Sunday, November 29, 2009

Menulis blog bersama Lala

"Diam.. diam..", Lala kata.
"Jom kita tulis blog"

Aku dengan Lala tengah meniarap sama-sama, depan televisyen di rumah sewa. Tinggal berdua-duaan, menanti kepulangan Mai dan Husni, yang dari rumah masing-masing. Kami baru lepas ditinggalkan oleh mama, papa, Iqa dan Apit, adik-adik aku. Mereka bertolak ke Melaka bersama Ona (kereta), selepas berhari raya haji di Kangkar Pulai, masak-masak, makan-makan, borak-borak, huha huha, menonton, jalan-jalan, gunting-gunting rambut, ke spa.. wah.. banyak juga aktiviti keluarga aku cuti raya haji ni ek. Gembira, happy...!

Wah, rancak betul Lala mengketik. Adohai, apa aku nak tulis ni. Aku kena siap menulis bersama-sama Lala ni. hhmm.. Apa ek..

Okay, cerita sikit lah, julung-julung kalinya penceritaan sebegini aku nak buat. Tadi, semasa menemani Lala membasuh baju (pakai mesin basuh je pun), sempat Lala menceritakan umpatan dia bersama Iqa, selepas mendengar perbualan mama dengan Kak Akma. Entah macam mana mula, ale-ale mama sebut,
"Tu lah, susah betul nak carikan jodoh untuk dia tu"
'Dia' tu, aku lah kan.
"Eh, bukan Ain dah ada ker?" tanya Lala kepada Iqa.
"oo.. budak ****** tu ker?"
"ha ah.. ye lah..."
"papa kata, entah ye entah tidak dia tu"
hohoho.. mak bapak aku fikir aku entah ye entah tidak ker.. hahaha.. tak nampak cukup matang kah aku? jeng jeng jeng. Atau, nampak 'player'? jeng jeng jeng lagi sekali. Atau nampak workaholic? shopaholic ada lah.

Okay lah, tinggal saje lah cerita sebegitu. Aku malu. hahaha.. (perasan ramai orang baca kan)
Biarlah masa dan keadaan menentukan. Yang penting, ingat pesan Lala iaitu,
"kena beriya sikit ni!"

Sekarang, segmen iklan. Jika anda pelanggan Forest's Secret, atau ada perasaan ingin mencuba produk ini (aku tidak dibayar untuk iklan, saja kongsi-kongsi maklumat), offer 50% untuk beberapa produk tamat esok! Hehehe.. Dan ada sedikit pesanan, jika anda menggunakan body scrub yang berasaskan garam, jangan biar garam itu berada lama di atas permukaan kulit anda, kerana tidak baik untuk kulit jika dibiar lama, ianya 'tajam'. Tapi kalau pupur, it is okay. Pergh, buat segmen kecantikan pulak dah..

Okay, itu untuk kulit, sekarang segmen kecantikan untuk kerongsang anda. Anda boleh menggunakan kutex (betul ke aku eja ni?) untuk disapukan pada permukaan kerongsang anda, supaya berkilat, tahan daripada tercabut batunya, mahupun kilatannya. Alaa.. kutex jernih lah, yang sapu kat kuku tu.

Ops, sejak bila blog aku tukar tema kepada tema kongsi petua pulak ni kan.

Lala masih terus menaip. Aku mahu mengalah. Aku mahu berhenti setakat ini kerana ada urusan yang lebih penting berbanding menulis blog bersama Lala.. Lala, aku pergi dulu..

;)

3 comments:

ayen =D said...

komen lisan pertama kepada aku.. psl kutex.. Lala kata dia buat, tak kilat sangat jadinya.. hehehe.. aku? no comment, sbb aku tak buat lagi pun.. hahaha.. maybe jenis kutex kot, kata Lala..

lala said...

hah tu lah. tak nyempat2 aku nak komen di sini.. betul la tuh... mungkin kite kene pilih kutex secara berhati-hati.. mgkin aku gune kutex yang salah kot.. hahaha.. ape2hal pon sila cuba dulu dengan brooch yang murah..

noorafzan.blogspot.com said...

uih..bagusnye petua kutex tu..
mau cuba la..
tq ayen for sharing..