Dialog di Aidilfitri, di kediaman sendiri di Kampung Batu Gajah. Tajuk dialog, "Gosok Gigi?"
"tengok gigi sikit.. "
"tengok lah, ada gigi ke tak de gigi ni..."
Adik perempuan berumur 6 tahun tu menunjukkan gigi dalam mulutnya (takkan dalam hidung pulak kan) dalam keadaan tersipu-sipu. Kakak berumur 22 tahun (nak jugak bagitahu umur kan) itu menjawab,
"laaarrr.. gigi dia.. tak gosok gigi eh.."
"eh.. gosok lah.." Jawab adik itu.
"eleh.. mesti tak gosok gigi selalu kan.."
Adik itu diam.
"gosok gigi tiap malam nak tidur tau.. "
"akak buat macam tu ke?"
"eh, mestilah akak buat... akak gosok gigi tiap malam.. sebab tu gigi akak cantik.."
Jawab kak itu sambil menunjukkan gigi yang boleh dijadikan contoh yang baik buat adik tu.
"tapi kak, kenapa akak ada tahi lalat?"
Untuk makluman anda, kakak tersebut ada tahi lalat di atas bibirnya.
huh, rumit jugak nak jawab tu.
2 comments:
Adakah adik itu cuba mempersoalkan fakta yang kakaknya telah gosok gigi selalu2? Maksudnya - kenapa ada gak lalat berak atas bibir walaupun selalu gosok gigi? Hahahah.. Lawak la Ain... ;D
haaa.. betul la tu soklan ko tu Ayu.. maybe dia anggap tahi lalat tu adalah satu kotoran yang boleh dielak jika rajin gosok gigi
Post a Comment