Sunday, January 6, 2013

Aku Sayang Gambar

Bapak aku garang. (Sifat bapak aku yang jarang aku sebut.. Lalala...) Dulu lah. Sekarang.. Eerrr.. tenang, sopan, comel, hahaha... Aku berpendapat, ada satu sifat yang aku ada disebabkan garangnya bapak aku. Sifat tersebut ialah, AKU SAYANG GAMBAR.

Gambar dalam perbincangan (pembebelan) ini dimaksudkan sebagai gambar yang dirakam menggunakan kamera, foto. Zaman dulu-dulu, manalah ada Facebook, Picasa Web Album dan yang sewaktunya untuk berkongsi (menunjuk-nunjuk) gambar, kan?. Jadi gambar-gambar yang dipetik menggunakan kamera akan dicuci filemnya, dan, tadaaaa... omputeh kata, printed photo. Maka dapatlah kita tunjuk gambar-gambar kepada sanak-saudara, rakan dan taulan.

Sebagai kanak-kanak riang yang masih comel memakai baju kembang paras lutut dengan getah rambut warna warni di kepala, aku biasa buat satu aktiviti, iaitu, selak album gambar.

 
*Ya, inilah kanak-kanak itu. Tapi masa ni baju tak kembang sangat, rambut tak guna getah*

Dah tengok pun, tengok lagi album-album tu. (ala, sama je la macam korang obses dengan diri sendiri dok tengok gambar sendiri di Facebook.. bila orang komen "Cantiknya awak..." korang pun jawab, "mana ada, biasa je la." zzzzz..) Tak aku tengok gambar-gambar seorang diri, aku ajak adik-adik aku, selaku mangsa keadaan. Selesai tengok, buat apa? Haruslah biarkan saja, tak simpan semula di tempat asalnya, bersepah. Apa kes susun balik elok-elok. Aku bukan suri rumah tangga yang sempurna, aku hanyalah kanak-kanak yang...

"SIAPA SEPAHKAN GAMBAU-GAMBAU NI ?!!"
GLUP... Macam dengan guruh di langit!

Dengan comel, aku atau adik-adik aku berlari, bergantung kepada siapa yang mendominasi aktiviti memporakperandakan rumah, mengutip album-album gambar @ gambar-gambar yang kami selerakkan. (Aku pun tak faham kenapa ada kami keluarkan gambar daripada album. Kids.. unpredicted..)

"Kalau gambau-gambau ni rosak macam mana?!!!"
Aduh, kalau dia suruh kemas je tak apa, siap ada brainwash..

"Ni, gambau Ain masa baby, boleh Ain jadi baby balik untuk kita amik gambau tu lagi? Ni, gambau gi jalan-jalan ni, bila nak pergi sana balik ni?"

Paling aku selalu dengar, "Kalau gambau-gambau ni hilang, rosak, kau boleh lukis balik?"
Haaa.. Kau boleh lukis balik? Berani aku jawab? Haruslah, tak... Kemas laju-laju, lari dan menyorok dekat kawasan yang ada mak aku. Selamat.

Sebab tu, AKU SAYANG GAMBAR.
Sifat ini masih sah untuk zaman sekarang, zaman gambar salinan lembut (soft copy). A photo is priceless. Walaupun gambar sampah yang dibuat semasa first date. Peeerggh!!!

Hello.. Kawan-kawan pun boleh lupa kenangan manis bersama kita. Tapi gambar-gambar takkan pernah khianati kita dengan melupakan mana-mana kenangan bersama sesiapa pun. Kenangan yang membentuk diri kita hari ini. Dan...daripada aku sayang dia, dia dan dia, baik aku sayang gambar.. zzz..


No comments: