Tanpa kopi panas, takkan tercapai dek akal apa erti kopi sejuk.
Hanya dengan adanya takrifan kopi panas, maka tertakriflah kopi sejuk (sejuk di sini, bukan tambah ais, okay?).
Adanya takrifan buruk, maka tertakriflah cantik.
Adanya takrifan susah, maka tertakriflah senang.
Cewah, memandai je aku kan...
Kalau senang dan bahagia itu nikmat, susah dan derita itulah punca nikmat, yang memungkinkan wujudnya istilah senang, istilah gembira, istilah bahagia.
Dengan adanya susah,
Aku kenal siapa yang ambil berat.
Siapa yang berusaha ingatkan aku untuk jadi kuat.
Siapa yang membantu tanpa sedikit pun senyum sinis.
Siapa yang menasihat dengan teliti menjaga hati.
Siapa yang menyayangi tanpa syarat.
Terima kasih sahabat. Aku bukan manusia romantik yang nak peluk korang cakap terima kasih, dan aku sayang korang. Tak bermakna aku hati batu, tiada tersentuh. Aku ada satu hati, yang dapat rasa hati ikhlas korang. Korang telah jaga hati aku, aku percaya, Allah jaga hati korang.
Terima kasih Allah, beri aku susah.
Kerana sesungguhnya, susah itu nikmat.
Dan sesungguhnya, hadiah yang Kau sertakan bersama susah itu, adalah sahabat.
Tak perlu aku mengeluh, penat.
Kerana kasih sayang melimpah ruah bak hujan lebat.
No comments:
Post a Comment