Friday, December 11, 2009

Pentingkah bercerita masalah?

Orang yang kenal aku, sangat percaya aku banyak cakap, banyak cerita, atau dalam bahasa lainnya, sangat mak bedah, mak joyah, mak kiah, mak pe'ah dan sebagainya.. (hanya maksud tersirat, tiada kena mengena dengan nama watak sebenar). Okay, tolak ketepi cara orang yang baru kenal aku atau baru berbual 30 minit dengan aku. Sebab kebanyakannya rasa aku serius, terutama mereka yang berniaga dan aku klien mereka. Maka aku rasa aku sangat boleh menjiwai pekerjaan yang bernama, 'co-pilot'. Tak kiralah driver (biasanya kereta lah, bukan kapal terbang) suka atau tak, tapi aku rasa sangat bertanggungjawab men-joyah-kan diri untuk jawatan co-pilot. Mungkin sebab role model aku ialah kak Yati (aka mama, aka co-pilot papa).

Kak Yati juga pernah komen beritahu,
"dak Iqa tu, kalau ambil dia balik dari asrama ke rumah, bercerita je sepanjang jalan. kalau hantar balik asrama, diam pulak.."
"oo.. ain?"
"engkau tu pergi balik bercerita je sepanjang jalan!"

Aku rasa, talking is a very good therapy.

But I think, now, aku kurang dah menjalani terapi itu.

Dan yang paling ketara, bercakap tentang masalah adalah yang saaaannngaaat sudah berkurang.

Sebab aku rasa, masa sangat selalu mencemburui aku. Ada banyak lagi perkara yang perlu/boleh aku buat selain daripada bercerita tentang masalah aku. Sehinggakan aku menipu beberapa kali bila ditanya, "ada masalah ke?" dan aku jawab, "tak de" padahal dalam kepala aku pada masa-masa itu sememangnya masalah-masalah. Sebab? Aku nak buat kerja lain.

Tapi, boleh ke aku buat kerja lain tu?
Padahal dalam kepala berpuntal-puntal dek masalah? Masalah matematik boleh diselesaikan dengan persamaan. Masalah simulation boleh diselesaikan dengan modeling. Masalah design boleh diselesaikan dengan mencari contoh dan editting. Masalah kewangan boleh diselesaikan dengan menunggu gaji masuk atau telefon papa mama. Masalah kurang tidur boleh diselesaikan dengan mencari bantal dan selimut. Ni masalah-masalah lain ni.. Apo den nak buek ni?

Dulu, tindakan pertama, adalah bercerita..
Bercakap...
Kenapa?

Sebab bila bercerita, mungkin (kebiasaannya) orang yang mendengar mampu memandang daripada satu sudut perspektif yang berbeza, yang boleh mengubah rasa sedih kepada tenang, rasa marah kepada kesian dan rasa kecil hati kepada hati kering. Sebab bila ada masalah, emosi menguasai. Dan lebih teruk, syaitan menguasai. Maka pertimbangan dan penilaian biasanya bias dan tidak tepat. Boleh jadi juga, selepas bercerita, ada penyelesaian yang mampu dilihat.. aaarrgghhh.. aku bukan nak tulis tentang teori blah blah blah.. Aku bukan nak buat PhD dalam bidang Psikologi remaja.. hehehe..

Tetapi,

Sekarang aku rasa aku bermasalah untuk bercerita tentang masalah.. dan masalah yang tidak diceritakan itu tidak dapat selesai..

Maka, post ini berhenti di sini...

Wassalam..

5 comments:

lala said...

yen... tetibe aku rase bersalah... huk3... aku dah lame tak mendengar masalah ko..

ayen =D said...

eh lala.. tiba2 aku 'berkaca mata' terharu pulak dah.. hahaha..

yg ko nk rasa bersalah kenapa.. bkn ko tak nk dengar.. aku yg tak tercerita la.. hehehe..

Adam Ruslan said...

Apa kata kalau buat langkah pertama?

Mendaftar di dalam kursus perkahwinan?

Hihihi.

Anonymous said...

Assalamualaikum dik

Lama akak tak dengar khabar adek. Itu lumrah dik, adek sedang menjalani proses kematangan. Itulah secara halus Allah ingin mengajar kita cara bagaiamana utk lontarkan masalah itu ke tempat yang betul, iaitu pengaduan pada DIA, yang Maha Mengetahui..

Masalah yg terpendam tang tak terluah itu, cuba untaikan dengan kata2 pada yang maha mendengar, insya Allah terapi adek akan berjalan dengan lancar. Pilihlah bahasa yang akan memberikan kita bermakna buat sekeliling dan setiap masalah, biarlah hanya DIA yang mengetahui..

Pray for ur life and make decision by ur heart, and follow it, then, u only know, His sign in ur mind..(",)..

Good luck dear..Salam sayang dari akak..(",)

Wassalam..

ayen =D said...

abang adam, thanks utk cadangan tersebut.. dan, telah dilaksanakan bkn mendaftar sahaja, malah dah ada sjil.. hohoh..

w'salam kak atiqah..
syukran.. ;)
betul3.. sebenarnya, pentingkah bercerita itu, paling pentingnya pada Dia.. rasa sangat solved!
and all the best to you too..!!