Tuesday, March 10, 2009

Cinta Itu Perhatian (Bahagian 1/2)

"Kalau saya sebagai orang tua, cinta sekarang ertinya.. bahawa saya dijaga dengan baik.. dihibur.. dan juga diperhatikan.. itu yang paling utama.. " jawab Dato' A Samad Said apabila ditanya apa itu cinta, dalam Rancangan Ally, episod 7 di TV3.

Diperhatikan... ya, diperhatikan..

"Ma sibuk sangat siapkan songkok-songkok tu, sampai tak cukup tangan. Nasib baik ade sorang indon tu nak tolong, rajin, jahit cantik, cepat kerje nye.. Modal ade pun tak guna kalau tak ade orang nak tolong buat" (orang tolong buat = pekerja upahan)

"Pastu, balik rumah, ma jenguk la nenek kau, dia tengah duduk termenung kat atas kusi dia tu. Ma pun buat la air Nesca** satu cawan, nak kasi dia minum. Ma ingat nak hulur je kat tingkap, ma nak sambung menjahit. Tapi, bila ma panggil je dia, berebut-rebut dia cari kunci buka pintu dan gril long.."

"hehehe.. ntah nyer, ada ke patut nak hulur kat tingkap jer.." jawab aku, untuk bagi dia peluang bernafas.

"tu la.. ma pun duduk la kat pintu.. start je duduk, dah kata kan mak rindu anak kan long, ada je ceritenya.. lepas satu, satu cerita.. aku pun dok menganggok je.. hehe.. dalam hati, suami aku dok tunggu aku menjahit ni.. ko jahit la sorang-sorang bang hahaha.."

dalam hati aku, ya, mak yang on phone ni pun, lepas satu, satu cerita hehehe.. jangan marah ma.. =p

Tak banyak yang diperlukan oleh seorang ibu atau ayah terutama yang telah di usia tua. Bukan lah anak patung atau robot untuk buat mainan. Bukan duit belanja untuk sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, universiti. Bukan pinjam duit untuk buat duit pendahuluan beli kereta, beli rumah, atau meminang anak dara orang. Walaupun aku pernah jumpa ayat, "wang adalah tanda kasih sayang pada mata kasar" tapi hakikatnya, lambang kasih sayang, bukti cinta yang selalu manusia bergelar anak-anak ini lupa ialah, perhatian.

"Saya selalu jer kirim duit banyak kat mak ayah saya walaupun saya jarang balik Malaysia. Bisnes saya bagus. hehe.. hmm... Tapi bukan itu yang mereka mahu. Saya terlambat.." tiba-tiba kata-kata tu mati kat situ je. Kata-kata seorang pensyarah di depan mata aku masa di UTM. Terdiam juga la satu kelas masa tu. hmm...

Beli lah macam-macam baju, ubat-ubatan, makanan, perhiasan dinding, gelang.. Mesti ada je yang tak kena kalau keperluan yang satu ini tak mahu diusahakan untuk diberi.. Perhatian.. Tapi kalau cuma teo dan biskut kering untuk sarapan yang ada di kala jirannya sedang dihidangkan sarapan lebih berkhasiat oleh orang gaji, itu lebih bermakna bagi seorang nenek yang sentiasa dengar suara anaknya.

Biasa aku dengar, berbaktilah dan tunjuk lah sayang sebanyak mungkin pada mak ayah selagi mereka ada. Nanti dah tak de? haaa.. tapi aku tak pernah dengar lagi mak ayah sebut, mereka akan jaga dan bagi apa saja yang anak mereka mahu SELAGI ANAK-ANAK MEREKA ADA.. pada aku, ini adalah dua keadaan berbeza..

semoga aku mampu menjadi anak sesempurna boleh untuk kedua parents, sebab aku percaya aku ada the best dad and the best mum in the world.


2 comments:

RS. said...

weh aku sgt suke post neh!
:)

it's true tho.. utk mak aku ade 2 mende je yg leh wat die gembira.... one is good results in life. and another one, die suke la kene belai2 neh. haha :)

yea... we all do have the best mom and dad in the world. (atleast for me and you! :)

ayen =D said...

:)

(senyum gaya matang tapi kekal comel, ahakz)