Thursday, September 17, 2009

Kawan baik atau kawan rapat?

"Sebulan dah aku macam ni. Kenapa aku rasa tak seronok je ni. Something missing. Tak best lah kalau terus-terus rasa tak seronok macam ni. Rasa diri tak efisyen.. kalau efisyen pun, rasa macam tak baik je sebab ala-ala tak ikhlas..."

Itulah gulungan cetusan pemikiran harian. Yang dah dikumpul menjadi satu perenggan. Yang tak mampu diringkaskan menjadi satu soalan objektif, mahupun dimudahkan dengan jawapan yang konkrit. Mungkin terlalu banyak faktor yang mempengaruhi, yang tak dapat disenaraikan mengikut tahap kepentingan. Akibatnya, rasa tak seronok itu menular dalam semua saat urusan harian, yang membawa kepada tekanan tanpa punca.

Setakat pasti ada punca rasa tak seronok je, tapi tak tahu apa dia, lagilah menambah rasa tak seronok. Maka, mari cari perkara yang seronok...!

Haa.. aku tau..!! Aku seronok menulis kat blog aku. hahaha.. (intro je rupanya.. cis.. ) Aku rasa blog aku agak bersawang... Pagi ni saja, aku ada macam-macam nak tulis. Tapi aku buat keputusan, aku nak tulis tentang perkara pertama yang terlintas dalam fikiran aku hari ini. Kawan baik atau kawan rapat?

Memang aku tak pernah baca kat mana-mana buku atau dengar dari mana-mana mulut lagi ayat "kawan baik atau kawan rapat", tapi aku rasa aku nampak sedikit perbezaan. Aku yakin untuk menyatakan bahawa, kawan rapat tak semestinya kawan baik, dan kawan baik tak semestinya kawan rapat. hurrmm...

Kalau lah ada kawan yang tinggal jauh dengan kita. Tak tahu banyak perkembangan kita. Tak tahu setiap jam kita luangkan untuk apa. Tapi kawan itu adalah kawan yang tak mampu kita lupakan. Kawan yang tak mampu kita tinggalkan bila dia sedih atau susah. Kawan yang akan kita hargai setiap kata-kata dan tindakan. Kawan yang kita rasa sangat susah hati jika telah mengguris hatinya. Kawan yang takkan memburuk-burukkan kita. Malah hati kita bergetar kuat ketika kita cuba menceritakan keburukannya pada orang lain, tanda tak sanggup mendedahkan nya. Malah kita selalu berusaha menceritakan kebaikannya. Dan dalam doa kita menangis-nangis minta dibutakan mata kita daripada melihat keburukannya. Kalau itulah ciri-cirinya, aku yakin, itulah kawan baik.

Mungkin ada kawan yang kita jumpa sentiasa. Kita buat semua kerja bersama-sama. Kita tahu banyak aktiviti hariannya. Tapi bila dia ada masalah, kita bukan tempat dia berkongsi sepenuhnya, yang ada cuma kesan masalah seperti muka masam. Dan bila kita ada masalah, dia bukan tempat kita bercerita setulusnya, tetapi cuma mulut yang diam. Cerita sikit-sikit mungkin ya, tapi rasa berhati-hati itu mengatasi rasa percaya. Kalau dah jumpa sentiasa, pastinya lebih banyak yang difaham daripada yang tidak. Sakit, pening, sedih, marah, gembira, atau buang tebiat, biasanya kita boleh faham bila berlaku pada kawan itu. Tapi belum tentu setelah difahami, pemahaman itu membuahkan rasa tenang dalam hati kita. Membuahkan rasa bahagia dikala dia bahagia. Menanamkan rasa sedih ketika dia menangis. Menimbulkan rasa simpati ketika dia tertekan. Malah lebih buruk, kita menangis dan sakit kerana dia. Kawan seperti ini bukan kawan yang baik, tetapi boleh jadi kawan yang rapat.

Sebab tu aku yakin dengan pernyataan tadi, kawan rapat tak semestinya kawan baik, dan kawan baik tak semestinya kawan rapat. (aku telah abaikan maksud dari segi bahasa oleh Dewan Bahasa Pustaka. Definasi disesuaikan dengan kata hati untuk menulis dari hati. Cewah)

Apa yang lebih membahagiakan, jika kita ada kawan rapat yang juga kawan baik. Adakah kita ada kawan rapat yang juga adalah kawan baik? Atau, adakah kebanyakan kawan kita adalah kawan baik tak kira jauh atau dekat? Adakah kita mahu banyak kawan baik? dan jika mahu, adakah kita LAYAK menjadi kawan baik kepada sesiapa?

What you give, you get back. Jika kita rasa kawan kita tak cukup baik, muhasabah dirilah, kerana mungkin kita jauh daripada LAYAK menjadi kawan baik. Fitrah manusia, suka yang adil. Dan Allah MAHA ADIL.

Maaf kepada yang pening. Tulisan ini hanyalah terapi kepada penulis. hehehe..

=p

Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin. Maaf untuk semua salah silap yang sengaja atau tidak. Kalau tidak sengaja, makluman tentang salah silap kepada aku amatlah dialu-alukan. Semoga 1 Syawal benar-benar menyucikan fitrah. Salam akhir Ramadhan. Semoga kita dalam rahmat-Nya, menjadi hamba yang disayangi-Nya, dan menjadi KAWAN BAIK kepada hamba-hamba-Nya yang lain. amiin...

Wassalam

5 comments:

zairibaharom & ekinkhalil said...

banar ain. sgt benar. dan sgt susah utk memiliki seorg kwn rpt & baik..huhu.. slmt ari raye ain. maaf zahir batin..

noorafzan.blogspot.com said...

betul tuh..
kawan baik susah nak jumpa..
adik yang baik ada..
ayen la orangnya..
ahaks~

ayen, isk nak cakappun segan..
nanti geli gelak Lambaian tuh afzan nak numpang umah ayen..
agak2 ada kekosongan x?
tapi nama ayen x de pun kat list yang confirm pegi..
ayen join ke x yer?

ayen =D said...

selamat hari raya abang zairi, maaf zahir batin semaaf-maafnya juga.

ha afzan, ada kawan kahwin lah hari sabtu, tak pasti lagi balik rumah malam tu ke tak. sebab tu tak confirm. huhu.. sorry.. klu pe2, i'll let you know.. dari adik yg baik.. hehehe...

Tengku Speki said...

tuan rumah.. boleh tak kalau saya nak copy paste penulisan ini di blog saya..
kerana sedikit ada kena mengena dgn saya skang...
kalau boleh, tinggalkan mesej di shoutbox saya ya.. :)

blog walking

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti dari kami di IMCurtain.com. Maaf Zahir dan Batin!

p/s: Kami ingin mengajak para blogger semua untuk menyertai komuniti blogger kami di IMCurtain.com