Showing posts with label Lagu. Show all posts
Showing posts with label Lagu. Show all posts

Monday, April 9, 2012

Pokok Romantik di Duke Forest

Perkataan pertama perempuan perasan peragawati itu persoalkan ialah perasaan perawan yang dia persetankan. Perkataan itu ada dalam permainan sebuah perjuangan, dalam perjudian sebuah pertaruhan. Percintaan.

Haaa, siapa pelat nak sebut PER, pasti benci PERenggan PERtama PERempuan cantik bernama Ain ni =)

Pagi Sabtu, cuaca baik (lebih 15 darjah celcius dan matahari mampu buat kulit pucat jadi coklat), aku 'ditarik' rakan serumah baru untuk ke Duke Forest. Dia nak running. Running okay, bukan jogging! Aku pun keluar, bukan jogging, apatah lagi running, tapi aku cuma walking... Bersama-sama kamera bucuk-bucuk... Trail (trek?) yang rakan serumah aku pilih, namanya Al Buehler Trail, dekat dengan Washington Duke Inn & Golf Resort.




Bunga ni cantik kan? Macam bunga raya, tapi macam orkid (sebab bintik-bintik tu). Aku rasa lepas ni aku keluar kena bawa buku, supaya aku boleh petik sikit, terus masuk dalam buku. Aku teringat Sunah sebenarnya, yang kirim bunga sakura (orang lain kirim beg tangan, keychain, poskad, pinggan mangkuk, dia nak bunga je). Tapi hakikatnya, aku belum dapatkan lagi. Tinggi seh pokok sakura! (Cherry blossom kan?) Teringat satu cerita dongeng, yang seorang ayah keluar bermusafir, ada tiga orang anak gadis, seorang nak emas, seorang nak permata, tapi seorang yang baik sekali tu nak sekuntum bunga je. Bunga yang susah nak dapat rupa-rupanya, berbanding emas, permata. Cewah. Kalau aku tak sempat jumpa Sunah, percayalah Sunah, aku mencuba (tiba-tiba).

Sedang aku berangan dan teruskan berjalan, aku tertarik dengan satu pokok. Ya, satu.

Pendek, togel, kurus, macam tak sihat atau salah tanam pun ada. Pokok-pokok lain berdaun hijau, tiba-tiba ada satu macam hidup segan mati tak mahu, daun merah hati, mestilah menarik perhatian aku yang berjiwa halus ni! (Halus lah sangat). Lebih menarik (aku rasa menarik lah) kalau aku tunjukkan gambar daun pokok ni dengan lebih dekat.

Tiba-tiba berkumandang lagu Alyah, Kisah Hati.

Hatiku... Hatimu...
Menjadi satu cinta...
Kurasa... Hadirmu...
Menyempurnakan aku...

Aku tak tahu lah orang lain, tapi bagi aku, aku rasa ini pertama kali aku ternampak daun macam ni dalam hidup aku. Yang betul-betul buat jantung terhenti (over!) dengan monolog "eh, daun bentuk hati.. hati! hati!! wuaah!!! romantiknya pokok ni!". Mungkin sebelum ni aku jumpa tapi tak tertarik. Ya la, everything (everyone) are beautiful, but not everyone can see them. Banyak betul gambar aku ambil kat pokok yang satu ni, rasa macam, inilah kegembiraan hakiki aku pada hari tersebut! Inilah dia!

Tengok orang dating...

Tengok bunga yang kita boleh tiup macam dalam cerita Korea...

Tengok jam, baru 20 minit. Rakan serumah aku kata, dia nak running selama satu jam. SATU JAM! Maka aku jalan lagi.. Ale-ale...

Banyak lagi rupa-rupanya pokok romantik ni (suka hati aku je bagi nama pokok romantik) kat depan. Tu lah, tak pasal-pasal aku redah tanah tak rata untuk pokok romantik pertama tadi, padahal ada banyak lagi yang tak lah rumit sangat untuk aku tembak (shoot - kamera). Cantik! Aku rasa tengah gembira sambil menari pusing-pusing nyanyi lagu sha la la la.. in the morning...

Kadang-kadang kita terlalu agungkan cinta pertama, walau penuh susah payah kita tetap nak redah, sehingga lupa ada banyak lagi cinta yang lebih berhak jadi milik kita di depan sana.
Ain, apakah!!!!

Sekarang, korus lagu Kisah Hati berkumandang,

Tapi... cinta bukan milik kita...
Semua... harus berakhir...
Cinta kau dan aku...
Takkan mungkin bersatu...
Di saat ini.. Di dunia ini...
Mungkin kita bersama...
Nanti di atas sana...
Biar kusetia.. Menjaga cintamu...
Selamanya...


Subhanallah, sesungguhnya, makhluk-makhluk-Nya 'berkata-kata' kepada aku. Allahumma, sihatkanlah badanku, Allahumma, sihatkanlah pendengaranku, Allahumma, sihatkanlah penglihatanku.

Monday, February 13, 2012

Pelamin Anganku Musnah, Terima Kasih

Mari tarik nafas, ambil mood.. Nyanyi.. Tak tahu nyanyi? Baca macam sajak.

Masih lagi tidak terlewat
Untuk aku ucap tahniah
Di atas kehadirannya
Menggantikan aku

Pastinya oh hidupmu
Akan lebih bermakna
Dan aku usah kau kenang
Walau kita pernah berkasihan

Maafkan diriku ini
Kerna tidak hadirkan diri
Di sewaktu hari
Persandinganmu

Adakah kau ingin lihat
Air mata ini berguguran
Puaslah hatimu kini
Memainkan perasaanku selama ini

Masihkah dengan janjimu
Apapun jadi akulah pilihanmu
Hingga sanggup aku singkir cinta yang lain
Ku angankan pelamin indah untuk kita berdua singgah
Sayangnya… Semua musnah

Kau buat malamku jadi gerhana
Dan hidupku tiada maknanya
Hanya bernyawa namun tak bermaya
Terkadang aku merasa menyesal
Kerna telah sehabis daya
Aku cinta dirimu kasih
Akhirnya aku sendiri
Tersisih…

Bisa sungguh luka ini
Walau tak berdarah

 ****************************

Aku cuma nak berkongsi cerita aku, berkaitan lagu Pelamin Anganku Musnah nyanyian Azie ini.
Kalau kalian nak dengar, nak karaoke, cari sendiri kat youtube ya.

Kalau kalian dah biasa dengan video klip lagu ini mesti tahu kisahnya, ada Azie (penyanyi), ada Lelaki, dan Perempuan (orang ketiga). Azie angankan pelamin indah
(perkahwinan dan hidup bahagia sha la la la la) bersama Lelaki. Namun, Lelaki (bekas kekasihnya)...



 ... berkahwin dengan Perempuan, bukan Azie. Azie pandang, makan hati. 
Bernyawa namun tak bermaya, katanya.

Satu hari, di rumah, bapak, mak, adik lelaki, adik perempuan dan aku-yang-cantik tenung skrin TV, 
hayati lagu dan suara penyanyi (mungkin mak atau adik perempuan aku). Sesi karaoke.
Tiba-tiba, adik lelaki aku pandang aku lepas babak di atas, dan cakap, 
"Long, tengok, lelaki tu akhirnya kawin dengan perempuan yang tak cantik"
Aku pandang dia.. bermaksud "So?"
"Nanti **** mesti dapat bini yang tak cantik daripada kau"
Lepas tu dia sambung tengok skrin TV.

Aku balas 'hipotesis' dia dengan "TERIMA KASIH" dalam hati.

Percayalah,
besar mana pun kegagalan yang kita hadapi,  
dalam mana pun kejatuhan yang kita alami, 
tak mungkin miskin kita dari sokongan keluarga,
tak mungkin jauh kita dari dorongan keluarga,
walaupun mereka pernah cakap, "Long, kau tak kawin dengan ****, aku bunuh kau!",
Percayalah, 
tak mungkin dahaga kita dari kasih sayang keluarga.

***Tak faham dengan budak-budak sekarang yang putus cinta (couple je pun, spender dengan bra pun duit mak bapak lagi) sedih melampau, belajar tak jadi, emo tak memasal, maki hamun atau buat ayat-ayat sedih kat FB, twitter, blog..  agak keluarga diorang tak boleh nak gembirakan diorang ke? kawan-kawan? tak nampak-nampak hikmah di sebalik kejadian ke? Come on! Come on!***