenapalah kita tak ada video kan)

"Saya... SAAAAAAYANG Smart Camp...!" Dengan penuh semangat! Dia terus melompat girang, hilang malu semua. Dimata aku, dia HEBAT! Tepukan amat gemuruh.

Inilah modul yang mudah persediaannya, mudah pelaksaannya, tapi hebat impaknya.
Pernah dinobatkan sebagai gaya paling teruk, tapi berjaya buat gaya paling hebat siap lompat girang lagi. Tembok yang mengehadkan kemampuan diri dah pecah. TAHNIAH!

*Ini kan orangnya?*

Tahniah semua, aku belajar sesuatu yang amat besar dalam hidup =) Semoga kita mampu pecahkan tembok-tembok lain. Bukan saja tembok kita, malah tembok kawan-kawan kita. Lets the Worst Win! All the best untuk semua!