aku yakin aku cantik, tidak fikir celaan orang, bukan bibir sebab tertarik, tapi apa kata dikarang. Bismillah, aku pun mengarang.
Tuesday, August 31, 2010
Tengok tak Friendster Papa?
"Ain tengok tak gambar yang papa upload kat Friendster tu?"
"Errr gambar apa?"
"Gambar kitorang berniaga"
"ooo belum tengok" dalam hati; glup; dah lama aku tak buka Friendster sebenarnya:
"Tengok nanti; dalam album bersama artis tu tau"
"Okay"
Daripada nak ajar dia guna Facebook pula; kira okay lah tu; dia ada Friendster: hehehe: Nanti-nanti kita buat tutorial Facebook ye; papa?
Maka aku pun menjengahlah Friendster aku;
Eh; ada lagi! Tapi kenapa dah tak de gambar pisang ni? Sepatutnya template Friendster aku ada gambar pisang tau: Hmmm warna pisang je tinggal:
Ni pula ruangan komen; yang kalau di alam Facebook kita panggil sebagai Wall: Last comment approved 6 Ogos 2009 tu: Punyalah alam Friendster telah diganti dengan alam Facebook kan: Maksud aku; alam siber; laman sosial orang kata: Jangan sebutlah Hi5; Myspace; Tagged dan blah blah blah: Aku memang tak amik pot:
Owh; bercakap pasal punca utama aku buka Friendster; iaitu bapak aku; akaun bapak aku tu aku yang buatkan dengan tujuan untuk senang dia nak tengok gambar-gambar aku dan aku tengok gambar-gambar terbaru keluarga aku semasa aku di perantauan dulu: Pergh perantauan tu: Senang: Daripada nak send file ikut YM atau print gambar dan post; baik upload je dan boleh tengok bila-bila kita suka kan:
Haaa; ini antara satu lagi hal yang aku rindu: Blog pertama aku: Lebih buat aku teramat panik bila aku klik segala post di situ; error! Alamak! Aku dah tak dapat access blog aku yang satu ni ke: Mak! Huhuhu:
Agak kuciwa lagi gurindam jiwa lah: Dah tahap redha dah: Cuba lagi: Cuba lagi: Daaaaaaannn cuba lagi selepas 30 minit mungkin:
Taadaaaaaaaa
Lega: Dapat tengok blog yang aku tulis tanpa fikir panjang: Hanya fikir nak menulis; dan menulis: Masa zaman menulis di blog yang ini; aku bukan lagi rajin baca blog orang: Boleh dikatakan buka internet tu hanya untuk tujuan belajar; menonton drama bersiri dan filem; dan chatting: Owh satu lagi; call orang guna VOIP: Istilah blogwalking lagi lah tak pernah dengar: Tak pernah pun fikir nak jadi blogger: Tak pernah pun melabel perbuatan aku sebagai blogging: Tak pernah:
Hmmm; malaslah nak tulis lagi: Aku rasa nak masuk semula dalam bangunan Kraftangan KL ni; sebab kat luar ni aku kena gigit nyamuk: Nanti-nantilah sambung:
** Tulisan paling gedik aku rasa;
http://ayen-usen.blog.friendster.com/2008/03/satu-malam-jer/
zaman muda-muda lah katakan:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
keep blogging..=)
ko mengingatkan aku pade friendster aku.. kalau tak aku mmg tak hengat langsung kewujudan fs...
eh; halawa; thanks:
ha ah lala; bapak aku la yg ingatkan aku jugak: huhu; laman sosial pertama aku tu; kene la kenang gak: (knon antik)
Post a Comment