Tuesday, September 7, 2010

Lelaki Ini vs Sebenarnya Along Sayang

Tanggalkan jam tangan paling nipis aku pernah pakai, aku pun nak mulakan penceritaan hari akhir aku bekerja di bulan Ramadhan tahun ini. Akhirlah, sebab esok pagi-pagi nak gerak ke Melaka dah.. Balik kampooonnnggg...!!! (Aku bukan main rasa syok kan, padahal mak bapak tengah nervous sungguh, takut tempahan songkok tak sempat siap... common babeh.. common.. you can do it!)

Pagi tadi, dengan sistematiknya, aku menyelesaikan baju-baju kotor untuk dibersihkan sehinggalah dihanger kemas supaya kering sebelum malam ini. Kononnya aku dah cukup efisyen, tapi rupa-rupanya aku agak terkedek-kedek, sehinggakan aku keluar rumah jam 8.50 pagi lebih kurang. Takpe, tenang. Bukan ada labwork nak jaga pun pagi ni, student kan dah cuti. Tapi kalau ada labwork pun, apa ada hal, pembantu makmal kan ada. Jangan tak tahu, kerjasama sangat erat antara pembantu makmal dengan tutor tau, baik punya kawtim. Owh, satu lagi, student nervous kalau aku datang tegur diorang buat labwork awal-awal, nak nak yang masuk lab baru nak baca manual. (yang baca-baca, tapi tak faham, lepas tu tanya aku soalan senang-senang, memanglah..haih...!) Maka, aku biar student tenang-tenang dulu sambil aku cari modal nak goreng apa. Huh, punya bersungguh nak bela diri akibat TERlewat sampai ke tempat kerja kan... Takpe, aku tahu maksud gaji buta dengan gaji celik.

Sampai di simpang ke Taman U dan UTM, aku teringat buku Slow Light yang aku fotostat (jangan tiru aksi ini jika anda ada RM 500++ untuk sebuah buku) di Taman U, yang sepatutnya aku ambil Sabtu lepas tapi aku tak ambil sebab aku lepak di Simpang Renggam, rumah Lala. Punya gelabah sambil memandu cari nombor telefon kedai tu sebelum aku perlu buat keputusan untuk belok kiri jika ke UTM atau kanan ke Taman U.

"Hello, kedai fotostat Lily?"
"Ye..."
"Saya nak tau dah buka ke belum la kedai ni.. nak ambil buku yang saya fotostat"
"Dah bukak dah, kalau tak macam mana saya boleh jawab call"

Eerrr.. okay, aku belok kanan. Dapat buku, puas hati. Yang paling penting, dapat duit kecil sebab aku bayar guna RM 50 sekeping, sangat berguna untuk tujuan Aidilfitri bila nak beri angpau duit raya, tapi tak mampu nak beri RM50. Baru-baru balik oversea boleh la RM 50 Maklong.. hehehe..

Dengan gembira aku pusing kereta sesuka hati sebab Taman U lengang, tak perlu gusar nak keluar simpang semua. Sesenang hati itu jugalah aku pergi singgah Avon beli stokin. Tak memasal. Dan sesenang hati itulah aku pi layan lagu Anuar Zain kat HotFM...

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu

Chop....!!!! Jangan kau suka lagu ni! Ni lagu lelaki yang over nak sampaikan rasa cinta... Konon...!!! Blah ar..! Ops.... Tiba-tiba emo..

Ain, abaikan.. Kesian kan lagu mantap-mantap, tapi dibenci.. hahaha.. Lagu ni lah yang pernah aku post dalam blog aku masa kat Friendster dulu, tapi dalam keadaan gedik mengada-ngada. Maklumlah, zaman fikir bahagia yang nampak pada mata kasar je lah katakan, menyampah pula pada diri sendiri.. Tapi tak pe, ada hikmah, pengajaran untuk semua pihak, moga-moga...

Bercakap pasal blog aku di Friendster, ada satu post yang aku baca semula, aku touching tak memasal. Kata blog syok sendiri kan. Post tu aku taip dengan harapan dan anggapan manusia yang terlibat dalam tulisan tu tak baca sampai bila-bila. Ala-ala diari gitu.

Tajuk : Sebenarnya Along Sayang Iqa dan Apit (boleh klik kalau nak baca)

Lama-lama, macam aku cerita dalam post sebelum ni, aku buatkan bapak aku akaun Friendster.. seterusnya.. haaa.. blog aku tu pun dapatlah di-akses tanpa aku sedar.

"Long, aku nangis baca blog ko pasal aku dengan Apit" tulis Iqa semasa chatting dengan aku yang berada dalam bilik di Dom Stundenski Zaczek, Ul. eerr.. Ul (Jalan) apa ek asrama aku tu? uhuhuhu, Warsaw.

Errr.. okay, aku tak ingat apa aku jawab Iqa.. yang pastinya, aku malas nak layan dia hahaha.. Dah la berada di kejauhan masa tu.

Motif penulisan? Lebih baik kenangkan isu macam dalam post yang aku tulis pasal adik-adik aku ni daripada kenangkan isu macam nak emo dengan lagu Lelaki ini nyanyi Anuar Zain tu, kan? Okay, sebenarnya tak lah emo sangat pun dengan lagu tu. Tapi tipulah kalau aku tak ingat langsung. Cumanya ada banyak lagi perkara lain yang best dan wajar dikenang. Maka buat apa nak down tak habis-habis untuk hal yang tak berapa nak penting kan? okay, itu peringatan untuk diri sendiri.

Motif seterusnya, aku rasa ada kepuasan tersendiri lah menulis blog yang peribadi (private, orang lain tak boleh baca) Sama dengan diari lah kan padahal.. Hmmm... *thinking*

Okay, jom jenguk laporan labwork students ni sekejap, sebelum teman Lala usha handbag kejap lagi...

2 comments:

lala said...

yen, umah kite ul. woloska la... hahah...

ayen =D said...

hahaha.. ha ah, ul woloska.. penat aku pk td.. maceh2..