"Iqa tak nak gosok baju mama lagi.."
"laaa.. kau pesal?"
"nanti berlobang lagi la.."
"hek eleh.. gedik.."
"betul la.. tak nak gosok.. "
-----------------------------------------------------------------------------------------------
pada satu petang.. ke, siang.. seorang budak kecik (aku rasa dia kecik je masa tu) dengan niat mulia hendak menunjukkan sokongannya kepada ibu kesayangan nya.. sokongan kepada ibu yang akan membuat persembahan nasyid sempena pertandingan.. err.. tak ingat pulak pertandingan apa.. pada ketika itu, aku tidak pasti di mana aku..
tapi memang budak kecik tu lebih rajin pun.. maka dengan rasa rela hati.. "meh Iqa gosok baju mama meh.."
baju yang ditempah khas, seragam untuk satu kumpulan nasyid.. digosok.. dalam bahasa nenek aku, diseterika. hehe..
tiba-tiba...
"mak...!!!"
sambil menunjukkan baju berwarna hitam berbunga kuning (ke, oren) dengan lubang akibat ketidaksesuaian suhu seterika tersebut...
dengan senyuman, dan ketawa kecil..
"lar.. takpe takpe.. masalah kecik je ni.."
huhu.. kalau aku la tu, mau dah tarik-tarik rambut dah tu..
berkat kreativiti seorang ibu, dia pergi ke rumah tukang jahit, yang buat baju tersebut, untuk mendapatkan kain lebih.. ha? kain lebih? ya, kain lebihan baju tersebut.. dan, seorang ibu itu mampu menampal lubang yang dibentuk oleh seterika 'pemakan baju' itu tanpa sebarang syak wasangka orang lain dan tanpa menjejaskan 'mood' orang lain kecuali perasaan si budak kecik itu yang ada rasa bersalah.. hahaha..
hidup ini bagai lampu dinding...
yang dinyalakan di malam hari...
apabila minyak sudah kering..
iakan pasti padam sendiri...
itu la petikan lagu yang didendangkan.. dengan baju yang bersejarah.. ha.. untuk pengetahuan aku, pertandingan itu adalah sebelum kumpulan Hijjaz mempopularkan semula lagu tersebut tau!! hehehe..
------------------------------------------------------------------------------------------------
kenapa aku tulis pasal cerita ni?
sebab aku teringat tiba-tiba..
kenapa aku teringat tiba-tiba cerita ini?
sebab pagi ini aku telah 'berjaya' melubangkan satu blaus aku dengan seterika.. hahaha..
peace!!!
p/s Iqa.. kau tak kesah kan aku cite pasal ni? hehehe..
.
No comments:
Post a Comment