Monday, November 12, 2018

Pasak Hati. Bab 4 : Redha


"Wei, aku baru balik dari majlis tunang ni", Bob hantar mesej, melalui Whatsapp.
"Majlis tunang siapa?"
"Kau"
Tersedak Haikal, terasa seperti air kopi panas nak keluar semula, lalu hidung.
"Apsal aku tak tau apa-apa?"
*****
"Along, susahnya nak lupakan. Kenapa Angah masih sedih?"
Nora hantar mesej melalui Whatsapp.
Menangis.
"Sebab Angah belum redha." jawab Nordin ringkas.
Redha, senang nak sebut, lagi senang nak suruh. Tak senang nak turut.
*****
"Mak, macam mana nak tau yang kita sedia nak kahwin?"
Soalan anak lelaki sulungnya itu tiba-tiba membawa girang yang amat sangat kepada Hamidah. Selama ni, bila diusik pasal kahwin, dia, Haikal, diam seribu bahasa. Lagi merisaukan, dia keluar rumah, melepak dengan kawannya sampai ke subuh. Jadi takut Hamidah nak sebut lagi hal kahwin dengan anaknya yang seorang tu. Dengan teruja dan senyum lebar sampai ke telinga, Hamidah bertanya, "Along tergerak hati nak fikir pasal kahwin tu, dah sedia la tu...!"
Haikal memutar-mutar gelas kosong dengan tangannya. Dalam kepala, beratur ayat-ayat yang nak dikeluarkan, tetapi lidahnya seolah-olah kebas.
"Mak, Along rasa Along dah fikir pasal kahwin.." Ya la, bermula dari saat Nora menyatakan keseriusan perasaannya, Haikal tak putus-putus istikharah. Haikal pun tarik nafas, nak cakap 'Along kenal seorang perempuan ni, nama dia Nora', tapi emak kandungnya itu dengan girang mencelah, "Mak ada berkenan kat seorang perempuan ni. Baik, cantik."
Haikal terdiam. Sama seperti terberhentinya putaran gelas di tangan.
"Mak..."
Hamidah menoleh ke anaknya, ditarik kerusi, duduk sama-sama di meja makan.
"Haikal, mak dah jumpa ibu bapa perempuan tu. Nanti kita jumpa dorang ya"
"Tapi mak.. Haikal.."
"Takut eh? Jangan takut. Kira jadilah. Alhamdulillah. Dapat jugak mak menantu tahun ni."
"Ha? Tahun ni?"
"Ya la. Tahun ni. Along jangan risau. Semua dah mak uruskan. Tinggal tunggu masa nak cakap dengan Along je. Ale-ale Along buka cerita kahwin. Senang kerja mak"
Hamidah pegang erat tangan Haikal. Digosok kedap. Senyum.
"Mak..."
"Ya Along?"
"Kalau Along kahwin dengan Nora?"
"Hmmm.. Jom kenal dengan perempuan yang mak berkenan ni dulu ya... Along mesti suka..."
Suara Hamidah teragak-agak. Haikal bangun dari kerusi, "Ikut mak lah..."
*****
"Dah tu kau tak nak ke dengan tunang kau ni?"
"Aku tak tahu apa-apa wei"
"Mak kau kata, kau ikut pilihan dia?"
Mesej terakhir Bob itu buat Haikal tambah runsing. Ya tak ya juga.
*****
"If he is serious, he will defend you."
"Kita tak tahu kan macam mana dia bual dengan mak dia. Aku tak tahu dia defend ke tak. Maybe dia dah?"
"Ala.. Kau lupakan je la dia, dia tak serius dengan kau..."
"Tapi dia cuma nak ikut cakap mak dia..."
Farah mati kata-kata. Nora masih bersangka baik. Dalam hati Nora, tertanya-tanya, 'aku dipermainkan ke?'
Masing-masing merenung gelas-gelas mereka. Di bibir Nora rasa sejuk, dek jus oren yang disedut menggunakan penyedut minuman. Tapi di pipi rasa panas, dek air mata kecewa hasrat tak kesampaian.
"Dia sayang mak dia. Aku tahu macam mana mak aku happy bila abang aku ikut cakap dia. So, aku faham. Mungkin dia pun sama. Biarlah dia happykan mak dia"
Nora sedapkan hati.
Farah mengeluh. Dia tak mahu sampaikan apa yang terbuku di hati. Ah Haikal tu main-mainkan Nora je tu. Haikal tak mahu pertahankan Nora. Ambil jalan mudah, guna alasan mak sendiri. Itu andaian Farah, tapi yang terkeluar dari mulutnya, "Tak apa lah Nora. Kau tak rugi tak bersama Haikal. Ada yang lebih baik untuk kau. "
Diam. Jus oren Nora habiskan.
"Jom beli maskara baru!" Nora tukar topik.
Kalau tunggu hati remuk dan pecah,
Baru ketemu jodoh selepas jalan jauh,
Biarlah bercalar hati, berparut dan merekah,
Mungkin parut yang dalam bantu cinta tertanam kukuh.
*****
Kalau manusia redha, tiada sedih dalam dunia. Tapi kalau redha itu tak susah, takkanlah syurga itu percuma.

No comments: