Salah satu cenderahati kegemaran aku dari bandar Ho Chi Minh (HCMC), Vietnam ialah patung-patung kayu ni.
Nampak kemas dan teliti buatannya. Comel bila disusun banyak-banyak macam tu. Tapi lama-lama aku tenung, seram pulak. Err..
******************
Satu hari sebelum berlepas ke HCMC, aku emel Encik Supervisor, beritahu yang aku akan cuti seminggu... nak ke Vietnam. Hati berdebar-debar nak minta cuti takut dia jawab, "cannot", padahal hati yang sama juga terlalu kering, "Nak pergi jugak, nak pergi jugak!! Tiket dah beli tahun lepas kot.. .". Maka sebab itulah aku emel JER Encik Supervisor dan SATU hari sebelum baru aku emel =pEncik Supervisor jawab, "Let me know the reason you go to Vietnam", Seram, tapi kutabahkan hati.
Dengan ringkas dan padat aku jawab, "Vacation with friends", dalam hati, 'jalan-jalan tak memasal di HCMC, horay! horay!'
Fiiiiuuuuuuuhhhhhh!!!! Terbang.. 4 hari 3 malam dengan 5 orang lagi. Dari lapangan terbang HCMC, ke hotel, kami naik teksi. Dan penemuan yang menarik bagi aku ialah, sangat banyak motosikal di atas jalan raya dengan bermacam gaya topi keledar (helmet)!
*Macam tak selamat je kalau jatuh kan.. tapi comel!*
*Tergamak dia panggil ini helmet kan...*
Lagi berkaitan jalan raya, dengan motosikal yang banyak, kenderaan bergerak tak putus-putus; bukan senang pelancong berjalan kaki untuk menikmati percutian hebat macam kami ni nak melintas jalan. "Tak ada traffic light ke?"
Ada, tapi tak di semua simpang. Maka wujudlah yang kami panggil, polis pelancong untuk lintaskan kami dengan selamat. Macam RELA kot.
*Menggedik, siap dapat bergambar depan istana kau...*
Mungkin lain hari aku cerita pasal hal-hal lain sempena jalan-jalan tak memasal di HCMC ni, siapa kawan-kawan rombongan (a.k.a, Geng Berek) aku, pengalaman A, cerita B, hal ehwal C dan banyak lagi selain daripada hal jalan raya ni (kalau rajin lah...) Aku cuma bagi intro sikit je dulu. Keyword, SHOPPING.
*Bila terduduk di lambakan baju kurung cotton siap*
No comments:
Post a Comment