Tuesday, August 31, 2010

Tengok tak Friendster Papa?


"Ain tengok tak gambar yang papa upload kat Friendster tu?"

"Errr gambar apa?"
"Gambar kitorang berniaga"
"ooo belum tengok" dalam hati; glup; dah lama aku tak buka Friendster sebenarnya:
"Tengok nanti; dalam album bersama artis tu tau"
"Okay"

Daripada nak ajar dia guna Facebook pula; kira okay lah tu; dia ada Friendster: hehehe: Nanti-nanti kita buat tutorial Facebook ye; papa?

Maka aku pun menjengahlah Friendster aku;


Eh; ada lagi! Tapi kenapa dah tak de gambar pisang ni? Sepatutnya template Friendster aku ada gambar pisang tau: Hmmm warna pisang je tinggal:

Ni pula ruangan komen; yang kalau di alam Facebook kita panggil sebagai Wall: Last comment approved 6 Ogos 2009 tu: Punyalah alam Friendster telah diganti dengan alam Facebook kan: Maksud aku; alam siber; laman sosial orang kata: Jangan sebutlah Hi5; Myspace; Tagged dan blah blah blah: Aku memang tak amik pot:

Owh; bercakap pasal punca utama aku buka Friendster; iaitu bapak aku; akaun bapak aku tu aku yang buatkan dengan tujuan untuk senang dia nak tengok gambar-gambar aku dan aku tengok gambar-gambar terbaru keluarga aku semasa aku di perantauan dulu: Pergh perantauan tu: Senang: Daripada nak send file ikut YM atau print gambar dan post; baik upload je dan boleh tengok bila-bila kita suka kan:

Haaa; ini antara satu lagi hal yang aku rindu: Blog pertama aku: Lebih buat aku teramat panik bila aku klik segala post di situ; error! Alamak! Aku dah tak dapat access blog aku yang satu ni ke: Mak! Huhuhu:

Agak kuciwa lagi gurindam jiwa lah: Dah tahap redha dah: Cuba lagi: Cuba lagi: Daaaaaaannn cuba lagi selepas 30 minit mungkin:

Taadaaaaaaaa


Lega: Dapat tengok blog yang aku tulis tanpa fikir panjang: Hanya fikir nak menulis; dan menulis: Masa zaman menulis di blog yang ini; aku bukan lagi rajin baca blog orang: Boleh dikatakan buka internet tu hanya untuk tujuan belajar; menonton drama bersiri dan filem; dan chatting: Owh satu lagi; call orang guna VOIP: Istilah blogwalking lagi lah tak pernah dengar: Tak pernah pun fikir nak jadi blogger: Tak pernah pun melabel perbuatan aku sebagai blogging: Tak pernah:

Hmmm; malaslah nak tulis lagi: Aku rasa nak masuk semula dalam bangunan Kraftangan KL ni; sebab kat luar ni aku kena gigit nyamuk: Nanti-nantilah sambung:

** Tulisan paling gedik aku rasa;
http://ayen-usen.blog.friendster.com/2008/03/satu-malam-jer/
zaman muda-muda lah katakan:






Monday, August 23, 2010

Ada Saiz

Dengan RM 20 dalam tangan, nak juga berjalan-jalan pada petang Ahad. Yang penting keluar dari rumah. Maka niat diteruskan dengan berlegar-legar di Plaza Angsana.

Belum masuk tempat parking lagi, aku nampak LAUTAN kereta dan manusia di sekitar Plaza Angsana. Takpe, bukan nak shopping barang dapur yang memerlukan keefisyenan yang tinggi. Kata sekadar keluar dari rumah kan. Maka kami redah. Kami merujuk kepada aku dan Zafran, bukan cerita Kami.

Aku malas nak cerita banyak, printed materials 'hadiah' seorang pensyarah pun tak habis study lagi. Cukup aku ceritakan satu tema.

"Kak, masuk kak, tengok kak, design baru kak.."
Kami masuk dan terus membelek-belek baju siap jahit, berbatu-batan, bersulam-sulim (rosak bahasa, rosak, jangan tiru)
"Cantik kan yang ini.."
Kami berbincang sesama sendiri.
"Kak, tengok ya kak, saiz ada kak..."

Apa..!? Ada aku tanya kau ke tidak pasal saiz? Ada aku nak sangat baju kat kedai kau ni sampai aku sangat risau ada saiz aku atau tak? Hisy, bulan puasa, sabar, sabar...

Di booth baju raya yang dah tak terkira banyaknya, kami terus membelek, dengan perut kosong, bukti kami berpuasa =p

"Dik, tengok dik, cari warna apa dik..?"
"Tak tau lagi lah, tengok-tengok dulu.."
"Okay, takpe.. tengok lah.. saiz ada.."

Hoi! Lagi sekali! Cis!

Aku dah pening, sebab sesak, ramai orang dan tak tahu nak baju macam mana. Ya, memang RM 20 dalam tangan tak cukup, tapi at least nak rasa yakin dengan design idaman kononnya. Tapi pening itu bertambah pening, rasa macam kurang excited bila sekali lagi dengar,
"... ada saiz dik.."


******************************

Operasi bergayut di malam hari, atas tilam nipis, dalam bilik di rumah sewa, aku bercerita.

"Ma, tadi kan, masuk kedai-kedai, tengok-tengok fesyen baju raya, survey harga.. ada banyak kedai.. Ain belum tanya apa-apa lagi dia dah cakap.. saiz ada kak.. saiz ada dik.. entah hape-hape.. "

Kak Yati menjawab dengan tenang, tak macam Pakcik Husein yang mentertawakan aku,

"Long, kau tu kira bagus lah dia kata ada saiz.. aku ni, tak de orang kedai pun panggil aku.. Mesti diorang tak de baju saiz aku. Jadi nak pelawa aku masuk kedai dia pun dia tak berani.. Kira baguslah dia panggil kau daripada tak panggil langsung macam aku, Long... "

Hmm.. betul jugak..

Wednesday, August 4, 2010

Entry wif gambar!

Bismillah:::

Entry wif gambar! Ya; aku tahu bahawa tajuk post kali ini sangat rosak bahasanya hehehe: Bukan selalu =P

Satu pagi yang boleh tahan cerah cuacanya; dan boleh tahan ceria perasaan aku; berjalan-jalan tak jauh mana; sekadar kawasan UTM -- tasik UTM; wujudlah beberapa hasil:

From Writing-Therapy

From Writing-Therapy

From Writing-Therapy

Tempat yang lebih mengujakan ialah bila tengok gelagat makhluk-makhluk Tuhan di dalam kandang ini:

From Writing-Therapy

From Writing-Therapy

From Writing-Therapy
Subhannallah:: Comel-comelnya mata:::

From Writing-Therapy


Paling menarik bila ketua kumpulan ini (aku rasa si rusa ini ketua sebab dia seekor sahaja yang ada tanduk panjang macam tu) beraksi; macam nak tunjukkan yang "lihatlah tanduk cantik aku; akulah hero di kampung dusun ini"

From Writing-Therapy
"dah lah wei:: blah lah cepat:: kacau je aku dan anak-anak buah aku nak makan:::"

**Boleh tahan tegar juga aku guna punctuation yang tak patut sebab noktah; koma; dan tanda soal yang sakit pada keyboard aku ni kan:: huhuhu:::