Eh? Kenapa 4S...? Bukan Sapu, Sisih, hurm.. apa lagi ya yang prinsip menjaga kebersihan dan keceriaan tu..? Tapi yang aku pasti, ada 5 kan?
Dalam kes yang aku nak cerita kali ini, memang 4. Sah! Memang 4!
4S = Saya Suka Sekolah Saya!
"Cikgu dari mana?"
"Cikgu dari sekolah"
"Eh, cikgu mengajar kat sekolah mana?"
"Tak tak, cikgu belajar kat UTM. Disebabkan cikgu belajar, cikgu panggil UTM tu sekolah cikgu..."
"Oooowww...hh"
Itulah lebih kurang perbualan aku dengan bekas pelajar, masa aku merajinkan diri jadi cikgu tusyen sambilan di Taman Universiti beberapa bulan. Pelajar-pelajar aku comel dalam kelas Cikgu Ain Cantik! (Memang aku perkenalkan diri aku sebagai Cikgu Ain Cantik kat yang kecik-kecik ni... muahahaha...)
*Antara gambar-gambar masa tusyen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains sekolah rendah*
Maka, fahamlah kalian semua, 'sekolah' yang aku maksudkan dalam 4S ni ialah, kampus aku ya ;)
Kenapa 4S?
Sebab, sekolah aku ni (buat masa sekarang), iaitu Physics Department, Duke University :
1- Ada pegawai bahagian pentadbiran yang sangat baik. Dia ceria! Pejabat dia kecil je, macam... macam.. Separuh daripada bilik penolong pendaftar kat Fakulti Sains UTM. Tapi ada pokok, ada sofa (untuk dia baring kalau penat agaknya), ada gambar-gambar keluarga, comel sangat! Ada seorang lagi bahagian pentadbiran pun pejabat dia sangat cantik. Macam bilik hobi dah aku tengok. Mungkin sebab suasana pejabat dia macam tu, maka rasa macam bekerja dari rumah! Donna dan Cristin sangat baik dan comel!
2- Pensyarah yang bertanggungjawab terhadap aku sangat baik. Profesor Dan ambil aku dari lapangan terbang, hantar ke apartment. Walaupun aku rasa aku belum mahir mendengar slang orang Amerika, aku faham cakap dia. Maksudnya, dia berusaha cakap dengan teratur, sebijik-sebijik dan tatap mata aku untuk mengenal pasti di saat mana aku nampak keliru. Ini membuatkan, Rabu pertama aku kat sini, masa aku tiba-tiba melawat dia, terus dapat nota dan kuliah peribadi yang sangat aku faham! Aku nak ambil pen untuk salin nota tapi dia halang, "I will write the notes, you will listen". Macam Encik Supervisor aku kat UTM!
3- Rakan sebilik aku, eh, macam tidur sama pulak kan. Rakan sepejabat aku, (sebab diorang panggil 'room' kan..) adalah seorang lelaki peramah dan meriah dari Perancis! waah! waahhh!!! Pertama kali diperkenalkan oleh Profesor Dan, dia dengan bulatkan mata dan sangat gembira "owh.. she is the new student you're talking about! hye!!!". Masa dalam bilik, dia tekun tengok laptop dia, tapi tiba-tiba aku terkasima bila dia menari (sambil duduk) dengan headphone masih di telinga. Huh, macam tu dia gembira bila teruja. Lantak kau la, asalkan kau gembira. Aku rasa, dia menyeronokkan! Dia Damian yang menggembirakan! Semoga aku belajar dengan seronok juga!
4- Setiap hari jumaat, kumpulan-kumpulan penyelidikan dengan Profesor Dan akan makan tengah hari bersama-sama. (ada Nonlinear Dynamics, Electronics, dan Optics. Aku, dalam kumpulan Optics) Aku dijemput sejak jumaat pertama aku di sini lagi. Tapi haruslah aku masih ada jet lag yang tegar, sebab itu tengah hari pertama aku di Durham. Maka, aku tidur. Jumaat ke-2 pula, aku di International House, orientasi gitu. Tunggu jumaat akan datang =)
5- Selepas makan tengah hari, Optics Group akan ada perbincangan. Campur aku dan Prof Dan, ada 8 orang. Bincang dalam satu jam, untuk satu artikel saintifik (journal paper). Menarik kan? Seminggu satu jurnal, itu dah cukup hebat. Nak harap aku baca sendiri dan faham sendiri, mustahil! Tapi, ya lah, perbincangan pertama tu, aku tak sempat baca jurnal tu. Jadi aku dengar je. Dan, hakikatnya, tajuk pun aku dah tak faham. "Decoy State Quantum Key Distribution" Haaa.. Decoy tu apa? haaa.. haaa... Tapi aku dapat la sikit-sikit idea bila mereka berbincang. Macam keselamatan berkomunikasi (telecommunication security) bunyinya. Mereka bincang teori, persamaan matematik, aplikasi, masalah, dan cara penulisan jurnal. Aku kagum. Dan, aku nganga. Sebab selain daripada ianya hal-hal penyelidikan yang aku kurang mahir ialah, slang orang Amerika. Aku dok ralit cakap dalam hati.. owh.. macam tu diorang sebut 'data'.. owh.. 'bab' tu, bukan 'bulb' tapi 'Bob' dan lain-lain. Tak apa Ain, rebut peluang suasana perbincangan akademik ini sebaik mungkin!
6- Kawan-kawan Optics Group aku sangat meriah. Masa aku kat Malaysia lagi, mereka rajin balas emel aku bila aku tanya-tanya pasal hidup kat sini, termasuklah belanjawan, rumah, cara hidup, apatah lagi tentang penyelidikan. Semua tengah buat PhD dengan Prof Dan. Ada seorang tu je tengah buat degree. Sebelum Prof Dan sampai, mereka teruja je gosip-gosip. Seronok!
"And you...?"
"I am Joel!"
"Owh, yeah, we communicated via email before.."
"Yeah.. he is the most famous one in our group.."
"He loves talking.."
"Hey, but when it involves Damian, he is the most talkative one!"
Yeah.. Fun!
Wah... seronoklah aku, dikelilingi dengan orang yang menggembirakan! I am lucky!
*Physics Building, dari belakang. Kenapa tak ambil gambar dari depan? Sejuk!"
** Alhamdulillah, Kau permudahkan semuanya, Kau perindahkan semuanya. Kau ar-rahman, Kau ar-rahim. Kuatkanlah hati ini untuk menggali rahsia-Mu, merebut segala peluang yang Kau hadiahkan melalui makhluk-makhluk-Mu dan berbakti tanpa membelakangkan-Mu, tanda kasih dan rindu untuk-Mu.
4 comments:
hoho i didn't know u're in the us! all the best and good luck with ur study! and wrap up warm :D
thank you! :)
*aku hairan kenapa aku baru jumpa post ni*
....
kau memang.. kau memang...!
Post a Comment