Saturday, November 28, 2009

no pain, no gain

Yeah.. semalam dapat tengok episod akhir Nur Kasihan (Nur Kasih actually)

Ramai-ramai semangat tengok malam tadi kat rumah sewa ni ha, siap dari baring, terus tegak terduduk. Menjerit-jerit semua, nak nak part Adam balik rumah, ale-ale patah balik. Kemudian part dekat stesen kereta api. Memang meriah dan bersuara penuh emosi masing-masing. Tak kurang juga suara emosi mengeji sebab dia anti cerita Nur Kasih. Tak logik lah, bodoh lah. Apa-apa lah papa oi.. yang penting Ain bahagia tengok hehehe.. haa.. ye, papa.. Di rumah sewa?

haaa.. angin Selat Melaka telah membawa keluarga aku, (mak bapak, dan dua adik) ke Kangkar Pulai ini, rumah sewa tempat aku berteduh demi membanting tulang membarakahkan rezeki. Bukan aku tak cuti, tapi nak tukar angin beraya katanya (bapak aku le). Nak beraya tenang-tenang. Masak ikut suka, tak de pening-pening, tak de teriak-teriak. Biasalah kan, kalau kat kampung, dengan nenek, dan sedara mara kan ala-ala meriah ya amat. Ini bukan soal pro dan kontra, tapi lebih kepada tukar angin yer. Pelik tetapi benar. Aku layan kan aje. Bukan kesah sangat pun. Kalau tak cuti panjang pun aku boleh balik Melaka, jumpa sedara mara. Bukan masalah besarlah. Kalau tak dapat jumpa, telefon. Bukan masalah besar juga.

Bukan lah aku jenis yang nak sebut "eh, telepon nombor baru mak sekarang mahal! biasa singgit (RM 1), sekarang tiga hinggit! (RM 3)" Kata Ramli, bukan nama sebenar. Huh.. Perlukah berkira nak telefon emak sendiri? Perlu kah sebut nilai ringgit Malaysia yang digunakan untuk emak mengubat rindu?

Bukanlah aku kaya sangat. Aku pun ada perasaan tanggungjawab. Aku pun pandai lah nak atur belanjawan (walaupun ada ciri-ciri belanja ikut nafsu Year End Sale ni). Tapi tak de la sampai nak kira-kira beberapa hinggit untuk alasan orang tersayang. Kalau mahal, beli kan saja lah nombor baru kan. Nak ungkit-ungkit pulak. Ala.. kalau nombor sama syarikat komunikasi pun, bukan telefon lama sangat pun. Kembali kepada motto asal,
"jangan banyak cakap dengan orang yang banyak buat!"


Ops, teremosi pulak. Hehehe.. sebenarnya nak kaitkan soal pengorbanan dengan raya haji je asalnya. Jauh betul aku pusing kan. Almaklumlah, cerita Nur Kasih semalam asyik sebut pasal pengorbanan kan. Perasan tak kepada yang menonton? Pergh.. mantap-mantap. Berkorban demi adik, demi abang, demi cinta kepada suami, kepada isteri. Huh.. Lepas tu, khutbah solat sunat Aidil Adha di surau Taman Pulai Emas pagi semalam ada menyebut,

"Semua memerlukan pengorbanan"
Bak kata orang putih, no pain, no gain. Huh. Khutbah tu ada sebut pasal Malaysia merdeka sebab pengorbanan orang terdahulu, selain dari kisah pengorbanan yang paling dekat dengan Aidil Adha, pengorbanan cinta kepada anak, demi cinta kepada Allah, oleh Nabi Ibrahim a.s. Aku rasa khutbah semalam sangat best! Ringkas, padat! Walaupun aku sot set sot set, dek kerana selsema dan bersin-bersin (buat seram orang sebelah aku dalam saf je kan), aku masih dalam zon selesa.

Tak besar mana pun topap RM 10 untuk telefon mak ayah kalau tak jumpa muka dalam dua minggu.Tak besar mana pun duit minyak kereta untuk balik kampung sejam dua. Kalau nak banding pengorbanan para Nabi. Okay lah, tak nak bandingkan dengan pengorbanan para Nabi yang sangat hebat itu, cukuplah banding dengan pengorbanan mak ayah kita untuk kita je. Cikgu-cikgu kita, pensyarah kita, kawan-kawan kita. Tak besar mana pun!

Ala.. nak bebel panjang lagi. Tapi, apa kata baca majalah Anis, kisah Ustazah Asni al Hafizah tu. Dia ada sebut pasal pengorbanan juga. Walaupun aku macam tak suka tentang satu hal ustazah tersebut, tapi bila aku baca artikel tu, banyak juga aku mampu belajar dan contohi. Buang yang keroh, ambil yang jernih.

Adohai, serabut betul aku menulis ni. Dah lah, nak siap-siap jalan-jalan.

Tata

No comments: