Wednesday, December 30, 2009

Bukan Goodies Bag Biasa

Assalammua'laikum warahmatullah..

Aku telah dengan jayanya, memiliki satu hari cuti kecemasan. Emergency leave..! yeah! Satu pencapaian..! hahaha..

Ye lah, masa aku student, aku bukan jenis yang kehadiran 100%. Dari sekolah, sampailah ke universiti. Senang-senang je aku boleh berkata pada mak, kawan, atau dalam hati "malas lah nak ke kelas hari ni". Tapi bila dah bukan student, bekerja, walaupun selantang mana aku bersuara, "malasnye...!!!!", aku tetap kena pergi kerja.. huhu.. Walaupun terpaksa melangkah keluar rumah dengan lemah longlai, tiada semangat dan kurang efisyen. Huh. Maka, aku tegaskan di sini, bahawa Emergency Leave isnin lepas adalah satu kejayaan! ;)

(ini tolak kes yang aku benar-benar gembira pergi kerja tau...)

Macam-macam aku boleh buat hari tu. Malah dalam keadaan tenang, tanpa keterpaksaan. Suri rumah sepenuh masa. Salah satu aktiviti yang aku buat ialah, mengemas 'goodies bag' yang aku dapat sempena perjalanan memenuhi undangan walimatul urus Kak Eni dan Atok di Sg Siput, belas-belas Disember yang lepas.. Owh yeah..

Ini bukan 'goodies bag' biasa tau.. Lain dari yang lain. Sebab aku beli. hahaha.. TETAPI, aku tak kan dapat beli kalau tak pergi kenduri itu. Maka, kira goodies bag lah kan. Aku beli..

Tadaa....!!


Hahaha.. tinggal bekas aje.. sebab aku lupa nak ambil gambar sebelum bekas itu dikosongkan.. Kenapa aku kosongkan? Sebab aku nak pindahkan KAKTUS COMEL itu ke dalam pasu yang lebih selesa dan mewah.. cewah.. Kertas surat khabar tu punya tajuk macam best.. Guna hobi untuk..? untuk be happy!! (errr.. hobi kah?)

Ini tanahnya, beli di Melaka...

Cara-cara untuk menukar pasu itu.. haa.. bentang surat khabar supaya lantai tidak kotor. Nak-nak, kepada orang yang malas menutup aurat untuk buat kerja-kerja ini di luar rumah. Maka, haruslah menjaga kebersihan lantai dalam rumahnya. Sebelum apa-apa, jangan lupa basahkan tanah dalam pasu asal.. Supaya, tanah jadi lembut, senang nak keluarkan pokok tanpa kekejungan, kejutan atau kecederaan. PENTING sekali, kertas surat khabar yang boleh digunakan sebagai pengalas ketika memegang kaktus, yang berduri halus. Pergh.. Kalau masuk bawah kulit dan tak keluar lagi, memang ************. Lepas tu, letak sikit tanah baru dalam pasu baru.. dah ada sikit, baru letak pokok dengan tanah dari pasu asal..

Sesi cuba jaya, untuk melihat padanan yang sesuai dalam satu-satu pasu. Ada 7 bangsa pokok, nak letak dalam 3 pasu baru.. haaa.. soalan KBKK.. Hasilnya..




Alkisah.. Goodies bag tersebut telah cantik tersusun di luar bilik aku...


Sekarang, yang mana nak letak kat meja ofis, mana nak letak kat meja di rumah sewa.. hmm..

Wednesday, December 16, 2009

Biadap dan dengki bukan jalannya

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammu'alaikum..

Di pagi hari pertengahan minggu ini, hari Rabu, macam-macam kerja ada dalam kepala. Kerja yang gagal disiapkan pada hari yang diharap dan juga kerja yang perlu diselesaikan sebelum cuti di hujung minggu. Namun, disebalik kesibukan tersebut, ada perbuatan yang kadang-kadang manusia lakukan kerana terlupa bahawa ianya mampu mengguris hati dan perasaan orang lain. Malah lebih buruk lagi, menjadikan jalan manusia untuk mendekati Allah 'jam' dek perbuatan tersebut.

Pagi ini saja, dalam kepala aku ada dua perbuatan sedemikian. Tidaklah memberi impak negatif yang amat besar. Tetapi aku harap dapat aku jadikan iktibar, agar aku tak ulang perbuatan tersebut. Kenapa? Supaya orang lain tidak rasa apa yang aku rasa (negatif) sebagai pendengar/pemerhati.

Serius, kalau sebeginilah rupa bentuk penulisan dalam satu-satu buku, aku mungkin tak habis baca. Hahaha.. Giler boring..

Okay.. sambung...

Seingat aku, seseorang pernah bercerita/aku pernah baca tentang sikap Rasulullah saw ketika berbicara dengan orang lain. Kalau salah cerita ini, harap diperbetulkan. Yang aku dengar/tahu, Rasulullah akan memandang tepat kepada orang yang sedang bercakap dengan Baginda. Kalau dipanggil dari belakang sekalipun, Rasulullah akan berhenti dan memalingkan badannya, menghadap si pemanggil. Aku sangat ingat cerita ini sehingga memberi perubahan yang besar dalam hidup aku. Aku sangat menitikberatkan soal memaling badan dan muka ke arah orang yang bercakap dengan aku. Contoh, kalau aku duduk atas kerusi di pejabat, aku akan pastikan aku memusingkan kerusi ke arah tetamu/rakan sekerja/sepejabat yang bercakap dengan aku. Malah, kalau aku sangat sibuk, perlu menghadap komputer aku (walaupun cuma mata aku), melihat skrin telefon bimbit aku, aku tetap akan cakap "wei, sorri ye, aku terpaksa tengok laptop ni kejap.." atau "ko kesah tak aku jawab sms semasa ko bercerita? sebab aku kene jawab urgent ni.. kalau tak, tunggu 5 minit ye.." Okaylah.. maybe ada pengecualian untuk beberapa kes.

Bagi aku, itu adalah satu bentuk penghormatan, penghargaan.

Ada sesiapa yang tidak setuju dengan sikap sopan ini? Ada sesiapa yang tidak setuju bahawa lawan kepada sikap ini adalah biadap? Lawan kepada sikap ini, contohnya ialah.. Orang panggil dia, dia "ummpph.." je, sambil terus mengketik laptop. Atau, orang tegur dan tanya dia sambil dia berjalan, dan dia terus berjalan.. membelakangkan orang yang menegur.. dan menjawab.. Pasti lah suaranya semakin perlahan kedengaran atas faktor jarak dan membelakangkan kan. So, ni nak jawab ke tak ni. Ini, untuk kes pertanyaan sopan lah. Kalau mamat-mamat bersepah yang cuba kacau-kacau tu lain lah. Haa.. mamat-mamat bersepah. So, kalau kita treat orang macam tu, macam kita anggap kawan kita (kalau kawan la.. kalau adik, adik.. kalau makcik, makcik) tu mamat-mamat bersepah je kan. Haih.. Biadap!

Perbuatan kedua.. dengki.
Dengki ni bukan semudah yang dilihat dari mata kasar sahaja. Tengok ketam nak panjat keluar bakul, ketam yang lain dok kait dari bawah. Itu dengki si ketam. Manusia?
Aku nak fokuskan tentang dengki dengan kelebihan dan kemurahan rezeki orang lain. Sebab baru-baru ini juga ada berlaku. Orang-orang mempersoalkan tentang betapa mudahnya seseorang itu mendapat satu-satu rezeki. Mempersoalkan tu, sangatlah bukan macam caring. Kalau caring, awat tanya pasal orang tu dari orang lain kan? Iaitu aku. Dah tu, tanya,
"eh, betul ke dia dapat *****?"
"dia dah ada &&&&& ke?" &&&&& ialah salah satu syarat untuk dapat *****.
"eh, cepat ek dia dapat &&&&&"
"I dulu, benda tu lambat.. bahagian admin simpan sampai seminggu.. si fulan itu slow.."
Aku jawablah,
"ala.. dia pergi follow up selalu, rajin-rajin.. dapatlah cepat siap.. agak-agak si fulan sibuk, dia yang tolong. Sebab kalau cepat, dia jugak yang dapat ***** cepat"
Lepas tu terus lagi tanya macam-macam, soal macam-macam. Dan ditutup dengan alasan kenapa-tanya-macam-macam dengan alasan yang telah aku ketahui pagi tadi bahawa alasan itu tak logik sama sekali!
Maka.. apa tujuan tanya macam-macam tu?
Dengki dengan kemudahan dan kemurahan rezeki orang ke?
Apa kita dapat kalau kita dengki?
Tak boleh ke kita terima kemudahan dan kemurahan rezeki orang tu sebagai tanda Allah maha Pemurah?
Tak boleh ke kita tengok hal itu untuk muhasabah diri kita, kenapa kita tak dapat?
Tak boleh ke kita tak sangka bukan-bukan perkara yang tak logik, dengan mempersoalkan cara-cara orang dapat kemudahan dan rezeki itu?
Ini orang yang bersuara dengan aku. Yang cakap belakang?

Kalaulah orang yang tahu situasi ini, dan komen pada aku "ala ain, mungkin orang tu tanya-tanya je, bukan dengki.." Maka, sudi aku katakan, "aku harap engkau betul. tapi harapan aku itu tipis. aku tak nak pastikan harapan itu menjadi atau tidak. takut aku terbenci orang"

Sekadar peringatan.

Ain, ingatlah..
bahawa Biadap dan Dengki itu, bukan jalan mendekati Allah.
Dan Ain, ingatlah, tujuan hidup ni memang satu tu je.. Nak cari jalan 'ke' Allah.
So..

Lu pk la sendiri..

Assalammu'alaikum..

Monday, December 14, 2009

....................

Juz wanna share something..
Thanks kak...!

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...
Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah...
Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah...
Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t....

Agar tunduk disaat yang lain angkuh...
Agar teguh disaat yang lain runtuh...
Agar tegar disaat yang lain terlempar

Friday, December 11, 2009

Pentingkah bercerita masalah?

Orang yang kenal aku, sangat percaya aku banyak cakap, banyak cerita, atau dalam bahasa lainnya, sangat mak bedah, mak joyah, mak kiah, mak pe'ah dan sebagainya.. (hanya maksud tersirat, tiada kena mengena dengan nama watak sebenar). Okay, tolak ketepi cara orang yang baru kenal aku atau baru berbual 30 minit dengan aku. Sebab kebanyakannya rasa aku serius, terutama mereka yang berniaga dan aku klien mereka. Maka aku rasa aku sangat boleh menjiwai pekerjaan yang bernama, 'co-pilot'. Tak kiralah driver (biasanya kereta lah, bukan kapal terbang) suka atau tak, tapi aku rasa sangat bertanggungjawab men-joyah-kan diri untuk jawatan co-pilot. Mungkin sebab role model aku ialah kak Yati (aka mama, aka co-pilot papa).

Kak Yati juga pernah komen beritahu,
"dak Iqa tu, kalau ambil dia balik dari asrama ke rumah, bercerita je sepanjang jalan. kalau hantar balik asrama, diam pulak.."
"oo.. ain?"
"engkau tu pergi balik bercerita je sepanjang jalan!"

Aku rasa, talking is a very good therapy.

But I think, now, aku kurang dah menjalani terapi itu.

Dan yang paling ketara, bercakap tentang masalah adalah yang saaaannngaaat sudah berkurang.

Sebab aku rasa, masa sangat selalu mencemburui aku. Ada banyak lagi perkara yang perlu/boleh aku buat selain daripada bercerita tentang masalah aku. Sehinggakan aku menipu beberapa kali bila ditanya, "ada masalah ke?" dan aku jawab, "tak de" padahal dalam kepala aku pada masa-masa itu sememangnya masalah-masalah. Sebab? Aku nak buat kerja lain.

Tapi, boleh ke aku buat kerja lain tu?
Padahal dalam kepala berpuntal-puntal dek masalah? Masalah matematik boleh diselesaikan dengan persamaan. Masalah simulation boleh diselesaikan dengan modeling. Masalah design boleh diselesaikan dengan mencari contoh dan editting. Masalah kewangan boleh diselesaikan dengan menunggu gaji masuk atau telefon papa mama. Masalah kurang tidur boleh diselesaikan dengan mencari bantal dan selimut. Ni masalah-masalah lain ni.. Apo den nak buek ni?

Dulu, tindakan pertama, adalah bercerita..
Bercakap...
Kenapa?

Sebab bila bercerita, mungkin (kebiasaannya) orang yang mendengar mampu memandang daripada satu sudut perspektif yang berbeza, yang boleh mengubah rasa sedih kepada tenang, rasa marah kepada kesian dan rasa kecil hati kepada hati kering. Sebab bila ada masalah, emosi menguasai. Dan lebih teruk, syaitan menguasai. Maka pertimbangan dan penilaian biasanya bias dan tidak tepat. Boleh jadi juga, selepas bercerita, ada penyelesaian yang mampu dilihat.. aaarrgghhh.. aku bukan nak tulis tentang teori blah blah blah.. Aku bukan nak buat PhD dalam bidang Psikologi remaja.. hehehe..

Tetapi,

Sekarang aku rasa aku bermasalah untuk bercerita tentang masalah.. dan masalah yang tidak diceritakan itu tidak dapat selesai..

Maka, post ini berhenti di sini...

Wassalam..

Thursday, December 10, 2009

Masalah adalah 'seorang' Kawan


Masalah.. masalah.. masalah..!

Tak habis-habis dengan masalah..!

Sila baca intro di atas dengan nada penuh emosi

TETAPI

Ada satu lagu yang beremosi sama, tetapi melodinya beremosi comel dan indah. ahaaa.. comel comel..
Lagu itu sangat aku dan Husni suka semasa pertama kali kami mendengarnya di satu kedai dalam Jusco Taman Bukit Indah. Husni telah berjaya menyiasat tajuk lagu, iaitu "Masalah adalah 'seorang' Kawan" atau dalam bahasa Inggerisnya, Trouble is A Friend. Penyanyi? Lenka. Mana datang, aku tak siasat.

Aku nak layan lagu ni sambil buat kerja hari ini, sebelum aku update blog ini dengan post yang telah aku draf semalam, berkaitan sesuatu yang memilukan (peerrgghh)

Layan..



Trouble Is A Friend Lyrics

Trouble will find you, No matter where you go Oh, oh
No matter if you're fast, No matter if you're slow Oh, oh
The eye of the storm, wanna cry in the morn, Oh, oh

You're fine for a while
But you start, To lose control

He's there in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part

Trouble is a friend, Yeah
Trouble, Is a friend of mine, Ahh

Trouble is a friend, But trouble is a foe, Oh, oh
And no matter, What I feed him
He always seems to grow, Oh, oh
He sees what I see
And he knows, What I know, Oh, oh
So don't forget, As you ease
On down my road

He's there in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part

Trouble is a friend, Yeah
Trouble Is a friend of mine
So don't be alarmed
If he takes you, By the arm
I roll down the window
I'm a sucker, For his charm

How I hate the way
He makes me feel
And how I try
To make him leave, I try
Oh, oh, I try

But he's
There in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part

Trouble is a friend, Yeah
Trouble Is a friend of mine...

Friday, December 4, 2009

Hujung tahun 2009, hujung tahun 1431..

Bismillahirrahmanirrahim..

tarik nafas dalam-dalam Ain..

......

okay.. aku sepatutnya ada perasaan bersalah ni, update blog masa bekerja.. Tapi, aku tak boleh buat kerja lah. Ada je lab manual yang nak di review depan mata aku ni, tapi, entah la, emosi terganggu, otak berpuntal, perut tak kempis.. (apa kene mengena daa..)

Aku ingat kejap lagi nak listkan, apa yang aku betul-betul nak buat. Dan boleh buat.

Tapi, hakikatnya, planner dah ada, senarai 'things to do' dah ada.. Apa yang kurang?

Sedikit sahaja dari beberapa alasan (mungkin), sebab senarai 'things to do' kebanyakannya adalah, "perlu dibuat", bukannya "mahu dibuat". Aku hidup dalam keterpaksaan kah? Sejak bila prinsip hidup, "Do what we love, Love what we do" tidak dapat diaplikasikan lagi dah dalam hidup aku, yang bernama ain comel ni? Sejak bila, dan kenapa?

Dah beberapa bulan berlalu, semenjak kepulangan aku ke tanah air, tempat sepatutnya berbakti membalas jasa (kontrak) dan mengecap bahagia (kehendak hakiki semua manusia). Tapi apa yang aku dah capai, tak lah setinggi dan sebanyak yang aku harapkan sebelum kepulangan aku.

Contoh.

Target nak simpan duit banyak ini, ini, ini.. Tetapi? harapan...
Target nak beli ini, itu, ini.. Tetapi? harapan...
Target nak beri orang itu, orang ini.. Tetapi? harapan..
Opss.. yang terkeluar awal-awal banyak berkaitan kewangan.. Cis! Masalah kewangan kah sebenarnya?

Owh, tidak, tidak.. Itu hanyalah sebahagian saja. Tapi boleh tahan memukul kepala hotak ini sampai penat juga. Pergi spa satu jam pun belum tentu rasa relaks.

Habis, apa lagi yang diharapkan, tetapi hanya tinggal harapan? Contoh lagi.

Target nak ada hobi yang comel, sweet dan sangat best. Tapi tak ada, ada lagi.
Target nak baca banyak buku. Tapi beli je lebih, habis baca nya tidak (tapi kira okaylah kan, ada beli hehehe)
Target nak.. errr.. takmu lah cerita lebih-lebih.. nanti termenyerlah pulak kebaikan dan kewarakan aku nanti. Riak sudah. hehehe..

Namun, tak semua yang diharap itu mampu aku capai. Bak kata seseorang semalam, yang betul-betul 'menampar' aku, "kadang-kadang dalam hidup ini, kita tak dapat setimpal dengan apa yang kita buat, apa yang kita harap. kadang-kadang kita tak mampu dapat, atau mampu buat apa yang kita nak".
Dalam hati aku, "betul!"

Aku akan terus 'menampar' diri sendiri dengan meneruskan usaha mencari 'punca bahagia'.

Dan aku sedang cuba beberapa jalan.

InsyaAllah, perkongsian pasti ada, tanda sayang ;)

..................

Salah satu azam tahun baru, aku nak rajin buka Facebook.. hahaha.. boleh dikira azam yang baguskah?

Wednesday, December 2, 2009

Aku wanita biasa bertamu di kalbu

Aku sangat semangat nak dengar dan faham dua lagu ini :

1. Aku wanita biasa, Kris Dayanti

2. Bertamu di kalbu, Jaclyn Victor

Dua lagu ini silih berganti sambil aku buat kerja di fakulti. Disertakan sekali lirik kedua-dua lagu, sebagai hadiah hari Rabu buat aku.

------------------------------------------------------------------------------------------

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Hatiku… maafkan aku..

-------------------------------------------------------------------------------------------

Kugenggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma di naluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun berpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun dihati
Bertamu di kalbu

-------------------------------------------------------------------------------------

Terus melayan...

Bisik-bisik reka nama

Alumina...
Nanobelian...

Dua perkataan yang aku tak pernah sebut sebelum semalam antara perkataan yang aku ingat hari ini. Bukan aku ingat maksudnya, atau apa-apa cerita lebih berkaitan tetapi aku ingat perkataan itu disebut dalam perbentangan dua pensyarah dari Jabatan Kimia, sempena ESciNano Annual Symposium semalam. Husni dan aku, dua staf muda dan comel macam kurang sesuai duduk sebelah pengarah Advanced Photonics Science Institute, bos kami. Bukan sebab selekeh atau sewel. Tapi.. Sebab boleh pulak berbincang, kalau nama anak letak Alumina, boleh panggil Min manakala kalau nama anak Nanobelian, boleh panggil Bella. Hohoho.. Main-main pulak kau masa orang present yer...

Bila orang Fizik bersuara,
wavelength..
interference..

Sampai ada seorang pensyarah Kimia berjenaka, "we have to learn the word 'wavelength' first".

Maka sampailah aku kepada satu perasaan kagum, terhadap bos aku yang lagi satu, Ketua Jabatan Fizik. Beliau membuat perbentangan yang umum, dan mengambil berat soal perkataan-perkataan yang jarang/tak pernah digunakan oleh 'audiens bukan Fizik' iaitu orang Matematik dan Kimia. Aku memang suka dengar dia bagi talk pun. Berkarisma gitu. (bukan kipas bos okay, dia bukan baca pun blog aku ni) Almaklumlah.. Aku rasa aku tak pernah buat perbentangan saintifik kepada orang bukan Fizik.. Hmm..

I have to learn more!
I have to work harder!
and smarter! smarties!

"macam dulu-dulu, dalam kelas Biologi, aku dengan kawan-kawan aku ada juga seabut pasal nama Adrenalina sedap untuk baby girl" (Adrenaline tu sejenis hormon yang terembes dalam badan manusia.. errr.. tak ingat..)
"ha ah.. Eh, nama anak Sharifah Aleeya, .....", kami sambung berbual, bisik membisik.

AMARAN : Jangan tiru aksi berbual ini selalu dalam perbentangan / majlis formal.

Monday, November 30, 2009

Nak buat Symposium ke tak nak ni...

Haih..
Dunia.. dunia..

Ada symposium hari ini dan esok.
Dah kami (perserta) beritahu, ada Half-day Course on Abstract Writing in English (course ini sangat best! nanti aku cerita pasal course ini saja ye) pada hari ini, maka kami dapat pergi symposium esok sahaja. Maka present pun esok lah kan.

TETAPI

@#$%^&*()(*&^%$#@#$%^&*&^%$#$#@#$%^&*&**()()(*()_{}":?><>?:'[][[=-0(*&*()(*&^%$#@#$%^&*&*(**&^%#$%^&

Tak nak tulis, nanti emosi pada tanah, kata Encik Shukor dalam cerita Papadom. Rasa macam sangat lucu. Ni nak buat symposium ke tak nak ni... Okay, mungkin masalah tidak disengajakan. Eh, bukan masalah. Masalah-masalah. It is okay.

Pengajaran daripada kisah ini, jika nak organize sesuatu event, bersungguhlah, dan teliti lah. Event kita itu bukanlah satu-satunya yang tercatat dalam planner seseorang. Tapi event kita, wajah kita. Ni dah kalau ada kerongakan dalam pengurusan peserta, ada pula tambahan laman web event yang tak boleh dilayari, memang mampu 'merosakkan wajah' organizer sesuatu event, walaupun dah buat rawatan wajah di Wardah Spa, Taman U. Kalau aku, aku malu lah. Tak tahu lah orang lain.

Pesanan ikhlas dari papa, masa aku muda-muda dulu (bukan teori buku pengurusan. maka istilah yang tepat tidak dapat disediakan. harap maklum),
" Kalau kita nak buat event, cuba bayangkan kita yang nak jadi pesertanya. 'masuk dalam kasut klien'. InsyaAllah, kita akan mengurangkan risiko terlepas pandang dan ketidakprofesionalan."

Pesanan telah diubah mengikut kesesuaian.

Maka, jika anda adalah sekretariat sesuatu program (aku hanya menyentuh soal penyertaan dan makluman),

1. Sila buat promosi yang baik untuk dapat banyak peserta. Beri ruang kepada target, tetapi follow up untuk mengingatkan.

2. Sila 'jaga' peserta/klien anda baik-baik. Pastikan makluman-makluman kepada peserta klien sampai. Follow up untuk pastikan makluman sampai.

3. Sila sediakan nombor telefon untuk dihubungi pada hari kejadian program. Contoh, nombor handphone. Kalau bagi nombor pejabat saja, bila anda tiada di meja pejabat, peserta tidak dapat menghubungi anda. (nombor phone runner)

4. Sila pastikan anda mampu menyediakan website program tersebut, biar simple, asalkan informatif. Jika tidak, jangan JANJIKAN "maklumat selanjutnya di http://xxxxxxx.utm.my"

5. Syarat bagi peserta mestilah jelas semasa promosi. Staf saja kah, pelajar saja kah. Kalau tiada syarat jelas, jangan susahkan peserta yang berminat dan bersemangat dengan syarat-syarat yang diusulkan kemudian.

6. Kalau peserta dah mendaftar, sila beri makluman tentang status penyertaan. Diterima? Pending? Diterima tetapi bersyarat? Ditolak kerana lambat? Ditolak kerana bukan staf? Jangan biar peserta menyanyi, "Kalau padi katakan padi, tidak hamba tertampi-tampi"

Sekadar berkongsi pengalaman, sebagai manusia yang pernah bergelar sekretariat dan peserta.

Sunday, November 29, 2009

Menulis blog bersama Lala

"Diam.. diam..", Lala kata.
"Jom kita tulis blog"

Aku dengan Lala tengah meniarap sama-sama, depan televisyen di rumah sewa. Tinggal berdua-duaan, menanti kepulangan Mai dan Husni, yang dari rumah masing-masing. Kami baru lepas ditinggalkan oleh mama, papa, Iqa dan Apit, adik-adik aku. Mereka bertolak ke Melaka bersama Ona (kereta), selepas berhari raya haji di Kangkar Pulai, masak-masak, makan-makan, borak-borak, huha huha, menonton, jalan-jalan, gunting-gunting rambut, ke spa.. wah.. banyak juga aktiviti keluarga aku cuti raya haji ni ek. Gembira, happy...!

Wah, rancak betul Lala mengketik. Adohai, apa aku nak tulis ni. Aku kena siap menulis bersama-sama Lala ni. hhmm.. Apa ek..

Okay, cerita sikit lah, julung-julung kalinya penceritaan sebegini aku nak buat. Tadi, semasa menemani Lala membasuh baju (pakai mesin basuh je pun), sempat Lala menceritakan umpatan dia bersama Iqa, selepas mendengar perbualan mama dengan Kak Akma. Entah macam mana mula, ale-ale mama sebut,
"Tu lah, susah betul nak carikan jodoh untuk dia tu"
'Dia' tu, aku lah kan.
"Eh, bukan Ain dah ada ker?" tanya Lala kepada Iqa.
"oo.. budak ****** tu ker?"
"ha ah.. ye lah..."
"papa kata, entah ye entah tidak dia tu"
hohoho.. mak bapak aku fikir aku entah ye entah tidak ker.. hahaha.. tak nampak cukup matang kah aku? jeng jeng jeng. Atau, nampak 'player'? jeng jeng jeng lagi sekali. Atau nampak workaholic? shopaholic ada lah.

Okay lah, tinggal saje lah cerita sebegitu. Aku malu. hahaha.. (perasan ramai orang baca kan)
Biarlah masa dan keadaan menentukan. Yang penting, ingat pesan Lala iaitu,
"kena beriya sikit ni!"

Sekarang, segmen iklan. Jika anda pelanggan Forest's Secret, atau ada perasaan ingin mencuba produk ini (aku tidak dibayar untuk iklan, saja kongsi-kongsi maklumat), offer 50% untuk beberapa produk tamat esok! Hehehe.. Dan ada sedikit pesanan, jika anda menggunakan body scrub yang berasaskan garam, jangan biar garam itu berada lama di atas permukaan kulit anda, kerana tidak baik untuk kulit jika dibiar lama, ianya 'tajam'. Tapi kalau pupur, it is okay. Pergh, buat segmen kecantikan pulak dah..

Okay, itu untuk kulit, sekarang segmen kecantikan untuk kerongsang anda. Anda boleh menggunakan kutex (betul ke aku eja ni?) untuk disapukan pada permukaan kerongsang anda, supaya berkilat, tahan daripada tercabut batunya, mahupun kilatannya. Alaa.. kutex jernih lah, yang sapu kat kuku tu.

Ops, sejak bila blog aku tukar tema kepada tema kongsi petua pulak ni kan.

Lala masih terus menaip. Aku mahu mengalah. Aku mahu berhenti setakat ini kerana ada urusan yang lebih penting berbanding menulis blog bersama Lala.. Lala, aku pergi dulu..

;)

Saturday, November 28, 2009

no pain, no gain

Yeah.. semalam dapat tengok episod akhir Nur Kasihan (Nur Kasih actually)

Ramai-ramai semangat tengok malam tadi kat rumah sewa ni ha, siap dari baring, terus tegak terduduk. Menjerit-jerit semua, nak nak part Adam balik rumah, ale-ale patah balik. Kemudian part dekat stesen kereta api. Memang meriah dan bersuara penuh emosi masing-masing. Tak kurang juga suara emosi mengeji sebab dia anti cerita Nur Kasih. Tak logik lah, bodoh lah. Apa-apa lah papa oi.. yang penting Ain bahagia tengok hehehe.. haa.. ye, papa.. Di rumah sewa?

haaa.. angin Selat Melaka telah membawa keluarga aku, (mak bapak, dan dua adik) ke Kangkar Pulai ini, rumah sewa tempat aku berteduh demi membanting tulang membarakahkan rezeki. Bukan aku tak cuti, tapi nak tukar angin beraya katanya (bapak aku le). Nak beraya tenang-tenang. Masak ikut suka, tak de pening-pening, tak de teriak-teriak. Biasalah kan, kalau kat kampung, dengan nenek, dan sedara mara kan ala-ala meriah ya amat. Ini bukan soal pro dan kontra, tapi lebih kepada tukar angin yer. Pelik tetapi benar. Aku layan kan aje. Bukan kesah sangat pun. Kalau tak cuti panjang pun aku boleh balik Melaka, jumpa sedara mara. Bukan masalah besarlah. Kalau tak dapat jumpa, telefon. Bukan masalah besar juga.

Bukan lah aku jenis yang nak sebut "eh, telepon nombor baru mak sekarang mahal! biasa singgit (RM 1), sekarang tiga hinggit! (RM 3)" Kata Ramli, bukan nama sebenar. Huh.. Perlukah berkira nak telefon emak sendiri? Perlu kah sebut nilai ringgit Malaysia yang digunakan untuk emak mengubat rindu?

Bukanlah aku kaya sangat. Aku pun ada perasaan tanggungjawab. Aku pun pandai lah nak atur belanjawan (walaupun ada ciri-ciri belanja ikut nafsu Year End Sale ni). Tapi tak de la sampai nak kira-kira beberapa hinggit untuk alasan orang tersayang. Kalau mahal, beli kan saja lah nombor baru kan. Nak ungkit-ungkit pulak. Ala.. kalau nombor sama syarikat komunikasi pun, bukan telefon lama sangat pun. Kembali kepada motto asal,
"jangan banyak cakap dengan orang yang banyak buat!"


Ops, teremosi pulak. Hehehe.. sebenarnya nak kaitkan soal pengorbanan dengan raya haji je asalnya. Jauh betul aku pusing kan. Almaklumlah, cerita Nur Kasih semalam asyik sebut pasal pengorbanan kan. Perasan tak kepada yang menonton? Pergh.. mantap-mantap. Berkorban demi adik, demi abang, demi cinta kepada suami, kepada isteri. Huh.. Lepas tu, khutbah solat sunat Aidil Adha di surau Taman Pulai Emas pagi semalam ada menyebut,

"Semua memerlukan pengorbanan"
Bak kata orang putih, no pain, no gain. Huh. Khutbah tu ada sebut pasal Malaysia merdeka sebab pengorbanan orang terdahulu, selain dari kisah pengorbanan yang paling dekat dengan Aidil Adha, pengorbanan cinta kepada anak, demi cinta kepada Allah, oleh Nabi Ibrahim a.s. Aku rasa khutbah semalam sangat best! Ringkas, padat! Walaupun aku sot set sot set, dek kerana selsema dan bersin-bersin (buat seram orang sebelah aku dalam saf je kan), aku masih dalam zon selesa.

Tak besar mana pun topap RM 10 untuk telefon mak ayah kalau tak jumpa muka dalam dua minggu.Tak besar mana pun duit minyak kereta untuk balik kampung sejam dua. Kalau nak banding pengorbanan para Nabi. Okay lah, tak nak bandingkan dengan pengorbanan para Nabi yang sangat hebat itu, cukuplah banding dengan pengorbanan mak ayah kita untuk kita je. Cikgu-cikgu kita, pensyarah kita, kawan-kawan kita. Tak besar mana pun!

Ala.. nak bebel panjang lagi. Tapi, apa kata baca majalah Anis, kisah Ustazah Asni al Hafizah tu. Dia ada sebut pasal pengorbanan juga. Walaupun aku macam tak suka tentang satu hal ustazah tersebut, tapi bila aku baca artikel tu, banyak juga aku mampu belajar dan contohi. Buang yang keroh, ambil yang jernih.

Adohai, serabut betul aku menulis ni. Dah lah, nak siap-siap jalan-jalan.

Tata

Wednesday, November 25, 2009

Gaya hidup Blogger

Assalammu'alaikum warahmatullah..

Terpanggil untuk menulis, walaupun dalam kepala ada macam-macam perkara berkaitan kerja yang hendak dilaksanakan. Hmm.. takpelah.. sementara ada seru ni. Kalau kerja tak siap, macam tak biasa buat kerja di rumah. Tiada salahnya pun, bukan ada anak-anak atau suami di rumah buat masa sekarang kan.

Sesampainya di bilik (pejabat), terus buka laman-laman web wajib. Seperti emel, utmonline, dan blog. Disebabkan Afzan antara orang yang rajin tinggalkan komen, aku juga klik lah blog Afzan, nak menjenguk seminit dua. Ya, seminit dua. Aku bukan jenis yang rajin tengok blog orang, nak-nak sejak mula bekerja ini. Jangankan blog kawan-kawan, blog yang biasa baca untuk makanan rohani (cewah) pun tak terbaca-baca (tengok link di sebelah kanan).

Apa yang aku fikirkan sekarang ialah, wah.. Rajin Afzan update blog, layan komen-komen yang banyak. Malah kagum juga kepada tukang komen yang pastinya membaca post tersebut sebelum komen kan. Kalau aku lah, fikir untuk update blog sendiri pun, nasib-nasib je. Apatah lagi komen pada post orang lain selepas membaca. Kalau baca blog seorang tu lain lah, ni kalau lebih dari 5 dalam satu hari. Waw! Gaya hidup Blogger yang sihat pada pendapat aku sebab mereka mengupdate kawan-kawan. Tak terjumpa untuk bersosial pun, dapat baca cerita suka duka kawan-kawan dan menunjukkan rasa caring pun dan memadai aku rasa. Kawan yang bagus!

Teringat aku satu hari tu, baru aku tergerak nak baca blog adik aku. Selepas beberapa minggu. Silap-silap, bulan. Tengok-tengok, beberapa post terakhir dia masa tu adalah berbaur sedih, frust, atau tingtong. Huh.. Betapa tak alertnya aku dengan kehidupan dia masa tu kan. huhuhu.. Iqa.. rileks okay, aku tau ko tengah bahagia sekarang sebab kau cuti kat rumah hehehe..

Aku juga tahu tentang kehidupan para Blogger yang berkaitan dengan nuffnang. Errr.. betul ke aku eja tu. Aku tahu daripada Lala, juga pembaca blog yang tabah. Kalau dia tak beritahu aku, tentu aku sangat tak tahu macam maca boleh ada award kepada Blogger dan cara Blogger buat duit. Hmm.. melakukan hobi sambil berduit. Tak sia-sia kan. Kalau Blogger yang memilih jalan sebegitu, boleh jadi ada yang luangkan banyak masa untuk menulis, mengambil gambar, upload gambar, layan komen malah membaca blog orang lain kan? Aku wonder lah, dalam sehari, berapa minit mereka luangkan dalam gaya hidup Blogger.

Namun tak kurang kagum juga aku kepada Blogger yang menulis untuk menasihat, memotivasi, dan berdakwah. Pastinya ada (atau kebanyakan) Blogger sebegini tidak mengejar award atau wang, malah terus menulis tanpa putus asa. (ingat, aku tak pandang serong kepada Blogger yang buat duit, okay...) Ada yang menulis isu yang berat, kagum habis lah. Tak kurang juga yang menulis isu ringan, tetapi menarik untuk dibaca. Ada yang menceritakan tentang pengalaman yang aku tak pernah dengar dan sangat mengujakan. Ada yang .. sudah-sudah, banyak pula.. (tak de idea sebenarnya sebab dah lama tak blog-hopping). Dan paling menarik, ada yang menulis sebulan sekali, tetapi tulisan sangat dinanti-nantikan.

Apa pun tujuan para Blogger menulis, itu adalah hak peribadi masing-masing. Bebas berkarya, bebas berkongsi. Asalkan tak menyebarkan fitnah, tak buat cerita, tak mendedahkan aib orang, aku sangat kagum. Begitu juga dengan Blogger yang tak obses dengan diri sendiri, seperti yang letak muka sendiri terpampang besar-besar terutama perempuan. Letak gambar sandar menyandar dengan balak/awek. Errr.. tak berani komen banyak. Cuma tepuk dada, tanya iman. Sebab tolonglah ingat (terutama, wahai AKU), setiap perbuatan dan tindakan kita akan ditimbang di akhirat kelak, dan tulisan di blog tidak terlepas.

Wallahu'alam

Monday, November 23, 2009

Everybody spontan...!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

huh...

Everybody spontan!!! Itu antara yang familiar, dilaungkan dalam satu rancangan bertajuk, Spontan. Tau tak? Tak tau, pergi siasat sendiri kat Youtube ye. Bagi aku, rancangan itu best.
Dan sudi aku menyimpulkan, spontan itu best. Spontan itu cantik. Spontan itu manis.
(Spontan di sini bukannya melatah yang tidak baik atau melenting ya)

Sebenarnya semalam aku tergerak nak tulis post ni, tapi hari ni baru sambung balik. Semalam nak tulis tentang kemanisan dan kecantikan spontan tu, sebab aku rasa menulis tanpa perancangan macam lagi jiwa je. hehehe.. Namun boleh tahan syok sendiri lah. Lagi jiwa yang aku maksudkan ialah (hakikatnya, 'lagi jiwa' ni macam term yang merosakkan bahasa je) rasa lebih bahagia dan menenangkan, berbanding dengan menulis dengan penuh keterpaksaan dan segala bentuk kengkangan seperti format dan pantang larang.

Okay, tak usah cerita pasal menulis di blog dengan tidak rasminya. Tapi cerita pasal menulis extended abstract untuk scientific paper. Berdasarkan pengalaman teramat cetek ini, nak mulakan menulis tu, subhanallah.. liat.. ketat.. likat.. tak tertulis-tulis.. sebab dalam kepala dok fikir ayat itu, ayat ini, grammar itu, vocabulary ini.. huh.. akhirnya, tak siap-siap. Tapi bila dalam keadaan tenang, fokus sepenuhnya, melupakan sekejap rasa sakit hati dan gusar, serius, memang boleh tulis. Siap!

Merangka / merancang itu perlu. Tapi bila menulis tu, tulis saja apa yang terlintas. Jangan risau terlebih muka surat ke, tersalah order ke, grammar salah ke atau vocab tak mantap. Tulis saja. Bila dah siap, haaa.. baru semak.. baru siasat.. InsyaAllah, bila idea dah ada, nak repair itu adalah senang. Nak-nak ada banyak pengalaman membaca. Sekadar berkongsi. (walaupun hakikatnya bukan la siap menulis paper yang mantap pun. tapi boleh lah kan)

Practise makes perfect. Buat cross-stich satu demi satu, lama-lama siap juga. Ops.. apa peribahasa lah yang aku keluarkan. hehehe..

Spontan menulis perkara saintifik atau fakta sememangnya tak sama dengan spontan menulis cerita atau pengalaman. Spontan dalam menulis cerita lebih melahirkan kepuasan kerana ikhlas itu ada. Tapi, secara peribadi, aku rasa agak bahaya jika ada berbaur emosi, yang mampu mengguris hati dan perasaan orang lain secara sengaja atau tidak, walhal bahasa yang lebih baik boleh digunakan. Dan! Seorang penulis yang baik, boleh mengolah plot cerita itu supaya pembaca rasa... wah!! unik! best! ngeh ngeh ngeh..

Huh, antara perkara lain yang mengehadkan kebebasan berkarya secara spontan ialah gangguan internet. Arrggh..!! (tiba-tiba lari fokus kejap). Tapi serius, aku dah siap tulis tadi, tapi gagal post. Dan aku juga lupa letak satu copy dalam Word. Ayoyo.. Maka, penulisan seterusnya cubaan kali ketiga untuk menyelesaikan post ini.

Pada pendapat aku, spontan itu indah JIKA HATI BERSIH. Tapi, think before you throw. Fikir dulu sebelum melontarkan. Semak dulu sebelum menyebarkan. Istighfar dulu sebelum menasihat. Wallahu'alam

Sunday, November 22, 2009

Itu Fitnah!

Sarah tau tak hukum menfitnah? Dosa besar..! Lebih teruk dari membunuh?

Err.. ke sama teruk dengan membunuh? haa.. itu lah lebih kurang skrip Aidil kepada Sarah semasa Sarah kantoi memfitnah Nur dan Aidil, dalam drama bersiri, Nur Kasih. cewah.. Berita hiburan.

Sebut pasal fitnah, sudi aku berkongsi tentang satu alkisah. Dalam bahasa comel nya, Cerita Tipu!

Seminggu dua ini, aku sangat efisyen bekerja. Sangat berdedikasi. Cewah.. Puji diri sendiri dan kawan-kawan. Aku cuba bersungguh-sungguh mencari kepuasan dan keseronokan bekerja. Tak kiralah orang nak kata aku workaholic, over, tak mematut tak memadan nak rajin bekerja, tapi aku nak capai target kerja-kerja aku. Walaupun kerja sampai malam di McD. Pergi kerja awal pagi, balik kerja lewat petang atau malam. Aku redha. Supaya aku tak segan untuk melafazkan "jangan banyak cakap kalau tak banyak kerja!". Walaupun belum cukup hebat atau seronok, aku berpuashati dengan pencapaian aku sebagai seorang pekerja, staf kerajaan.

Namun, penutup minggu aku, petang jumaat lepas, adalah satu cerita yang pada mulanya menimbulkan terkejut, kemudian bengang, dan seterusnya, selepas melayan perasaan di tangga masjid UTM, perasaan bertukar menjadi sedih. huh.. Tak lah sedih sangat sampai menangis teresak-esak, tapi boleh tahan sayu lah. Cerita yang dimaksudkan ialah,

"ya lah, you all dilantik jadi tutor pun, kontroversi dulu kan.."
"haaa.. tu lah, macam-macam kontroversi.."
"orang kata tak ikut prosedur lah.. tu diorang cuba macam-macam... "
Belum sempat menyambung, kami jawab,
"ha? tak ikut prosedur?"
"ye lah, tak pergi interview semua, dapat kerja, dapat ke oversea.."
"haaa????!!!! eh, kami pergi interview!"
"interview peringkat fakulti? HRD?"
HRD ialah human resource deparment.
"ya Allah.. ya.. kami pergi dua-dua interview tu.. takkan la kami tak pergi.. "
"eh.. ada ye?"
"oo.. patut lah kontroversi sangat.. rupanya seteruk ini ceritanya.. "

huhuhu.. itulah alkisah. Rezeki kami berempat, kisah 2 tahun dahulu, rupanya telah disebarkan dengan kepalsuan. Terkejut. Bengang. Sedih. Bukan makcik-makcik tanpa pelajaran dan tak sedar diri yang buat dan bawa cerita, tapi pensyarah-pensyarah, ada Phd, malah mungkin ada pangkat Prof okay. huh.. Tapi mungkin juga tak boleh percaya 100% kan.. Mungkin dia seorang saja yang salah faham atau dengar.. Maka, cukuplah aku berhenti bercerita. Isi penting aku ialah, cuma nak menyampaikan kepada pembaca, jika anda adalah salah seorang yang mendengar, menerima malah mempercaya cerita "kami dilantik menjadi tutor dan cuti belajar ke luar negara tanpa interview", maka yakin aku menyatakan,

"ITU FITNAH!"

Aku yakin tulisan aku kali ini tidak terlalu emosional, kerana aku dalam keadaan seronok nak berhibur sebentar lagi. Cuma aku terasa terpanggil untuk berkongsi rasa sakitnya difitnah. Rasa sakitnya dipandang serong. Dan rasa geli hatinya mengenangkan ada orang yang boleh buat cerita macam ini.

Awak ni menggelikan lah Khazama.. (Sila baca dengan nada Sin Chan)

Dan pengajaran buat aku, buat bertenang lah dalam mendengar cerita. Kerana belum tentu cerita itu benar. Dan mungkin cerita itu adalah fitnah. Jika kita mahu menyampaikan atau mereka fitnah, percayalah, rasa seronok itu sementara. Sampah yang dibungkus, lama-lama berbau juga (aku dapat peribahasa ni dari Karam Sigh Walia). Cukup-cukup lah, buat-buatlah bertaubat.

Wahai Ain, semoga aku pun lebih berhati-hati dalam berbicara, atau mendengar bicara. Kerana sesungguhnya, yang paling tajam dalam dunia ini bak kata Imam Ghazali, adalah lidah manusia.

Saturday, November 14, 2009

Jadilah span

Tidak mampu diterima banyak akal, seorang pelajar peringkat ijazah sarjana muda (degree) Sains, kursus Fizik Industri membuat latihan industri (a.k.a praktikal) di sebuah hospital kerajaan. Bertubi-tubi persoalan dari berbilang pangkat tentang apa kursus pengajian, dan kenapa praktikal di hospital. Jenuh, bosan. Ada diam, senyum. Ada juga dijawab, dan respon yang diterima adalah pelbagai. Respon yang menerima, puas hati dengan jawapan, dan meneruskan perbualan atau kerjasama dengan amat menyenangkan. Tapi ada juga yang tidak berpuas hati, dan timbul ‘gap’ dalam bekerjasama. Tertekan. Hampa.

Lepas dua minggu, tak tertanggung rasanya badan dan jiwa untuk terus bertahan, belajar dan menimba pengalaman.

Nak drop lah praktikal ni. Buat praktikal tahun depan. Lambat grad pun, lambat lah.. Tak larat nak layan ayat dan muka orang-orang tertentu…”

Memang putus asa.

Namum tak kurang juga orang yang menguatkan semangat dan membuat hati itu kering. Tapi gadis yang ketika itu berumur 19 tahun itu, masih mencuba pelbagai cara untuk terus meningkatkan keyakinan, “kenapa aku berada di sini untuk praktikal”.

SMS dihantar kepada seorang yang dipercayai. Pensyarah bahasa Inggeris di UTM Skudai, yang dikenali kerana pernah mengikuti kelas bahasa Inggeris untuk persediaan MUET (Malaysian University English Test).

“Saya dah buat macam Sir ajar. Rancangan jadual praktikal sendiri. Be indipendant. Campur semua orang. Buat kerja sebelum diberi kerja. Be flexible. Tapi saya tak seronok. Tak tahan dengan orang-orang ditempat praktikal saya. Saya rasa macam nak drop praktikal ni. Saya tak tahu nak buat apa.”

Dengan segera, SMS dibalas. Walaupun Sir, iaitu Mr Affendi yang juga seorang konsultan adalah manusia sibuk.

”Be a sponge. Not Sponge Bob. He3. Ikut orang, bukan orang ikut kita. Cuba bergaul dengan orang lain. Bukan sahaja sama level dan ke atas, tetapi juga cleaner. Kalau boleh, buat kerja cleaner. You akan jumpa keseronokan tu. All the best. Kalau masih ada masalah, beritahu saya”

Lebih kurang begitulah seingat kotak fikiran ini SMSnya. Simple. Tapi bermakna.

Benar, gadis itu, iaitu aku, tak pernah bergaul mesra lagi setelah 2 minggu itu dengan para cleaner di hospital itu. Mari cuba.

„Auntie, dah makan?“, soalan paling simple dan mudah.

„sudah. Dah makan?“

„Baru nak pergi makan ni“ Cubaan pertama.

„rehat?“

„ha ah lah, banyak penat lah. Tapi kerja sudah siap”

“ooo.. saya ada kerja lagi ni.. Auntie rehat-rehat. Ini pun kemas kat sini ke?”

‘Ini’ merujuk kepada kakak cleaner yang lain.

“tak, dia jaga wad punya”

“ooo…”

Perbualan biasa, mesra, sekejap, tapi aku rasa seronok. Sampai Auntie tu bawa muruku, bagi aku, makan sama-sama muruku tu tau. Bukan beri satu plastik. Aku makan, duduk sebelah dia di kerusi tempat menunggu di Unit Radiografi. Bersama penyapu, mop, dan baldi. Perbualan diperpanjangkan kepada para cleaner memang India mari, lelaki-lelaki, yang tak tahu berbahasa Melayu. Berkat kehebatan bahasa tubuh, akhirnya mereka tahu perkataan : dah makan, sudah, belum, lapar.

Terkedek-kedek aku berjalan, hospital itu memang lengang. Hospital baru. Seorang pakcik sedang termenung memandang kawasan taman. Tengok orang potong pokok rupanya. Pakcik tu sebenarnya ketua kontraktor hospital itu. Aku tahu, tapi tak pernah tegur. Macam kerek je pakcik tu. Tegur lah kejap. Ini pesan Mr Affendi. Tarik nafas.

„Wah, nak potong macam mana tu?”

„Ntah dia tu, saya suruh potong sikit, habis dia potong. Ni kena fikir macam mana nak buat ni”

„hehehe.. ye ke? Tak pe, boleh adjust lagi ni”

„tu lah, macam mana ye?”

„hmmm.. saya ni bukan pandai sangat. Tapi okay lah tu, biar habis potong, nanti pokok tu naik balik, tak lah tinggi sangat. Macam hutan nanti. Tak pun, nanti tanam pokok rendang-rendang aras tanah je"

"ha.. betul.. betul.. "

"Encik kontraktor hospital ni kan ? Sibuk ye nampak sekarang.."

"Ha ah, tulah, baru siap, macam-macam komplain. Dah kerja kita. Awak baru kerja ke ?"

"Saya praktikal. Belajar Fizik, kat UTM Skudai."

"Oo… saya ni dulu Kejuruteraan Awam. "

"Ooo.. lama dah kerja ni..?"

"eh, lama…" blah blah blah..

Betul lah, aku rasa seronok. Dan aku belajar lebih banyak dari orang-orang yang aku tak sangka. Bila seronok, kerja-kerja lain jadi seronok. Buat kerja dalam keadaan seronok, memang menjadi. Kalau masalah, dapat ditangani dengan tenang. Kalau tenang, memang seronok. Haa.. sudah... berbalik-balik dah ayat aku ni. Akhirnya, aku selesai 10 minggu praktikal. Dan puas hati dengan praktikal aku, yang aku akan ingat pengajaran-pengajaran, sampai bila-bila.

Terima kasih Mr Affendi.

Aku belum jumpa-jumpa lagi dia selepas 3 tahun. Huhuhu..

Wednesday, November 11, 2009

My Writing Therapy

Assalammu'alaikum warahmatullah..

Selamat hari Rabu...

Selepas memikirkan betapa bahagianya menulis, dan betapa bernilainya setiap hasil tulisan aku dan semua penulis yang ikhlas, aku sudi untuk membuat satu ayat yang berbunyi,

"Saya suka blog saya dan akan terus suka blog saya"

Bukan obses kepada diri sendiri seperti orang yang suka ambil gambar muka sendiri (sepenuh-penuhnya, muka saja) dan upload banyak-banyak di lawan web sosial (Facebook, Friendster dll), tetapi siapalah nak suka blog/tulisan kita kalau bukan diri kita sendiri yang pertama-tamanya. Dengan itu, untuk tidak mencemarkan blog ini, aku telah membuang post yang berbaur negatif, hangin, malah tidak mampu aku adjust ayat-ayatnya kepada lebih positif. Yang aku baca semula pun, tak memberi faedah kepada diri sendiri, apatah orang lain. Buang...

Langkah kedua, aku tukar nama blog aku. Daripada "Once Upon A Time" yang pada pemikiran dulu-dulu aku bertujuan menggambarkan keseluruhan penulisan adalah sejarah (tak kira sejarah baik atau buruk), tetapi aku tukar kepada "Writing Therapy". Asalnya, beberapa hari sebelum dah terfikir perkataan "Writing Therapy" itu, dan disiasat kesahihan bahasanya, malah betapa signifikannya tajuk itu dengan tujuan aku menulis. Tujuan aku menulis, sebagai salah satu cara untuk aku membahagiakan diri sendiri, dan menjadikan diri ini lebih baik dari semasa ke semasa. Lebih kurang salah satu bentuk muhasabah diri lah tu. Tak kurang juga untuk berkongsi cerita, kerana aku sangat percaya, 'sharing is caring, sharing is loving'. Aku suka...!

Pagi ini, di rumah sewa setingkat tiga bilik, aku search di internet perkataan 'writing therapy', dengan harapan ianya tidak dikaitkan dengan apa-apa yang buruk dan boleh mendatangkan salah sangka. Aku minta bantuan pakcik Google. Macam-macam pendapat pakcik Google beri. Wah, well known rupanya istilah tu. Aku ingat aku yang cipta istilah 'writing therapy' ni. hehehe.. Perasan kan... Dan pakcik Google bawa aku jumpe Uncle Wikipedia.

Uncle Wikipedia kata,

"Writing therapy is a form of expressive therapy that uses the act of writing and processing the written word as therapy"

Pada pendapat aku, seseorang bukan memerlukan terapi hanya kerana ada masalah, ada sakit mental, atau sakit fizikal, malah boleh juga buat terapi untuk merasa lebih tenang, seronok, sihat.. blah blah blah.. Sama lah macam motivasi. Seseorang perlukan motivasi untuk kuatkan hati, fikiran. Bukan seseorang yang bermasalah saja perlukan motivasi. Haaa.. bab motivasi tu, bukan aku cakap, Dr HM Tuah. hehehe.. Tapi jangan tertinggal satu perkara yang sangat penting..!! Iaitu.. al-Quran, mukjizat terbesar Nabi kita, adalah satu bentuk terapi, motivasi yang sangat dekat! Kita dari Dia, dan al-Quran itu dari Dia. Pastikan dekat!

Sekian, salah silap harap tegur.

Wallahu'alam

Saturday, November 7, 2009

Nak atau Tak Nak

Nak atau tak nak.. dah ada macam ala-ala tajuk buku Dr HM Tuah dah kan. Eh, best tau buku dia. Boleh baca dalam 2,3 minit sekali baca pun tak pe. Sebab tiap chapter biasanya indipendant with each other. Penceritaan melalui pengalaman, dan garapan pengajaran serta motivasi gitu. Tapi dah lama dah lah aku tak baca. Ada stok buku baru yang tak terbaca-baca lagi. Termasuklah buku Introduction of Optics, Physics, Thermodynamics.. ops.. terlebih sudah.

Nak atau tak nak yang dimaksudkan, ialah, nak atau tak nak buka blog baru.
Huh, bosan..
Banyak yang berharga dalam blog ini, tapi telah disedari secara personal malah secara diskusi dengan rakan merangkap rakan blogger, bahawa sejak dua menjak, menulis di blog bukan menjadikan aku gembira, malah lebih kepada penulisan berbaur emosi. Emosi itu bukan lah emosi sedih yang mendatangkan kesyukuran atau hampa yang memberi pengajaran, tapi ada berbaur dendam, hangin, marah, dan macam-macam yang hanya menyakitkan hati je kalau aku baca semula. (saya suka baca blog saya hehehe)

Maka, I want a new me!
A new writing-therapy!
Untuk kemaslahatan hati sendiri, dan hati orang lain.

Huh..

Nak ke tak nak ek...

Thursday, November 5, 2009

Mari Bertenang

Dalam mode cuba menenangkan diri. Mencari 'a new me'... Sambil dengan lagu Mocca, Happy!

Gambar : Pelita dan ketupat diperbuat dari reben di Kompleks Kraftangan KL, Ramadhan lepas. By me...

Thursday, October 22, 2009

top 100 things I am thankful in 2009, by Ain - part 1

Bismillahirrahmannirrahim..

Assalammu'alaikum warahmatullah..

Tergerak nak menulis tentang, top 100 things I am thankful for in 2009.
Selepas menyemak blog "Izam Speaks" for the 3rd time, yang lebih spesifiknya, http://izamspeakslifecoaching.blogspot.com/2009/07/top-100-things-i-am-thankful-for-in.html

His first post yang dibaca membuatkan aku agak kagum dan terkasima tentang isu merancang masa depan. (klik untuk post tersebut) Kemudian tambah memotivasikan bila membaca post tentang 'adakah azam tahun 2009 yang ditanam sebelum ini telah dicapai.. selepas setengah tahun berlalu?' Mahu tak kagum, aku tak pernah fikir pun untuk tahun-tahun yang lepas. huhu.. insaf.. (yang mana satu post beliau, tapi lebih kurang beberapa yang latest juga la)
Dan seterusnya, tentang apa yang dah dicapai, yang disyukuri.. huh..
Nampaknya, menyenaraikan perkara lepas yang disenangi agak mudah. Nak buat lah =)

1. Dapat enjoy kehidupan dengan Malaysian di Holland, especially Delft dan Utrecht
2. Enjoy course Optical Fabrication Technology attachment di St Gallen, Switzerland. Selain dari course, experience mengembara di sana, dan pengalaman hidup bersama rakan-rakan pelbagai bangsa, ada juga 'kecederaan hati' yang sebentar, tapi malam itu, semuanya dirawat dengan ayat, "Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu walaupun pada masa itu kita tiada siapa-siapa"
3. Berjaya siapkan master tesis dengan sokongan dan bantuan ramai orang. Siap dan lulus on time.
4. Berjaya berfikir dengan lebih luas tentang masa depan, what I want and what I should do after discussion with some people.. tak kira discussion membina atau memusnah..
5. Berpengalaman berfikir tentang perasaan dan jodoh dengan persekitaran yang buat aku tak lari jauh dari jalan Dia.
6. Dapat duit deposit studio dan beli kamera dslr. Ada jalan lain menambah kemanisan hidup.
7. Dapat ke Paris, Perancis selama seminggu. Pengalaman bengkel, mengembara dengan kawan-kawan termasuk kawan baru dan yang setahun tak jumpa. Friendship... the most valuable memory in this summer workshop.
8. Selamat pulang ke Malaysia, dengan keluarga yang sihat walafiat. Beraya bersama keluarga.
9. Dapat menggembirakan keluarga (mudah-mudahan benar gembira diorang ni), saudara mara, kawan-kawan. Dapat jumpa semua yang dirindu. Termasuklah bertekak dengan adik-adik, papa dan mama.. hehehe.. face to face ok, bukan online..
10. Mula berkhidmat dan hidup dalam suasana pekerjaan yang sangat benar di kala orang ramai kehilangan sumber pendapatan. Alhamdulillah..
11. Dapat bos yang menenangkan. Tidak kira bercerita tentang kerja, kehidupan seharian, bergurau, menasihat, menegur atau menceritakan masalah, dia tetap bos yang tenang. Thanks prof Rosly.
12. The best Ramadhan ever.. Hope dapat the best every next year..
12. Dapat CUBA memasukkan diri dalam dua kumpulan yang asalnya sama, tetapi hampir membontotkan satu sama lain. Terima kasih kawan-kawan seperjuangan, termasuk para prof yang membantu meng-sekumpulan-kan kami. APSI-Jabatan FIZIK (Opss.. tulisan berani mati)
13. Kawan kahwin. Dengan perkongsian yang menenangkan. Suka duka, kawanku dah kawin.. Tahniah dan thanks Husni :) Banyak lagi berita kawan kawin.. dan nak beranak.. tahniah =)
14. Tokde selamat operate.. Segala cerita sebelum, semasa dan selepas, suka duka, menambah rasa sayang dan syukur sebab ada papa macam papa.. dan ada mama macam mama..
15. Ada beli banyak buku yang best untuk dibaca.. akan habis tahun ini!
16. Belajar mengurus duit dengan lebih best berbanding tahun lepas atau awal tahun. Dah keje betul-betul la katakan.. hehe..

hmmm.. susah juga nak senaraikan rupanya.. ni je lah hasil yang mampu dengan spontan nya.. "everybody spontan..!!!" (rancangan Spontan astro)..

will be continued...




Tuesday, October 20, 2009

Kalaulah Aku Lebih Sibuk

Kalaulah aku lebih sibuk,
tentu aku tiada masa untuk berasa marah,
tentu aku tidak sempat untuk berkecil hati,
tentu aku tidak terfikir untuk memandang perkara kecil sebagai besar,
tentu aku kurang bercakap dan lebih diam.

Tapi marah tu bukanlah melulu,
kecil hati bukanlah tanpa sebab,
perkara kecil tu tak lah kecil sangat sebenarnya,
dan bercakap tu, bukanlah perkara tipu.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh saya tak kata!

Alahai manusia-manusia tertentu,
korang memang sangat hebat dan macam ada lebihan kuasa,
sebab korang mampu buat orang yang sibuk jadi tak sibuk,
tetapi lebih meluangkan masa untuk sakit hati, kecil hati, dan runsing dengan korang,
malah korang mampu buat orang yang sibuk meluangkan banyak masa untuk bercakap tentang korang,
bercakap tentang kehebatan korang,
dan akhirnya, orang yang sibuk jadi sangat tak sibuk,
tetapi lebih sesuai diberi gelaran, orang yang kalah.

Kalaulah aku lebih sibuk, tentu aku tak kalah dengan setan-setan yang suka buat manusia-manusia marah-marah.
Kalaulah aku lebih sibuk, tentu aku tak kalah dengan setan-setan yang suka hasut dengan sangka buruk sangka buruk.
Kalaulah aku lebih sibuk, tentu aku tak kalah dengan.. haih.. malas lah aku nak tulis lagi.
Ini pun dah menunjukkan aku ada ciri-ciri orang sibuk, tetapi telah berjaya tidak disibukkan oleh manusia-manusia hebat itu, dan akhirnya buat setan-setan ketawa berdekah-dekah dengan kemarahan, sangka buruk dan sakit hati aku.

Maka,
wahai aku,
marilah jadi lebih sibuk,
dengan perkara yang lebih sepatutnya.

*mode : biol separa insaf*

Sunday, October 18, 2009

Duit deposit studio Roland Hostlaan

Assalammu'alaikum warahmatullah..

Wahai pembaca setia dan pembaca yang main kayu tiga atau lebih (tak setia). Aku nak juga tulis tentang hal yang satu ni. Hal yang dah lama sangat tertangguh. Tapi masih nak diceritakan. Buat tatapan mata yang tak sengaja membaca, tetapi terutamanya buat terapi menaip untuk menguruskan jari-jemari yang gemok pendek ini.

Dulu, kan aku menyewa satu studio kat Roland Hostlaan, Delft, lebih kurang sejam dari Amsterdam menaiki kereta api. Kepada yang keliru, studio tu digunakan untuk melabelkan bilik yang lengkap macam rumah. Di tingkat 10. Gayat. Nak nak masa angin kuat. Duit deposit hanya akan dipulangkan jika keadaan studio yang ditinggalkan sangat memuaskan hati. *** euro, banyak tu... 3 hari sebelum keluar, ada orang Duwo datang check (syarikat yang uruskan short stay ni lah). Kerana hari pemeriksaan tersebut, aku telah stay up mengemas studio yang agak haru gak untuk dikemas. Tapi siapa yang boleh aku minta tolong kalau bukan kaki dan tangan aku sendiri kan. Malangnya, aku telah mengemas dengan sangat bersungguh-sungguh sehingga lupa bahawa tangan-tangan aku ni tak biasa kerja berat. Akibatnya, keesokan hari, tangan aku sangat lenguh. Malah, malam seterusnya, aku asyik terjaga dari tidur dan lebih kurang macam menangis sambil mengerang kesakitan tangan. huhuhu.. Dengan tangan yang dua itu lah aku nak kemas kotak-kotak untuk dipos ke malaysia, bawa ke pejabat pos. Dengan tangan-tangan itulah aku nak tekan break basikal ulang alik ke kampus. Kecederaan otot tak boleh nak buat apa. Tahan aje lah. Sakitnya, Allah je lah yang tau... huhuhu..

Dalam masa yang sama, aku ada impian. Cewah... Agak berbulan-bulan juga...

Aku tekad. Kalau Ahmad jadi nak jual dengan harga *** euro, kamera dslr canon 1000D baru dalam beberapa hari lagi kehidupan aku di bumi Delft masa itu, serius, aku nak beli. Akhirnya, alhamdulillah, rezeki Allah bagi melalui Ahmad dan Duwo, aku dapat deposit studio tu penuh *** euro, dan aku berjaya bawa pulang kamera tu.. Pakej percuma kelas asas menggunakan kamera tersebut secara manual! Terima kasih Ahmad dan kak Jue dengan makan-makan yang marvelous, sepakej dengan kelas tutorial tersebut.

"Pa.. Ma.. tengoklah, ain ada kamera baru..." sambil muka berlagak tapi manja dan comel.
"tu lah, pa nampak tadi, bukan main lagi.. kamera mahal tu.."
"tu kamera hadiah ain kemas bilik ain tau.. "
Perbualan di KLIA tanggal 07/08/09.

Antara gambar kegemaran aku yang mendapat anggukan dari sifu Ahmad (boleh lah untuk budak baru belajar) ialah gambar anak dia yang cantik di balkoni rumah diorang ni ha...


Banyak juga lah snap kat rumah Ahmad dan kak Jue. Dan banyak juga di Utrecht, rumah Chedah dan Ayu, satu rumah best kat Holland yang mampu buat aku tambah gemuk jika tinggal lebih lama. Ni kawasan luar rumah diorang, dan gambar di atas meja makan rumah diorang.





Sampai di KLIA, terus ke Arau, nak jumpa adik aku, si Kenit, Iqa. Atau dalam erti kata lain, papa berjiwa kental dan suka sangat memandu. Dan berlakulah sesi cuba jaya kamera itu oleh adik aku, si Apit. Boleh tahan mantap gak dia ambil gambar. Antara gambar yang best, gambar muka papa semasa drive demi kebahagian isteri dan semua anak-anaknya.

Sebagai penutup, hasil dari hadiah perjuangan mendapatkan duit deposit studio Roland Hostlaan, wujud juga gambar yang salah bikin oleh Apit dalam proses pembelajaran dia. Takpe Apit, experience is the best teacher. (Pesanan untuk diri sendiri juga)

"Apa yang ko fokuskan ni Pit?"
"Ntah long, aku pun tak tau. Aku nak amik gambau kat luau tu"

Thursday, September 24, 2009

Gosok Gigi?

Dialog di Aidilfitri, di kediaman sendiri di Kampung Batu Gajah. Tajuk dialog, "Gosok Gigi?"

"tengok gigi sikit.. "
"tengok lah, ada gigi ke tak de gigi ni..."

Adik perempuan berumur 6 tahun tu menunjukkan gigi dalam mulutnya (takkan dalam hidung pulak kan) dalam keadaan tersipu-sipu. Kakak berumur 22 tahun (nak jugak bagitahu umur kan) itu menjawab,

"laaarrr.. gigi dia.. tak gosok gigi eh.."

"eh.. gosok lah.." Jawab adik itu.

"eleh.. mesti tak gosok gigi selalu kan.."

Adik itu diam.

"gosok gigi tiap malam nak tidur tau.. "

"akak buat macam tu ke?"

"eh, mestilah akak buat... akak gosok gigi tiap malam.. sebab tu gigi akak cantik.."

Jawab kak itu sambil menunjukkan gigi yang boleh dijadikan contoh yang baik buat adik tu.

"tapi kak, kenapa akak ada tahi lalat?"

Untuk makluman anda, kakak tersebut ada tahi lalat di atas bibirnya.

huh, rumit jugak nak jawab tu.

Tuesday, September 22, 2009

Yang penting kita ada laki kita

Dik, baju saiz ******* ada tak?
Tak de kak. Dah habis.

Dik, baju saiz ****** ada tak?
Tak de kak....

Dik, baju saiz ****** ada tak?
Tak de..

Baju saiz ****** ada?
Tak de kak...

Dari kedai ke kedai.. mencari baju raya..
Akhirnya.. Seorang diri.. sebab suami dan anak tengah tengok handphone raya, dia pergi ke kedai yang lari dari tema kedai-kedai sebelumnya.. Bukan lagi ke kedai baju..
Dengan dialog,

Dik, ubat kurus ada tak?
Ada kak..

Ini adalah cerita sebenar dari watak yang benar. Moral value of the story, jangan berputus asa mencari apa yang kita nak. Usaha itu tangga kejayaan. Kalau satu tangga tu under construction, cari tangga lain. Kalau dah habis semua tangga, jangan lupa bahawa ada lagi cara lain seperti naik lif atau gunakan takal.

Sumber cerita : Dari mulut mak aku.. hehehe..

Ma! Jangan marah na.. sekadar cerita penglipur lara je.. Ain tengok ma cerita kat orang lain rilex je. hehe.. muuaaah... love you ..!!!

Haa.. kesudahan cerita tadi ialah,

"Takpelah, tak de baju raya baru tahun ni pun tak pe. Yang penting kita ada laki kita.."

Dialog sebenar sebelum tapisan,

"Takpelah, tak de baju raya baru tahun ni pun tak pe. Yang penting kita ada gelang dan rantai baru.. hehehe.. " Selepas pause beberapa saat, "Yang penting kita ada laki kita.."



Thursday, September 17, 2009

Kawan baik atau kawan rapat?

"Sebulan dah aku macam ni. Kenapa aku rasa tak seronok je ni. Something missing. Tak best lah kalau terus-terus rasa tak seronok macam ni. Rasa diri tak efisyen.. kalau efisyen pun, rasa macam tak baik je sebab ala-ala tak ikhlas..."

Itulah gulungan cetusan pemikiran harian. Yang dah dikumpul menjadi satu perenggan. Yang tak mampu diringkaskan menjadi satu soalan objektif, mahupun dimudahkan dengan jawapan yang konkrit. Mungkin terlalu banyak faktor yang mempengaruhi, yang tak dapat disenaraikan mengikut tahap kepentingan. Akibatnya, rasa tak seronok itu menular dalam semua saat urusan harian, yang membawa kepada tekanan tanpa punca.

Setakat pasti ada punca rasa tak seronok je, tapi tak tahu apa dia, lagilah menambah rasa tak seronok. Maka, mari cari perkara yang seronok...!

Haa.. aku tau..!! Aku seronok menulis kat blog aku. hahaha.. (intro je rupanya.. cis.. ) Aku rasa blog aku agak bersawang... Pagi ni saja, aku ada macam-macam nak tulis. Tapi aku buat keputusan, aku nak tulis tentang perkara pertama yang terlintas dalam fikiran aku hari ini. Kawan baik atau kawan rapat?

Memang aku tak pernah baca kat mana-mana buku atau dengar dari mana-mana mulut lagi ayat "kawan baik atau kawan rapat", tapi aku rasa aku nampak sedikit perbezaan. Aku yakin untuk menyatakan bahawa, kawan rapat tak semestinya kawan baik, dan kawan baik tak semestinya kawan rapat. hurrmm...

Kalau lah ada kawan yang tinggal jauh dengan kita. Tak tahu banyak perkembangan kita. Tak tahu setiap jam kita luangkan untuk apa. Tapi kawan itu adalah kawan yang tak mampu kita lupakan. Kawan yang tak mampu kita tinggalkan bila dia sedih atau susah. Kawan yang akan kita hargai setiap kata-kata dan tindakan. Kawan yang kita rasa sangat susah hati jika telah mengguris hatinya. Kawan yang takkan memburuk-burukkan kita. Malah hati kita bergetar kuat ketika kita cuba menceritakan keburukannya pada orang lain, tanda tak sanggup mendedahkan nya. Malah kita selalu berusaha menceritakan kebaikannya. Dan dalam doa kita menangis-nangis minta dibutakan mata kita daripada melihat keburukannya. Kalau itulah ciri-cirinya, aku yakin, itulah kawan baik.

Mungkin ada kawan yang kita jumpa sentiasa. Kita buat semua kerja bersama-sama. Kita tahu banyak aktiviti hariannya. Tapi bila dia ada masalah, kita bukan tempat dia berkongsi sepenuhnya, yang ada cuma kesan masalah seperti muka masam. Dan bila kita ada masalah, dia bukan tempat kita bercerita setulusnya, tetapi cuma mulut yang diam. Cerita sikit-sikit mungkin ya, tapi rasa berhati-hati itu mengatasi rasa percaya. Kalau dah jumpa sentiasa, pastinya lebih banyak yang difaham daripada yang tidak. Sakit, pening, sedih, marah, gembira, atau buang tebiat, biasanya kita boleh faham bila berlaku pada kawan itu. Tapi belum tentu setelah difahami, pemahaman itu membuahkan rasa tenang dalam hati kita. Membuahkan rasa bahagia dikala dia bahagia. Menanamkan rasa sedih ketika dia menangis. Menimbulkan rasa simpati ketika dia tertekan. Malah lebih buruk, kita menangis dan sakit kerana dia. Kawan seperti ini bukan kawan yang baik, tetapi boleh jadi kawan yang rapat.

Sebab tu aku yakin dengan pernyataan tadi, kawan rapat tak semestinya kawan baik, dan kawan baik tak semestinya kawan rapat. (aku telah abaikan maksud dari segi bahasa oleh Dewan Bahasa Pustaka. Definasi disesuaikan dengan kata hati untuk menulis dari hati. Cewah)

Apa yang lebih membahagiakan, jika kita ada kawan rapat yang juga kawan baik. Adakah kita ada kawan rapat yang juga adalah kawan baik? Atau, adakah kebanyakan kawan kita adalah kawan baik tak kira jauh atau dekat? Adakah kita mahu banyak kawan baik? dan jika mahu, adakah kita LAYAK menjadi kawan baik kepada sesiapa?

What you give, you get back. Jika kita rasa kawan kita tak cukup baik, muhasabah dirilah, kerana mungkin kita jauh daripada LAYAK menjadi kawan baik. Fitrah manusia, suka yang adil. Dan Allah MAHA ADIL.

Maaf kepada yang pening. Tulisan ini hanyalah terapi kepada penulis. hehehe..

=p

Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin. Maaf untuk semua salah silap yang sengaja atau tidak. Kalau tidak sengaja, makluman tentang salah silap kepada aku amatlah dialu-alukan. Semoga 1 Syawal benar-benar menyucikan fitrah. Salam akhir Ramadhan. Semoga kita dalam rahmat-Nya, menjadi hamba yang disayangi-Nya, dan menjadi KAWAN BAIK kepada hamba-hamba-Nya yang lain. amiin...

Wassalam

Monday, August 31, 2009

Salam Merdeka Buat Lala a.k.a eLLa

Assalammu'alaikum...

Sempena hari kemerdekaan Malaysia, tanah air tercinta ini, saya ingin merakamkan salam kemerdekaan buat Lala. Ini adalah kerana pada hari ulang tahun kemerdekaan yang ke 52 inilah pertama kali saya membaca blog Lala. hehehe.. Lala, boleh tahan berseni lah wei kau punya tulisan. I like..! Tapi aku hadkan pembacaan kerana aku tak siap kemas dapur dan sidai baju lagi. huhuhu.. Aku tukar profession kepada bibik di Melaka sebab my parents tengah sibuk buat 'kuih raya' yang bernama, songkok.

Okay, kembali kepada Lala, memang post yang aku cari-cari ialah post yang digembar-gemburkan ditujukan khas buat aku dan Mai. Lala..!! Aku dah baca..!! Terharu..!!

Tajuk post tersebut ialah, Mai dan Ain sedang meninggalkan saya... (sila klik untuk baca)

Wahai Lala, respon aku untuk tajuk post kau tersebut ialah,

Mai dan Ain sedang menantikan saya...

Cewah...

Lala, nanti kau bagitahu Husni, jangan nak kecil hati kalau aku tak buat post khas untuk dia. hehehe.. Tunggu ada post khas untuk aku dulu dari dia. Bak kata mak aku, what you give you get back. Husni, peace!!!

Eh Lala, kau tak ingat ke semalam hari jadi Kak Yati? Yang kau dok potong kek sama-sama dengan dia tahun lepas? hehehe..

Dear Kak Yati, aka mama, hehehe..
Ain tak reti lah nak cakap Happy Birthday kalau mama ada kat depan mata. hahaha.. Nanti kita beli belah, kira hadiah lah tu yer .. Love You.. Muaaahh..

Eh, balik kepada Lala semula, thanks for the post...!! (Lambat giler kan cakap thanks)

Wednesday, August 26, 2009

Untungnya umat Muhammad

Aku pernah dengar dengan dua telinga aku sendiri, seorang Muslimah bercakap kepada Muslimah yang lain,
"Untungnya kalau kita berada dalam zaman Rasulullah saw semasa hidup kan.."

Kenapa dia tanya macam tu, dan apa jawapan kepada dia, panjang ceritanya.
Apa yang penting untuk aku sampaikan, Allah Maha Pemurah dan Maha Bijaksana. Apa yang Dia aturkan adalah yang terbaik buat kita. Sekarang kita tetap umat Nabi Muhammad saw, umat akhir zaman walaupun kita bukan berada dalam zaman Baginda semasa masih hidup. Dan sebagai umat Muhammad, kita masih beruntung, sebesar-besar untung!

Lima kelebihan menjadi umat Muhammad, sumber : tazkirah selepas solat sunat tarawih, rabu lepas di Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai.

Pertama
Walaupun umat Muhammad adalah umat akhir zaman. Paling akhir dihidupkan dan dimatikan di dunia. Tetapi umat Muhammad lah yang disusun oleh Allah swt sebagai umat pertama yang akan dihisab di akhirat kelak.

Kedua
Umat Muhammad, kalau mengerjakan kebaikan, pahala berganda-ganda. Tapi kalau buat keburukan, dosa tidak pula diganda-gandakan.

Ketiga
Umat Muhammad buat kemungkaran dan maksiat di dunia, tetapi Allah tangguhkan balasan hingga di akhirat. Bukan semuanya dan-dan semasa di dunia juga seperti kaum-kaum sebelum. Nabi Muhammad saw yang berdoa minta ditangguhkan balasan buruk kepada umatnya, kot-kot umatnya nak bertaubat.

Keempat
Hanya Nabi Muhammad, kekasih Allah, yang memiliki kuasa memberi syafaat, hanya kepada umatnya semasa di akhirat kelak.

Kelima
Dan umat Muhammad dihadiahkan dengan peluang merebut malam lailatulqadar.

Betul ke untung sangat menjadi umat Muhammad, umat akhir zaman ni?

Nabi Musa as pernah bertanya kepada Allah (Nabi Musa kan kalamullah, boleh bercakap-cakap dengan Allah)," ada tak kaum yang lebih baik dari kaum aku?"
Allah jawab, "ada, umat akhir zaman"
"Kalau begitu, aku nak jadi nabi kepada kaum itu. "
Allah jawab, "aku dah tentukan nabi untuk kaum itu".
Nabi Musa as cakap, "kalau macam tu, jadi umat nabi tu pun jadilah"
Allah jawab lagi, "aku dah tentukan siapa yang menjadi umat itu"

Nabi Musa mintak nak jadi umat akhir zaman, Allah jawab, Dia dah tentukan. Allah dah tentukan kita sebagai umat akhir zaman, umat Muhammad, dengan pelbagai kelebihan. Perlu lagikah keluar dari mulut kita 'harapan' untuk hidup di zaman selain dari zaman kita sekarang? Perlukah kita berfikir untungnya kalau kita bukan umat akhir zaman?

Maaf, aku memang tulis apa yang aku dengar dan catat je. Bila ada rujukan ayat Quran dan Hadis, aku tak berapa nak tangkap.

Friday, August 21, 2009

Malaysia negara bermusim?

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Salam pertama aku dari UTM melalui blog ini. yeehaaa.. Lebih spesifik, dari tempat duduk Hanim yang kini sedang bercuti. Hanim mana? Hanim ini (klik).

Pernah ada kawan-kawan bukan warganegara Malaysia bertanya, "Malaysia negara bermusimkah?" wah.. hebat betul mereka berbahasa Malaysia. Aku terjemahkanlah wei..

"Bukan, Malaysia bukan negara 4 musim"

Jawapan fakta ilmiah.

Tapi ada jawapan fakta yang lain.

Malaysia ada musim. Musim buah-buahan. Musim perayaan. Dan dua kali musim panas, yang pertama Malaysia mengalami musim cikungunya (betul ke aku eja tu?) dan yang kedua Malaysia mengalami musim H1N1.

Malaysia negara bermusim. Titik.

=p

Haaa.. alang-alang ni, nak kongsi satu hal. Ada ustaz tu bagitahu, di Masjid Taman Universiti. Antara masa Maghrib ke Isya. 17/08/09. (Tak mampu spesifik kan lagi nama ustaz untuk rujukan). Ada satu lagu raya yang membawa maksud tidak seperti yang sepatutnya. Iaitu.

Sesudah bersembahyang.. di pagi raya..

alamak, aku tak ingat lirik lah. Malah tak ingat penyanyi dan tajuk lagu. Ustaz tu nyanyikan sikit. Tapi ni lagu evergreen lah. Ada part,

Allah...
Allah...
Allahu akbar...


dengan berlagu yang membuatkan Allahu tu jadi Allahuu (hu tu panjang) dan akbar tu jadi akbaaar (bar tu panjang). Akbaar membawa maksud rebana (betul kan kalau aku silap dengar) dan kalau 'huu' tu panjang, tak jadi makna. Maka, baris lagu tersebut yang sepatutnya menjadi takbir telah tidak memberi makna atau membawa maksud yang salah daripada yang sepatutnya, Allah Maha Besar.

Sekian

Selamat menyambut bulan Ramadhan...
Maaf di pinta atas segala silap salah.. Semoga kita berlumba-lumba mengejar rahmat Allah.

Monday, August 10, 2009

Imbasan Kisah Perantau

Penerbangan Amsterdam-Kuala Lumpur dengan MAS hampir 13 jam. Itu tidak termasuk perjalanan pergi lapangan terbang, check in barang, pos barang, berlari-lari cari gate boarding yang ale-ale tukar gate.. fuh.. Akhirnya.. "Selamat datang daripada Malaysia Airlines"

Selain makanan yang dinanti-nanti, menonton filem juga adalah antara perkara lain yang ditunggu-tunggu bila naik MAS ni. Mula-mula tengok The Soloist. Adeh, bosan aku. Akhirnya aku kurang fokus, syahid.. Maka aku kurang pasti cerita tu macam mana. hahaha.. Segar semula, tengok filem lain, My Life is Ruins. ke, in Ruins. hehe.. kisah perempuan Greece yang bekerja sebagai pemandu pelancong. Kisah pengembaraan, pelancongan.. Tengok filem tu, tiba-tiba ada mode sentimental pulak.

Al kisah mode sentimental... Imbasan Kisah Perantau... Teringat pengembaraan-pengembaraan aku...

Pengembaraan paling utama, tak payah nak terang lebih-lebih lah, kisah 4 beradik, aku, Mai, Lala, Husni, si kanak-kanak riang terbang buat kali pertama dari KLIA ke Warsaw airport. "Korang.. kita naik kapal terbang!!!" Gayat... Transit di Frankfurt, menyaksikan barang-barang yang tak lepas di Frankfurt, dibuang ke dalam tong sampah (kat KLIA lepas pulak kan). Sampai di Warsaw.. "Haa.. korang, ni lah tempat yang susah payah kita nak sampai ni.." huhuhu..

Dari Poland, ada pengembaraan dengan Husni dan Hazim (bakal pengantin ni ha...) ke UK.. Cardiff. Ditahan kerana disyaki 'pengganas'. Pengajaran pengembaraan tersebut ialah, jika seseorang itu boyfriend anda, sila sebut 'boyfriend', jangan sebut 'friend'. Jalan-jalan di Cardiff dan London. Tambah barang, tambah kawan, dan tambah gambar. hehe..

Tak lupa juga pengembaraan tiket sangat murah dari Warsaw ke Oslo. 4 beradik bersama 2 beradik lain dari Filipina. Merasa lah kami hidup di negara mahal, dikejar orang mabuk selepas perayaan hari kebangsaan Norway, merasa terapi tekak dan hidung dek roller coaster di Oslo dan membaca doa makan semeja dengan kawan yang 'bersalib' kerana berbeza kepercayaan.

Lain cerita pula dengan rakan-rakan sekursus di Poland. Makan-makan pertama dianjurkan oleh kami 4 beradik, the Malaysian girl sempena Aidilfitri pertama berjauhan dari keluarga masing-masing. huhuhu... Kemudian macam-macam makan-makan ada. Jalan-jalan ke taman, ke tapak sambutan kemerdekaan, ke rumah kawan-kawan Polish, ke rumah Profesor Kujawinska.. haih.. bestnya mengenangkan macam-macam ni =D

Mengembara pula ke Jena.. Seminggu berbengkel ditutup dengan pelukan dan air mata kawan-kawan yang cuma kenal setahun sahaja. Syahdu. Terharu. "Keep in touch ya...!!" Pesan semua.

Kembali merantau di bumi Belanda, pergi berdua. Walaupun tak semeriah tahun pertama di lapangan terbang, tapi tetap syahdu. Berbekalkan moto 'Pergi dengan harapan, Pulang dengan kejayaan'. Di Belanda, alkisah dengan kawan-kawan Malaysian di sana, dan teman-teman Indonesian juga. Makan-makan, borak-borak. Suka, sedih, sakit, itu lah tempat bercerita. Orang-orang Delft, Utrech, Rotterdam, Leiden, Wachenigen.. Anwerp di Belgium..

Dengan kumpulan Optik pula, belajar bermacam-macam budaya. Kursus yang membawa 10 orang ke St Gallen, Switzerland juga tak kurang menambah isi dalam kotak pengalaman. Walaupun tak serapat mana, tetap.. we had sun.. we had fun.. huhu..

Sekali lagi bengkel seminggu, tahun kedua di Paris pula. Jumpa kawan lama, dari jauh mereka berlari.. berdesup.. berpeluk erat. Tak tahu lah kalau pelajar universiti lain (London, Jena, Delft) juga macam tu, tapi kami pelajar Poland tahun pertama memang macam tu. Tu masa jumpa. Masa nak balik, mata masing-masing berkaca-kaca. What kind of friendship is this?? Love you guys...!!!

Pengembaraan lain, pun tidak ternilai harganya, pengembaraan ke bumi Mesir. 5 orang dari bumi Eropah disambut dan dilayan terlalu baik oleh tuan tanah, anak-anak Malaysia yang mengaji di Syubra, Kaherah dan Iskandariah. Pengembaraan lebih seminggu itu penuh dengan pembelajaran. Lebih penuh dari beg dengan barang-barang yang dibeli dan gambar-gambar yang dirakam dalam kamera. Aku rasa, pengembaraan yang ini lah yang paling banyak aku terimbas masa tengok filem My life in Ruins tu.. hahaha.. teeettt...

Belajar melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza. Lain dari mata kasar, itulah mata hati.

Bukan saja kisah pengembaraan itu bermaksud aku yang keluar berjalan. Tak ketinggalan juga kawan-kawan yang belajar di Ireland, Rusia, Ukraine, Cardiff, Utrecht.. yang datang melawat aku dan Mai yang comel dengan ceria dan semangat. Mereka termasuk dalam kotak kenangan manis aku.

Macam-macam yang aku tengok, jumpa, buat, belajar.. Kotak pengalaman, kotak kenangan. Patutlah berat semacam beg aku. Sampai flight delay sebab tunggu barang-barang kargo masuk. hahaha... tak memasal..

Dalam penerbangan tu jugak, aku terfikir, kalaulah ini penerbangan terakhir aku, mungkin segala imbasan itu jugalah pengembaraan-pengembaraan terakhir aku.

Aku teramat yakin, aku menulis tanpa fikir flow ni. Nasib lah kalau kaf lam ya nga..

Owh.. balik pada tengok filem dalam penerbangan tu, filem seterusnya aku tengok, cerita My Girlfriend is an Agent, cerita korea.. best..

Eh, minum petang dah siap la.. hehehe..

Papai..

(rasa nak letak gambar-gambar dalam post ni.. tapi ale-ale malas pulak.. next post lah.. )

Wednesday, August 5, 2009

Sayonara Holland...

Catatan ringkas :

Sayonara Holland...

Ucapan penghargaan buat warga Delft, warga Utrecht (cik Senah dan cik Gayah), dan semua warga yang dikenali di Holland.. Terima kasih banyak-banyak..
dan minta maaf untuk apa-apa yang terkurang, terlebih, tersilap, ter ter ter..

All the best for everyone...

Malaysia.. I am coming...

Monday, July 27, 2009

Final Roses

Assalammu'alaikum warahmatullah..
Salam wangi di hari Isnin dari kediaman 403, Roland Hostlaan, Holland...
Bila aku tengok keliling aku, ada macam-macam longgokan, akibat status kediaman yang berbunyi "kemas-barang-untuk-pulang"

Lupakan sekejap longgokan-longgokan lain, dengan kamera bersarung hitam dan merah jambu, aku cuba merakamkan posing-posing bunga ros baru kejap tadi ni ha. Nampaknya, inilah bunga ros terakhir yang aku beli untuk hiasan bilik ni (ntah bila lagi lah kan aku nak menetap lagi kat sini. tak terjangkau akalku)

Aku tak pasti mode gambar ni. Nampak macam kembang mekar bebenau lak. Tapi next gambar aku suka sangat. hehehe.. (kecik hati gambar di atas)

Hakikatnya, gambar-gambar tak sharp. Tangan tak betul, salah tidur (alasan...) Daripada 20, ada 18 yang telah aku longgokkan.

Dan itu dua yang tinggal. Yang aku longgokan tu, sebab aku nak gantung kasi tonggeng, kasi kering.. Haaa.. aku terasa best... sebab bila aku kemas bunga-bunga tu masa mula-mula nak letak dalam pasu (dari botol je sebenarnya), aku cantas-cantas sikit daun-daunnya, ada pulak tumbuh pucuk baru tu. Boleh tanam ni. hehehe..



Aku pernah cerita tentang bunga mawar hijau muda merah jambu (boleh klik) sebelum ni, tapi tak letak gambar kan. Apa yang aku ada sekarang, adalah mumia mereka. Hisy.. huduhlah guna nama mumia. Versi kering mereka. Inilah rupa mereka sekarang.






Masih wangi. Macam kat Lovely L*** kat JUSC* Taman U. Tapi serius, tak semua bunga mawar yang kalau kasi kering, boleh jadi se-maintain itu tau (ikut pengalaman aku yang tak de skill ni lah) Sekian berita tengah hari ini.
Wartawan untuk segmen Bunga-bungaku, melaporkan.

Sempatkah my final roses in Roland Hostlaan ini di'mumia'kan? Kalau bawa balik Malaysia, adakah selamat dari penyebaran virus H1N1? (eerr.. ada kena mengena ke?)