Showing posts with label Dari Pemikir. Show all posts
Showing posts with label Dari Pemikir. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

Menuju Fahaman Tepat

Sejuk dan gelap malam. Kucing jalanan meneman makan dua sekawan, di gerai tanpa bumbung dan lantai. Meja dan kerusi atas jalan raya berturap.

"Eh, janganlah bagi kucing tu ayam kau"
"Kenapa?"
"Aku rasa, tak patut bagi kucing tu makanan kat sini"
"Dia lapar tu. Tengok, dia pandang-pandang aku."
"Takpe, jangan ajar dia minta makanan kat orang tengah makan. Jangan ajar dia makan atas jalan raya ni.."
 
"Apa salahnya bagi dia makan"
"Nanti dia akan tinggal tulang tu sepah kat bawah kan"
"Dah lah Ain, kita tukar topik, aku malas nak gaduh dengan kau pasal bagi kucing makan"
"Aku cuma..."
"Dah, dah, dah..."

Perut kenyang, makan minum dah bayar, jalan menuju ke kereta, nak balik.

"Tikus! Gemuknya tikus tu!"
"Eeee....! Eh, bukan satu! Dua!"
"Ha ah.. berlari-lari.. dah macam arnab aku tengok hahaha.."
"hahaha.. eeee.. haih, kenapa lah ada banyak tikus kat sini..."

Nafas dikawal, sabar dilatih. Aku tak jawab. Aku tak nak gaduh. Diam.

"Owh, mungkin sebab orang tinggal makanan atas jalan raya..." kesimpulan dibuat dengan suara perlahan. Bukan suara aku, tapi suara dia. Dia faham sendiri. Aku senyum sendiri.

Jika ada idea, tak salah kalau orang bangkang, tak berdosa kalau orang tentang, tak rugi kalau orang abai terang-terang. Sebab lambat-laut, yang benar pasti tertegak, yang salah pasti terselak, yang gelojoh pasti tersedak.



Kenapa dikejar debat, kalau diam boleh buat otak ligat dan menuju fahaman tepat?


Saya Bukan Penggemar Kucing... Zzzzz...

"Ain, rindu kau!"
"Zzzz.. Malas nak layan kau"
"Kau ni, tak romantik!"

************

"Okay Ain, thanks dengar masalah aku! Sayang kau! Muaahh!!"
"Hek eleh... Kau kenapa ni?"
"Ala.. kau ni.. best tau Ain, kalau kita tunjukkan kasih sayang..."
"Eee.. tak payah lah kat aku... nak thanks2 bagai.. no prob la.. "
"Ain, sayang kau!"
"Dah!"

*************

"Long, tengok ni..."
"Siapa tu, Carol ke Lina?"
"Ni Carol.. Haaa.. yang ni baru Lina..."
"Ni ke yang paling kecik ada kat rumah kita tu?"
"Eh, ada lagi kecik, baru keluar, ada empat.. dua mak"
"Larr.. siapa beranak?"
"Kakak.. dengan Le.. haaaa ni... tengok..."
Mak, bapak dan adik aku berusaha keras memasukkan muka mereka dan muka anak-anak kucing dalam webcam masa Skype dengan aku.
 
"Eeeee....!!!" jawapan spontan aku, dengan nada dan mimik muka jengkel, tengok anak kucing yang rupa tikus (kecik sangat, mata tutup, kepala besar... hahaha).
"hahaha.. eeeeee dia jawab...", kata mak aku.

*************

Kawan-kawan yang baru kenal aku, yang fikir aku suka kucing, mesti kecewa kalau aku bagitahu, "saya bukan penggemar kucing". Kecewa kan? Kecewa kan? Owh, tak? Terkejut? Okay, biasa je, fine..
 
Senang je, kalau ada manusia mengada-ngada nak manja dengan aku pun aku tolak mentah-mentah, ini kan kucing nak bergesel-gesel menagih perhatian daripada aku? Tolong lah. Kau buat la muka comel macam Puss, kau memang cantik dipandang, tapi untuk aku gomol-gomol kau dan usik-usik perut kau macam bapak aku, mak aku, adik-adik aku, nenek aku dan kawan-kawan aku buat pada kucing-kucing di seantero dunia, minta maaf.



Dah macam ni punya ramai makhluk Tuhan berkaki empat ni kat rumah aku satu masa dulu (mungkin gambar 3-4 tahun lepas), takkan la tak terdetik kat hati aku nak perhati gelagat mereka yang pelbagai kan. Tak kan la perhati gelagat tanpa terbit rasa geli hati kan... Orang kata, kalau tak cinta sekali pun, tapi bila dah hari-hari pandang, tak ke mana pun benci tu.



Kenapa aku nak luang masa 20 minit layan kucing gedabam depan rumah sewa aku kat sini guling-guling dan bergambar? Tapi aku tak cinta, tak suka. Jadi kenapa? Kenapa?

 
"Ala, Ain, walaupun kau tak pernah usap aku dengan kasih sayang yang hakiki, aku akan kekal ada depan mata keluarga kau, sebagai generasi pertama kucing-kucing di rumah kau di Merlimau. hehehe.. " kata Kakak =P

***Ini ada blog adik aku, Iqa, dengan gambar-gambar kucing. Kebanyakannya kucing kat rumah kami di Merlimau. Layan....

http://selembarsuterakasih.blogspot.com/2012/03/zzzzzzzzz-tidur-dengan-mummy.html


*********************

"Pa, Ain langgar kereta orang.."


Esoknya,

"Ain, lepas Ain tepon bagitau Ain accident kan, Ma terus cakap kat Pa.. Tengok, haritu kita kata nak buang kucing tu sebab banyak sangat dah, ale-ale dak Ain accident... Tak jadi kami buang kucing kita tu.."

Saya bukan penggemar kucing. Saya tak berani sumpah saya bercakap benar.
 

Monday, February 13, 2012

Pelamin Anganku Musnah, Terima Kasih

Mari tarik nafas, ambil mood.. Nyanyi.. Tak tahu nyanyi? Baca macam sajak.

Masih lagi tidak terlewat
Untuk aku ucap tahniah
Di atas kehadirannya
Menggantikan aku

Pastinya oh hidupmu
Akan lebih bermakna
Dan aku usah kau kenang
Walau kita pernah berkasihan

Maafkan diriku ini
Kerna tidak hadirkan diri
Di sewaktu hari
Persandinganmu

Adakah kau ingin lihat
Air mata ini berguguran
Puaslah hatimu kini
Memainkan perasaanku selama ini

Masihkah dengan janjimu
Apapun jadi akulah pilihanmu
Hingga sanggup aku singkir cinta yang lain
Ku angankan pelamin indah untuk kita berdua singgah
Sayangnya… Semua musnah

Kau buat malamku jadi gerhana
Dan hidupku tiada maknanya
Hanya bernyawa namun tak bermaya
Terkadang aku merasa menyesal
Kerna telah sehabis daya
Aku cinta dirimu kasih
Akhirnya aku sendiri
Tersisih…

Bisa sungguh luka ini
Walau tak berdarah

 ****************************

Aku cuma nak berkongsi cerita aku, berkaitan lagu Pelamin Anganku Musnah nyanyian Azie ini.
Kalau kalian nak dengar, nak karaoke, cari sendiri kat youtube ya.

Kalau kalian dah biasa dengan video klip lagu ini mesti tahu kisahnya, ada Azie (penyanyi), ada Lelaki, dan Perempuan (orang ketiga). Azie angankan pelamin indah
(perkahwinan dan hidup bahagia sha la la la la) bersama Lelaki. Namun, Lelaki (bekas kekasihnya)...



 ... berkahwin dengan Perempuan, bukan Azie. Azie pandang, makan hati. 
Bernyawa namun tak bermaya, katanya.

Satu hari, di rumah, bapak, mak, adik lelaki, adik perempuan dan aku-yang-cantik tenung skrin TV, 
hayati lagu dan suara penyanyi (mungkin mak atau adik perempuan aku). Sesi karaoke.
Tiba-tiba, adik lelaki aku pandang aku lepas babak di atas, dan cakap, 
"Long, tengok, lelaki tu akhirnya kawin dengan perempuan yang tak cantik"
Aku pandang dia.. bermaksud "So?"
"Nanti **** mesti dapat bini yang tak cantik daripada kau"
Lepas tu dia sambung tengok skrin TV.

Aku balas 'hipotesis' dia dengan "TERIMA KASIH" dalam hati.

Percayalah,
besar mana pun kegagalan yang kita hadapi,  
dalam mana pun kejatuhan yang kita alami, 
tak mungkin miskin kita dari sokongan keluarga,
tak mungkin jauh kita dari dorongan keluarga,
walaupun mereka pernah cakap, "Long, kau tak kawin dengan ****, aku bunuh kau!",
Percayalah, 
tak mungkin dahaga kita dari kasih sayang keluarga.

***Tak faham dengan budak-budak sekarang yang putus cinta (couple je pun, spender dengan bra pun duit mak bapak lagi) sedih melampau, belajar tak jadi, emo tak memasal, maki hamun atau buat ayat-ayat sedih kat FB, twitter, blog..  agak keluarga diorang tak boleh nak gembirakan diorang ke? kawan-kawan? tak nampak-nampak hikmah di sebalik kejadian ke? Come on! Come on!***