Friday, April 13, 2012

PhD Defense di US (1/3) : Semangat Hadir

Rabu lepas, 8 pagi, aku bangun dari tidur dalam keadaan terperanjat. "Aku dah lambat!"
Mandi laju-laju, capai apa baju dan selendang yang tak perlu gosok, minum air kosong, campak epal dan biskut dalam beg. Jalan laju.. laju lagi.. laju lagi......Aku tak tengok jadual bas, jadi aku jalan saja, dengan harapan, bas ada cepat, aku sampai tepat... dan... tiba-tiba tangan pedih, lutut sakit, pergelangan kaki sengal. Rupa-rupanya aku tengah melutut di atas jalan tar, aku jatuh terpeleot lepas anak tangga akhir, seolah-olah sedang merayu kepada bas, sila tunggu aku.

Aku dah terlambat nak hadiri PhD defense rakan sejabatan aku, di Optics Research Group, Physics Department, Duke University. Pukul 9!

Aku duduk sekejap tepi jalan, pusing-pusingkan pergelangan kaki kiri, sambil tarik nafas, tahan nangis (mengada-ngada). Dah lah lambat, jatuh, sakit, ale-ale rasa tak cantik, sebab selendang ni macam tak kena je dengan baju ni. Aaarghh!!! Ain, ni mungkin satu-satunya peluang untuk kau tengok PhD defense di US. Jadi, ni peluang keemasan Ain! Kena pergi juga PhD defense ni! Dah la dia budak kumpulan kau! Dia jemput kau! Bangun Ain, lari, kejar bas!

Pergelangan kaki okay, tapi lutut pedih. Tak sempat periksa, aku tahan pedih yang mungkin tambah terasa dek digesel permukaan seluar. Sabar Ain, sabar...!

Akhirnya aku jumpa bilik PhD defense, dan, aku sampai pada 9.01 pagi! Pintu dah tutup, suara dia dah kedengaran buat perbentangan! Aku rasa nak nangis betul-betul dah! Dengan segala kelam-kabut aku, semangat aku, sakit pedih aku, aku tak dapat masuk!!! Hari gagal, aku kata.

Lepas 4 minit mundar-mandir, aku terjumpa pintu belakang bilik tu! Yeah, aku cuba masuk dengan gangguan minimum. Alhamdulillah, Allah hadiahkan aku kesempatan ini, jumpa kerusi kosong dekat dengan pintu.

Joel tengah bentang hasil kerjanya, untuk memburu sebuah ijazah kedoktoran. Baru 9.12 atau 9.13 minit, panel (1 daripada 3 orang) hentikan Joel, untuk tanya soalan. What the ....!!!!! Boleh potong macam tu je? Giler seram! PhD defense kot!

Aku betul-betul ada banyak perkara nak kongsi, yang sangat menarik bagi aku. Bukan saja untuk PhD defense.. tapi untuk kehidupan seharian juga. Tak orang, aku, aku rasa, menarik dan penting! Tapi... aku ngantuk sekarang.. Bersambung ya? =)

Apa kata, layan dulu PhD defense pertama yang aku pergi dalam hidup aku, di Belanda :
(1) dan bahagian duanya, (2). PhD defense Joel ni pun, kali kedua dalam hidup aku. Hehehe..

2 comments:

efanina said...

lutut ko darah tak...ciannye cedera tanpa aku disisi....

ayen =D said...

tu la, tanpa kau di sisi, luka di lutut nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu (tiba2 hahahaa)