Monday, November 12, 2018

Pasak Hati. Bab 3 : Lelaki


"Aku suka lah budak tu," tiba-tiba abang sulung Nora, Nordin bersuara. Dia diam, dijelingnya adik perempuan yang tengah susun cawan. Apa guna ada adik perempuan kalau tak dibuli, itu pedoman Nordin.
"Along sukaaaaaa lah budak Haikal tu," Nordin keraskan suara, memancing perhatian. Atau lebih kepada, pengakuan.
"Hisy, Along ni..."
"Apa hisy hisy.. Eleh, tapi sengih..."
Pipi Nora dah merah. Nordin susun ayat untuk terus menyergah.
"Ala, Along, tak ada apa-apa la..." Nora memasang perisai, sebelum kena serang. Cawan dah selamat dalam dulang. Meja kopi dah bersih. Rahsia, dah hampir bocor.
"Along tak cakap apa-apa, pun. Cuma, ya la, untuk adik perempuan Along yang macam singa, kepala batu ni, susah kot lelaki nak dekat. Yang ni, jangan kan dekat, siap boleh buat Angah terdiam lagi..."
Nordin gelak kecil. Nora kerutkan dahi.
"Terdiam? Bila?" terzahir ego gadis pantang diperlekeh itu.
"Ya la, tadi Nora cadang dia apply program summer school tu. Dia jawab, punya la lembut, 'mana boleh... Kan haritu dia nak program Fizik tulen je.. Haikal Fizik industri...'", Nordin mengajuk cakap Haikal. Mencebik. Lalu dia sambung, "Pastu, to my surprise, my sister terus diam, 'oh, ha ah'. Pergh, susah tu nak diamkan adikku sorang ni... Aduuuuuh!"
Jari Nora dah melekat ke lengan Nordin, persis kala jengking kena sawan. Cubit penuh geram.
"Along...!"
"Angah suka dia eh?"
"He is my student lah"
"So?"
"He is respecting me as a lecturer"
"And you are respecting him as a man. Lelaki."
Nordin kenal benar adiknya itu, kalau salah pun tak nak kalah. Maka pelik benar seorang lelaki, pelajar, boleh menang mudah dalam hujah dengan adiknya. Ada sesuatu pada lelaki itu.
"Tak ada apa-apa la, Along"
"Okay, tak ada apa-apa", Nordin berlakon mengalah. Alat kawalan jauh televisyen dicapai. Mata pandang skrin televisyen.
"Along..." Nora bersuara. Nordin sengih, "Apa?"
Nora membuat pengakuan hati dan perasaan. Abang sulungnya yang bermula dengan mod mengusik, dah bertukar kepada mod pendengar, bersedia sebelum berada dalam mod pakar kaunseling.
"Jadi, itulah... Angah rasa keliru, is he sending a signal or Angah je perasan."
"Istikharah lah Angah..."
"Okay, habis period nanti Angah istikharah"
"Ha? Ya Allah ya Tuhanku! Ampunkanlah dosa hambaMu ini! Aku seorang abang yang gagal!"
"Dah Along ni kenapa?" Nora memandang tajam abangnya yang berdrama, siap tadah tangan, berdoa.
"Along seorang abang yang gagal sebab tak ajar adiknya yang, istikharah tu tak semestinya solat istikharah lah! Period pun boleh istikharah"
"Ha? Ye ke? Mana Angah tahu. Selalu orang sebut solat sunat istikharah, solat dua rakaat minta petunjuk."
"Boleh lah doa istikharah."
"Macam mana?"
Nordin ambil telefon pintar, dengan pintarnya mencari bahan bacaan untuk adiknya.
"Nah!" disuakan telefon pintar yang di skrin dah terpapar artikel bertajuk, 'Istikhara: The Prayer of Seeking Guidance'
"Waaaah! Tak sangka, abangku ustaz!"
Nordin sambung tonton televisyen. Nora angkat dulang berisi cawan-cawan dan teko, berlalu ke dapur. Sambil tersengih, Nora ulang tayang kata-kata Nordin, "Along lelaki. I am your brother. I know he is not talking to you as only a student"
"Banyak kali je dia buat Angah terdiam. Baik sebab benda betul, atau sebab saja sakat"
"Exactly! Tadi masa Along nak emel ke emel Yahoo Angah, Angah cakap jarang buka. Dia laju je pangkah Angah, 'tak payah hantar kat emel Yahoo dia, jangan-jangan dia lupa password"
"Hahaha.. Tu la, kurang ajar punya budak"
"Kaaan.. Kira dia power. Baru la Along ada gang nak pangkah Angah!"
Pang!
"Woi! Kalau pemalas basuh cawan, jangan la lepas cawan kat sinki Angah oi!", Nordin teriak dari ruang tamu.
"Mana ada lepas!"
Dinafi kata hati,
Dibuang buaian rasa,
Diramas surat cinta,
Tapi api mustahil tak panas,
Malah kapas tak mungkin keras,
Masakan rindu tak bikin lemas,
Hati itu Dia yang cipta,
Rasa itu Dia yang kurnia,
Namun ujian, tujuan kewujudan,
Bahagia atau hampa, Dia yang tentukan,
Redha menerima, itulah bukti beriman.
"Penting untuk lelaki ada ciri-ciri pemimpin. Sama penting dengan perempuan ada ciri-ciri boleh dipimpin. Lumrah kejadian lelaki dan perempuan, lelaki bahagia mengepalai, perempuan bahagia.." Nordin berhenti. Nora sedang terdiam kagum.
"Bahagia apa Along?"
"Bahagia dikepalai," sampai tangan mencekup kepala adiknya.
"Along!"

Pasak Hati. Bab 2 : Loser atau Juara


"Nora, nak tengok something tak?" Haikal girang, macam jumpa harta karun. Dengan seluar panjang yang dilipat hingga bawah lutut, namun masih basah malah berpasir. Di bibir pantai itu, Nora mengarahkan matanya ke tangan Haikal.
"Apa benda? Buka lah, tutup dengan tangan macam mana Nora nak tengok."
"Tadaaaa....!"
"Aaaaaah!!! Eeee... Eeeee.. Apa tu!"
Nora menjerit, geli geleman, tapi rasa nak tahu yang tinggi buat Nora hanya berlari setempat. Ombak pukul kaki Nora perlahan, air laut nak surut. Farah datang dekat ke arah mereka berdua.
"Haaaa.. Ni lah gamat!"
Haikal suka nature. Di mata Nora, Haikal jejaka kampung yang mengagumkan sebab banyak benda semula jadi yang baru Nora tahu, disebabkan Haikal. Haikal pula terhibur melayan Nora yang tak malu mengaku tak tahu, ikhlas belajar apa saja yang nak dikongsi. Haikal amat hormatkan Nora, yang dikenali melalui sahabat karibnya, Bob.
"Macam mana nak tahu mana depan mana belakang?" soal Nora sambil teragak-agak nak sentuh gamat dengan jari telunjuknya. Haikal yang mengelamun sekejap semasa mengamati wajah putih Nora yang kemerahan dek dipanah matahari di pantai dua hari itu tersedar, menjawab,"Baik-baik, salah picit, nanti dia meletup".
Nora takut. "Takpe, pelan-pelan. Peganglah..." Haikal meyakinkan Nora. Haikal memang selalu menjadi sumber keyakinan Nora. Baik yakin nak sentuh gamat, yakin nak terapung dalam air laut pada hari pertama mereka di situ, sehinggalah kepada meyakinkan Nora dalam perkara-perkara yang lebih besar dan peribadi, seperti perihal Nora dengan bekas tunangnya, Faris.
"Dia salah, dia ingat cerai taklik ke ape. Baru tunang kot." komen Haikal.
"Betul? Semua orang salahkan Nora, Haikal."
"Betul. Nora minta tangguh perkahwinan sebab belajar, bukan saja-saja. 6 bulan je kot."
"Kan...pastu macam nak tunjuk lagak kuasa. Kalau tak kahwin tahun ni, kira putus tunang. Ugut. Takkan Nora nak hidup dengan lelaki macam tu, kan"
"Ya, benda boleh bincang."
Nora tak dapat terima permintaan Faris untuk bernikah pada tahun itu juga, maka Faris menyimpulkan, pertunangan mereka berdua putus.
"So siapa yang putuskan tunang? Nora atau dia?"
"Dia" Haikal tegas. Haikal tahu, perempuan ni kalau mengadu soal hati dan perasaan, mereka tak perlukan rasional, hanya sokongan emosi. Jadi, dia kata A, kau mesti kata A juga. Haaaa. Pakar perempuan Haikal ni. 'Tapi memang Faris salah pun. Hmmm Nora boleh pujuk, kot. Eh takpe lah, baik aku diam', Haikal bercakap dalam hati.
Namun Haikal terdetik rasa ingin tahu. Kenapa Nora kongsikan hal peribadi tu dengan dia? Ah sudah, ada air mata pula tu.
"Tak apa lah, biarlah satu dunia kata Nora yang salah, Nora yang buang Faris. Asalkan Nora tahu Nora tak salah." Nora bersuara nada pasrah.
Perlahan Haikal sambut, "Haikal tahu. Allah tahu"
Haikal bukan lelaki well establised orang kata. Tapi apabila keyakinan, semangat dan sokongan diperlukan, Haikal lancar memimpin perbincangan. Yang takut jadi berani, yang putus asa jadi mahu terus berjuang dan yang terasa dibenci, jadi terasa dihargai.
"Terima kasih, Haikal"
"Sama-sama"
Haikal pernah rasa dirinya seorang anak lelaki yang tak berguna. Hari-hari Haikal dia lalui tanpa ada rasa pencapaian yang nak dirai. Loser kadang-kadang orang kata. Dia tak lah tak happy, tapi, macam tak ada ghairah hidup. Tapi apabila Nora belajar sesuatu dari Haikal, dan 'terima kasih' Nora buat Haikal rasa semakin hari, dia semakin berharga atas muka bumi ini. Dari loser, terasa macam juara.
Berbeza dengan Nora, hidupnya penuh dengan misi. Hari ini nak buat itu, esok nak capai itu, lusa nak siapkan itu dan minggu depan, nak cuba itu. Kalau gagal, Farah pernah label Nora, "Hidup kau ni pantas, Nora. Kau sedih, tak sempat nak sedih lama. Dah sibuk with next missions".
*****
"Nora, kau kan jenis cepat move on. Ni dah 4 bulan kot kau tak jadi dengan mamat tu. Yang kau nak sedih lagi ni kenapa?"
"Kau lah, siapa suruh kau pilih lagu ni. Ni lagu dia suka tau!"
"Wei, aku pun suka Surat Untuk Stellar ni. Aku pulak"
Diam.
"Dah la Nora, bukan jodoh korang."
"Aku tahu aku tak patut sedih. Tapi bukan aku saja-saja nak sedih, Farah. Mungkin sebab aku dah terlanjur... "
Diam.
"Kau dah ter apa, Nora?" bergetar suara Farah. Diteguknya air kosong sebab tekak tiba-tiba rasa berpasir.
"Aku dah bayangkan dan bualkan banyak pasal kehidupan berkahwin dengan dia. Nak duduk rumah macam mana, nak susun masa memasak bila, nak match kan cita-cita kami. We went too far..."
"Oh, terlanjur berangan?"
"Terlanjur merancang..."
Farah hela nafas panjang. Lega. Nora berkerut dahi, memandang Farah yang comel molek, hitam manis tu.
"Farah! Kau fikir aku terlanjur apa tadi?!"
"Hahaha.. Manalah aku tahu. Bahasa kau lah!"
"Aku tahu halal haram lagi la, Farah"
"Ya, ya, aku tahu. Chill..."
'Tak, Farah. Kau tak tahu. Kalaulah kau tahu...'
*****
"Ala, sekejap je dah 3 hari, kena balik dah. Dah isnin!" Bob mengeluh, sambil memasukkan beg pakaian ke dalam kereta.
"Best kan tempat ni, Bob?" Haikal bertanya. Kening diangkat. "Laut kot..."
"Best," Nora menyampuk ceria. "Nanti kita honeymoon kat tempat macam ni ya, Haikal!"
Bulat mata Bob pandang Haikal, memberi maksud, 'eh, korang ada apa-apa ke? Apsal aku tak tahu?'
'Ah, dah mula dah si Nora ni menyakat', di dalam hati Haikal. Di lidah, "Amboi...." Haikal terus menyusun beg, elak bertentang mata baik dengan Bob, mahupun Nora . Nora terus memandang Haikal. 'Comel!'
*****
Hobi menyakat Haikal perlu Nora buang jauh-jauh dah. Haikal dah nak kahwin dengan gadis pilihan emaknya. Farah beritahu, dia dengar Haikal pergi kursus kahwin. 'Alah, aku dulu dah gi kursus kahwin juga. Tak jadi pun kahwin dengan Faris kan', tercetus statement ini dalam fikiran Nora.
"Jadi, bila majlis Haikal dengan perempuan pilihan Mak Haikal tu?", Nora beranikan diri bertanya.
"Entah, malas nak fikir."
'Eh?' Nora menahan diri daripada senyum. Dalam hati, 'Ada harapan ni....'
"Ha, kita nak lunch kat mana ni?" Haikal ubah topik sambil mula memandu.
"Entah, malas nak fikir, hahaha... " Nora usik Haikal.
Haikal membelok.
"Mamak eh?"
"La... Panaslah. Tempat aircond lah. Cair make up."
"Haaa.. Dah tu, pilih tempat makan..."
Nora dah tak boleh fikir nak makan apa, dia cuma berzikir dalam hati, 'Janganlah jadi kahwin dengan perempuan tu, janganlah, janganlah'
******
Di meja makan, Haikal tatap muka Nora, Farah dan Haikal.
"Korang...."
Semua yang tengah bersedia nak main Werewolf pandang Haikal.
Dia sambung, "Aku nikah bulan depan".

Pasak Hati. Bab 1 : Salah Pasak

Pertama kali diterbitan di profil Facebook sendiri Jun lepas. Kalau dah pernah baca, skip saja, tunggu sambungan.... NANTI... (doakan sis cantik istiqamah.. gitu...)

**********************

"Eh, dia yang lelaki. Kita keluarga belah perempuan. Kenapa pula kita yang nak jumpa mak bapak dia dulu?" Nafas Nora terhenti. Kata-kata mati. Jarum saat jam seakan tak bergerak mendengar respon pantas Ayah, meragut rasa terujanya. Suara Ayah tak tinggi, tapi penolakan itu jelas.
"Mak bapak dia lah yang kena jumpa Ayah dan Ibu dulu," sambung Ayah, menolak keras permintaan Nora untuk ke rumah keluarga Haikal. Untuk berkenalan, cadang Haikal.
Rasa teruja Nora sebentar tadi seakan kebahagiaan yang menggabungkan seluruh bahagia dalam dunia. Haaa, punya over teruja. Masakan tidak, lelaki yang sedang diangaukan Nora dilabel Ayah sebagai, 'Bagus, Ayah suka'. Yes! 'Ah, tak mengapa tak mahu ke rumah keluarga Haikal. Sampai masa nanti, tibalah rombongan meminang untuk aku,' Nora mengelamun. Senyum.
"Haikal tak tahu nak cakap dengan Mak macam mana. Kalau Nora atau keluarga Nora bantu cakap, mungkin lagi mudah", Haikal bersuara minggu lepas. Teragak-agak. Takut dan malu.
"Eh, kira macam Nora pulak merisik Haikal ke?" Nora pelik, tapi tersengih mengusik. Nah, orang kalau dah suka, buatlah statement pelik, tak masuk akal tahap langit ke-7 pun, tetap tersengih. Semuanya indah.
"Kalau kita kahwin nanti, Nora kena masak hari-hari ke?" nak sambung sembang punya pasal.
"Eh, mestilah. Kalau tak masak, Haikal keluar rumah, tidur hostel". Nampak macam ugut manja, namun ada nada serius, sepanjang perbualan 'what are you expecting if we get married'. Dalam masa yang sama, mengingatkan kepada sebuah realiti, yang Haikal masih belajar.
"Suka makan mi segera kan kalau tengah malam? I know you love perisa asam laksa!", Nora sambung. "Salah, Haikal suka orang gorengkan nasi di rumah."
Kalaulah Haikal tahu, yang perempuan di hadapan dia tu dah tak kesah kalau kena masak rendang tengah-tengah malam pun untuk suami idamannya tu. "Jadi, Haikal okay tak ni kalau kita kahwin?", Nora tanya terus. Entah dari mana datang keberanian tu. Ke, ketiadaan rasa malu? Ah!
Haikal pandang mata Nora dalam-dalam. Nora yang suka bergurau, malam ni nampak serius. Maknanya selama ni, dia bukan bergurau! Tapi, kerjayanya elok, kewangannya stabil, apalah yang dikejar daripada Haikal yang masih lagi seorang pelajar. Haikal bingung. Nora tersinggung.
"Tak apa Haikal kalau tak nak. Cakap tak nak, tak lah Nora mengharap."
"Nanti Haikal tanya Mak ya"
Selepas tiga bulan, "Nora, Haikal dah tanya Mak, pasal tu."
"Pasal apa?" Nora pura-pura tak faham. Lebih kepada nak pasti.
"Pasal Haikal nak kahwin dengan Nora"
"Oh". Nora berdebar.
"Tak boleh. Mak rupa-rupanya tengah berkenan kat jiran kami, kawan satu sekolah Haikal."
Diam.
"Ni semua salah Ayah! Kalau Ayah setuju untuk kita berkenalan dengan keluarga dia dulu, tentu tak jadi macam ni! Tentu mak dia tak sempat merisik anak jirannya tu!" Nora nak marah Ayah, tapi nasib baik kemarahan tu tak terlafaz, tersimpan dalam hati.
"Nora, kenapa kau nak mamat tu eh?"
"Aku rasa tenang dengan dia"
"Sekarang kau tenang?"
"Sekarang tak lah. Sebab tak dapat dia"
"Kalau orang tu menenangkan, dia sepatutnya menenangkan jiwa kita dalam apa saja keadaan."
Nora tak setuju dengan bebelan Farah, kawan baiknya itu. Farah sambung, "Kau letak hati kau kat mana, kat jantan ke, kat Allah?"
"Wei, agak-agak la kau nak basuh aku pun!"
"Apsal? Sentap? Memang betul kan? Kau mengharap kat mamat tu, lebih tinggi, daripada kau mengharap dan percaya kat Allah. Seolah-olah dia tak ambil kau jadi isteri tu dah terbalikkan dunia kau, sampai kau tak ingat yang dia tak pilih kau tu adalah aturan Allah!"
" Hello, bukan dia tak ambil aku okay. Mak dia! "
"Ah, sama je. Dia boleh defend kau or pujuk mak dia, kan..."
Sunyi. Nora angkat beg tangan, nak pergi dari kafe dengan kopi masih berbaki separuh cawan.
"Nora, kalau kau tak pasak hati kau kat dia kuat sangat, tentu kau tak kecewa teruk macam ni. Yang patut dipasak kuat, Allah, bukan dia. Orang Islam, kalau hati hanya pasak pada Allah, tak kiralah kita hilang apa, kita tak akan sedih. Kau fikirlah balik, kenapa kau sedih."
Salah pasak hati.
Bersambung...

Wednesday, May 18, 2016

Ada Bezanya

Ada bezanya,
Orang yang mencari silap, dengan orang yang menegur silap,
Ada bezanya,
Orang yang cakap lepas, dengan orang yang terlepas cakap,
Ada bezanya,
Orang yang banyak membaca, dengan orang yang mencanang bahawa dia banyak membaca,
Ada bezanya,
Orang yang berani marah, dengan berani marah tapi tak berani tunggu respon mereka yang dimarahi,
Ada bezanya,
Orang yang sabar, dengan orang yang zalim kepada diri sendiri,
Ada bezanya,
Orang yang tenang, dengan orang penakut menegakkan kebenaran,
Ada bezanya,
Orang yang tak serius, dengan orang yang suka bergurau dan ceria,
Ada bezanya,
Orang yang serius buat kerja, dengan orang yang bodoh dalam bersuka,
Ada bezanya,
Orang yang malas masuk campur, dengan orang yang pentingkan diri sendiri,
Ada bezanya,
Orang yang aktif persatuan Muslim, dengan orang yang menguruskan persatuan dengan Islam,
Ada bezanya,
Orang yang perjuangkan keadilan, dengan orang yang mempraktikkan kesaksamaan,
Ada bezanya,
Orang yang terlalu menyayang, dengan orang yang melafaz kata sayang,
Ada bezanya,
Orang yang terluka, dengan orang yang tahan pedih luka,
Ada bezanya,
Aku, kau dan dia.

Dah, pergi buka buku Matematik. Buat latihan pembezaan. Sebab, ada bezanya.

Saturday, January 23, 2016

Misi Mencari Ganti Tok Ketua - Sambungan

Baca Bahagian 1 di sini http://nianeya.blogspot.my/2016/01/misi-mencari-ganti-tok-ketua.html

Hari dah makin gelap. Tok Ketua kelihatan gelisah, orang kampung juga.
"Manalah Adi Putra ni..."

Tiba-tiba orang kampung yang gelisah bertambah bising. "Adi! Adi! Kau okay ke?"
Walau jelas nampak letih, muka dan baju pun comot, Adi tetap senyum manis menyapa orang kampung yang risaukannya.

"Haaa.. Adi, sampai juga kau..." Tok Ketua berkata lega.
"Tok Ketua, wow... wow!"
"Apa yang wow? Apa yang kau nampak?"
"Di kaki gunung saya nampak permandangan yang cantik. Di pertengahan pula saya nampak pokok-pokok yang jarang kita nampak di sini, siap ada helang lagi. Pergh! Style! Tapi bila di puncak gunung..."
Tok Ketua sabar menunggu, Adi ternyata penat, lelah, tetapi matanya merenung jauh ke langit, lalu dengan tenang dia sambung, "Di puncak gunung, saya tak nampak apa-apa."


Tok Ketua tersenyum.
"Di puncak gunung, saya hanya nampak langit yang saaaaaangat luas. Dan saya terfikir, kecilnya saya. Kecilnya saya di puncak gunung ini."

Tok Ketua duduk bersandar. Tok Ketua cakap, "Orang yang sepatutnya menjadi pemimpin ialah orang yang walk the talk. Dia buat, dia rasa sakit, dia rasa payah. Memang dia akan dapat pujian, sanjungan, dan kejayaan yang indah-indah tapi dia juga perlu harungi macam-macam susah."

Mata Tok Ketua perhati luka dan calar balar di kaki dan tangan Adi.

"Dan pemimpin yang lebih hebat ialah pemimpin yang tidak merasa dirinya besar apabila berada di atas, malah sedar betapa kerdilnya diri."

Adi terdiam. Tok Ketua menepuk bahu Adi. Orang kampung bersorak gembira.

*Kau ketua? Kau ingat, kau diva?*



And [mention, O Muhammad], when Abraham was tried by his Lord with commands and he fulfilled them. [ Allah ] said, "Indeed, I will make you a leader for the people." [Abraham] said, "And of my descendants?" [ Allah ] said, "My covenant does not include the wrongdoers." (Qur'an 2:124)




We Love Her!

"I pray, asking for a peaceful death", a Catholic friend of mine told me this last evening, and it really touched my heart. "Wow, you prayer..."
"Alaaaa.. I am old, you are young, that is why I pray like that.."
"But I can die anytime, right?"
Remembering death is not a negative thought, aura or frequency. But it is the biggest motivation for us to live life the fullest.

Other than that, I was interested to further the discussion about an important character in her religion.

"Who are you praying to?"
"Mother Mary"
"Oh, I thought Jesus", I replied, because that was my first time knowing someone pray to Mother Mary.
"We Catholic put Mother Mary at a very high level. That is why. Jesus came through her. So for us, she is very important", my friend explained with her beautiful voice and tone.
And we continued talking about Mary. I am not at the right position to talk about Mary in Christianity, but in summary, I believe Mary is loved by Christians.
 
Friends, do you know that the holy book in Islam, Qur'an, Mary is the only woman mentioned by name in the Quran. It is in Chapter 19, you may refer here. http://quran.com/19 
Yes, it is the same Mary, the mother of Jesus (Nabi Isa).
In Islam,
the mother of Jesus (Nabi Isa), is considered one of the most righteous women. She is mentioned more in the Quran that in the entire New Testament.

You love Mary, I love and admire her too.
The difference is, as a Muslim, I adore her but not worshiping her, because we only worship Allah, the one God, the Creator of you and me.. and the whole universe.
Cheer the similarities, respect the difference.
Persamaan dirai, perbezaan dihormati.

Saya nak lebih fahami kepercayaan saya, saya nak lebih fahami kepercayaan semua. Kenapa?
Tak kenal maka tak cinta, jom lebih kenal, jom bercinta! ;)

Wednesday, January 20, 2016

Misi Mencari Ganti Tok Ketua

Resam seorang pemimpin, satu hari akan berhenti memimpin juga. Hello, nak duduk kat atas lama-lama buat apa? Katakanlah kumpulan manusia yang dipimpin nak sangat dia kekal lalu tidak dia turun dari tampuk kepimpinannya, namun lumrah seorang manusia, hidup di dunia hanya sementara. Ya, pemimpin akan mati juga. Maka sorang pemimpin perlu ada pelapis. Lagipun, beza bos dan pemimpin itu jelas; bos membentuk pekerja, pengikut, tetapi pemimpin membina lebih pemimpin yang lain.

 

Seorang ketua di sebuah kampung yang permai, maju dan disegani, mula mencari penggantinya, pemimpin masa depan. Diumumkan kepada penduduk kampung, "Aku mahu pemuda yang kuat, bijak dan ada ciri-ciri pemimpin." Lalu datanglah kepada ketua yang semakin lanjut usia itu tiga lelaki yang dihormati oleh penduduk kampung.

"Sebelum aku memilih dan melatih salah seorang daripada kamu sebagai pengganti aku, kamu perlu buat satu tugasan. Daki gunung itu, nanti ceritakan kepadaku apa yang kau lihat", sambil tangan yang sudah banyak kedut itu menunding ke arah sebuah gunung tidak jauh dari rumah ketua kampung.

 
*Gunung pertama dan terakhir (setakat ini) yang aku pernah daki, Gunung Sinai, Mesir*

Keesokkan paginya tiga pemuda itu memulakan perjalanan mendaki gunung. Seluruh warga kampung menyaksikan, bermulanya perjalanan bakal ketua baru mereka. "Nanti boleh tulis dalam buku biografi Tok Ketua Muda!"

Terdetik di hati salah seorang daripada tiga pemuda itu, Aaron Aziz, "Saingan aku lebih gagah. Mereka kerja kampung, aku ni peniaga. Fizikal pasti aku kalah, aku mesti bijak." Aaron ambil keputusan untuk hanya pandang-pandang kawasan kaki gunung. "Korang, aku tak jadi panjat gunung ni lah. Aku balik dulu. Korang, chaiyok!"

Aaron tidak hampa dengan keputusannya. Pemandangan sangat cantik. Ada pokok-pokok bunga, suasana segar, ya lah, selama ini dia sibuk dengan perniagaan, jadi sekali sekala menikmati keindahan alam semula jadi di kaki gunung sememangnya menyenangkan. "Okay, aku akan ceritakan keindahan yang aku lihat ini kepada ketua kampung!" Selepas pusing-pusing di kaki gunung, Aaron pun pulang ke rumah Tok Ketua.

"Eh, Aaron, dah sampai! Pantas!", Tok Ketua meletakkan cawan teh yang sedang dipegang, bersedia nak dengar cerita Aaron.
"Heeee.. boleh lah... saya nampak pemandangan yang sangat indah, tak sabar nak cerita kepada Tok Ketua!"
"Oh, haaaa.. apa yang kamu nampak?"

Selepas menceritakan dengan bahasa yang indah persis puisi cinta, ketua kampung menjawab, "Itu hanyalah kaki gunung, Aaron. Kamu tak daki pun gunung tu. Cerita nak gempak." Nada ketua kampung kecewa. Dari berdiri teruja, dia duduk semula di kerusi berehat dengan secawan teh nya tadi yang baru diminum seteguk.

Sementara itu, dua lagi pemuda sedang mendaki gunung tersebut. Mereka sama-sama sado. Namun tiba di pertengahan pendakian, mereka tidak sama kepala. Fahrin Ahmad terfikir, "Haih, penatnya nak daki. Ni kalau aku teruskan ni, mau balik dah malam. Lagipun, dah tengah-tengah gunung ni, mesti apa yang aku nampak di sini lebih kurang saja di puncak." Fahrin buat keputusan untuk patah balik. "Babe, aku turun dululah. Take care!" Pesan Fahrin, lalu terus menuruni gunung.

Tok Ketua sedang menuang teh dari teko ke cawannya. Secawan tadi dah habis diminum. Dan proses penuangan itu terhenti bila kecoh orang kampung bersorak, "Fahrin dah turun!"

"Haaa.. Fahrin, wah, berpeluh-peluh. Apa cerita?"
"Tok, fuh, seronok daki gunung ni, Tok Ketua. Mencabar mental dan fizikal, ditambah dapat tengok pemandangan yang cantik."
"Kamu nampak apa?"
"Pokok-pokok tinggi. Ada burung helang terbang, terasa dekat je. Udara jauh lebih segar. Hijau menenangkan. Pergh, best! Penat tu penat lah, tapi berbaloi, Tok Ketua!"
"Hmmm.. burung helang.. pokok-pokok... kau hanya daki separuh jalan, kan?"

Tok Ketua mula menghirup teh cawan kedua. Muka kecewa tidak, bangga tidak. Fahrin diam dan duduk bersama-sama Aaron dan orang kampung yang lain, di perkarangan rumah Tok Ketua. Sambil berkelah.

Hari dah makin gelap. Tok Ketua kelihatan gelisah, orang kampung juga.
"Manalah Adi Putra ni..."

Bersambung...

*Ini adalah cerita yang pertama kali aku dengar semasa Toastmasters Club Officer Training di Melaka Sabtu lepas. Ucapan penutup ketua Toastmasters Leadership Institute. Aku sangat suka cerita ini, maka aku nak cuba tulis.


Monday, November 30, 2015

Resam Merak Kembang Bulu

Atas kesedaran susah nak cari semula tulisan aku di status Facebook (ke, ada orang tahu cara nak 'search'?), aku rasa aku nak kongsi status-status kesayangan aku di sini, sikit demi sedikit disamping mengkonsistenkan diri untuk menulis (tulis untuk simpan, simpan untuk kongsi, kongsi untuk tulis lagi). Antaranya, puisi yang ala-ala seni dan ada masa ala karte. Nah, ambil satu.

Kau kata merak angkuh dan megah.
Kau fikir merak damba perhatian kau yang murah,
Tapi, jika merak kembang bulu, kau toleh dan senyum.
Jika dia simpan, kau muram kecewa.
Tak cukup hipokrit, kau mengata juga.
Kau kata merak tak terbang, harap cantik saja.
Dah tu, kau boleh terbang? Cantik apa pula yang kau ada?
Merak dicipta begitu, dia syukur dengan bangga.
Resam merak kembang bulu, kau dengki kenapa?
Mari belajar cari beza,
Antara megah dengan yakin,
Antara mengampu dengan memuji,
Cubalah ganti cemburu dengan mengagumi,
Jangan lupa, itu kerja Yang Maha Mencipta.
~Ain Cantik, 18/11/15~

Is Religion Commitment?

SharingForToday#6 : Love vs Commitment.

A man loves a lady, but he doesn't want to marry her (yet) because he is not ready to have commitment.
How will you compare this man with another man who live as a great husband?
Tell me, is love everything you need in a relationship, or will you agree that commitment is the meaning of true love?
Tell me, is believing the only thing you proud of towards your Creator or living the life as a commitment for Him is the meaning of having faith?


Bandingkan, "Saya sayangkan awak, tapi saya tak boleh berkahwin dengan awak sebab saya tak mahu komitmen" dengan "Saya sayangkan awak, sudikah awak menjadi isteri saya?"


Haaaa? Kau Ada Blog?

Dua tiga menjak ini, ada beberapa manusia yang terkejut (tinggi suara dan beliak mata) tanda kurang percaya apabila aku dikaitkan dengan blog. "Haaaa? Kau ada blog?"

Mereka fikir aku banyak bercakap dan mendengar, maknanya aku suka bertentang mata dan bertukar suara, semestinya bertentangan dengan dunia pembaca dan penulis. Respon mereka itulah yang buat aku teringat, "eh, aku ada blog la, jom balik ke dunia tulisan!"

Dan, sah, hampir 10 bulan aku tak jenguk 'writing therapy' aku ni. Fuh, jom buat come back...!


Azam 'come back' kali ini, biar ringkas, asalkan konsisten. Ecewah.

*Kembali mengutip jiwa lama yang tertinggal di celah almari*