Tuesday, September 22, 2009

Yang penting kita ada laki kita

Dik, baju saiz ******* ada tak?
Tak de kak. Dah habis.

Dik, baju saiz ****** ada tak?
Tak de kak....

Dik, baju saiz ****** ada tak?
Tak de..

Baju saiz ****** ada?
Tak de kak...

Dari kedai ke kedai.. mencari baju raya..
Akhirnya.. Seorang diri.. sebab suami dan anak tengah tengok handphone raya, dia pergi ke kedai yang lari dari tema kedai-kedai sebelumnya.. Bukan lagi ke kedai baju..
Dengan dialog,

Dik, ubat kurus ada tak?
Ada kak..

Ini adalah cerita sebenar dari watak yang benar. Moral value of the story, jangan berputus asa mencari apa yang kita nak. Usaha itu tangga kejayaan. Kalau satu tangga tu under construction, cari tangga lain. Kalau dah habis semua tangga, jangan lupa bahawa ada lagi cara lain seperti naik lif atau gunakan takal.

Sumber cerita : Dari mulut mak aku.. hehehe..

Ma! Jangan marah na.. sekadar cerita penglipur lara je.. Ain tengok ma cerita kat orang lain rilex je. hehe.. muuaaah... love you ..!!!

Haa.. kesudahan cerita tadi ialah,

"Takpelah, tak de baju raya baru tahun ni pun tak pe. Yang penting kita ada laki kita.."

Dialog sebenar sebelum tapisan,

"Takpelah, tak de baju raya baru tahun ni pun tak pe. Yang penting kita ada gelang dan rantai baru.. hehehe.. " Selepas pause beberapa saat, "Yang penting kita ada laki kita.."



2 comments:

Ayu said...

Kah3x... Lawak la story raya mak ko nih Ain... Aku ngambik ksempatan ni untuk mengucapkan, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin!! ; )

noorafzan.blogspot.com said...

hahah~
terpaksa le cari ubat kuruih..
sian mak aen,