Wednesday, March 11, 2009

Boleh tak aku nak marah?

Boleh tak aku nak marah?

Sebab?

Ntah, bukan nak berlagak.. tapi tetap rasa nak marah..
lepas aku berada di dua buah negara yang membangun dengan bahasa mereka sendiri, aku dapat rasakan hujah-hujah education in English in Malaysia tak cukup kuat dah.. Kalau rasa cukup kuat, sila berhujah tanpa buat aku bosan!!

Poland.. ada beberapa nama perintis teknologi, kajian sains.. (yang aku tau bidang aku la, fizik) tetapi English mereka di Poland tak tinggi mana!!! Sampai aku rasa rugi tak tau Polish or France sebab ada seorang lecturer tu tak hebat sangat English nya tapi sangat pakar dan sangat baik nak ajar aku tentang Optics.. dia terpaksa guna body language untuk ajar kami kebanyakannya.. tapi dia memang best sebab ada produk kajian dia sekarang di angkasa lepas!! bukan TUMPANG orang naik kapal angkasa!! Cz method untuk buat bahan semikonduktor, Polish. haritu baru-baru ni ada kawan aku sebut penemuan tentang suatu teknologi in Optics, aku tak ingat plak, tapi Polish!

Belanda.. Budak-budak kecil diorang memang tak ramai tahu cakap english, apatah lagi warga tua.. Even anak-anak malaysia di sini terpaksa di hantar ke sekolah bermedium bahasa Belanda, Dutch.. tapi, bila aku datang sini, aku juga join Written English for Technologies (WET) course bahagian 1, yang merupakan tahap lebih rendah daripada WET bahagian 2. Dan tau tak, pensyarah kelas itu (Dutch) bagitau, dalam kelas WET 2 kebanyakan nya adalah pelajar Dutch!!! so, macam mana mereka punya tahap English lebih tinggi dari pelajar international lain yang yang kurang hebat English lebih-lebih lagi aku ni ha padahal pendidikan awal mereka fully in Dutch!!

Orang dok kata bahan rujukan banyak in English? hahaha.. memang la.. dah tak de ramai orang melayu nak buat rujukan bahasa melayu sehebat rujukan English tu, macam tu la jadinya..

semoga aku tak de la mengate je lebih, bak kata supervisor aku semalam kepada en M.. work more, talk less..

honestly, masing-masing ada pro dan kontra nya.. macam india, dari sekolah rendah pendidikan mereka in english. dan memang boleh tahan hebat dan banyak penyelidik dari india. tak dinafikan. tapi budaya, bahasa mereka sangat jelas asli india dan orang sedunia masih kenal budaya mereka. kenapa? fikir-fikir lah..

apa-apa pun.. aku tak de la nak tulis pendapat peribadi lebih-lebih sekarang, aku nak masuk lab ni.. tapi aku cuma nak tanya, boleh tak aku nak marah?
marah kepada orang yang marah tapi macam tak patut marah. hahaha..

sorry kepada yang terguris.. ain, marilah bertenang. hohoho..

semoga Allah beri hidayah kepada kita semua untuk terus mengejar redha Nya.. insyaAllah..



9 comments:

ayen =D said...

baru kejap ni aku baca satu emel yang buat aku sedih giler.. berkaitan hal ni.. aku nak share sangat2.. tapi aku nak buat keje dulu.. huhu..

sekarang aku tak marah dah.. tapi frust kepada orang yang bengang.. huhu..

m taufiq a aziz said...

masa kelas falsafah sains semalam, lecturer kata lebih kurang macam ni~ bahasa itu penting, tapi jauh lebih penting adalah kehendak diri yang nak belajar. nampaknya isu isu ranting terlalu di canang canang sehingga lupa yang pokoknya...


fowed fowed la email tu :D
(banshee_37vd@yahoo.com)

ayen =D said...

ok.. dh fowed dh emel nyer..

tu la..
yg ptg, kehendak diri yang nak belajar, DAN, kehendak diri dan teknik sentiasa diperbaiki untuk mengajar.. termasuk la bahasa melayu, bahasa inggeris.. DAN sains & Matematik. haih..

masih marah lagi kat orang yang bengang dengan 'kefahaman dan pendirian kita akan hebat kalau belajar sains dan matematik dalam english' SAHAJA

hoho..

tak penah umur aku letak mnde seyes psl hal lain kt blog haha

ayen =D said...

oh.. lagi sikit tawawfayakof.. i dont think so bahasa ialah isu ranting..

semua isu adalah utama, masing2 kene buat keje masing2, bukan dok nafikan kepentingan keje/isu lain..

tu, for me la. hehe.

ayen =D said...

dah la ain, tukar la.. tak mu marah2 la.. hahaha..

(sah biol)

jom pegi lab!!

m taufiq a aziz said...

hehe... rantinguntuk beberapa perkara sahaj. tapi ethically, apekejadah nak belajar sains dengan baha itik. otak abis kat translation je tak sempat proses n memorize maklumat. huhu...

kami yang dok universiti ni berpinar mata tgk lecturer cakap pure english. miahaha...

m taufiq a aziz said...

oohh... rasanya cik ayen miss lead la.

ranting la jugak (rujuk kepala menteri). dok tukar bahasa dalam sistem pendidikan buat apa. tuka jadi english sebab apa? trendy la kot.

yang patut di titik beratkan macamana nak naikkan kehendak dorg belajar. problem selesai, belajar sains dalam bahasa urdu pun boleh.


huu.. marah marah kat ayen punya blog plak. miahaha..

ayen =D said...

hahaha..

haish ni dh lari tema my blog ni..

hehe..

pe2 pun, dua komen terakhir tawawfayakof tu.. hmm.. diam bukan tanda stuju :P

m taufiq a aziz said...

hehe, its okey. sembang sembang je. bukan mesyuarat pun nak mintak persetujuan.

ok back to theme... ceriaaa :D