Showing posts with label PhD Ain. Show all posts
Showing posts with label PhD Ain. Show all posts

Friday, April 13, 2012

PhD Defense di US (1/3) : Semangat Hadir

Rabu lepas, 8 pagi, aku bangun dari tidur dalam keadaan terperanjat. "Aku dah lambat!"
Mandi laju-laju, capai apa baju dan selendang yang tak perlu gosok, minum air kosong, campak epal dan biskut dalam beg. Jalan laju.. laju lagi.. laju lagi......Aku tak tengok jadual bas, jadi aku jalan saja, dengan harapan, bas ada cepat, aku sampai tepat... dan... tiba-tiba tangan pedih, lutut sakit, pergelangan kaki sengal. Rupa-rupanya aku tengah melutut di atas jalan tar, aku jatuh terpeleot lepas anak tangga akhir, seolah-olah sedang merayu kepada bas, sila tunggu aku.

Aku dah terlambat nak hadiri PhD defense rakan sejabatan aku, di Optics Research Group, Physics Department, Duke University. Pukul 9!

Aku duduk sekejap tepi jalan, pusing-pusingkan pergelangan kaki kiri, sambil tarik nafas, tahan nangis (mengada-ngada). Dah lah lambat, jatuh, sakit, ale-ale rasa tak cantik, sebab selendang ni macam tak kena je dengan baju ni. Aaarghh!!! Ain, ni mungkin satu-satunya peluang untuk kau tengok PhD defense di US. Jadi, ni peluang keemasan Ain! Kena pergi juga PhD defense ni! Dah la dia budak kumpulan kau! Dia jemput kau! Bangun Ain, lari, kejar bas!

Pergelangan kaki okay, tapi lutut pedih. Tak sempat periksa, aku tahan pedih yang mungkin tambah terasa dek digesel permukaan seluar. Sabar Ain, sabar...!

Akhirnya aku jumpa bilik PhD defense, dan, aku sampai pada 9.01 pagi! Pintu dah tutup, suara dia dah kedengaran buat perbentangan! Aku rasa nak nangis betul-betul dah! Dengan segala kelam-kabut aku, semangat aku, sakit pedih aku, aku tak dapat masuk!!! Hari gagal, aku kata.

Lepas 4 minit mundar-mandir, aku terjumpa pintu belakang bilik tu! Yeah, aku cuba masuk dengan gangguan minimum. Alhamdulillah, Allah hadiahkan aku kesempatan ini, jumpa kerusi kosong dekat dengan pintu.

Joel tengah bentang hasil kerjanya, untuk memburu sebuah ijazah kedoktoran. Baru 9.12 atau 9.13 minit, panel (1 daripada 3 orang) hentikan Joel, untuk tanya soalan. What the ....!!!!! Boleh potong macam tu je? Giler seram! PhD defense kot!

Aku betul-betul ada banyak perkara nak kongsi, yang sangat menarik bagi aku. Bukan saja untuk PhD defense.. tapi untuk kehidupan seharian juga. Tak orang, aku, aku rasa, menarik dan penting! Tapi... aku ngantuk sekarang.. Bersambung ya? =)

Apa kata, layan dulu PhD defense pertama yang aku pergi dalam hidup aku, di Belanda :
(1) dan bahagian duanya, (2). PhD defense Joel ni pun, kali kedua dalam hidup aku. Hehehe..

Wednesday, February 22, 2012

Terasa bodoh. Habis, Siapa Pandai?

Terasa bodoh. Terasa bodoh. Terasa bodoh!

"Baguslah kalau awak tu terasa bodoh. Maksudnya, awak makin pandai", kata Encik Supervisor.


"Kenapa pulak?"


Kalau dulu tahu 1+1 =2, dah rasa pandai kan?
"Ma!! Ain buat kerja sekolah, cikgu bagi bintang!"
(Bukanlah cikgu gapai bintang untuk aku, tapi dia lukis bintang pakai pen dakwat merah)

Lepas tu, bila dah tahu 1+1 x 2 = 3 tetapi bukannya 4.. Jawab ujian, betul, pun rasa pandai kan?
 "Pergh.. betul semua tu..." Balik rumah tersengih-sengih, kaki masuk longkang pun bahagia macam dapat makan aiskrim Malaysia perisa asam boi.

Tapi adakah apabila kita dah tahu 1 + 1 x 2 yang sebenar dengan mudah, kita berasa amat kagum dengan diri sendiri jika dapat menjawab soalan 1 + 1? Mesti rasa.. "ala.. tu senang.. memang lah tau.. "

Habis, masa dulu-dulu, bila tahu 1 + 1 tu gembira bukan main? Terasa pandai. Pandai giler! Kenapa tidak sekarang?


Piawai yang menentukan kita bodoh atau pandai sudah berubah ke tingkat lebih atas.
Sebab kita tahu perkara yang lebih susah. Intelektual tercabar. Cewah..

Jadi, di mana letaknya sesuatu perkara yang kita tidak tahu jika kita dah tahu 1 + 1 dan 1+ 1 x 2?
 Di bawah, atau di atas piawai tersebut?
 Kalau bawah, mustahil tak tahu. Kan dah pandai.

Mestilah di atas....! Sebab tu maksudnya, bila terasa bodoh, awak semakin pandai! Sebab kita berada pada 'masalah' di tingkat kepandaian yang lebih tinggi. Aku rasa inilah pejelasan termudah ayat Encik Supervisor aku. Muahaha..

Sekarang ada satu persoalan.

Siapa yang tentukan tingkat kepandaian tu?
Dapat jawab 8 soalan betul daripada 10, dapat A, budak pandai.
Dapat jawab 1 soalan betul daripada 10, dapat F, budak lemah (saja tak nak guna 'bodoh')

Betul? Tepat?

Siti Nurhaliza, bulan lepas dapat jawab 1/10, bulan ni dapat jawab 7/10
Siti Zubaida, bulan lepas dapat jawab 8/10, bulan ni dapat jawab 9/10
*Anggap faktor-faktor lain seperti umur, persekitaran, pembelajaran, pemakanan, jenis soalan, sama (dimalarkan)

Siapa pandai?

Thursday, February 16, 2012

Terharu Nak Peluk Abang France (Bahagian 2/2)


Balik dari mesyuarat, aku dan abang tu masuk bilik. Bilik di jabatan lah! Kami buka pintu luas-luas hahaha... Tiba-tiba seorang ahli kumpulan penyelidikan datang, tanya cara eja nama aku. Sebab dia nak letak dekat emel ke, website ke, aku pun tak faham. Yang penting, ada ayat dia, "... so u will not feel uncomfortable giving presentation to us.. will get used.." 

Aku dengar tanpa perasaan. Tapi tiba-tiba abang France itu sampuk, "Hey, what do you mean by she will feel uncomfortable.. will get used.. of course she is.."

Tiba-tiba, selang 1 minit, lepas dia tahu cara eja nama aku, aku mengalami saat kehidupan yang amat disayangi dan dikasihi untuk hari semalam. Abang France itu cakap, tiba-tiba,

    "Ain, don't feel stressed.. or panic.. the presentation is something that will be very good for you.. when I first came here, I also need to do my presentation and I improve a lot.."

Aku terus dengar. Dia pandang papan kekunci semasa cakap dengan aku, serba salah rupanya.

    "How to say.. hurm.. yea, Dan is a.. hurm.. if he say, no! you are wrong..! Please don't take it as.. hurm.. as he doesn't like you.. He is like that.. He doesn't mean to hurt you.. He's only telling you his opinion which.. hurm.. if u think positively, he wants to help you.. Hurm.. "

Dan ialah profesor kami, Professor Dan. Berulang-ulang kali dia tarik dan hembus nafas kuat-kuat.. Macam doktor nak sahkan aku kena sakit kanser.

"When you do your presentation, you must present confidently and open to be.. hurm... "
"Comments?"
"Yeah, yeah.. comments.. and.. hurm.. criticized..."
"Owh.. yeah, I understand.." aku dengan gaya pendengar yang baik.
"They are good.. all people here maybe will ask you why you think it is interesting.. etc etc.. yeah, I used to be criticized.. I am not good also.. but I think it positively.. you also can.. you will find yourself improve a lot.."

Kalaulah dia kakak, aku dah bangun terus peluk dia. Aku terharu!

Tiba-tiba dia berubah. 

"Owh, I am sorry, I talked to much.. You are good already, you are already aware with that.. Huh, why I talked all this..."
"No, no.. it is not like that.. thank you.. yeah.."
Aku mula fikir ayat supaya dia tak rasa bersalah sebab fikir aku panik. Sebab aku memang panik! Dan, aku sangat menghargai kata-kata dia.
"I feel like.." okaylah, aku jujur je la..
"I feel worry, how if they think that what I am doing is not good enough for their PhD level..."
Lepas tu.. haaa.. hamik.. lebih banyak 'kasih sayang' dia curahkan.. dengan macam-macam kata-kata semangat. Tak nak bagitahu semua.. Abang France itu ucap untuk aku seorang! Muahaha...!

Go Ain go!! Fight your cold ("Symptoms include a cough, sore throat, runny nose, and fever which usually resolve in seven to ten days, with some symptoms lasting up to three weeks"-Wikipedia). And study harder, Ain! Be prepared!

I will survive
as long as i know how to love
I know I will stay alive
I've got all my life to live
I've got all my love to give
and I'll survive
I will survive
  
Jom nyanyi!


Thursday, February 9, 2012

Gadis Cantik Diam Seribu Bahasa (Bahagian 1/2)

Sari berita utama :

1- Kisah Gadis-Cantik-Diam-Seribu-Bahasa (Bahagian 1/2)
2- Kisah Terharu Nak Peluk Abang France (Bahagian 2/2)

 

Selepas 2 perjumpaan kami membincangkan jurnal, aku beri anugerah kepada diri sendiri, Anugerah Gadis-Cantik-Diam-Seribu-Bahasa. Dalam satu jam untuk satu kertas jurnal, semua orang bercakap, tanya soalan, lukis pada papan putih... Aku? Baca, angguk, tenung, senyum, tulis.. Bukan tulis apa yang difahami atau idea menarik sahaja, tapi juga apa yang tidak difahami, membuatkan anugerah yang lebih tepat ialah, Gadis-Cantik-Diam-Seribu-Bahasa-Ala-Setiausaha.

Begitu juga dalam aktiviti makan tengahari bersama kumpulan penyelidikan (research group). Orang cakap aku dengar. Orang cerita aku pandang. Orang ketawa aku sengih. Orang pandang aku, eerrr.. alamak, apa dia tanya aku tadi ni?

Sampailah satu perjumpaan lain semalam, semua orang bentang jurnal yang mereka pilih. 7 orang x 2 jurnal (purata) = 14 jurnal! Aku, macam biasa, Gadis-Cantik-Diam-Seribu-Bahasa. Tak ada Ala-Setiausaha kali ini sebab terlalu banyak nak ditulis, aku penat tulis, aku putus asa. 

Habis bentang semua, profesor bercakap. Tiba-tiba aku dengar nama aku. Ain. Ain. Eh, nama aku Ain. Dia cakap ni nak tanya ke, cadang ke, arah ke..

"Maybe we can have Ain's presentation.. on what she has done and her plan.. " 

Aku pandang, muka pudar (blur). Dia nak aku terang sekarang ke?
Masa tu aku dapat tengok muka abang France yang buat Post Doc tu pandang aku dan buat aku rasa nak jerit, "abang! tolong saya...!! prof ni cakap apa...!" Dan dan aku panggil dia 'abang' kan. Dia dari France. Jadi aku rasa kami senasib. Pendatang di bumi Amerika. 

Profesor cakap lagi, dia tambah, ".. So, next meeting, you prefer to present using powerpoint or...?"

"Yes, normally I present using powerpoint.. next two weeks, right?"
Aku sengih secantik yang boleh.

Bersambung... (Sebab kawan-kawan yang aku sayang cakap, "kau suka tulis panjang-panjang..." Haaa.. sekarang aku tak boleh tulis pendek, jadi aku potong =D)

Tuesday, January 24, 2012

4S

Eh? Kenapa 4S...? Bukan Sapu, Sisih, hurm.. apa lagi ya yang prinsip menjaga kebersihan dan keceriaan tu..? Tapi yang aku pasti, ada 5 kan?

Dalam kes yang aku nak cerita kali ini, memang 4. Sah! Memang 4!
4S = Saya Suka Sekolah Saya!

"Cikgu dari mana?"
"Cikgu dari sekolah"
"Eh, cikgu mengajar kat sekolah mana?"
"Tak tak, cikgu belajar kat UTM. Disebabkan cikgu belajar, cikgu panggil UTM tu sekolah cikgu..."
"Oooowww...hh"
Itulah lebih kurang perbualan aku dengan bekas pelajar, masa aku merajinkan diri jadi cikgu tusyen sambilan di Taman Universiti beberapa bulan. Pelajar-pelajar aku comel dalam kelas Cikgu Ain Cantik! (Memang aku perkenalkan diri aku sebagai Cikgu Ain Cantik kat yang kecik-kecik ni... muahahaha...)

*Antara gambar-gambar masa tusyen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains sekolah rendah*

Maka, fahamlah kalian semua, 'sekolah' yang aku maksudkan dalam 4S ni ialah, kampus aku ya ;)

Kenapa 4S?

Sebab, sekolah aku ni (buat masa sekarang), iaitu Physics Department, Duke University :

1- Ada pegawai bahagian pentadbiran yang sangat baik. Dia ceria! Pejabat dia kecil je, macam... macam.. Separuh daripada bilik penolong pendaftar kat Fakulti Sains UTM. Tapi ada pokok, ada sofa (untuk dia baring kalau penat agaknya), ada gambar-gambar keluarga, comel sangat! Ada seorang lagi bahagian pentadbiran pun pejabat dia sangat cantik. Macam bilik hobi dah aku tengok. Mungkin sebab suasana pejabat dia macam tu, maka rasa macam bekerja dari rumah! Donna dan Cristin sangat baik dan comel!

2- Pensyarah yang bertanggungjawab terhadap aku sangat baik. Profesor Dan ambil aku dari lapangan terbang, hantar ke apartment. Walaupun aku rasa aku belum mahir mendengar slang orang Amerika, aku faham cakap dia. Maksudnya, dia berusaha cakap dengan teratur, sebijik-sebijik dan tatap mata aku untuk mengenal pasti di saat mana aku nampak keliru. Ini membuatkan, Rabu pertama aku kat sini, masa aku tiba-tiba melawat dia, terus dapat nota dan kuliah peribadi yang sangat aku faham! Aku nak ambil pen untuk salin nota tapi dia halang, "I will write the notes, you will listen". Macam Encik Supervisor aku kat UTM!

3- Rakan sebilik aku, eh, macam tidur sama pulak kan. Rakan sepejabat aku, (sebab diorang panggil 'room' kan..) adalah seorang lelaki peramah dan meriah dari Perancis! waah! waahhh!!! Pertama kali diperkenalkan oleh Profesor Dan, dia dengan bulatkan mata dan sangat gembira "owh.. she is the new student you're talking about! hye!!!". Masa dalam bilik, dia tekun tengok laptop dia, tapi tiba-tiba aku terkasima bila dia menari (sambil duduk) dengan headphone masih di telinga. Huh, macam tu dia gembira bila teruja. Lantak kau la, asalkan kau gembira. Aku rasa, dia menyeronokkan! Dia Damian yang menggembirakan! Semoga aku belajar dengan seronok juga!

4- Setiap hari jumaat, kumpulan-kumpulan penyelidikan dengan Profesor Dan akan makan tengah hari bersama-sama. (ada Nonlinear Dynamics, Electronics, dan Optics. Aku, dalam kumpulan Optics) Aku dijemput sejak jumaat pertama aku di sini lagi. Tapi haruslah aku masih ada jet lag yang tegar, sebab itu tengah hari pertama aku di Durham. Maka, aku tidur. Jumaat ke-2 pula, aku di International House, orientasi gitu. Tunggu jumaat akan datang =)

5- Selepas makan tengah hari, Optics Group akan ada perbincangan. Campur aku dan Prof Dan, ada 8 orang. Bincang dalam satu jam, untuk satu artikel saintifik (journal paper). Menarik kan? Seminggu satu jurnal, itu dah cukup hebat. Nak harap aku baca sendiri dan faham sendiri, mustahil! Tapi, ya lah, perbincangan pertama tu, aku tak sempat baca jurnal tu. Jadi aku dengar je. Dan, hakikatnya, tajuk pun aku dah tak faham. "Decoy State Quantum Key Distribution" Haaa.. Decoy tu apa? haaa.. haaa... Tapi aku dapat la sikit-sikit idea bila mereka berbincang. Macam keselamatan berkomunikasi (telecommunication security) bunyinya. Mereka bincang teori, persamaan matematik, aplikasi, masalah, dan cara penulisan jurnal. Aku kagum. Dan, aku nganga. Sebab selain daripada ianya hal-hal penyelidikan yang aku kurang mahir ialah, slang orang Amerika. Aku dok ralit cakap dalam hati.. owh.. macam tu diorang sebut 'data'.. owh.. 'bab' tu, bukan 'bulb' tapi 'Bob' dan lain-lain. Tak apa Ain, rebut peluang suasana perbincangan akademik ini sebaik mungkin!

6- Kawan-kawan Optics Group aku sangat meriah. Masa aku kat Malaysia lagi, mereka rajin balas emel aku bila aku tanya-tanya pasal hidup kat sini, termasuklah belanjawan, rumah, cara hidup, apatah lagi tentang penyelidikan. Semua tengah buat PhD dengan Prof Dan. Ada seorang tu je tengah buat degree. Sebelum Prof Dan sampai, mereka teruja je gosip-gosip. Seronok!
"And you...?"
"I am Joel!"
"Owh, yeah, we communicated via email before.."
"Yeah.. he is the most famous one in our group.."
"He loves talking.."
"Hey, but when it involves Damian, he is the most talkative one!"
 Yeah.. Fun!
Wah... seronoklah aku, dikelilingi dengan orang yang menggembirakan! I am lucky!

*Physics Building, dari belakang. Kenapa tak ambil gambar dari depan? Sejuk!"

** Alhamdulillah, Kau permudahkan semuanya, Kau perindahkan semuanya. Kau ar-rahman, Kau ar-rahim. Kuatkanlah hati ini untuk menggali rahsia-Mu, merebut segala peluang yang Kau hadiahkan melalui makhluk-makhluk-Mu dan berbakti tanpa membelakangkan-Mu,  tanda kasih dan rindu untuk-Mu.

Saturday, January 14, 2012

Malam Kedua di Durham

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Hai kawan-kawan! Aku sekarang, kat atas tilam beralas kain batik, sebab tilam ni belum ada cadar. Haiyak! Kenapalah aku tak bawa cadar dari Malaysia kan! Ini kat apartment, bukannya asrama! (nasib baik ada tilam dan housemate bagi pinjam selimut.. kalau tak..) Chop, cadar dari Malaysia? Haaa... ya, dari Malaysia, sebab aku sekarang berada di luar Malaysia. Di Durham, North Carolina, US.. Pergh.. US!


Ni gambar troli untuk pikul beg (kenapa aku tak ambil gambar keseluruhan troli? entah)

Aku bukan nak kepoh-kepoh, tapi, aku nak kongsi satu perasaan teruja. Masa kat lapangan terbang, dalam kapal terbang domestik (American Airlines) untuk penerbangan dari New York ke Rayleigh-Durham, kat kedai runcit, perbualan yang aku dengar dan alami, macam dalam muvi omputeh! Hahaha.. aku senyum sorang-sorang..

Jumpa pun kaunter ni.. menjajau aku cari! Bak kata Prof Dan, yang ambil aku dari airport, sign board di airport JFK kat New York ni tak bagus. Tanya orang mesti dapat jawapan yang tak meyakinkan. Betul lah! Nasib baik transit 5 jam! Flight delay, imigresen, ambil beg dari international flight untuk check in kat domestic flight. Sempat mandi! hehehe..

Ya la, senyum sorang-sorang la, aku mana ada siapa-siapa teman aku pergi sini =( Boleh tak aku nak sebak, bila aku lepas je tempat boarding kat KLIA, aku pandang belakang, babai Mama, Papa, Iqa (adik perempuan aku) dan Lala, aku pandang depan semula dan jalan, terdetik dalam hati aku, "aku tak kenal siapa-siapa.. wuaa!!! first time ni jalan jauh sorang-sorang!"

Masa pergi tandas kat KLIA, sebelum boarding, dengan mak aku, seriring dan sejalan, senyap. Aku senyap sebab.. errr.. sebab.. aku kan baru baik selsema.. batuk-batuk ada lagi sikit.. memang la senyap.. (cewah, cover).

"Dah, kuatkan semangat! Baca ayat kursi banyak-banyak! Jangan takut-takut! Kuatkan semangat...", mak aku pesan. Aku jawab... Err.. tak, aku senyap...

Okay Ain, Ain kuat.. Ain kuat.. kuat.. yeeeeehhhaaa!!! (terus ulang sepanjang perjalanan hahaha)

Ini malam kedua aku di Durham. Malam pertama? Hisy, tak nak cerita lah malam pertama.. Err.. okay, cerita sikit. Sebelum malam, sampai je kat apartment, aku tidur. Sejuk! Tapi sedap betul dapat lurus pinggang, dan kaki tak terjuntai macam dalam kapal terbang kelas ekonomi.
Bangun je,
borak-borak dengan housemate dan kawan dia,
pergi kedai runcit, beli-beli barang,
balik,
housemate masak nasi dan jarma (housemate aku dari India..), kami makan sama-sama,
masuk bilik,
tidur!

Okay, aku tipu, aku tak tidur, aku cuba tidur je..
Tidur, jaga, tidur, jaga, tidur, jaga..
mandi..
bersiap nak pergi kampus dalam pukul 9 pagi sini,
tapi lepas minum Milo (penting ni, bawa dari Malaysia hahaha),
aku pening,
aku tukar baju balik,
pening, muntah angin..
Goreng nasi, makan sikit,
online kejap,
makan panadol,
tidur dengan hebatnya..
Ya, aku tidur dengan baik sekali di siang hari kat sini.. sebab aku tidur ikut waktu Malaysia! Mantap! Jet lag!

 
 Kakak pramugari Emirates bagi makanan. Aku rasa, kakak pramugari MAS lagi baik hehehe..

Kalau naik MAS mesti dapat minta nasi lemak kan.. Eh, Ain, apa ni, bersyukur Ain, bersyukur.. At least dapat ayam halal!


 Sementara Prof Dan pergi tanya orang mana apartment aku, aku ambil gambar stereng dia. Segan nak ambil gambar kereta dia. Kereta sport merah!!! OMG!


Aku google, macam ni kot kereta yang aku naik dari airport ke apartment.. fuh!

Sekarang, aku belum boleh tidur di kala housemate aku dh tidur.. 11.53 malam..13 Januari 2012 (13 jam lambat daripada Malaysia)

Tata!