sambungan 'Cinta Itu Perhatian'
Hakikatnya, aku buat tajuk ini bukanlah nak cerita pasal kedua orang tua aku yang utamanya, tapi intro ale-ale jadi macam itu pulak.. hehehe..
sebenarnya, niat nak menulis tentang hal ini terlintas lepas tengok persembahan juara, kumpulan Sepah di Gelanggang Raja Lawak musim ke 3, 6 Mac yang lepas. Persembahan yang mengambil situasi di rumah orang-orang tua sebagai pilihan. Memang terhibur dengan kumpulan Sepah, susah lah nak tak terhibur walaupun ada lawak 'kasar' tapi ok sangat daripada **** la.. hehe.. tapi, walau berulang kali tengok, gelak, ada perkara yang tetap aku ingat tentang program Secangkir Kasih, di rumah orang-orang tua, JB, 2007 lepas.
Antara yang tak boleh aku lupa dalam program bersama kelab yang mantop tu ialah,
"uncle tak ape ke duduk sini? tak rindu sama anak-anak uncle?"
tanya seorang mamat ni. walaupun agak tak patut, tapi aku pun turut sama nak tau respon pakcik berbangsa cina tu.
"apa lagi saya mau? saya sudah belaja.. saya sudah kelja.. saya sudah kawin.. saya sudah ada anak.. sudah besarkan anak.. anak-anak sudah beljaya.. apa lagi saya mau? duduk sini diam-diam saja la.. hati pun senang..."
adakah semua penghuni rumah seri kenangan tu macam tu?
"makcik tunggu abang makcik ni. dia kata dia datang amik makcik kejap lagi. dia kata dia tinggal makcik kat sini sekejap je. ni semua dia tinggalkan untuk makcik. makcik ada baju, ada gelang ada gincu" sambil tunjukkan barang-barang kepunyaannya..
abang yang dimaksudkan bukan baru beberapa jam tinggalkan makcik tu 'sekejap' kat situ. cerita penuh aku tak pasti, ni cerita seorang kawan aku yang lain. tapi pastinya, makcik tu terpaksa dihantar oleh abangnya ke rumah kebajikan itu sebab anak-anak makcik tu entah ke mana dan anak-anak saudaranya juga mungkin 'tak mampu' memberi cinta lagi, perhatian..
tak kurang juga pengalaman manis, bersukaneka dengan pakcik makcik semua.. benarlah kata sesetengah orang, hidup ini macam roda.. satu kitaran.. bila dah tua, tak mustahil jiwa semasa kanak-kanak ada balik dalam diri.. semuanya jelas kelihatan semasa acara santai tu.. skil yang cermat mesti sentiasa diatur untuk tidak melukakan hati sesiapa, kami datang cuba memberi sedikit cinta.. cewah.. (cewah untuk kurangkan touching)
"biasa yang datang buat kerja kebajikan kat rumah ni bangsa Cina.. orang melayu kita jarang.."
terkejut aku dengar luahan pengetua rumah tu, eh, pengetua ke dia panggil? huhu.. ini perbualan pertama dan kali pertama aku ke sana untuk diskusi peluang berprogram di situ.
"biasa mereka bual-bual, tolong kemaskan almari, tolong potong rambut, potong kuku.. haa.. nanti bawa la ketip kuku ya.."
ooo.. dalam kepala aku berfikir-fikir apa aktiviti yang boleh dirancang.. belum lagi bab kelulusan program ni.. haih..
akhirnya 'tendor' program itu berjaya juga digenggam junior kelab, yang mewujudkan program secangkir kasih. tahniah dan terima kasih!!
selesai program, di UTM, pengarah program dalam ucapan akhirnya, salah satu isi yang aku sangat ingat, mengucapkan tahniah kepada ahli kelab yang sudi mengetip kuku pakcik makcik tersebut sebab dia yakin bukan semua orang akan buat bakti tersebut.
ya, aku masih kesal apabila aku tergolong dalam golongan yang gagal membuat bakti tersebut walaupun hakikatnya ada seorang pakcik yang tak boleh bercakap atau mengurus diri dengan sempurna menunjukkan kuku tangannya ketika aku datang melawat asrama mereka. sebak satu, takut satu, tak sanggup? huhuhu... maafkan saya pakcik.. pakcik, saya betul-betul minta maaf..
aku takkan berkira-kira untuk beri perhatian kepada siapa-siapa yang berhak lepas ni... huhuhu.. maafkan saya pakcik..
Ain, susah sangat ke nak bagi perhatian!!!?!?!
1 comment:
ERR..
kuku i da panjang
*hulur tangan*
Post a Comment