Tuesday, March 19, 2013

You Are A Fashion Victim!



“Do not wear same colour from head to toe. For example, your tudung is blue, your dress is blue, your shoes are blue.. and, hey, the handbag also blue? It is too much!”

“If you have printed dress, match it with plain tudung. Do not match print with print”

People talk about fashion and make me sick. I remember when I was younger; I watched some talk shows that have fashion seasons. They have the phrase, “match with same group of colours” (padankan dengan warna sedondon). So if you wear dark red skirt, your blouse or scarf should be lighter red or pink. You cannot match them with blue for example.
*Remembering that three basic colours are red, blue and yellow.


But now, when the fashion experts say, “match solid orange with shocking pink, we call it as colour blocking”, a lot of people who are obsessed with fashion ‘modernization’ will feel very good about themselves when they wear bright colours and match with their contras. They call this as, BRAVE, CONFIDENT and… UP TO DATE.
 

“Last time when I wore green tudung with red blouse you said that they cannot go together very well. Now see, many people follow my style”, once my mom said proudly. 

I watched Nur Kasih drama series before, in 2008. Nur’s best friend (I cannot remember her name) was known to my friends and I as, “the-not-colour-matching-friend” because she always appear with red baju kurung and blue tudung or any colour-mixed outfits. When TV3 plays the Nur Kasih drama series again now, and I watched Nur’s best friend, I feel, “Today, her outfit is acceptable and appreciated”
Done with mixed-colours or match same group of colours outfits. Now, we talked about mixed-prints. On Monday, Wanita Hari Ini, TV3, at 12 noon discusses about fashion. One afternoon they talked about printed pants. Long time ago, I heard, “That guys is wearing printed pants, makes he looks like a man from XXXX” (I don’t want to state what is XXXX in public), and they laugh at that guy. But now, they are promoting printed pants in television! 


And yesterday, Wanita Hari Ini talk about … eerr.. I cannot remember its name but it is the wool jacket print. Now the prints are influencing the dresses, not only jacket that is used to make you feel warmer. To inject Malaysian culture, they show dresses that mixing prints with songket. So, now, where is the rule, DO NOT MIX PRINTS WITH PRINTS?

“Nowadays, western people already mix prints with prints. You can wear your printed pants with printed jacket too”, said a local fashion designer.

What??? You ‘change’ your fashion rules because the western people do that?

Talking about fashion is not a bad habit. But complaining others outfit by saying it is out of trend does not make sense because YOU ARE THE FASHION’S VICTIM! (Hamba fesyen)

I don’t feel like following the trend is bad but it is also not a must. And I feel so bad for you when you need to limit your creativity to mix and match things you have in your wardrobe just because people say this and say that.. . You feel bad about yourselves just because you have no bright colour skirt or printed jacket as most of girls nowadays have. Then you go out by playing safe with your plain outfits and feel unhappy. The most important thing is, why you need to spend a lot of time reading magazines about fashion, watching fashion talk shows and go to a fashion course when at the end of the sessions or the writings, they mention,
“Wear it with confident. As long as we are confident, we can wear anything”

So what? You don’t need fashion knowledge to be in trend. You just need confident for yourself. (The fashion experts must be very angry with me)

*I admit I read @ watch sometimes, and find them as funny. Like, you create a virus because then you can sell the antivirus.

AND AND! And you also need a better choice of words when giving feedbacks to your friends’ outfit because maybe she @ he are showing tomorrow’s style while you are talking like you are an expert but in fact, you are a victim. 

I write this not as an anti-up-to-date-fashion-style person, but I write this to show how funny people are when they do or tell something just because others say that, others rule this and others show those. Do it or talk about it just because YOU WANT TO AND YOU BELIEVE TO. PLEASE, my friends....

*I do appreciate your comments on my outfits or make up, showing that you are care and love me enough, ONLY if you have a good reason behind it. Like, do not wear bright pink lip colour because it make my teeth look yellowish compared to the reddish lip colour. I will not accept your comment if it is “Do not wear bright pink lip colour, because the Revlon’s expert said 2013 need more orange on our faces. Oh my god!!! Let’s go to the shopping mall now!” Aku lempang juga kau laju-laju nanti.

*I do appreciate knowledge @ fashion rules about deciding an outfit that suit your body figure or skin colour. I am a Physicist so I understand about optics illusion. Hahaha…!!!


Thursday, March 7, 2013

Mimpi Indah VS Realiti Tak Pasti



Aku pernah terlalu mencinta. Mudah kulafaz sayang, mudah kuzahir kasih, mudah kukorban semuanya. Seakan tak percaya, pernah kubuang malu kerana merayu jangan tinggalkan aku. Tetapi hidup bahagia selamanya bukan penghabis kisah dia dan aku. Tipu kalau tak pilu. Namun benar aku tak kesal.

Aku belajar, kerana harapan terlalu menggunung, sakit dek jatuh lebih derita.Nasib baik, aku tak terus dilanda lara, ada penyelamat datang menawarkan cinta.

Kali ini kupilih sederhana. Kusambut risikan kasih, walaupun suka belum tersemat dan mahu belum terpahat. Perlahan-lahan kusemai rasa suka, kubaja rasa sayang. Kucuba sederhana zahirkan sayang, tapi malangnyanya dia tak percaya aku berusaha cinta. Kuperam cinta sejati menanti ijab kabul, tapi sayangnya dia ragui aku sedia. Kutarik tak kuat, tak pula kulepas, tapi padahnya dia tak pegang erat tali janji setia. 

Terlalu cinta bawa padah. Namun, sederhana cinta juga bikin susah.

Lalu pendengar setia tawar mengubat luka. Dek jujur bercerita, kukongsi sejarah bersemadi, kuluah takut di hati, kucuba jawab “tak sudi”. Dia keras hati dan terlalu bijak memahami, sabar dia yakinkan aku yang kami mendewasa.  Dia pujuk percaya cinta lagi, dia tebarkan permaidani jelas menuju bahagia. Aku akur, aku cuba lagi.

Setelah rasa serik aku padam, harapan mula kusulam, tiba-tiba dia lelah. Perlahan-lahan dia undur diri, tak mampu komited alasan diberi. Dia akui rasa bersalah tetapi tak mampu berkasih sehingga satu hari nanti.  Aku lupa cara membenci, aku tak terfikir untuk memaki. Mungkin parut dah tebal, maka luka sikit tak rasa sakit. 

Seakan tabah namun keliru dan hati membatu.

Lebih baik kutebar kata sayang walau tiada cinta. 
Lebih bahagia kuangankan kasih yang kutahu mustahil. 
Lebih baik kuleka bercanda buat teman-teman ketawa tak henti. 
Daripada berharap dan mencuba lagi, tiada jaminan dan yakin diri.

Buat apa ditekun dunia serius andai permainan lebih menghiburkan diri?
Buat apa diteliti hidup hakiki andai yang benar selalu menyakiti? 
Buat apa  perlu berhenti berfantasi andai mampu beri bahagia di hati?

Perlukah aku bangun dari mimpi indah untuk menghadapi realiti tak pasti?

*Mode : Aku memang suka berangan, lalalala~

Thursday, February 21, 2013

Tolong Jangan Jadi Orang Ketiga!!!

Aku tahu kau tengah top sekarang. Semua orang suka kau dan nak miliki kau. Kau hot, vogue, macam-macam gaya, macam-macam kepentingan.. Orang yang ambil tahu banyak tentang kau, mengagumi kau dan mendampingi kau memang ramai. Mereka normal. Orang yang tak kesah tentang kau, tak bersama-sama dengan kau macam aku ni yang dipandang pelik. Seolah-olah mendekati kau tu satu kemestian manusia di abad ini. Aku? Minda katak bawah tempurung kononnya.

Walaupun aku tak terlalu mengagungkan kau, aku akui, hari ini aku nak merayu pada kau tentang satu hal dengan sangat rendah diri.
Tolong jangan jadi orang ketiga antara aku dengan dia!
Okay, bukan dia saja. Dia juga. Dia, dia, dan dia. Semua orang-orang yang aku sayang lah senang cerita. Mereka yang aku nak luangkan masa bersama, bersuka ria, berkongsi rasa, luahan hati atau cerita. Aku usahakan masa dan tenaga, tak berkira duit, idea atau kata-kata, untuk mereka, semata-mata percaya dengan membahagiakan mereka akan buat aku pun bahagia. Mereka itulah yang kalau di laman Facebook, orang panggil "FRIENDS", kawan.

Apa? Kau tak buat apa-apa? Kau tak kacau hubungan aku dengan mereka?
Dengar sini, masa aku dengar cerita mereka, aku hadam dengan teliti, aku respon berhati-hati. Nak jaga perasaan kawan adalah aku punya pegangan diri. Tapi bila aku nak bercerita atau bergembira bersama-sama, kau jadi orang ketiga, kau curi perhatian mereka. Kau ingat kau siapa? Tanpa jiwa suci dan akal berisi, kau halang komunikasi, kau ganggu simpati, kau ajak mereka lupa untuk jaga hati. Hati aku lah, jaga hati kau buat apa!??? Kau ada hati ke?

Aku yang terhegeh-hegeh nak bercerita, berkongsi atau bertanya? Sumpah, aku bersumpah, mereka cari aku dulu, bukan aku cari mereka! Okay, ada je hari aku cari mereka dulu. Ada hari mereka, ada hari kita. Bila mereka perlukan aku, aku tolak tepi letih kaki, aku lupakan lelah paru-paru, aku abai berat kelopak mata. Aku jimat-jimat guna tisu sebab nak cukup duit untuk isi petrol kereta tau! Sebab nak jumpa mereka! Hei, aku tak mati lah kalau orang tak dengar cerita aku, aku tak merana lah kalau orang tak tolong selesaikan masalah aku, aku tak terseksa kalau orang abai perasaan aku. ('orang' = mereka yang berkaitan SAHAJA). Tapi yang aku tak puas hati, kawan-kawan aku tu beri perhatian lebih pada kau berbanding aku! Mereka kawan-kawan aku, bukan kawan-kawan kau!!

Ya, kau hebat, kau punca manusia jadi serba tahu, kau sumber manusia serba terhibur, kau penyebab manusia hebat melapor. Tapi kau sedar tak, kau juga punca manusia belajar jadi biadap di zaman peradaban ini! Macam mana?

Contoh, kalau aku tengah cakap dengan Fahrin Ahmad pasal pelamin idaman dan bila Fahrin respon, aku tiba-tiba alihkan padangan mata aku kepada Beto Khusairy, dan bercakap-cakap dengan Beto. Kau nampak tak masalah di situ? Kalau alih mata je mungkin tak cukup biadap. Ni si Beto duduk kat bilik lain. Aku pergi berusaha ke bilik lain nak bercakap-cakap dengan Beto, tanya ada rasa nak bini nombor dua tak? Fahrin terkebil-kebil lah tunggu aku habis cakap dengan Beto. Tapi tak habis-habis. Bila kembali pada Fahrin, aku dah buka cerita lain. Abai respon Fahrin pasal pelamin, terus cerita pasal keropok lekor. Tanpa rasa bersalah, tanpa cakap, "Fahrin, sorry ye, I nak jumpa Beto kejap"

Manusia normal yang beradab sampai hati tak, nak biar Fahrin macam tu? Bukan sekali, tapi berkali-kali? Kalau isu nak tanya Beto memang berkaitan dengan Fahrin pasal pelamin juga, tak apa, kalau isu tak ada kaitan atau tak segera? Aku cuma nak cakap, "Eh, Beto, dah setahun tak borak dengan kau.. apa khabar ye? Ada filem baru?" tak memasal. Tak boleh tunggu Fahrin balik?

Biadap, kurang ajar, tiada sopan, itu kau boleh faham, kan?
Macam tu lah kawan-kawan aku, masa dating dengan aku, tiba-tiba bercakap dengan Beto, mana-mana Beto lah, dengan bantuan kau. Ya, kau!!!!
Kau yang menyebabkan kawan-kawan aku tanpa sedar hilang santun.
Tanpa rasa bersalah hilang adab.
Tanpa mohon maaf, mereka biar aku bercakap dengan bontot diorang.
Semua sebab kau.

Aku merayu.
Tolong jangan jadi orang ketiga lagi, antara aku dengan mereka.
Aku nak marah kau pun, kau bukan makan saman, telinga tak ada, apatah lagi akal dan hati.
Kawan-kawan aku tu lah yang akan jadi mangsa bahasa kesat aku. Mulalah orang kata kat aku, "Dasar orang Melaka!" Memang, aku memang sudi berbahasa kasar, buat apa jaga hati orang yang tak jaga perasaan aku kan.

Paling tak kesat aku boleh bagi,
"Woi, kau nak borak dengan aku ke, nak main FB? Tau lah ada smartphone..."
"Kau nak minum dengan aku ke, nak tunjuk tab kau?"
"Kau nak jumpa aku sebab nak tunjuk sibuknya kau layan panggilan dan mesej dari handphone kau ke?"
"Aku memang jumpa kau untuk tengok kau main game kat handphone kau pun..."

Tolong jangan jarakkan hubungan aku dengan kawan-kawan aku. Tolong jangan pisahkan aku dengan kawan-kawan aku, wahai GADJET.
Apa guna kawan yang sentiasa 'like' tulisan aku, komen di blog aku, BUZZ di YM aku atau apa saja bentuk hubungan atas bantuan KAU, padahal bila tertembung di bumi nyata dia tak tatap mata aku, senyum dengan penuh mahu apatah lagi tanya khabar dan berbual mesra. Kalau TERtembung maka mereka tak sedia menyapa, bagaimana dengan yang duduk semeja makan mee goreng mamak sama-sama tapi mata masing-masing tertumpu kepada KAU? Baik aku order mee goreng, tapau, makan kat rumah seorang diri!

Jika benar aku adalah kawan mereka seperti mereka adalah kawan-kawan aku, pulangkanlah mereka kepada aku. Atau, aku akan redha terpelosok di meja kerja, online di hadapan komputer riba (aku tak ada smartphone atau tab) selalu, biar kawan-kawan aku tahu aku sihat, berjaya, sakit atau mati aku, hanya daripada status Facebook. Jika itu yang kau dan mereka mahu.

Yang Benar,

Aku yang cemburu pada GADJET.

Tuesday, February 19, 2013

Seni Soal Jawab

Dengan Mak;

"Long, kita gerak pukul 2 ye?"
"Habis tu, Mama nak gerak pukul berapa?"
"Long, tak boleh ke kalau kau tak jawab soalan dengan soalan?"
"Eerrr..."

*******************************
Dengan Adik;

"Kau memang tak pernah jawab soalan Long"
"Eh ye ke?"
"Ye, dulu aku pernah kacau masa study.. aku tengok buku Matematik kau, aku tanya..."

"Long, x, y, z ni apa? Aku tau tambah tolak darab bahagi... ni simbol apa?"
"Owh, ko nak guna p, q, r pun boleh..."


"Macam tu kau jawab. Sakit hati je"
"Hahaha..."

******************************
 Dengan bekas pelajar;


"Wah.. dah grad gitu.. tahniah!"
"Thanks Miss!"
"Eh, apa pasal thanks kat aku lak?"
"Miss kan tutor kitorang.. "
"Ala, entah hape-hape je aku ajar korang masa tu"
"Eh, saya ingat sampai sekarang tau apa Miss ajar"
"Apa aku ajar?"
"Labwork, pasal peti sejuk. Sampai sekarang saya ingat sebab Miss suruh saya terang kat kawan saya sampai partner saya boleh terang kat Miss. Selagi dia tak boleh jawab soalan-soalan Miss, kitorang tak boleh keluar lab"
"Laar, ye ke? hahaha..!"


******************************
Dengan junior persatuan;


"Okay, so kita nak buat slot ni macam mana?"
"Kita buat macam Kak Ain buat kat kitorang dulu la"
"Owh, Kak Ain buat kat korang dulu? Macam mana tu? Tak ingat"
"Kak Ain tanya dulu kitorang, Ice Breaking tu apa. Saya pun merepek la jawab macam-macam, Kak Ain layan je dengan soalan-soalan. Last-last baru Kak Ain bagitahu, Ice Breaking tu juga untuk buat peserta seronok, dan rasa nak stay dalam program. Sampai sekarang saya ingat."
"Hahaha, berkesan ek?Aku pun tak ingat apa aku beritahu"
"Saya rasa cara Kak Ain tanya dulu, layan, kemudian baru tambah, berkesan"


*******************************
Dengan whathisname;


"Betul ke nak kahwin dengan saya ni?"
"Dah tu, yang beli barang hantaran semalam tu, nak buat majlis kahwin dengan siapa? Posmen?"


Do I need to change anything?

Sunday, February 3, 2013

Aku Suka Berbual Dengan Tukang Cuci



Setiap kali aku nak ke bilik aku di fakulti, ada seorang makcik tukang cuci ni akan biasanya bertegur-sapa dengan aku.
“Baru sampai?”
Atau,
“Balik dulu makcik..”
Atau,
“Dah makan?”
Agak-agak aku nak menjoyah lebih, aku tanya, “Bual apa tu?” kalau dia tengah berbual dengan tukang cuci lain yang berbangsa India. Makcik tu seorang je berbangsa Melayu dekat kawasan jabatan aku.

Paling seronok bila ada tukang cuci yang tegur baju aku, “Baju baru?” atau, “Cantiknya skirt..” Ha, memang seronok lah aku singgah berbual 3, 4 minit sebelum masuk bilik. 3, 4 minit untuk aku yang tengah terkocoh-kocoh kira lama tau.  Makcik yang selalu bertegur sapa dengan aku tu siap tahu kami ni pergi oversea ke, bila balik Malaysia, siapa pergi mana, semua dia tanya dan dia ingat. Terharu bila pertama kali tertembung dengan dia selepas balik dari US, dia tanya, “Eh, dah balik sini dah?"
 "Rindu saya la tu!"

 Terkini, minggu lepas, makcik tu tanya, “Awak kurang makan ke sekarang?”
“Kenapa makcik?”
“Awak dah kurus”
“Eh ye ke?”
“Betul…!!! Kurus dah ni.. ingatkan kurang makan ke, makan apa-apa ubat ke..”
Tak ke gembira aku sampai seminggu sebab perbualan 2 minit tu. Memang betul, berborak dengan tukang cuci tak pernah tidak menggembirakan aku. 

Aku suka berbual dengan tukang cuci!

 *************************
Tahun 2006, aku menjalani Latihan Industri (LI) selama 10 minggu di tempat kerja pilihan aku untuk melengkapkan perjuangan mendapatkan segulung ijazah. Dah 5 tahun lebih aku dapat ijazah tu, (Ijazah Sarjana Muda Fizik Industri) tapi kisah ni takkan aku lupa sampai bila-bila. 

Aku LI di Hospital Jasin. Selaku pelajar Fizik Industri, tak tercapai dek akal kebanyakan kakitangan hospital, kenapa aku berada di hospital untuk LI.
"Belajar Fizik? Apa awak buat kat hospital ni?"
 
Maka, aku pun down bila mendapat teguran sana-sini berkaitan hal ni.

Namun, sebagai remaja 19 tahun yang masih mentah dengan dunia luar, aku terlalu comel dan naïf untuk menghadapi persoalan yang bertubi-tubi dengan nada sinis mempersoalkan. Aku tambah stress bila aku rasa mereka tak tahu nak bagi aku kerja apa, dan aku bosan. Aku bosan, lalu terasa tindakan yang diambil salah dan benci dengan semua orang di hospital sampai aku SMS seorang pensyarah Bahasa Inggeris, Mr Affandy, di UTM (sebab dialah yang beri nasihat LI yang tukar-tukar unit macam yang aku pilih), beritahu dia, aku putus asa selepas 3 minggu. Aku nak drop LI. Nak buat lain tahun depan.

Dia jawab,
"Be a sponge (bukan spongebob). Ikut persekitaran, cuba bergaul dengan orang lain sebaik-baiknya. Bila kita rasa happy, orang senangi kita, kita senang nak sampaikan idea dan lebih termotivasi untuk terus berusaha habiskan LI, juga masa kerja nanti. Awak boleh mulakan dengan, pergi berborak dengan tukang kebun atau tukang cuci. Kalau tak berjaya, beritahu saya."

Lebih kurang macam tu lah ayatnya. Dan keesokkannya, azam baru aku, nak borak dengan tukang kebun atau tukang cuci.

Okay, aku skip cerita tukang kebun walaupun kisahnya amat menarik. 

Esok, aku cari tukang cuci . Nasib aku malang sebab aku tak tahu bahasa Tamil. Kebanyakan tukang cuci di Hospital Jasin masa tu adalah dari negara India yang tak tahu cakap Melayu. Jadi, aku gunakan kemahiran bahasa tubuh aku. Selepas beberapa kali perbualan singkat, mereka dah tahu tiga perkataan iaitu, makan, belum, sudah, dan kenyang. Sebab bila jumpa je, aku akan tanya, “dah makan?” dengan gaya menyuap oleh tangan. Dan aku ajar sudah atau belum dengan angguk atau geleng. Esoknya, merekanampak aku takkan tanya soalan lain melainkan, “Makan?” dan aku tambah, “dah, kenyang”
Lama-lama kami berbual lama, sampai makcik tukang cuci ada yang bawa muruku khas untuk aku. Terharu okay! 
Siapa kata bahasa penghalang komunikasi insan?

Dan pejam celik pejam celik, aku berjaya selesaikan 10 minggu LI aku, dan aku belajar banyak benda sebab aku bukan saja dapat menyertai unit Kejuruteraan, Makmal dan Radiografi, malah aku dibenarkan bekerja (kerja tak kerja sangatlah…) dengan Unit IT, Unit Rekod, Unit Pentadbiran, Unit Kecemasan, Wad-wad dan kerja-kerja rencam termasuklah buat slide presentation untuk doktor. Semakin hari semakin berguna aku rasa diri ini. Nasib baik aku tak jadi putus asa. Nasib baik titik tolak tak putus asanya adalah, bercakap dengan tukang kebun dan tukang cuci.

Sejak dari itu, aku pegang ketat-ketat, bercakap lah dengan tukang cuci, nescaya aku akan gembira hehehe.. 


***********************

Ada juga seorang tukang cuci, masa zaman aku undergraduate (2004-2007), dia bertugas di kolej kediaman aku dan kawan-kawan. Dia ramah. Paling seronok bila dia bawa kuih koci labu. Pergh! Terbaik. 

Siap pernah datang raya kot.

Aku nak kongsi, satu hari, aku dan kawan aku jumpa dia, beritahu yang kami nak sambung belajar kat luar negara. Apa yang mengharukan ialah, semasa salam, nak babai, dia peluk, nasihat-nasihat dan dia nangis. DIA NANGIS! Aku pun nangis lah =( 
Alamak, tiba-tiba rindu Makcik Midah ni. Mana mau cari dia ni. Huhuhu.. Dia dah tak kerja kat kolej kediaman tu lagi dah.

***********************

Tukang-tukang cuci ni menggembirakan aku. Aku suka berbual dengan tukang cuci =)
Semoga orang lain pun amat suka berbual dengan aku (",)