Sunday, February 3, 2013

Aku Suka Berbual Dengan Tukang Cuci



Setiap kali aku nak ke bilik aku di fakulti, ada seorang makcik tukang cuci ni akan biasanya bertegur-sapa dengan aku.
“Baru sampai?”
Atau,
“Balik dulu makcik..”
Atau,
“Dah makan?”
Agak-agak aku nak menjoyah lebih, aku tanya, “Bual apa tu?” kalau dia tengah berbual dengan tukang cuci lain yang berbangsa India. Makcik tu seorang je berbangsa Melayu dekat kawasan jabatan aku.

Paling seronok bila ada tukang cuci yang tegur baju aku, “Baju baru?” atau, “Cantiknya skirt..” Ha, memang seronok lah aku singgah berbual 3, 4 minit sebelum masuk bilik. 3, 4 minit untuk aku yang tengah terkocoh-kocoh kira lama tau.  Makcik yang selalu bertegur sapa dengan aku tu siap tahu kami ni pergi oversea ke, bila balik Malaysia, siapa pergi mana, semua dia tanya dan dia ingat. Terharu bila pertama kali tertembung dengan dia selepas balik dari US, dia tanya, “Eh, dah balik sini dah?"
 "Rindu saya la tu!"

 Terkini, minggu lepas, makcik tu tanya, “Awak kurang makan ke sekarang?”
“Kenapa makcik?”
“Awak dah kurus”
“Eh ye ke?”
“Betul…!!! Kurus dah ni.. ingatkan kurang makan ke, makan apa-apa ubat ke..”
Tak ke gembira aku sampai seminggu sebab perbualan 2 minit tu. Memang betul, berborak dengan tukang cuci tak pernah tidak menggembirakan aku. 

Aku suka berbual dengan tukang cuci!

 *************************
Tahun 2006, aku menjalani Latihan Industri (LI) selama 10 minggu di tempat kerja pilihan aku untuk melengkapkan perjuangan mendapatkan segulung ijazah. Dah 5 tahun lebih aku dapat ijazah tu, (Ijazah Sarjana Muda Fizik Industri) tapi kisah ni takkan aku lupa sampai bila-bila. 

Aku LI di Hospital Jasin. Selaku pelajar Fizik Industri, tak tercapai dek akal kebanyakan kakitangan hospital, kenapa aku berada di hospital untuk LI.
"Belajar Fizik? Apa awak buat kat hospital ni?"
 
Maka, aku pun down bila mendapat teguran sana-sini berkaitan hal ni.

Namun, sebagai remaja 19 tahun yang masih mentah dengan dunia luar, aku terlalu comel dan naïf untuk menghadapi persoalan yang bertubi-tubi dengan nada sinis mempersoalkan. Aku tambah stress bila aku rasa mereka tak tahu nak bagi aku kerja apa, dan aku bosan. Aku bosan, lalu terasa tindakan yang diambil salah dan benci dengan semua orang di hospital sampai aku SMS seorang pensyarah Bahasa Inggeris, Mr Affandy, di UTM (sebab dialah yang beri nasihat LI yang tukar-tukar unit macam yang aku pilih), beritahu dia, aku putus asa selepas 3 minggu. Aku nak drop LI. Nak buat lain tahun depan.

Dia jawab,
"Be a sponge (bukan spongebob). Ikut persekitaran, cuba bergaul dengan orang lain sebaik-baiknya. Bila kita rasa happy, orang senangi kita, kita senang nak sampaikan idea dan lebih termotivasi untuk terus berusaha habiskan LI, juga masa kerja nanti. Awak boleh mulakan dengan, pergi berborak dengan tukang kebun atau tukang cuci. Kalau tak berjaya, beritahu saya."

Lebih kurang macam tu lah ayatnya. Dan keesokkannya, azam baru aku, nak borak dengan tukang kebun atau tukang cuci.

Okay, aku skip cerita tukang kebun walaupun kisahnya amat menarik. 

Esok, aku cari tukang cuci . Nasib aku malang sebab aku tak tahu bahasa Tamil. Kebanyakan tukang cuci di Hospital Jasin masa tu adalah dari negara India yang tak tahu cakap Melayu. Jadi, aku gunakan kemahiran bahasa tubuh aku. Selepas beberapa kali perbualan singkat, mereka dah tahu tiga perkataan iaitu, makan, belum, sudah, dan kenyang. Sebab bila jumpa je, aku akan tanya, “dah makan?” dengan gaya menyuap oleh tangan. Dan aku ajar sudah atau belum dengan angguk atau geleng. Esoknya, merekanampak aku takkan tanya soalan lain melainkan, “Makan?” dan aku tambah, “dah, kenyang”
Lama-lama kami berbual lama, sampai makcik tukang cuci ada yang bawa muruku khas untuk aku. Terharu okay! 
Siapa kata bahasa penghalang komunikasi insan?

Dan pejam celik pejam celik, aku berjaya selesaikan 10 minggu LI aku, dan aku belajar banyak benda sebab aku bukan saja dapat menyertai unit Kejuruteraan, Makmal dan Radiografi, malah aku dibenarkan bekerja (kerja tak kerja sangatlah…) dengan Unit IT, Unit Rekod, Unit Pentadbiran, Unit Kecemasan, Wad-wad dan kerja-kerja rencam termasuklah buat slide presentation untuk doktor. Semakin hari semakin berguna aku rasa diri ini. Nasib baik aku tak jadi putus asa. Nasib baik titik tolak tak putus asanya adalah, bercakap dengan tukang kebun dan tukang cuci.

Sejak dari itu, aku pegang ketat-ketat, bercakap lah dengan tukang cuci, nescaya aku akan gembira hehehe.. 


***********************

Ada juga seorang tukang cuci, masa zaman aku undergraduate (2004-2007), dia bertugas di kolej kediaman aku dan kawan-kawan. Dia ramah. Paling seronok bila dia bawa kuih koci labu. Pergh! Terbaik. 

Siap pernah datang raya kot.

Aku nak kongsi, satu hari, aku dan kawan aku jumpa dia, beritahu yang kami nak sambung belajar kat luar negara. Apa yang mengharukan ialah, semasa salam, nak babai, dia peluk, nasihat-nasihat dan dia nangis. DIA NANGIS! Aku pun nangis lah =( 
Alamak, tiba-tiba rindu Makcik Midah ni. Mana mau cari dia ni. Huhuhu.. Dia dah tak kerja kat kolej kediaman tu lagi dah.

***********************

Tukang-tukang cuci ni menggembirakan aku. Aku suka berbual dengan tukang cuci =)
Semoga orang lain pun amat suka berbual dengan aku (",)


3 comments:

Nurul Huda said...

betul2!! cleaners mmg ramah mesra... dorang mmg boleh menceriakn hari..hihi... plg betul part dorg caring, last yr masa aku blk cuti summer aku sggh ukm kt surau jmpa mkcik cleaner die kata lama tak nampk dekat setahun xjumpa sgt aku terharu dorg sedar kite ade ke takde... bile aku btau g smbg bljr die bg nasihat sume... mmg bestlah!!

ayen =D said...

kan.....!!!!!!
seronoknya, ko berkongsi rasa yang sama dengan aku!!!
mmg best kan! :)

azynonawa said...

jadi, sekang selepas 10 tahun, sis kerja apa? and, i'm interesting to your job.