Friday, January 28, 2011

Dari Buku How To Get A PhD ke Buku-buku Dr Ridzwan


Setelah setahun setengah berehat dan berasa 'selesa' dengan kelulusan pendidikan yang ada; akhirnya sekarang aku pun berazam hendak set kepala otak aku bahawa "aku adalah student PhD"- Kenapa perlu setahun setengah? I know myself better ;)

Sebagai alat membakar semangat diri; atas cadangan beberapa macam suara; aku pun sekarang memiliki satu salinan buku How To Get A PhD (beberapa bulan sebelum ini sebenarnya)- Macam mana aku dapat buku ni; malas aku cerita- Hehehe--

Lepas baca beberapa muka surat daripada buku ni; aku rasa banyak juga isi yang menarik- Antaranya ialah dalam tajuk "The psychology of being a research student", ada sebut yang kebiasaannya seseorang pelajar baru peringkat PhD masuk universiti dengan mengenali diri sendiri sebagai seorang yang pernah berjaya, ada kepandaian tertentu dan berkelayakan- Kan? Kan? Bukan semua orang dapat buat PhD kan? Tapi sekejap saja selepas mendaftar dia akan hilang keyakinan diri dan mula mempersoalkan self-image dia- Ada satu jangka masa dia ragu-ragu dengan kemampuan dan keputusan diri sendiri serta penuh dengan soalan-soalan- Bak ayat aku pada seorang pensyarah beberapa hari lepas; "saya terasa saya bodoh sekarang ni"-

Jangka masa tu akan berakhir- Dan hasilnya; seorang Dr (falsafah) berjaya akan ada identiti baru; sebagai seorang yang profesional; mampu mencabar idea dia dengan sesiapa sahaja tanpa mengira status; yakin dengan ilmunya tanpa melupakan had-had yang ada- Dia juga tanpa segan silu bertanya untuk dapatkan pengetahuan tentang sesuatu yang dia tidak tahu tanpa pura-pura; malah tidak takut dikata orang sebagai bodoh- Kata buku tu-

Tapi momentum membaca buku aku ni macam ala-ala ombak- Ada masa naik ada masa turun- Sehinggalah sampai aku terjumpa satu buku lain di kedai MPH sebab diperkenalkan oleh Shikin-

"Dia ni buat PhD part time- Dia cerita macam mana dia boleh nak buat PhD- Persediaan-persediaan dia untuk buat PhD- Dan cerita dia semasa buat PhD"

'Dia' yang dimaksudkan ialah penulis buku ini- Aku dengar Shikin cerita dan aku belek sikit-sikit buku ni-

"'Ala- aku ingat aku nak jadi orang pertama yang buat buku Bahasa Melayu tentang travelog PhD aku (betul ke penggunaan perkataan 'travelog' tu ye?); ale-ale da ada orang buat pulak" Tak memasal aku terfikir macam tu- Cewah- Bak kata Lala; "veranganssss"

Nak beli; tapi malas nak beli- Beli ke tak; beli ke tak-- Sampailah pada suatu hari; aku singgah ke blog penulis buku Bila Pintu Hati Terbuka (klik untuk tengok blog) untuk pertama kalinya-

Apa yang menarik perhatian aku; bila aku baca kat sebelah kanan blog tu; ada tulis yang kita boleh pesan terus daripada penulis melalui emel siap dengan autograf! Aku tak pernah pun ada buku dengan autograf penulis; tapi tak tau kenapa kali ni aku teruja semacam dan aku pun nak- Okay; aku dah semak semula blog tersebut beberapa saat yang lepas sebelum menaip ayat ini dan tawaran autograf tu sudah tidak dipaparkan- Hehehe-- Nasib lah ye =p

Aku sebenarnya rasa nak scan atau ambil gambar autograf dan ucapan dari penulis dalam buku yang aku beli tu; tapi rasa macam berlagak pula (aku cerita kat blog ni tak rasa berlagak pula kan hehehe)- Owh; disebabkan aku tempah buku tu melalui emel kepada penulis; rasa macam lebih berbaloi kalau aku tempah sekali buku penulis tersebut yang satu lagi iaitu Haji Muda-

Buku Haji Muda ni menjadi buku-bedtime-story-aku- Aku rasa ini adalah tahap tertinggi bagi buku-buku aku; kiranya kalau buku tu berada di sebelah bantal untuk aku tidur di malam hari; ala-ala book-in-focus untuk minggu tersebut-

Haji Muda menceritakan tentang pengalaman penulis mengerjakan haji pada usia muda (bawah 40 tahun)- Okay; untuk orang kita yang memang dah ada rezeki berada dekat dengan tanah Arab; dah mengerjakan haji pada usia 20-an tu tak yah la nak bandingkan perkataan 'muda' di situ kan- Tapi buku ni mengupas persoalan menunaikan haji pada usia lebih muda daripada yang dirancang oleh kebanyakan orang lain iaitu selepas usia pencen; tunggu kerjaya atau keluarga stabil (bila nak stabil tu entah lah) dan macam-macam lagi kengkangan lain macam nak enjoy dulu la; tak sampai seru la- (sebenarnya mak pun terasa nyah!)- Pengalaman semasa haji- Dan sekarang aku dah sampai bab terakhir; iaitu bab pasca haji-

Nanti aku tambah antara isi menarik dalam kedua-dua buku Dr Ridzwan tu ya- Ditambah dengan alkisah lain antara aku dengan penulis- Cewah-

Malam ni nak tengok teater puisi tari "Primodona... Perahu Mimpi"- Owh yeah!





Monday, January 24, 2011

Hopeless kata...


**dengan tambahan gambar di hujung post**

Lagu di radio berkumandang.
Tapi aku tak nyanyi sama macam kebiasaan.
Sebab hidung aku gatal, mata pun gatal... Selang beberapa minit aku bersin.
Tak berbual dengan kawan yang duduk di sebelah. Mood tiada, fikiran menerawang.
Ya.. menerawang fikir apa aku tak ingat. Lagu di radio nyanyian siapa pun aku tak ingat. Yang aku ingat kawan di sebelah tiba-tiba menjerit, "Ain..! Breeeekkkkk!!!"

Buuummm..!!!!!

Aku rasa aku tak bernafas.
Aku tak dengar bunyi radio walaupun aku tak off kan lagi.
Tindakan paling pantas aku buat ialah tekan butang lampu 'hazard'.

Aku tarik nafas. Okay, paru-paru aku berfungsi.
Aku buka pintu di sebelah kanan, melepaskan stereng yang aku pegang selepas tarik handbreak dan gear ditukar kepada P.

"Awak tak nampak ke kereta depan tu berhenti?"
"Saya minta maaf pakcik"
"Awak nampak tak lampu break saya?"
"Saya minta maaf pakcik, saya tau salah saya"
"Awak belajar memandu kat mana ni?"
"Err.. saya tak ingat lah pakcik, 4 5 tahun lepas..."
"Awak belajar memandu kat mana ni? Mana lesen awak?"

Dengan cubaan bertenang aku cari lesen dan bagi kepada lelaki itu, mangsa-langgar-tak-lari aku.
"Awak belajar memandu kat mana ni, sampai tak tahu jarak selamat kereta?"
"Saya tak ingat pakcik.."
Aku memang betul-betul tak ingat nama sekolah memandu aku.
"Awak tak nampak ke saya break. Kereta depan tu break. Kenapa awak tak break...."
"Salah saya pakcik, saya minta maaf pakcik"

Pagi jumaat, 22 Januari 2011, dah lama aku tak rasa perasaan itu. Kena marah dengan orang sambil rasa hopeless.

Pakcik tu ambil lesen aku, aku masuk balik dalam kereta, aku tanya kawan yang duduk kat sebelah aku, masih setia memerhati dengan tenang (aku rasa dia tenang).

"Apa aku kena buat sekarang ye?"
Aku memang tak tahu nak buat apa. Dah la takut, terkejut, kena marah pulak tu...
"Kau tepon bapak kau..", dia mencadang.
Dalam hati aku, takkan nak tepon Papa, takut dia risau.. Haritu member accident tak tepon bapak dia pun.. Dia tepon abang dia.. Hurmm... Owh.. aku tak de abang.. ok ok.. aku tepon Papa..

"Pa.. Ain accident, Ain langgar kereta orang.. takde apa-apa sangat.. Ain nak kena buat apa ya? Tepon polis dulu ek?"

Aku tak ingat Papa mulakan dengan perkataan apa, sebab pakcik si mangsa-langgar-tak-lari aku tu terus bercakap dan bercakap... Dengan bunyi bising kenderaan-kenderaan lain di atas jalan raya lagi, memang menguji kesabaran dan ketenangan aku. Ditambah dengan tiba-tiba ada seorang lelaki dewasa berbangsa Cina terpacak depan aku. Menawarkan diri untuk uruskan segala macam hal seperti ambil gambar kereta, panggil towing, hantar bengkel.. uruskan insurans.. Woi.. diam boleh tak..!!

Aku matikan talian telefon.

"Kenapa awak tak break? Awak tak nampak ke saya berhenti? Berapa jarak kereta awak tadi?"

Pakcik!!!!! Dalam hati je la aku jerit. Depan-depan, semestinya tidak... hopeless kata...


*********************************

"Okay, dokumen semua dah cukup, nanti saya akan call cik Ain untuk sign form claim insurans ya.."
"Okay.. bila tu.."
"Lepas siap form tu ya.."
"Owh.. okay.."
"Hurm.. kereta nak repair.. plus insurans semua tu.. ambil masa dalam sebulan juga tau cik Ain.."
"Ha??? Ala.. tak leh cepat lagi ke..."
Sambil buat muka konon comel, dia buat muka hopeless juga...

Bersambung....


Kereta pakcik mangsa-langgar-tak-lari

Kereta orang yang kena marah.. hopeless kata..

Thursday, January 6, 2011

Saya nak kencing--

"eh! awak buat apa tu!!!???"
Cikgu teriak dalam kelas-

"saya nak kencing--"
Seorang pelajar lelaki darjah 1 memandang cikgu dengan muka tak bersalah-

"pakai balik seluar awak tu-- buka seluar kat tandas--"
Cikgu menghampiri pelajar tersebut sambil melihat pelajar perempuan lain ada yang senyum-senyum malu-malu-

"tapi mak saya kata kena buka seluar dalam bilik---"

*********************

Tengahari semalam aku senak perut ketawa dengar cerita Cikgu Afla; kawan Lala--- Kalau aku jadi cikgu sekolah rendah; nak-nak darjah 1; mau aku pitam!

Haaa-- mak-mak pesan apa tu kat anak?
Sumber gambar : Google