Wednesday, December 16, 2009

Biadap dan dengki bukan jalannya

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammu'alaikum..

Di pagi hari pertengahan minggu ini, hari Rabu, macam-macam kerja ada dalam kepala. Kerja yang gagal disiapkan pada hari yang diharap dan juga kerja yang perlu diselesaikan sebelum cuti di hujung minggu. Namun, disebalik kesibukan tersebut, ada perbuatan yang kadang-kadang manusia lakukan kerana terlupa bahawa ianya mampu mengguris hati dan perasaan orang lain. Malah lebih buruk lagi, menjadikan jalan manusia untuk mendekati Allah 'jam' dek perbuatan tersebut.

Pagi ini saja, dalam kepala aku ada dua perbuatan sedemikian. Tidaklah memberi impak negatif yang amat besar. Tetapi aku harap dapat aku jadikan iktibar, agar aku tak ulang perbuatan tersebut. Kenapa? Supaya orang lain tidak rasa apa yang aku rasa (negatif) sebagai pendengar/pemerhati.

Serius, kalau sebeginilah rupa bentuk penulisan dalam satu-satu buku, aku mungkin tak habis baca. Hahaha.. Giler boring..

Okay.. sambung...

Seingat aku, seseorang pernah bercerita/aku pernah baca tentang sikap Rasulullah saw ketika berbicara dengan orang lain. Kalau salah cerita ini, harap diperbetulkan. Yang aku dengar/tahu, Rasulullah akan memandang tepat kepada orang yang sedang bercakap dengan Baginda. Kalau dipanggil dari belakang sekalipun, Rasulullah akan berhenti dan memalingkan badannya, menghadap si pemanggil. Aku sangat ingat cerita ini sehingga memberi perubahan yang besar dalam hidup aku. Aku sangat menitikberatkan soal memaling badan dan muka ke arah orang yang bercakap dengan aku. Contoh, kalau aku duduk atas kerusi di pejabat, aku akan pastikan aku memusingkan kerusi ke arah tetamu/rakan sekerja/sepejabat yang bercakap dengan aku. Malah, kalau aku sangat sibuk, perlu menghadap komputer aku (walaupun cuma mata aku), melihat skrin telefon bimbit aku, aku tetap akan cakap "wei, sorri ye, aku terpaksa tengok laptop ni kejap.." atau "ko kesah tak aku jawab sms semasa ko bercerita? sebab aku kene jawab urgent ni.. kalau tak, tunggu 5 minit ye.." Okaylah.. maybe ada pengecualian untuk beberapa kes.

Bagi aku, itu adalah satu bentuk penghormatan, penghargaan.

Ada sesiapa yang tidak setuju dengan sikap sopan ini? Ada sesiapa yang tidak setuju bahawa lawan kepada sikap ini adalah biadap? Lawan kepada sikap ini, contohnya ialah.. Orang panggil dia, dia "ummpph.." je, sambil terus mengketik laptop. Atau, orang tegur dan tanya dia sambil dia berjalan, dan dia terus berjalan.. membelakangkan orang yang menegur.. dan menjawab.. Pasti lah suaranya semakin perlahan kedengaran atas faktor jarak dan membelakangkan kan. So, ni nak jawab ke tak ni. Ini, untuk kes pertanyaan sopan lah. Kalau mamat-mamat bersepah yang cuba kacau-kacau tu lain lah. Haa.. mamat-mamat bersepah. So, kalau kita treat orang macam tu, macam kita anggap kawan kita (kalau kawan la.. kalau adik, adik.. kalau makcik, makcik) tu mamat-mamat bersepah je kan. Haih.. Biadap!

Perbuatan kedua.. dengki.
Dengki ni bukan semudah yang dilihat dari mata kasar sahaja. Tengok ketam nak panjat keluar bakul, ketam yang lain dok kait dari bawah. Itu dengki si ketam. Manusia?
Aku nak fokuskan tentang dengki dengan kelebihan dan kemurahan rezeki orang lain. Sebab baru-baru ini juga ada berlaku. Orang-orang mempersoalkan tentang betapa mudahnya seseorang itu mendapat satu-satu rezeki. Mempersoalkan tu, sangatlah bukan macam caring. Kalau caring, awat tanya pasal orang tu dari orang lain kan? Iaitu aku. Dah tu, tanya,
"eh, betul ke dia dapat *****?"
"dia dah ada &&&&& ke?" &&&&& ialah salah satu syarat untuk dapat *****.
"eh, cepat ek dia dapat &&&&&"
"I dulu, benda tu lambat.. bahagian admin simpan sampai seminggu.. si fulan itu slow.."
Aku jawablah,
"ala.. dia pergi follow up selalu, rajin-rajin.. dapatlah cepat siap.. agak-agak si fulan sibuk, dia yang tolong. Sebab kalau cepat, dia jugak yang dapat ***** cepat"
Lepas tu terus lagi tanya macam-macam, soal macam-macam. Dan ditutup dengan alasan kenapa-tanya-macam-macam dengan alasan yang telah aku ketahui pagi tadi bahawa alasan itu tak logik sama sekali!
Maka.. apa tujuan tanya macam-macam tu?
Dengki dengan kemudahan dan kemurahan rezeki orang ke?
Apa kita dapat kalau kita dengki?
Tak boleh ke kita terima kemudahan dan kemurahan rezeki orang tu sebagai tanda Allah maha Pemurah?
Tak boleh ke kita tengok hal itu untuk muhasabah diri kita, kenapa kita tak dapat?
Tak boleh ke kita tak sangka bukan-bukan perkara yang tak logik, dengan mempersoalkan cara-cara orang dapat kemudahan dan rezeki itu?
Ini orang yang bersuara dengan aku. Yang cakap belakang?

Kalaulah orang yang tahu situasi ini, dan komen pada aku "ala ain, mungkin orang tu tanya-tanya je, bukan dengki.." Maka, sudi aku katakan, "aku harap engkau betul. tapi harapan aku itu tipis. aku tak nak pastikan harapan itu menjadi atau tidak. takut aku terbenci orang"

Sekadar peringatan.

Ain, ingatlah..
bahawa Biadap dan Dengki itu, bukan jalan mendekati Allah.
Dan Ain, ingatlah, tujuan hidup ni memang satu tu je.. Nak cari jalan 'ke' Allah.
So..

Lu pk la sendiri..

Assalammu'alaikum..

No comments: