Friday, January 25, 2013

Jalan-jalan Tak Memasal di HCMC (Bahagian 1/3)


Salah satu cenderahati kegemaran aku dari bandar Ho Chi Minh (HCMC), Vietnam ialah patung-patung kayu ni.



Nampak kemas dan teliti buatannya. Comel bila disusun banyak-banyak macam tu. Tapi lama-lama aku tenung, seram pulak. Err..
 
******************
Satu hari sebelum berlepas ke HCMC, aku emel Encik Supervisor, beritahu yang aku akan cuti seminggu... nak ke Vietnam. Hati berdebar-debar nak minta cuti takut dia jawab, "cannot", padahal hati yang sama juga terlalu kering, "Nak pergi jugak, nak pergi jugak!! Tiket dah beli tahun lepas kot.. .". Maka sebab itulah aku emel JER Encik Supervisor dan SATU hari sebelum baru aku emel =p

Encik Supervisor jawab, "Let me know the reason you go to Vietnam", Seram, tapi kutabahkan hati.

Dengan ringkas dan padat aku jawab, "Vacation with friends", dalam hati, 'jalan-jalan tak memasal di HCMC, horay! horay!'

Fiiiiuuuuuuuhhhhhh!!!! Terbang.. 4 hari 3 malam dengan 5 orang lagi. Dari lapangan terbang HCMC, ke hotel, kami naik teksi. Dan penemuan yang menarik bagi aku ialah, sangat banyak motosikal di atas jalan raya dengan bermacam gaya topi keledar (helmet)!


 *Macam tak selamat je kalau jatuh kan.. tapi comel!*

 *Tergamak dia panggil ini helmet kan...*

Lagi berkaitan jalan raya, dengan motosikal yang banyak, kenderaan bergerak tak putus-putus; bukan senang pelancong berjalan kaki untuk menikmati percutian hebat macam kami ni nak melintas jalan.
"Tak ada traffic light ke?"
Ada, tapi tak di semua simpang. Maka wujudlah yang kami panggil, polis pelancong untuk lintaskan kami dengan selamat. Macam RELA kot.


 *Menggedik, siap dapat bergambar depan istana kau...*

Mungkin lain hari aku cerita pasal hal-hal lain sempena jalan-jalan tak memasal di HCMC ni, siapa kawan-kawan rombongan (a.k.a, Geng Berek) aku, pengalaman A, cerita B, hal ehwal C dan banyak lagi selain daripada hal jalan raya ni (kalau rajin lah...) Aku cuma bagi intro sikit je dulu. Keyword, SHOPPING.

*Bila terduduk di lambakan baju kurung cotton siap*

Friday, January 18, 2013

Susah itu Nikmat

Tanpa kopi panas, takkan tercapai dek akal apa erti kopi sejuk.

Hanya dengan adanya takrifan kopi panas, maka tertakriflah kopi sejuk (sejuk di sini, bukan tambah ais, okay?).
Adanya takrifan buruk, maka tertakriflah cantik.
Adanya takrifan susah, maka tertakriflah senang.
Cewah, memandai je aku kan...

Kalau senang dan bahagia itu nikmat, susah dan derita itulah punca nikmat, yang memungkinkan wujudnya istilah senang, istilah gembira, istilah bahagia.

Dengan adanya susah,
Aku kenal siapa yang ambil berat.
Siapa yang berusaha ingatkan aku untuk jadi kuat.
Siapa yang membantu tanpa sedikit pun senyum sinis.
Siapa yang menasihat dengan teliti menjaga hati.
Siapa yang menyayangi tanpa syarat.

Terima kasih sahabat. Aku bukan manusia romantik yang nak peluk korang cakap terima kasih, dan aku sayang korang. Tak bermakna aku hati batu, tiada tersentuh. Aku ada satu hati, yang dapat rasa hati ikhlas korang. Korang telah jaga hati aku, aku percaya, Allah jaga hati korang.

Terima kasih Allah, beri aku susah.
Kerana sesungguhnya, susah itu nikmat.
Dan sesungguhnya, hadiah yang Kau sertakan bersama susah itu, adalah sahabat.
Tak perlu aku mengeluh, penat.
Kerana kasih sayang melimpah ruah bak hujan lebat.

Tuesday, January 15, 2013

Cincin Tanpa Cinta

"Wah, dah bercincin! Tahniah!"

Tahniah tiada makna buat dia
Sebab itu bukan cincin tanda
Tapi dipakai kerana tak mahu ditanya
Tanda dah tak percaya cinta

Semalam
Cincin di jari bangga digayakan
Gembira kilau emas jadi perhatian
Bahagia ditanda milik orang
Dia sudah berpunya, yang lambat berputih mata
Hati ikhlas mengaku bahagia

Hari ini
Selepas tanpa hormat ikrar dibatal
Selepas dengan hemat celaka ditinggal
Cincin lain digayakan tanpa rasa
Bukan ada ikrar setia dalam hati
Dia sombong malah tak peduli
Cincin ganti bukan tanda dimiliki
Tapi tanda belum sudi dirisik lagi

Biar bercincin tanpa cinta
Asalkan tidak dihulur cincin berserta janji tak sempurna




Lelaki vs Perempuan, Suka vs Duka

Di sebalik kejayaan seorang lelaki ada seorang perempuan.

"Memang di sebalik kejayaan seorang lelaki ada seorang perempuan. TETAPI, ke mana perginya seorang perempuan ketika menangis kalau tidak ke bahu lelaki!"

Boleh tak aku simpulkan, lelaki perlu perempuan semasa suka, dan perempuan perlu lelaki semasa duka?

Lalalala....
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyoFGuhGonZAp3b6C31y3rzGy8EQhbS2WcRyhA9y_7pNbu5tWGQOvRYEgH2hIOCs-U45kgiG-5GjGNqkQqYJJ9VqzavEled7IfnJMzC-0LJaH_cU1YK5wTPker6EcvfAg72wI-Eam3Uk9D/s1600/shoulder_cry.jpg


Sunday, January 6, 2013

Aku Sayang Gambar

Bapak aku garang. (Sifat bapak aku yang jarang aku sebut.. Lalala...) Dulu lah. Sekarang.. Eerrr.. tenang, sopan, comel, hahaha... Aku berpendapat, ada satu sifat yang aku ada disebabkan garangnya bapak aku. Sifat tersebut ialah, AKU SAYANG GAMBAR.

Gambar dalam perbincangan (pembebelan) ini dimaksudkan sebagai gambar yang dirakam menggunakan kamera, foto. Zaman dulu-dulu, manalah ada Facebook, Picasa Web Album dan yang sewaktunya untuk berkongsi (menunjuk-nunjuk) gambar, kan?. Jadi gambar-gambar yang dipetik menggunakan kamera akan dicuci filemnya, dan, tadaaaa... omputeh kata, printed photo. Maka dapatlah kita tunjuk gambar-gambar kepada sanak-saudara, rakan dan taulan.

Sebagai kanak-kanak riang yang masih comel memakai baju kembang paras lutut dengan getah rambut warna warni di kepala, aku biasa buat satu aktiviti, iaitu, selak album gambar.

 
*Ya, inilah kanak-kanak itu. Tapi masa ni baju tak kembang sangat, rambut tak guna getah*

Dah tengok pun, tengok lagi album-album tu. (ala, sama je la macam korang obses dengan diri sendiri dok tengok gambar sendiri di Facebook.. bila orang komen "Cantiknya awak..." korang pun jawab, "mana ada, biasa je la." zzzzz..) Tak aku tengok gambar-gambar seorang diri, aku ajak adik-adik aku, selaku mangsa keadaan. Selesai tengok, buat apa? Haruslah biarkan saja, tak simpan semula di tempat asalnya, bersepah. Apa kes susun balik elok-elok. Aku bukan suri rumah tangga yang sempurna, aku hanyalah kanak-kanak yang...

"SIAPA SEPAHKAN GAMBAU-GAMBAU NI ?!!"
GLUP... Macam dengan guruh di langit!

Dengan comel, aku atau adik-adik aku berlari, bergantung kepada siapa yang mendominasi aktiviti memporakperandakan rumah, mengutip album-album gambar @ gambar-gambar yang kami selerakkan. (Aku pun tak faham kenapa ada kami keluarkan gambar daripada album. Kids.. unpredicted..)

"Kalau gambau-gambau ni rosak macam mana?!!!"
Aduh, kalau dia suruh kemas je tak apa, siap ada brainwash..

"Ni, gambau Ain masa baby, boleh Ain jadi baby balik untuk kita amik gambau tu lagi? Ni, gambau gi jalan-jalan ni, bila nak pergi sana balik ni?"

Paling aku selalu dengar, "Kalau gambau-gambau ni hilang, rosak, kau boleh lukis balik?"
Haaa.. Kau boleh lukis balik? Berani aku jawab? Haruslah, tak... Kemas laju-laju, lari dan menyorok dekat kawasan yang ada mak aku. Selamat.

Sebab tu, AKU SAYANG GAMBAR.
Sifat ini masih sah untuk zaman sekarang, zaman gambar salinan lembut (soft copy). A photo is priceless. Walaupun gambar sampah yang dibuat semasa first date. Peeerggh!!!

Hello.. Kawan-kawan pun boleh lupa kenangan manis bersama kita. Tapi gambar-gambar takkan pernah khianati kita dengan melupakan mana-mana kenangan bersama sesiapa pun. Kenangan yang membentuk diri kita hari ini. Dan...daripada aku sayang dia, dia dan dia, baik aku sayang gambar.. zzz..