Wednesday, December 5, 2012

SHUT UP!

Kindly note your bill amounting to RM XYZ is now overdue. Please remit payment within 10 days to avoid call barring.

Kad prabayar anda akan mula dihadkan esok. Sila isi semula untuk terus menggunakan perkhidmatan kami. (Lebih kurang ayatnya).

When will you make payment to renew your membership?

Sorry. Insufficient amount.

Error.

Please send your progress report in 10 days.
 
"How's your PhD?"

"Ain, boleh tolong? Kalau tak leh tolong, tak apa.. Kami cari jalan lain..."

"Tu la, dulu masa dengan ex kau.. kau....."

"Owh, aku tak leh tolong kau lah.. sebab aku nak XXXX... " (padahal aku abaikan kepentingan diri sendiri yang XXXX, YYY, dan ZZZZ dulu masa dia minta tolong aku..)

Kepada telefon bimbit, mesin, emel dan manusia yang prihatin, aku nak beritahu, aku tak nak baca dan dengar ayat-ayat di atas. Lebih baik kamu semua tikam aku berkali-kali daripada bagi ayat-ayat di atas.. Eh, astagfirullahal'azim... Melampau.. Tukar.. Tukar.. Lebih baik kamu semua tanya aku, bila nak kahwin, berapa berat badan, kenapa ada kulit kering di hidung atau kenapa slipar tak match dengan baju.. Aku lebih rela! Lebih baik kamu semua beritahu aku, sebenarnya dragon ball ada 7 biji, anaconda tak ada kena mengena dengan Ana Rafali atau burung kasawari boleh benamkan kepalanya ke dalam tanah. Aku lebih gembira!

Aku lebih bahagia kalau ada orang tanya, "I have extra money, do you want it?" Selepas tu, apa yang aku buat ialah :

1- Aku bayar apa yang perlu.
2- Aku upah orang jadi Pembantu Peribadi aku
3- Aku tak akan abaikan mana-mana soalan atau makluman lagi selepas itu. Aku akan senyum semanis kurma dan jawab sebaik-baik bahasa kepada semua pelaku. Aku janji.

Call me materialistic, I don't mind. I lost nothing, and earn nothing because of you, you and you.. For now, SHUT UP!

*Sila bayangkan aku dalam keadaan geram sangat tapi muka masih kekal cantik dan anggun. Supaya kamu semua tak gerun sangat. Zzzzzz....

*Sila jangan rasa pedas kalau tak makan cili. Jangan tanya, "Aku ke?"