Monday, January 11, 2010

Keunggulan Terbilang menunjukkan taringnya

Hari ini, mesyuarat pertama bersama NC (Naib Cancelor) UTM yang aku hadiri. Banyak perkara yang membakar sel-sel otak, membakar semangat dan membakar rumah.. Selain dari untuk diri sendiri, tak kurang juga untuk keluarga dan kerjaya. Terlalu banyak isu kecil yang boleh dibesarkan kalau mahu dilayankan perasaan. Tapi ada banyak lagi kerja lain yang harus aku buat. Maka, cukup aku kongsikan tentang satu hal yang berlaku dalam mesyuarat tersebut, iaitu ketika penutupnya.

Mesyuarat tersebut, yang bermula tepat jam 8 pagi di Dewan Sultan Iskandar, yang isi utamanya adalah Perutusan Tahun Baru Naib Canselor 2010 ditutup dengan nyanyian lagu, Keunggulan Terbilang.

Aku memang pencinta lirik lagu. Walaupun penghayatan lirik lagu belum sehebat penghayatan kak Yati (mama aku) yang pernah menterjemah lagu 1000 tahun dan Jika Engkau Pergi (nyanyian Imran Ajmain) bagaikan ahli falsafah, aku terhayati lagu Keunggulan Terbilang sesungguh-sungguhnya pula tadi. Terhayati.. Eh, macam nama mama la.. haha..

Lagu Keunggulan Terbilang, kepada yang belum tahu, ialah lagu UTM. Macam lagu sekolah, lagu kolej.. haa.. ini lagu UTM. Banyak kali je aku nyanyi lagu ini. Sejak dari kelas vokal dari Pak Herman di DSI, (rasanya dah tahu sebelum itu lagi secara separa formal), entah berapa kali dah aku nyanyi atau dengar. Tapi jujur aku mengaku bahawa aku tersentuh dan semangat dalam lagu itu cuma tertiup dalam hati aku sebanyak dua kali sahaja setakat ini.

Pertama kali, semasa hari Konvokesyen aku, Ogos 2007, selepas selesai Ijazah Sarjana Muda. Masa tu, rasa macam perasaan yang semacam meremang bulu tengkok (tak tengok lah, rasa je). Banyak sangat yang aku belajar dalam 3 tahun lebih itu, di majlis itu akhirnya aku berdiri. Aku akan keluar ke alam dewasa, menuju fasa membentuk masa depan sendiri dan jika mampu, masa depan orang lain. Lagu itu sangat bermakna masa tu.

Dan kali kedua sentuhan yang amat halus berlaku pada hati tisu ini tadi. Cewah.. Mengaku hati tisu. Tapi kali ini perasaan dan pemikiran yang lain. Berdiri sebagai staff UTM. Bukan lepasan UTM semata. Ye, memanglah masa graduate dulu dah hampir-hampir jadi staff UTM, tapi belum ada feel orang kata. Tapi tadi rasa macam satu perjuangan yang sangat sangat sangat baru bermula.

Bersama kita menjulang
Keunggulan terbilang
Ke mercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya

Martabat keilmuan
Cendekiawan beriman
Cekal bersama taqwa
Menara cita-cita

Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung
Usaha kami bukti cintamu
Dikau persada ilmu

Keazaman perjuangan
Taqwa dan Iman

Ke arah kecemerlangan
Perundingan penulisan
Pengajaran penyelidikan
Perkhidmatan kepada watan

Di sini kami berdiri
Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM sanjungan bangsa

Itulah lirik keunggulan terbilang, yang tunjuk taring dia tadi kat aku. Panjang...

Semoga mampu menuju,
Cendekiawan beriman...
Cekal bersama taqwa...

InsyaAllah, setia pada janji.

Pergh..

3 comments:

Nur Hidayati said...

yes,absolutely..i'm really proud to be UTMians...

noorafzan.blogspot.com said...

Uish..
camno nak jadi lec yang hebat..
jadi engineer pun belum cukup mantap lagi..
(nasihat tuk diri sendiri..)

lepas ini kena la hayati pula lagu company yang berbahasa jepun itu..

Anonymous said...

really miss to sing this song again in DSI... oh...