Sarah tau tak hukum menfitnah? Dosa besar..! Lebih teruk dari membunuh?
Err.. ke sama teruk dengan membunuh? haa.. itu lah lebih kurang skrip Aidil kepada Sarah semasa Sarah kantoi memfitnah Nur dan Aidil, dalam drama bersiri, Nur Kasih. cewah.. Berita hiburan.
Sebut pasal fitnah, sudi aku berkongsi tentang satu alkisah. Dalam bahasa comel nya, Cerita Tipu!
Seminggu dua ini, aku sangat efisyen bekerja. Sangat berdedikasi. Cewah.. Puji diri sendiri dan kawan-kawan. Aku cuba bersungguh-sungguh mencari kepuasan dan keseronokan bekerja. Tak kiralah orang nak kata aku workaholic, over, tak mematut tak memadan nak rajin bekerja, tapi aku nak capai target kerja-kerja aku. Walaupun kerja sampai malam di McD. Pergi kerja awal pagi, balik kerja lewat petang atau malam. Aku redha. Supaya aku tak segan untuk melafazkan "jangan banyak cakap kalau tak banyak kerja!". Walaupun belum cukup hebat atau seronok, aku berpuashati dengan pencapaian aku sebagai seorang pekerja, staf kerajaan.
Namun, penutup minggu aku, petang jumaat lepas, adalah satu cerita yang pada mulanya menimbulkan terkejut, kemudian bengang, dan seterusnya, selepas melayan perasaan di tangga masjid UTM, perasaan bertukar menjadi sedih. huh.. Tak lah sedih sangat sampai menangis teresak-esak, tapi boleh tahan sayu lah. Cerita yang dimaksudkan ialah,
"ya lah, you all dilantik jadi tutor pun, kontroversi dulu kan.."
"haaa.. tu lah, macam-macam kontroversi.."
"orang kata tak ikut prosedur lah.. tu diorang cuba macam-macam... "
Belum sempat menyambung, kami jawab,
"ha? tak ikut prosedur?"
"ye lah, tak pergi interview semua, dapat kerja, dapat ke oversea.."
"haaa????!!!! eh, kami pergi interview!"
"interview peringkat fakulti? HRD?"
HRD ialah human resource deparment.
"ya Allah.. ya.. kami pergi dua-dua interview tu.. takkan la kami tak pergi.. "
"eh.. ada ye?"
"oo.. patut lah kontroversi sangat.. rupanya seteruk ini ceritanya.. "
huhuhu.. itulah alkisah. Rezeki kami berempat, kisah 2 tahun dahulu, rupanya telah disebarkan dengan kepalsuan. Terkejut. Bengang. Sedih. Bukan makcik-makcik tanpa pelajaran dan tak sedar diri yang buat dan bawa cerita, tapi pensyarah-pensyarah, ada Phd, malah mungkin ada pangkat Prof okay. huh.. Tapi mungkin juga tak boleh percaya 100% kan.. Mungkin dia seorang saja yang salah faham atau dengar.. Maka, cukuplah aku berhenti bercerita. Isi penting aku ialah, cuma nak menyampaikan kepada pembaca, jika anda adalah salah seorang yang mendengar, menerima malah mempercaya cerita "kami dilantik menjadi tutor dan cuti belajar ke luar negara tanpa interview", maka yakin aku menyatakan,
"ITU FITNAH!"
Aku yakin tulisan aku kali ini tidak terlalu emosional, kerana aku dalam keadaan seronok nak berhibur sebentar lagi. Cuma aku terasa terpanggil untuk berkongsi rasa sakitnya difitnah. Rasa sakitnya dipandang serong. Dan rasa geli hatinya mengenangkan ada orang yang boleh buat cerita macam ini.
Awak ni menggelikan lah Khazama.. (Sila baca dengan nada Sin Chan)
Dan pengajaran buat aku, buat bertenang lah dalam mendengar cerita. Kerana belum tentu cerita itu benar. Dan mungkin cerita itu adalah fitnah. Jika kita mahu menyampaikan atau mereka fitnah, percayalah, rasa seronok itu sementara. Sampah yang dibungkus, lama-lama berbau juga (aku dapat peribahasa ni dari Karam Sigh Walia). Cukup-cukup lah, buat-buatlah bertaubat.
Wahai Ain, semoga aku pun lebih berhati-hati dalam berbicara, atau mendengar bicara. Kerana sesungguhnya, yang paling tajam dalam dunia ini bak kata Imam Ghazali, adalah lidah manusia.
1 comment:
betul tuh..
kena jaga diri sendiri..
pepun, siasat dulu sebelum percaya..
Post a Comment