Friday, January 29, 2010

Pengisian malam Jumaat, cerpen Hilal Asyraf

Salam..

Malam tadi, malam Jumaat.

Bukan terisi dengan lambakan cerita seram di televisyen tempatan.
Bukan juga terisi dengan bacaan saintifik beberapa kertas yang telah dicetak untuk tujuan literature review.

Tapi dimulakan dengan buka online banking, untuk satu tujuan kewangan peribadi. Alang-alang dah buka laptop, teringat satu cerpen yang belum selesai dibaca. Kisah cinta. Arrrghh.. Bukan nak berangan, tapi mencari pedoman. Boleh tahan masuk juga lah pengajaran ke dalam hati. Huh.. Memang masuk... Saaaaapppp...

Selesai baca cerpen yang tertangguh bertajuk Ekspedisi Cintaku itu, aku teruskan lagi dengan cerpen lain oleh penulis yang sama iaitu Hilal Asyraf bertajuk, Agoni.
Baca cerpen itu memberi impak yang berlainan.
Sakit...
Marah...
Akhirnya aku menangis. Entah hape-hape... Dah lama tak menangis sebab membaca cerita.. hehehe...

Wah.. mantap.. aku nak terus baca cerpen yang lainlah.

Kali ini, pasal superhero. Serius rasa macam bangang plus bongek sebab aku bukanlah peminat kisah fiksyen. Adalah satu hari itu tertengok juga filem Avatar. Tapi malam tadi aku habis baca cerpen tentang superhero itu, sebab pengisian dalam cerpen itu adalah.. fuh.. hebat...!!

Cerpen itu bertajuk, Penyelesaian.

Tak tercalar ego kalau aku nak kata, aku suka cerpen Hilal Asyraf..

Thursday, January 28, 2010

tanpa rasa bersalah...

Tanpa rasa bersalah, aku masih di atas tilam di bilik aku, di rumah sewa.
Dah berbaju batik dah pun, tapi aku tak dapat momentum kerja lagi. (batik lah sangat kan)
Arrgghh... ini semua sebab aku tidur dengan rasa susah hati agaknya.. padan muka aku..

Okay, sebelum lebih ramai salah sangka, aku akan kerja lebih, malah lebih efisyen karang.. or esok ke.. Mestilah untuk nak berkat rezeki, aku kena kerja 40 hours per week.. (mengikut kata kebanyakan orang la..hahaha) Tapi kalau kerja tanda laporan pelajar, buat silibus baru, study and writing for publication (harapan berbulan lamanya) dan literature review, kat rumah pun aku boleh buat kan.. haha..

Arrghh.. sewel..

Tanpa rasa bersalah, juga ada manusia yang menyakitkan hati.. Hmmm.. aku tak mahu lah mengumpat, tapi aku rasa perkara ini penting untuk aku ingatkan diri aku sendiri supaya bercakap itu mestilah bijak! Ada orang tu, jumpa aku, bercakap dengan aku, secara rasminya 3 kali. Malangnya aku, ketiga-tiga kali itu, mesti ada yang menyakitkan hati rasa nak lempang laju.
The latest issue was..

Eh, kenapa you pergi talk AKPK tu ye? Tu bukan untuk orang yang bermasalah hutang besar ke? hehehe..

Akak masih tak paham la.. Siapa ni yang ajak you pergi talk tu.. ? hehehe..

Pang...!!!! Dalam imaginasi aku je la..

First.. aku bukan lah nak kata aku have no problem in money.. Tapi untuk orang yang kenal aku, aku memang suka pergi apa-apa ceramah, talk, program, taklimat.. kan? My 1st motivational program, I joined when I was 10! with RM 50! Dengan Dr Syukor ke, Syukri nama dia.. hahaha..

I was going there atas kehendak sendiri, selepas baca majalah Mingguan Wanita. Dia kata ada talk free.. pergi je la.. bukan jauh pun.. Kat Bank Negara, JB. Ooo.. aiskrim free, pamplet free, makanan untuk tester free, main amik je tak de orang kesah pun, gelakkan pun.. tapi majlis ilmu free kenapa nak pelik? tak ke patut lempang laju?

Dengan amarah yang sedikit terkawal,
"Bukan untuk orang bermasalah, tapi untuk orang yang nak BELAJAR..."
"Kalau akak nak tahu, itu taklimat awam untuk terangkan apa itu AKPK, tambah pengetahuan.. ilmu... dan saya pergi atas kehendak saya sendiri untuk belajar sesuatu.. "

Sedikit tentang apa yang aku dapat di taklimat AKPK 'yang untuk orang bermasalah' itu ialah :
1. AKPK bertujuan untuk beri pendidikan kewangan, ada perkhidmatan kaunseling kewangan dan Program Pengurusan Kredit. PERCUMA. Yang Program Pengurusan Kredit itulah yang untuk uruskan kredit susah nak bayar tu.. ayoyo..
2. Duit simpanan mesti ada sekurang-kurangnya 3 bulan gaji. Dan, seorang akak jual insurans yang dulu study finance, kerja kat bank then jual insurans sekarang pun kata pasal point 3 bulan gaji tu.. hehehe.. mesti penceramah dan akak tu belajar sama-sama.. hahaha..
3. Staf lelaki di pejabat aras 3 di situ, hhmm.. not bad.. ahahaha..
4. Dan aku merasakan sangat beruntung mendengar taklimat tersebut, dapat beberapa ilmu baru.. mensyukuri lebih banyak nikmat dan ada beberapa kesedaran..

Tanpa rasa bersalah, akak tersebut nak jual produk pulak dengan aku. Kalau produk dia bagus macam mana pun, attitude dah macam tu, sorry la.. penghalauan halus berlaku
"ok lah kak.. saya tak nak dengar buruk orang.. cuba cerita apa kelebihan akak"
Masa ni dia dok cite buruk2 orang..yang hanya bukti mulut dia je..
"ok lah kak.. saya tak nak sekarang.."
"tapi akak ada minggu ni je.."
"ok.. kalau nak saya call akak... kalau akak tak de saya cari orang lain.."
Dengan dia di pintu ofis aku, aku dah hadap komputer dah ni (hakikatnya banyak kali je aku buat kerja aku masa dia terang-terangkan..
"Hmm.. kalau dengan agen Cina, diorang biasanya tipu.. amik dokumen kita tu untuk kegunaan lain... "
arrrgghh.. cukup lah wei.. ko ingat aku bodoh sangat ke tentang keselamatan itu ini pun tak tau? ko ingat aku bodoh sangat ke nak percaya cakap mulut yang asik kata buruk orang je.. yang close-minded..? macam tu berniaga dengan bagus? dah dah.. blah blah..

Tanpa rasa bersalah, dia berlalu tanpa senyuman aku..

Oo.. sebenarnya ini bukan cerita semalam.. tapi hari Selasa..
Pengajarannya.. produk bagus macam mana pun, muka cantik macam mana pun, anda agresif macam mana pun.. kalau attitude macam senget, hanya keajaiban sahaja yang boleh buat anda berjaya.. sebagai ujian nikmat dari Allah..

Tanpa rasa bersalah...
Aku nak beritahu..
Aku homesick wei...!!!

Tuesday, January 26, 2010

aku teringat kak long...!

Kalau nak tahu, dari sehari ke sehari aku nak tulis post ni, tapi tak tertulis-tulis...

Mula-mula aku terdetik nak tulis post ini ialah bila diasak bertubi-tubi dengan berita tentang cuaca buruk pada musim salji di Eropah sana. Bulan lepas dan lepas lagi kalau tidak silap. Salji lebat. Tebal. Sampai ada yang mati (kalau tak cuaca buruk bersalji pun boleh ada yang mati, iaitu orang yang tiada rumah, homeless dan orang yang mabuk.. ). Penerbangan ditangguhkan.. Perkhidmatan kereta api juga dihentikan. Kerana salji.

My first winter was in Warsaw, Poland last 2007. Masa tu dalam Dom Studentzki Zakzec (ejaan tidak lah tepat) yang tertutup. Tidak dapat aku lihat suasana persekitaran kecuali aku selak langsir tingkap bilik, atau keluar dari bangunan asrama. Keluar dari pintu bilik pun tak nampak suasana luar lagi, sebab dikelilingi bilik-bilik lain. Turun lif/tangga, melintasi KIOSK, pak guard.. sampai lah ke pintu keluar...
Masa buka pintu tu lah, aku adalah terberhenti langkah kaki, tergamam dan boleh dikatakan ternganga yang excited. Aku buka pintu tu sama-sama dengan kak long.

"hah...!! snow!!!" Kami jadi macam patung cendana.

Salji tengah turun, pertama kali live depan mata aku!
Dan, apa yang merasakan diri ini agak bangang, belakang kami masa tu ada Mai, Lala dan agak ramai juga pelajar Polish yang terhenti langkah sebab ke-rusa-masuk-kampung-an kami.

"wei, orang nak jalan la.." selepas mungkin seminit.
Aku cakap kat Husni selepas menoleh kebelakang dan melihat senyum sinis abang-abang Polish, malah ada yang menahan ketawa. Sorry ar bang, I excited sangat ni.. I tak pernah tengok snow macam ni.. hohoho..

Kami keluar dengan malu tapi excited.. Arrghh.. lantak la..

Dan kami bergambar depan bangunan asrama..! walaupun tidak lah terlalu awal untuk ke kelas.. Kami peduli apa..!


Dan satu lagi gambar, masa tunggu bas di Krakow untuk tengok lombong garam.


Satu malam di Krakow tu, adalah suhunya -14 darjah celcius, dan giler babi sejuk! Tak rasa dah hujung jari walaupun pakai glove (yang tidaklah semahal mana) Jalan kawasan pasar outdoor pulak tu. Jalan-jalan, masuk kedai yang indoor, buat-buat tengok barang, padahal letak tangan pada heater. Kamilah 4 beradik yang terbaling ke Poland, merasa musim sejuk pertama di bumi Eropah. Dan gambar pertama aku dengan salji ialah dengan kak long..! (Mai, Lala.. jangan jeles yer.. agak-agak terpisah dengan korang nanti baru aku buat post untuk korang pulak.. hehehe)

Kak long!!! Miss you la... hohoho..

Kak long telah selamat sampai di Cardiff, terbang untuk berada di sisi suami.. Tapi dalam temuduga di UTM, dia kata nak terbang ke sana untuk buat PhD. Hahaha..

All the best kak long...!! Masak untuk laki tu biarlah benar, jangan buat malu pengalaman memasak selama dua tahun yang dulu.. Jangan buat perangai daging masak kicap dan ikan masak sos di Zaczek! (tak tau la kalau laki kau suka kan.. hahaha)

muuuaahh..!!

i want to spend my lifetime loving you

Dilla!!!!

Kau komen di blog aku, baru lah aku tau kau ada blog. hahaha.. Aku tak sempat baca semua dan komen.. Tapi aku sempat baca favorite music kau, iaitu, lagu i want to spend my lifetime loving you...

huhu.. percaya atau tidak, aku ada satu album, "best of latin" dalam laptop aku.
dan ada satu video lagu ini jugak!

Kali terakhir aku dengar lagu ini ialah..

sekarang!

dear 'you',
yes, i want to spend my lifetime loving you.. (bapak giler jiwang tahap dewa perkasa..!)
and for now..
sama ada 'you' jawab, "yes, me too.."
atau
"i am sorry, you can't"

i donno what to expect...

ya Allah, kalau Kau tak redha.. tolong aku untuk rela..

p/s jangan tanya aku PMS or what.. just mengikut mode lagu yang berkumandang.. daaaa.. mode sewel...

Monday, January 25, 2010

penat.. tapi seronok walaupun runsing...

macam-macam dalam kepala..
list-things-to-to aku tak putus-putus..
ada yang di-strikethrough, ada pula yang ditambah baru...

i wanna love my job...
i wanna love knowledge..
i wanna spend my time with my friends.. my family...
i wanna spend my time to memanjakan diri sendiri.. dan memanjakan bilik sendiri..

tak termasuk beberapa perkara lain yang aku nak..

kelakar mengingatkan satu perkongsian seseorang sabtu lepas. dia iklankan sejenis perniagaan (tak memasal ada slot dia dalam talk yang aku hadiri dari pagi sampai petang tu kan). tapi perkongsian dia yang aku rasa kelakar tapi ada benarnya :

orang yang ada wang, tapi tak de masa, ialah ahli perniagaan (yang rajin lah kot)
orang yang ada masa, tapi tak de wang, ialah penganggur (yang bukan anak orang kaya raya la)
orang yang tiada wang, dan tiada masa, ialah orang yang makan gaji (GILER TERASA)

berasa cukup dengan apa yang ada, aku rasa bagus dan patut untuk mengelakkan dunia terlalu diagung-agungkan berbanding akhirat. tetapi berasa cukup dengan pencapaian diri, kemajuan, ilmu dan kebolehan diri bukanlah satu hal yang bagus.

adalah seronok jika setiap detik yang berlaku dalam kehidupan kita ini, kita berjaya bersyukur kerana takdir tersebut. tiada istilah, "menyesal jumpa dia", "kenapalah aku berada di sini, kat rumah kan lagi bagus", atau "sia-sia je aku berada di sini"

jika istilah tersebut ada, atau mana-mana yang sewaktunya, ruginya rasa seorang manusia. padahal mungkin jumpa 'dia' itu mampu mengajar kita tentang sesuatu sebagai panduan hidup di plot kehidupan yang kita belum sampai lagi.. belum tahu lagi. mungkin kita berada di satu tempat dan mendapat satu pengalaman itu nampak buruk. tapi sebenarnya jika dipandang dengan positif dan hati yang bersih tanpa banyak sangka buruk, ada banyak rahsia dan ilmu yang Allah nak beri kita. 'kebetulan' itu Allah juga yang susun. Allah mesti ada sebab nak tempatkan kita di satu tempat, satu majlis, jumpa kan kita dengan orang-orang tertentu. Kita memilih atau tidak, Allah juga yang susun. Jika kita yang memilih, dan niat memilih itu asalnya untuk mengkaji 'ayat-ayat Allah', pasti penemuannya juga adalah petunjuk dari Dia. Lain la kalau memang kau pilih nak pergi buat maksiat kan..

untuk jadi positif, sangat susah rupanya. tetapi tenang jadinya kita. kenapa aku cakap macam tu, bila ada orang dikeliling bercakap perkara-perkara yang negatif, aku sangat berusaha untuk tanam dalam hati, "ain, jangan terpengaruh ain.. biarkan dia ain.. ain, doakan dia supaya nampak kebaikan-kebaikan ain kalau ko punya cakap yang +ve dia tak leh terima.. ain, itu pandangan dia.. pandangan kau, positifkan, dan minta panduan Allah.. ain.. Allah maha penyayang.. Allah takdirkan kau dengar/pandang mende-mende negatif itu sebab Allah nak ajar kau banyak benda.. ain.. jangan memilih untuk terima/menolak sesuatu tanpa rujuk Dia"

serius.. susah! tapi kesannya.. menenangkan..

penat..

seronok..

walaupun runsing..

Monday, January 18, 2010

Apa yang kita boleh buat...?

Jangan fikir apa yang kerajaan dah buat.. kerajaan belum buat.. Ye..! memang ada banyak perkara yang boleh diperbaiki.. diperbaharui.. tapi itu kerajaan.. pihak lain..

Kita ni.. apa yang kita dah buat.. apa yang kita boleh buat...?

Jawab Tuan Haji Iqbal, seorang pengamal undang-undang. Peguam. Yang menjadi wakil Majlis Agama Islam dalam kes penggunaan kalimah 'Allah'. Dia menjawab sedemikian dalam sesi soal jawab, soalan oleh seorang mahasiswa (kalau tak silap) yang berbunyi, lebih kurang,

Negara dah lama merdeka. Kenapa undang-undang/dasar kerajaan masih membuka (TER) ruang untuk mereka ini?

Aku rasa ayat dia lagi panjang.. tapi lebih kurang gitulah.. Aku faham soalannya selepas mendengar jawapan. Sound trouble betul aku.. huhu..

Soal jawab itu berlaku di ruang solat Masjid Sultan Ismail, masjid UTM, dalam forum Isu-isu Islam Mutakhir anjuran Pusat Islam dan Persatuan Mahasiswa Islam UTM, malam tadi.

Betul tu.. sangat betul.. Hmm.. aku diminta share oleh kengkawan tentang apa yang aku dengar malam tadi di blog.. Tapi aku takut maksud tak sampai dengan hanya tulisan dari manusia bukan penulis macam aku. Apatah lagi forum malam tadi mempunyai barisan ahli panel selain dari Tuan Haji Iqbal, dua lagi pensyarah di Fakulti Tamadun Islam (errr.. betul ke nama fakulti ni..?) dan Fakulti Pengurusan (yang bertanggungjawab soal sejarah). Hujah hebat.. bersama fakta.. bersama perlembagaan.. bersama sejarah.. yang dibincang panjang lebar..

Aku cuba...

Apa yang diharapkan, ialah suara kita. Hmm.. macam mana aku nak bersuara ni? Diberitahu, bahawa kalau ada memorandum, enakman.. IANYA AKAN DIDENGAR!
Kata ahli panel, peguam itu.. bersuaralah dengan bijak! bersuaralah dengan landasan yang ada.. dengan cara yang dibenarkan..! bersuaralah!
Kita takkan kena tangkap sebab kita bukan menyerang.. tapi kita membela diri kita!
Tapi ingat.. guna cara yang dibenarkan! cara bijak!

Salah satu hujah pihak kita di gelanggang yang berhakimkan lelaki berbangsa Cina dan beragama Kristian yang 'alim' itu ialah, penggunaan kalimah "Allah" itu akan menimbulkan ketidaktenteraman kepada masyarakat di Malaysia.

Hujah itu dipatahkan oleh pemohon, dengan alasan, TAK MASUK AKAL.

Logiklah diorang kata tak masuk akal kalau tiada sebarang suara yang mengiyakan hujah itu..

Thats why.. KAMI PERLUKAN PERTOLONGAN ANDA.. ADIK-ADIK, TOLONG LAH KAMI...

Kata Tuan Haji Iqbal lagi.

Semangat.. Sebak..

Dia bersuara, sambil berdiri.. selepas minta izin berdiri dari tuan moderator forum..

Cuba adik-adik bayangkan.. Semasa dalam mahkamah.. yang bila ditoleh kiri kanan.. belakang.. para sister.. para paderi.. Kita tengah perjuangkan nama Tuhan kita ni.. Kita tengah perjuangkan keselamatan agama kita ni.. Kita sedang direndah-rendahkan kekuasaan dan hak kita ni.. Kita sedang dinafikan sikap toleransi kita selama ini.. Hujah dipatahkan ni.. Mereka keluar hujah macam-macam ni.. Kami tak berhenti untuk lunch.. Kami teruskan perbicaraan..

Allahuakbar.. Allahuakbar!!

Azan berkumandang.. kami dengar adik-adik.. Kuat.. Kami dalam perbicaraan mengenangkan nasib Muslim Melayu di Malaysia.. Kami dengar azan itu.. Dalam hati, Ya Allah... Apa yang kami perlu buat ya Allah.. tolong kami ya Allah.. Adik-adik.. tolong kami..

Tuan Haji Iqbal tambah lagi...

Para tokoh agama kita masing-masing keluarkan pendapat.. yang pelbagai.. macam-macam.. kita tidak satu.. Ulasan pendek, tapi aku rasa sangat bermakna..

Owh ya.. aku baru tahu, kes ini bukan baru. Seawal 5 Disember, 1986, kabinet dah putuskan bahawa ada 4 perkataan yang eksklusif untuk kegunaan umat Islam di MALAYSIA. Iaitu, "Allah", "Solat".. lagi dua aku tak ingat.. hehehe.. Lepas tu, tambah dengan fatwa lagi.. kalimah "Allah" itu eksklusif. Zaman Tun Mahathir lagi, dah ada permohonan dari pihak bukan Islam untuk kalimah tersebut, tetapi tidak dibenarkan. NO! (Ini kawan aku cakap kat aku lah.. sebab aku tak dengar panel punya suara masa tu. So, boleh siasat lah fakta ini kalau nak)

Hak keistimewaan orang ISLAM MELAYU bukannya diberi oleh Perlembagaan Persekutuan tetapi itu memang hak kita DARI DULU...!!! Kepada yang dah pergi kursus Biro Tata Negara (tolak tepi lah soal fasilitator yang emosional dan berunsur politik kerajaan pembangkang masa kini), tentu lebih faham, kalau belajar sejarah dulu masa sekolah dah lupa.. bahawa KITA beri kewarganegaraan kepada kaum Cina dan India.. kalau tak, diorang balik ke Britain. Itulah toleransi kita! Bila mereka bercakap tentang hak mereka.. ini hak asasi.. bila kita bercakap tentang hak kita.. ini sikap perkauman.. !

Lebih kurang hujah pihak pemohon, "semua agama ada hak yang sama.. atau, semua agama adalah sama" dan 'social contract'.

Dulu, sejak dari bangku sekolah lagi, aku dah dengar dari golongan ustaz tentang satu petikan dalam perlembagaan Malaysia, yang membawa maksud, undang-undang dalam perlembagaan Malaysia adalah yang tertinggi. Hatta undang-undang Islam. Aku percaya. Siap ada rasa hampa lagi..

Tapi malam tadi pemahaman aku berubah. Dan aku lebih percaya kepada seorang peguam daripada seorang ustaz yang bercakap tentang undang-undang Malaysia! Apa yang aku dengar malam tadi, agama Islam telah dijaga dalam perlembagaan Malaysia.

Hmm.. aku sambung nantilah ye..

Friday, January 15, 2010

Gerhana Matahari hari ini

Salam

Aku sibuk sikit ni. Tapi sementara aku ingat dan ada masa sikit, aku nak share sikit. Lebih-lebih, nanti-nantilah ye..

Tadi ada ceramah gerhana matahari di Masjid Sultan Ismail, UTM. 2 jam, tapi 1 jam pertama aku terkedek-kedek lagi di rumah sewa. Sob sob sob.. Takpe, dapat separuh, 50% kira lulus lah jugak. Ceramah oleh ustaz Hanafiah (kalau tak salah dengar), yang mendalami ilmu falaq.
Kejadian yang akan berlaku petang ini ialah Gerhana Matahari Separa. Separa.. bukan penuh tau.. ni ikut estimation la.. Aku tahu kat sini, spesifiknya UTM.. hahaha.. JB jugak kot.. tak tahu la tempat lain.. hohoho.. (jangan-jangan sejam pertama tu ada cerita kot..)

Antara yang nak aku kongsikan dengan ringkas, ialah, kejadian gerhana itu membawa amaran dan peringatan Allah. Matahari dan bulan menunjukkan kekuasaan Allah. Kesan daripada gerhana ni panjang kalau aku nak cerita. Hmm.. aku cuma kongsi sedikit fakta, kejadian gerhana matahari penuh tahun lepas (tak ingat, tapi sebelum ini lah..) ada berlaku di tiga tempat di Indonesia, dan salah satunya, Padang. Okay, aku tak nak ulas banyak. Senang-senang aku cerita ikut kronologi ya.

Apa yang penting, gerhana adalah kejadian untuk amaran, dan peringatan. Maka, antara amalan yang boleh dibuat ialah solat sunat gerhana ketika berlakunya gerhana.
Difahamkan, hari ini, dalam pukul 3.15 dah start, tapi pukul 4 la solat, untuk selamat. Tapi aku tak berani nak bagitahu exact time dan tempat yang berlaku. Sebab orang sini ikut saja la masjid UTM ni kan. hehehe.. Semak lah dengan masjid tempat masing-masing kalau nak kepastian ya..

Itu solat sunat. Ini Nabi Muhammad SAW buat pada tahun 8 Hijriah. Nanti aku cerita panjang lagi.

Yang kedua, berisitighfar banyak-banyak, mohon keampunan Allah yang memberi amaran dan peringatan itu. Yang Maha Pengampun dan Mengasihani.

Yang ketiga, bersedeqah lah selepas kejadian gerhana itu. Kalau tidak salah aku dengar, akan tertutup 70 pintu mala petaka jika bersedeqah itu (ke, bersedeqah umum.. huhu.. ingat-ingat lupa la..)

Anda boleh cari software yang membuat estimation tentang kejadian gerhana, dibangunkan oleh Muslim di Pakistan. Cari dan downloadlah, software bernama Cybersky 4. Aku pun tak sempat cari lagi, tapi itulah yang ditunjukkan oleh Ustaz tadi. Boleh masukkan nama tempat kita berada, dan check estimation kejadian gerhana tersebut.

InsyaAllah.. Ini bukan kepakaran aku. Sekadar berkongsi. Yang utama, semua ini adalah tanda kekuasaan Allah, yang sentiasa menerima do'a, dan yang penting, taubat hamba-hamba-Nya

Wallahu'alam

Tuesday, January 12, 2010

Ayoyo.. hilang la pulok..

Huhuhuhu.. sedih.. sadis..
Aku dah tulis dengan penuh perasaan dah suatu post. Tapi aku biar disimpan sebagai draft dalam blogspot ni untuk tujuan semakan sebelum butang publish ditekan. Tetapi, alangkah 'hilangnya darah' aku rasa bila tengok-tengok, yang tersimpan hanyalah 5, 6 baris sahaja.. padahal aku taip lebih dari 5,6 perenggan.. Huh...

Sebenarnya, apa yang aku tulis tu, bertajuk,
"Peringatan itu baru sangat..."

Yang membawa maksud, aku baru sangat mendapat satu peringatan tentang satu hal. Ale-ale peringatan itu memberi kesan yang amat besar pada aku, 2, 3 hari selepasnya. Peringatan yang sangat penting! Bersyukur sangat.. huhuhu..

Nak cerita, tak de mood pulak. Tak tahu apa mood aku sekarang.

Esok je la...

Monday, January 11, 2010

Keunggulan Terbilang menunjukkan taringnya

Hari ini, mesyuarat pertama bersama NC (Naib Cancelor) UTM yang aku hadiri. Banyak perkara yang membakar sel-sel otak, membakar semangat dan membakar rumah.. Selain dari untuk diri sendiri, tak kurang juga untuk keluarga dan kerjaya. Terlalu banyak isu kecil yang boleh dibesarkan kalau mahu dilayankan perasaan. Tapi ada banyak lagi kerja lain yang harus aku buat. Maka, cukup aku kongsikan tentang satu hal yang berlaku dalam mesyuarat tersebut, iaitu ketika penutupnya.

Mesyuarat tersebut, yang bermula tepat jam 8 pagi di Dewan Sultan Iskandar, yang isi utamanya adalah Perutusan Tahun Baru Naib Canselor 2010 ditutup dengan nyanyian lagu, Keunggulan Terbilang.

Aku memang pencinta lirik lagu. Walaupun penghayatan lirik lagu belum sehebat penghayatan kak Yati (mama aku) yang pernah menterjemah lagu 1000 tahun dan Jika Engkau Pergi (nyanyian Imran Ajmain) bagaikan ahli falsafah, aku terhayati lagu Keunggulan Terbilang sesungguh-sungguhnya pula tadi. Terhayati.. Eh, macam nama mama la.. haha..

Lagu Keunggulan Terbilang, kepada yang belum tahu, ialah lagu UTM. Macam lagu sekolah, lagu kolej.. haa.. ini lagu UTM. Banyak kali je aku nyanyi lagu ini. Sejak dari kelas vokal dari Pak Herman di DSI, (rasanya dah tahu sebelum itu lagi secara separa formal), entah berapa kali dah aku nyanyi atau dengar. Tapi jujur aku mengaku bahawa aku tersentuh dan semangat dalam lagu itu cuma tertiup dalam hati aku sebanyak dua kali sahaja setakat ini.

Pertama kali, semasa hari Konvokesyen aku, Ogos 2007, selepas selesai Ijazah Sarjana Muda. Masa tu, rasa macam perasaan yang semacam meremang bulu tengkok (tak tengok lah, rasa je). Banyak sangat yang aku belajar dalam 3 tahun lebih itu, di majlis itu akhirnya aku berdiri. Aku akan keluar ke alam dewasa, menuju fasa membentuk masa depan sendiri dan jika mampu, masa depan orang lain. Lagu itu sangat bermakna masa tu.

Dan kali kedua sentuhan yang amat halus berlaku pada hati tisu ini tadi. Cewah.. Mengaku hati tisu. Tapi kali ini perasaan dan pemikiran yang lain. Berdiri sebagai staff UTM. Bukan lepasan UTM semata. Ye, memanglah masa graduate dulu dah hampir-hampir jadi staff UTM, tapi belum ada feel orang kata. Tapi tadi rasa macam satu perjuangan yang sangat sangat sangat baru bermula.

Bersama kita menjulang
Keunggulan terbilang
Ke mercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya

Martabat keilmuan
Cendekiawan beriman
Cekal bersama taqwa
Menara cita-cita

Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung
Usaha kami bukti cintamu
Dikau persada ilmu

Keazaman perjuangan
Taqwa dan Iman

Ke arah kecemerlangan
Perundingan penulisan
Pengajaran penyelidikan
Perkhidmatan kepada watan

Di sini kami berdiri
Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM sanjungan bangsa

Itulah lirik keunggulan terbilang, yang tunjuk taring dia tadi kat aku. Panjang...

Semoga mampu menuju,
Cendekiawan beriman...
Cekal bersama taqwa...

InsyaAllah, setia pada janji.

Pergh..

Wednesday, January 6, 2010

Favourite Question is the Ngeri-est Question

Owh.. akulah perosak bahasa untuk tajuk post kali ini.
Okay rasanya, sebab sekurang-kurangnya aku mengaku kan ;)

Kembali kepada tajuk perbincangan hari ini, Favourite Question is the Ngeri-est Question.

Mengikut kamus kepala otak aku, Favourite Question ini adalah soalan yang bertubi-tubi diajukan. Kalau dalam exam, boleh dikatakan confirm ada soalan ini. Atau kalau jumpa orang, confirm akan dengar soalan ini. Manakala The Ngeri-est Question pula adalah soalan yang mengerikan bagi manusia yang diajukan soalan tersebut. Bila dengar soalan tu, separuh jiwa ku hilang, bak kata Anang. Kalau boleh tak nak dengar. Kalau dengar, kusut jadinya. Risau, panik, atau pun, sewel.

Okay, itu definasinya.

Apakah Question tersebut?

Ada dua jenis soalan macam itu dalam hidup aku sekarang...

Yang pertama...
Bila nak buat PhD? Nak buat PhD kat mana?

Yang kedua...
Bila nak kahwin?

Ramai dan bertubi-tubi pulak tu aku kena soal. Hohoho..