Sunday, April 29, 2012

Menuju Fahaman Tepat

Sejuk dan gelap malam. Kucing jalanan meneman makan dua sekawan, di gerai tanpa bumbung dan lantai. Meja dan kerusi atas jalan raya berturap.

"Eh, janganlah bagi kucing tu ayam kau"
"Kenapa?"
"Aku rasa, tak patut bagi kucing tu makanan kat sini"
"Dia lapar tu. Tengok, dia pandang-pandang aku."
"Takpe, jangan ajar dia minta makanan kat orang tengah makan. Jangan ajar dia makan atas jalan raya ni.."
 
"Apa salahnya bagi dia makan"
"Nanti dia akan tinggal tulang tu sepah kat bawah kan"
"Dah lah Ain, kita tukar topik, aku malas nak gaduh dengan kau pasal bagi kucing makan"
"Aku cuma..."
"Dah, dah, dah..."

Perut kenyang, makan minum dah bayar, jalan menuju ke kereta, nak balik.

"Tikus! Gemuknya tikus tu!"
"Eeee....! Eh, bukan satu! Dua!"
"Ha ah.. berlari-lari.. dah macam arnab aku tengok hahaha.."
"hahaha.. eeee.. haih, kenapa lah ada banyak tikus kat sini..."

Nafas dikawal, sabar dilatih. Aku tak jawab. Aku tak nak gaduh. Diam.

"Owh, mungkin sebab orang tinggal makanan atas jalan raya..." kesimpulan dibuat dengan suara perlahan. Bukan suara aku, tapi suara dia. Dia faham sendiri. Aku senyum sendiri.

Jika ada idea, tak salah kalau orang bangkang, tak berdosa kalau orang tentang, tak rugi kalau orang abai terang-terang. Sebab lambat-laut, yang benar pasti tertegak, yang salah pasti terselak, yang gelojoh pasti tersedak.



Kenapa dikejar debat, kalau diam boleh buat otak ligat dan menuju fahaman tepat?


2 comments:

Ajan said...

Adakah ko baru baca buku A Samad Said atau Usman Awang atau A Latip Talib atau Charlotte Bronte?

ayen =D said...

aku pernah dengar nama A Samad Said dan Usman Awang tapi tak pasti pernah baca ke tak buku diorang.. yang puisi "jika hari ni.. seorang perdana menteri.. jika hari ini.. sorang doktor.. " sempena untuk guru tu, siapa tulis ek? hehehe

Pendek kata, aku bukan baru baca buku nama-nama yang kau sebut... tapi mungkin blog Salah Taip yang paling biasa aku baca masa ni. Motivasinya, ayat pendek, tapi aku rasa sedap, dan ada mesej. Tercapai tak? hehe