Monday, March 30, 2009

"PhD Defense Ceremony" (Part 1/2) - Pengalaman Pertama


Ini lah dia kulit buku tesis yang diedarkan kepada sesiapa yang berminat, yang menghadiri sesi perbentangan/pertahanan PhD (PhD Defense Ceremony) rakan sebidang aku, iaitu dari Optic Reseach Group, Delft University of Technology, Netherlands. Aku pun ambil senaskah, atas bantuan kawan aku sebab bo**** yang agak berat nak bangun dari kerusi.

Masuk-masuk je, Man sedang beri taklimat, tentang bagaimana sesi itu akan berlangsung. Masa aku kat Malaysia, aku rasa sesi ini dipanggil Viva. Merangkap nama salah satu kereta di Malaysia, dan juga merupakan nama yang tertulis pada basikal aku kat sini hehe..
aku tiada sebarang gambar dalam dewan senat tu untuk tunjuk kat orang. dewan senat? aku rasa dewan senat la sebab kat pintu masuk tertulis "senatszaal" (aku ingat-ingat lupa ejaannya). hihi..

Apa yang aku boleh ceritakan, suasana yang sangat formal. sangat berprotokol.
.. tepat 10 pagi, tiba-tiba ada seorang makcik (suka hati je aku kan) masuk mengetuk lantai dengan sebatang tongkat ala-ala tongkat mohor besar raja-raja gitu.. alaa.. masa hari konvokesyen UTM pun ada tongkat tu.. hehe.. itu menandakan sesi nak bermula. semua orang berdiri, aku pun berdiri la sambil bermonolog "wah.. apakah frogtokol ini" hehehe..

Makcik itu.. hisy, tak baik aku.. jangan-jangan dia profesor kan.. ok, beliau masuk dewan dan diikuti oleh 8 orang lelaki lagi, yang juga berpakaian seperti beliau, jubah konvokesyen hehehe.. aku rasa la.. ala.. sekali lagi, macam pakaian orang-orang besar hari konvo tu.. 8 orang lelaki tu ialah seorang pengerusi majlis, 6 orang penilai, kira pengkritik, penyoal, dan pemberi kata putus berjaya atau gagal la ni.. dan seorang lagi, penasihat Man, Prof. Urbach yang merangkap dekan research group kami. sesi pun dimulakan selepas pengerusi majlis mengetuk alat yang macam ala-ala hakim guna tu.. selepas beliau perkenalkan semua yang hadir (berjubah rasmi) kecuali yang bawa tongkat tu (beliau berdiri je, lepas tu keluar tanpa aku perasan bila dia keluar) terus, juri pertama, profesor dari China memulakan hujah/persoalannya..


ini lah muka surat berkaitan soalan pertama. juri pertama itu rupanya memang bidang dia persamaan-persamaan matematik ni. hari esoknya dia beri 'kuliah' tentang Fourier Transform. Fuh, naik sasau aku mendengar. okay, balik pada cerita soalan juri pertama ini kepada Man, tentang persamaan yang ditulis di muka surat ini. "it should not be zero.." katanya. Tanpa memperkenalkan diri atau bermukadimah, Man terus menjawab soalan itu, selepas pengerusi majlis berkata, "please defense yourself..."

tak kesah lah orang nak kata apa, aku suka juga nak cerita dan aku tetap rasa ini pengalaman yang menarik memandangkan juga pertama kali aku tengok sesi sebegini... sesi yang menentukan apakah hasil selepas 4 tahun mengusahakan PhD sebagai full time reseacher.. perbentangan projek sarjana muda (degree) di UTM tu lain lah, memang banyak juga aku tengok kan..

masih tentang soalan pertama lagi, Man tak dapat mempertahankan dirinya.. huhu.. selepas beberapa kali 'berbalas pantun', juri itu cakap, "your equation is incorrect".. huhu.. sedih lak aku tengok masa tu walau aku tak berapa faham matematiknya di situ.. kalau aku macam dah nak nangis dah rasanya.. "thanks for your remarks," jawab Man mematikan hujah.. "i am not satisfied.. but, my next question is..." juri pertama itu meneruskan persoalannya. dalam hati aku.. "pergh, serem. serem..."

apa-apa pun, Man, gadis dari China yang tidak kurang cantiknya, tak kurang ramahnya, semuda 26 tahun terus mempertahankan dirinya.. :) i inspired gitu.. hehe..

lepas tu, juri-juri seterusnya meneruskan penilaian dengan soalan masing-masing. dari Italy, dari Britain.. lain-lain tu tak ingat, mungkin ada juga yang dari Belanda.. ada soalan berbentuk.. "kenapa pilih 9 sampel? kenapa bukan 8 atau 10?" ni aku dah terjemah kan lah.. ada dua kalau tak silap soalan macam ini.. ada soalan tentang penerangan. "in this section, you mentioned about.. blah blah blah.. please explain more.." haa.. soalan macam tu, menarik je aku rasa.. goreng aje la kan.. hehe.. (cakap sonang la...) tapi sejauh mana 'gorengan' itu mampu membuatkan para juri rasa "ya, anda layak mendapat gelaran Doktor dengan PhD anda".. haa.. itu yang pastinya sentiasa diingati oleh Man dan sesiapa yang sedang 'mempertahankan dirinya'

Prof dari Imperial College adalah orang pertama yang buat lawak dalam sesi tu aku rasa. Dia kata, dia suka kulit buku tesis tu. nampak ceria kan? hehe.. Man ni memang berseni orangnya.. dia ada kamera dslr gitu... so, aku rasa dia ni memang seni la, dah dia memang diakui begitu oleh penasihatnya juga dihujung sesi ini.. ops, terlompat ke hujung sesi pulak.. okay.. patah balik pada Prof Britain ni, terus terang aku cakap, susah giler aku nak faham apa dia sebut. Man pun minta dia ulang soalannya.. ini kali kedua aku melihat situasi orang membentang dan ada juri/penonton orang imperial college, orang Britain.. dan, kedua-duanya membolehkan aku buat kesimpulan, "susahnya lah aku nak tangkap perkataan-perkataan Inggeris orang Britain ni.. huhu.. slang diorang.. haih.. sangat jahil English aku jadinya.. " (memang jahil pun.. tapi masa ni kira berganda-ganda la ketidakfahamannya)

waah.. banyak aku nak cerita ni.. ada isu politik juga dalam sesi ni kalau nak tau.. macam mana mereka buat keputusan, apa yang jadi selepas semua juri dah bersoal jawab, apa lagi yang seram dan mengharukan.. saat-saat pengumuman lulus atau tidak.. wah.. insyaAllah, satu entry lagi untuk perkongsian seterusnya..

ok.. peace!!

6 comments:

RS. said...

yayyy.. aku suke post neh..
interested utk tau lebey lanjut.

kaman22222 :D

next episode please !!

zairibaharom & ekinkhalil said...

next episode please!!!=)

Adam Ruslan said...

Tajuk kertas perbincangan pon dah tak paham. Hahah.

Apetah lagi nak menterjemah lukisan kulit buku itu.

Tapi, kerana ingin tahu saya, saya ingin bertanya kepada Man, kenapa memilih anisotropik? Bukan isometrik mahupun isotonik? huhuh.

ayen =D said...

raje dan abang zairi.. thanks for reading.. next episode insyaAllah akan menyusul huhu..

abang adam, lukisan kulit buku tu pun tak diterjemah secara langsung, tapi dekan kitorg memang sebut, dia nampak lukisan tu macam fenomena-fenomena cahaya, gelombang, belauan.. hehe..

Man sekarang berada di London.. so, tak dapek den nak nolong eh.. hehe..

zairibaharom & ekinkhalil said...

happy birthday to you!!
zum geburstag viel gluck!!
hepi besday to ayen!!!
hepi besday to you!!!
yeay!!!=)
kek beli sendiri kat sane ye..hehe

ayen =D said...

baru baca komen abg zairi kt sni!!! wuaa!!!! thanks!!! :)