Sunday, March 1, 2009

Lelaki Pooojaan Hatiku...

Walaupun hatimu secara mata kasar tidak ku kenal (ye la, dah hati dok dalam badan kan), tetapi setiap kata, setiap perbuatan, membuatkan kau TETAP menjadi lelaki pujaan hatiku...

cut...!!!

Tau tak, masa SPM, kertas karangan bahasa Inggeris, aku buat satu karangan tu, bertajuk, Superheroes. Ke, heroes.. Lebih kurang gitu la.. Aku betul-betul tak tau nak tulis apa. Bab nak reka-reka cerita fiksyen ni aku memang lemah tenaga batin sikit nak fikir. Kalau masa muda-muda buat karangan Aku Sebatang Pen, Aku Sebiji Bola, Aku Sebuah Buku, haa.. itu memang aku suka la.. hahaha.. Tapi aku gagahkan diri juga nak buat karangan tu, aku rasa ada pilihan lain rasanya. Dan, tau tak apa aku tulis? aku tulis tentang satu manusia. Ya, satu sahaja walaupun tajuk karangan tu sepatutnya, Superheroes, plural, majmuk.. hero-hero. Aku tulis tentang satu manusia, tapi mempunyai banyak nama yang buat perenggan-perenggan karangan aku tu macam best bagi aku masa tu. hahaha.. Apa nama-namanya?
- Father
- Daddy
- My mom's Husband

hahaha.. memang lucu bila fikirkan balik. Mesti pemeriksa tu geli gelak (pinjam nama program kelab jap) menanda. Saya memang saje je nak hilangkan stress Encik/Puan..

"Dia anak tunggul (tunggal) haha.. Mak bapak tak de, adik beradik tak de.. Dia tu sebatang kara.. Kalau kita anak beranak nak tinggalkan dia pun boleh.." hahaha.. kejam sungguh kata-kata itu di kala 'dia' ke bilik air. Ke, jamban ek..? Tapi penutup ayat itu yang terpancul dari mulut seorang yang ikhlas sentiasa bersamanya dalam apa jua naik turun hidup ini ialah, "Jadi apa dia buat semua ni memang tak de untuk orang lain, melainkan kita anak beranak" blup.. terkasima aku sampai aku lupa aku tengah menonton cerita apa masa tu. huhuhu..

Anak beranak ni pernah buat satu aktiviti yang agak comel. Beli 3 kotak rokok salem.. err. salem la kan ejaan dia? kotak kaler putih hijau, bungkus baik punya.. sambil gelak-gelak.. "kompem, dia suka hadiah ni ma.. " hehehe..

"papa balik, papa balik.."

"happy birthday to you.. happy birthday to you...." (terus menyanyi sambil tepuk tangan dengan gaya bebas)

kemudian anak beranak ni pun dengan muka tak bersalah beri hadiah hari lahir. Jeng jeng jeng.. suka tak? hehehe.. tak ingat la masa ni umur aku berapa, dan aku tak ingat tu idea siapa. Tapi pastinya samada jelitawan beranak tiga tu, atau tiga anak-anaknya itu. hehehe..

huh.. hanya ku sampaikan pesan.. dan kiriman tulus ikhlas.. dari jauh ku pohonkan ampun maaf.. haa.. cuba teka lirik lagu apa!! haa.. ya, anda di situ, ya.. sila nyanyikan lagu ini.. oh yeah.. jawapan anda tepat dan suara anda sedap!! tahniah Puan Yati!! hehehe.. ades, mengarut lak aku ni...

dari kejauhan ni, tak dapat ain nak beli rokok tiga kotak... hehe.. tak dapat ain nak beli kemeja baru macam masa tingkatan lima dulu (pinjam duit kawan, bagi hadiah hari sabtu, hari ahad penerima hadiah datang melawat semula untuk bagi tambahan duit belanja dengan memakai kemeja baru itu, hahaha..), tak dapat ain nak.. hmm.. apa lagi ek.. huhuhu.. hampun, hampun.. ntah apa-apa je la yang anak papa yang comel ni bagi.. huhu.. apa yang ain bagi, masalah, masalah, nak cite itu, nak cite ini, nak mintak tolong itu, nak minta idea ini.. nak merajuk itu, nak mengamok ini, nak perli itu, nak tarik muka ini.. nak susah kan hati begitu, nak mendeghau kan darah begini.. haaiihh.. ain ain..

dah dah.. panjang lak intro.. hehe.. tengok la sapa yang didik.. dah dok bercerita tak sudah-sudah.. =P

Apa yang ain nak bagi papa ni, satu hadiah paling mahal yang ain mampu ehehe.. ain takkan bagi hadiah ni kat sapa-sapa pun selain papa.. memang khas untuk papa la kiranya.. special edition..

HAPPY BIRTHDAY PAPA!! (mana ain ada papa lain pun kan, so, special for you tau hehehe)
selamat ulang tahun perkahwinan.. eh.. bukan-bukan.. selamat hari lahir.. semoga happy-happy selalu dan cool.. hehe alamak, terperli plak.. semoga happy-happy selalu, selamat dunia akhirat.. ain sayang papa sangat-sangat.. hisy.. malu la.. hoho..

happy birthday!! ma, apa kata buat kan makanan special untuk papa ek.. meggi!!! (sila teriak sambil tepuk tangan dengan bermuka ceria)

mmmuuaaahhhh..

2 comments:

lala said...

hepi bday pak cik usin!!!
semoga panjang umo n murah rezeki...

biskutrajin said...

hepi besday papa..eh eh..pakcik..