Monday, March 9, 2009

Sila Kunci Pintu Dari Luar

Dewan kuliah dah ada ramai pelajar. Pensyarah dah mulakan kuliah mungkin. Seorang pelajar baru nak masuk ke bilik kuliah, dan terpanculnya dia di pintu itu sah-sah disedari oleh pensyarah tersebut.

"awak boleh tolong kunci pintu tu?"
pelajar itu pun menoleh ke arah daun pintu untuk meneruskan hajat mematuhi arahan seperti yang difahami. dalam masa yang sama, pensyarah itu menyambung,
"..dari luar"

Ini ialah penceritaan semula seorang senior masa kat UTM. Aku tak de la secara spontan terus faham cerita tu. Selang beberapa saat juga la (aku rasa tak sampai seminit la =p, not so slow i think haha) baru aku tergelak.. Ya, pensyarah tu mengarahkan pelajar yang lambat sampai ke kuliah tu keluar dari dewan..

Aku terkenang cerita ni, sebab berlaku satu kejadian hampir serupa di Roland Hostlaan, Delft di satu jumaat yang indah. Di saat berkobar-kobar nak keluar dari ministudio untuk ke fakulti, muka pertama yang aku lihat pagi tu selepas muka aku dalam cermin ialah seorang manusia yang berkata-kata di hadapan pintu bilik aku, "Aku tertinggal kunci kat dalam bilik aku"

Dia telah mengunci pintu biliknya sendiri dari luar tanpa arahan sesiapa. hahaha.. ops, tergelak besar pulak.. hehehe.. Dan pintu itu tak mampu dibuka tanpa kunci dari luar. ngeh3..

Kesinambungan daripada kejadian itu:
1. Dia terpaksa mencari-cari caretaker yang ada kunci spare, tapi tidak dapat dengan segera.
2. Penyelesaian seterusnya, dia perlu mendapatkan kunci spare di pejabat syarikat perumahan dengan 30 minit berjalan kaki.
3. Persepakatan dibuat antara dia dan aku untuk tidak ke fakulti pagi itu dan bersama-sama ke pejabat tersebut.
4. Pulang dari pejabat itu, berniat untuk naik bas. Tapi bas akan sampai 20 minit lagi dan setiap bas berikutnya selang 30 minit. Maka dia dan aku bersepakat untuk pusing-pusing kedai berdekatan, Delft Centrum (tengah-tengah Delft).
5. Akibat pusing-pusing, beberapa kedai pakaian telah dilawat sehingga aku TERbeli lebih dari satu baju.
6. Dia dan aku makan tengah hari di kediaman aku dengan gaya orang Belanda, roti+keju+susu. Tapi ada la gaya Malaysia sikit sebab ada sos cili kimball ala thai.
7. Sejurus selepas zuhur, bergegas ke kelas Writen English for Technologies.
8. Habis kelas, ke pejabat syarikat perumahan itu sekali lagi untuk pemulangan kunci spare dan mendapatkan semula duit deposit kunci itu.
9. Dan, sekali lagi singgah di kawasan Delft Centrum. Membuatkan aku membeli beberapa cenderahati dan waffel buatan Belanda.
10. Hikmah di sebalik kejadian, aku pulang dengan bertambahnya barang di bilik. Dia juga bertambah barang di bilik tetapi barang percuma selepas buat pemeriksaan mata di kedai cermin mata.

Begitu lah hari kami berlalu, hari apabila pintu dikunci dari luar.. DENGAN KUNCI DITINGGALKAN DI DALAM BILIK

10 comments:

sa_ya S A I D A H said...

hehe..kat k9 pun slalu jd camtu..then terpakse amek kunci kat ofis bayar rm3..so, plg selamat buat kunci spare, tgl kat luar or kt bilik kawan..hehe..

amANI said...

1. Hemm, terkunci dan ada langkah penyelesaian. Macam sama je. Hahah.

2. Bijak betul langkah penyelesaian itu, tidak gusar atau gundah malah sempat membeli belah.

ayen =D said...

lar, rm3 je ke deposit nye.. haritu, kene 50euro.. haha.. giler..

yer, memang tak gusar langsung malah dengan yakin mengabaikan fakulti.. hehe

DARK and LONELY said...

kat ktc, k9 boleh ke duplicate kunci?
dlu..(zaman dahulu kala) lebih kurang seploh tahun yang lalu, en.zul... pengurus asrama kata kunci tu tak leh di duplicate...

ayen =D said...

klu boleh, tak de la istilah ' sila amik kunci spare di pejabat asrama dan bayar deposit' hehe..

jangan marah ye kepada pendukung2 peraturan asrama.. hehe..

peace!! muaahh!!

lala_suhaila said...

ahaha.... aku teringat...MKS kan yg ckp.. "awak tolong kunci pintu dari luar" hahahah... terkulat2 budak tu kan... dah la bgn lmbt agaknye.. kelam kabut pegi klas... skali kene mcm tu... kesian2...

ayen =D said...

oo MKS ke yang cakap gitu.. logik2.. aku dulu pernah dengan MKS, aku datang awal dengan ***.. lagi dua orang, ***** dan **** lambat, terkunci kat luar kelas. tapi aku tlong sain kedatangan diorg.. giler cuak.. MKS, MKS haha

mduralim said...

hikmah tinggalkan kunci didlm bilik:
ader good reason tak g fakulti, pstu leh tenangkan minda g shopping2 (since slalu jek tak smpat nk shopping kn).. haha, next bertmbah kekaguman ngn mr caretaker (dia siap amek kn kunci n letak dlm bilek member tersebut.. sungguh baik ati), moreover sesat di delft n realized "owh bnyk rupanye kedai kt delft nih".. wpun dh nk hampir 6 bln menetap di delft.. haha..

mduralim said...

MKS n kunci pintu kelas:
still leh bayangkan kecuakan coz sign tuk org len, n lega giler bila MKS tak suspect.. har2...
kesimpulan..
'berani kerana benar, tp kalo salah mmg bergetar lutut beb'.. hahaha

ayen =D said...

haha.. MKS terlalu percaya kan student pmpuannya.. huhuhu.. nasib baik giler..