Tuesday, January 15, 2013

Cincin Tanpa Cinta

"Wah, dah bercincin! Tahniah!"

Tahniah tiada makna buat dia
Sebab itu bukan cincin tanda
Tapi dipakai kerana tak mahu ditanya
Tanda dah tak percaya cinta

Semalam
Cincin di jari bangga digayakan
Gembira kilau emas jadi perhatian
Bahagia ditanda milik orang
Dia sudah berpunya, yang lambat berputih mata
Hati ikhlas mengaku bahagia

Hari ini
Selepas tanpa hormat ikrar dibatal
Selepas dengan hemat celaka ditinggal
Cincin lain digayakan tanpa rasa
Bukan ada ikrar setia dalam hati
Dia sombong malah tak peduli
Cincin ganti bukan tanda dimiliki
Tapi tanda belum sudi dirisik lagi

Biar bercincin tanpa cinta
Asalkan tidak dihulur cincin berserta janji tak sempurna




2 comments:

Kehidupan said...

wowww!!!!

~ fiza said...

aduh ain... sayu aku
ku doa semoga kau cepat gapai bahagia
kebahagiaan sejati dgn restu Illahi