Wednesday, May 18, 2016

Ada Bezanya

Ada bezanya,
Orang yang mencari silap, dengan orang yang menegur silap,
Ada bezanya,
Orang yang cakap lepas, dengan orang yang terlepas cakap,
Ada bezanya,
Orang yang banyak membaca, dengan orang yang mencanang bahawa dia banyak membaca,
Ada bezanya,
Orang yang berani marah, dengan berani marah tapi tak berani tunggu respon mereka yang dimarahi,
Ada bezanya,
Orang yang sabar, dengan orang yang zalim kepada diri sendiri,
Ada bezanya,
Orang yang tenang, dengan orang penakut menegakkan kebenaran,
Ada bezanya,
Orang yang tak serius, dengan orang yang suka bergurau dan ceria,
Ada bezanya,
Orang yang serius buat kerja, dengan orang yang bodoh dalam bersuka,
Ada bezanya,
Orang yang malas masuk campur, dengan orang yang pentingkan diri sendiri,
Ada bezanya,
Orang yang aktif persatuan Muslim, dengan orang yang menguruskan persatuan dengan Islam,
Ada bezanya,
Orang yang perjuangkan keadilan, dengan orang yang mempraktikkan kesaksamaan,
Ada bezanya,
Orang yang terlalu menyayang, dengan orang yang melafaz kata sayang,
Ada bezanya,
Orang yang terluka, dengan orang yang tahan pedih luka,
Ada bezanya,
Aku, kau dan dia.

Dah, pergi buka buku Matematik. Buat latihan pembezaan. Sebab, ada bezanya.