jumpa-polis-hansem-bahagian-1 (boleh klik sini kalau belum baca)
Lepas jamah Sundae Chocolate, teruskan pemanduan. Tiba-tiba... pada dinihari yang indah dan sunyi itu, nampak kereta polis! Aku potong.
Lepas jamah Sundae Chocolate, teruskan pemanduan. Tiba-tiba... pada dinihari yang indah dan sunyi itu, nampak kereta polis! Aku potong.
"Eh, Ain, polis tu hansem lah!"
"Ye ke? Ala.. terlepas...!"
"Kau ni.. slow kan aje la kereta..."
"Ha ah kan.."
Untuk kereta di lane tengah, tiba-tiba perlahan sebab nak tengok muka polis yang dikatakan handsome dalam kereta berada di lane paling kiri, sangatlah menonjol. Mungkin aku tekan brake? Tak ingat.
"Alamak, polis tu tengok kita!"
Dengan
sangat tenang, setenang jalan raya masa tu, aku terus pandu dengan
perlahan. Tingkah laku dibaca, gelombang minda juga sampai, polis tu pun
bagi lampu tinggi (high beam) dan hidupkan lampu biru atas kereta dia. Nasib baik tak ada bunyi niii nooo niii nooo nii nooo.. Ain, anda ditahan polis!
Buat apa pagi-pagi macam ni.. nak pergi mana.. duduk mana.. dari mana... haaa.. hamik kau Ain, jawab, jawab.
"Boleh saya tengok lesen dan IC?"
Bila dia ke belakang (ke kereta polis), dia borak dengan seorang lagi polis. Lepas tu dia datang balik,
"Boleh keluar kejap?"
"Kenapa encik?"
"Kami nak tangkap awak", sambil sengih.. eerrr.. no comment..
"Apa-apahal, kau cakap kat mak bapak aku, aku sayang diorang ya.. hahaha"
co-pilot tinggal dalam Evy. Lepas aku tengok nama dan nombor kat
pengenalan aku di tulis oleh polis tu, aku pun pandang lah muka polis
seorang lagi sebab dia bersuara.
Subhanallah! Indahnya ciptaan Tuhan!!!! Segak, tak kurus, tak gemuk, rambut spike, putih, senyum manis, macam tengok bulan mengambang! Tanya lah aku.. tanya lagi.. tanya lagi..(teriak dalam hati)
Subhanallah! Indahnya ciptaan Tuhan!!!! Segak, tak kurus, tak gemuk, rambut spike, putih, senyum manis, macam tengok bulan mengambang! Tanya lah aku.. tanya lagi.. tanya lagi..(teriak dalam hati)
Owh..
orang melaka.. belajar ke kerja.. belajar apa.. kawan tu orang mana..
dan macam-macam lagi soalan-soalan yang, tak ada berbaur kesalahan
trafik atau kesalahan jenayah.. dan, babai..
"Dia tanya apa, Ain?"
"Biasa-biasa je, berkenalan.. Polis yang sorang lagi tu sangat hansem!"
"Owh.. siapa nama dia?"
"Alamak, aku sangat excited sampai tak terfikir nak tengok nametag dia!"
"Apa lah kau ni.. slow.. tadi tu pun aku nak cadang slowkan kereta.. "
Slow? Salah kah aku terkasima sebab terpegun dengan keindahan ciptaan Tuhan? Hati aku pun berbunga-bunga beberapa minggu lamanya selepas kejadian tersebut =D
********************
Kejadian pagi tu (3 pagi rasanya) buat aku fikir, haaa tu la.. ringan sangat kat mulut tu jumpa polis, jumpa polis.. hamik kau! Eh, hamik aku ke? Macam dream comes true je =)
"oh ain suka men in uniform eh", seorang kawan tanya.
Berfikir sambil diam sejenak (sebab biasanya, seronok berfikir sambil bising). Aku suka men in uniform? Cakap suka nanti, lelaki-lelaki tanpa pakaian seragam kecil hati pula. Demi menjaga hati semua, percayalah, siapa pun anda, anda tetap 'polis hansem' untuk sekurang-kurangnya seorang manusia di dunia ini. Cayo lah cakap den!
*Sebenarnya aku jawab kat kawan yang tanya tu, "sebab men in uniform nampak smart!"
No comments:
Post a Comment