Sunday, October 18, 2009

Duit deposit studio Roland Hostlaan

Assalammu'alaikum warahmatullah..

Wahai pembaca setia dan pembaca yang main kayu tiga atau lebih (tak setia). Aku nak juga tulis tentang hal yang satu ni. Hal yang dah lama sangat tertangguh. Tapi masih nak diceritakan. Buat tatapan mata yang tak sengaja membaca, tetapi terutamanya buat terapi menaip untuk menguruskan jari-jemari yang gemok pendek ini.

Dulu, kan aku menyewa satu studio kat Roland Hostlaan, Delft, lebih kurang sejam dari Amsterdam menaiki kereta api. Kepada yang keliru, studio tu digunakan untuk melabelkan bilik yang lengkap macam rumah. Di tingkat 10. Gayat. Nak nak masa angin kuat. Duit deposit hanya akan dipulangkan jika keadaan studio yang ditinggalkan sangat memuaskan hati. *** euro, banyak tu... 3 hari sebelum keluar, ada orang Duwo datang check (syarikat yang uruskan short stay ni lah). Kerana hari pemeriksaan tersebut, aku telah stay up mengemas studio yang agak haru gak untuk dikemas. Tapi siapa yang boleh aku minta tolong kalau bukan kaki dan tangan aku sendiri kan. Malangnya, aku telah mengemas dengan sangat bersungguh-sungguh sehingga lupa bahawa tangan-tangan aku ni tak biasa kerja berat. Akibatnya, keesokan hari, tangan aku sangat lenguh. Malah, malam seterusnya, aku asyik terjaga dari tidur dan lebih kurang macam menangis sambil mengerang kesakitan tangan. huhuhu.. Dengan tangan yang dua itu lah aku nak kemas kotak-kotak untuk dipos ke malaysia, bawa ke pejabat pos. Dengan tangan-tangan itulah aku nak tekan break basikal ulang alik ke kampus. Kecederaan otot tak boleh nak buat apa. Tahan aje lah. Sakitnya, Allah je lah yang tau... huhuhu..

Dalam masa yang sama, aku ada impian. Cewah... Agak berbulan-bulan juga...

Aku tekad. Kalau Ahmad jadi nak jual dengan harga *** euro, kamera dslr canon 1000D baru dalam beberapa hari lagi kehidupan aku di bumi Delft masa itu, serius, aku nak beli. Akhirnya, alhamdulillah, rezeki Allah bagi melalui Ahmad dan Duwo, aku dapat deposit studio tu penuh *** euro, dan aku berjaya bawa pulang kamera tu.. Pakej percuma kelas asas menggunakan kamera tersebut secara manual! Terima kasih Ahmad dan kak Jue dengan makan-makan yang marvelous, sepakej dengan kelas tutorial tersebut.

"Pa.. Ma.. tengoklah, ain ada kamera baru..." sambil muka berlagak tapi manja dan comel.
"tu lah, pa nampak tadi, bukan main lagi.. kamera mahal tu.."
"tu kamera hadiah ain kemas bilik ain tau.. "
Perbualan di KLIA tanggal 07/08/09.

Antara gambar kegemaran aku yang mendapat anggukan dari sifu Ahmad (boleh lah untuk budak baru belajar) ialah gambar anak dia yang cantik di balkoni rumah diorang ni ha...


Banyak juga lah snap kat rumah Ahmad dan kak Jue. Dan banyak juga di Utrecht, rumah Chedah dan Ayu, satu rumah best kat Holland yang mampu buat aku tambah gemuk jika tinggal lebih lama. Ni kawasan luar rumah diorang, dan gambar di atas meja makan rumah diorang.





Sampai di KLIA, terus ke Arau, nak jumpa adik aku, si Kenit, Iqa. Atau dalam erti kata lain, papa berjiwa kental dan suka sangat memandu. Dan berlakulah sesi cuba jaya kamera itu oleh adik aku, si Apit. Boleh tahan mantap gak dia ambil gambar. Antara gambar yang best, gambar muka papa semasa drive demi kebahagian isteri dan semua anak-anaknya.

Sebagai penutup, hasil dari hadiah perjuangan mendapatkan duit deposit studio Roland Hostlaan, wujud juga gambar yang salah bikin oleh Apit dalam proses pembelajaran dia. Takpe Apit, experience is the best teacher. (Pesanan untuk diri sendiri juga)

"Apa yang ko fokuskan ni Pit?"
"Ntah long, aku pun tak tau. Aku nak amik gambau kat luau tu"

2 comments:

Ayu said...

Kah kah kahhhhhh....... Aku sukaaaa penutup entry nih. :D Papepun, tajuk gempak beb! Rupanya nak cite kamera. Sungguh Ayen. Aku merinduimu... Kikiki...

ayen =D said...

oit.. rindu masakan kau !!! (ada ke orang rindu aku, aku rindu masakan dia aje.. hehe)