Thursday, January 26, 2012

Mana Aku Tahu Bila Aku Mati!


"I memang suka tulis panjang-panjang kat blog I, supaya orang tak baca...hahaha.."
Itulah jawapan pantas aku bila orang komen, "Entry blog You panjang lah...."

Ada aku kesah? Kehkehkeh...

Blog lama aku dulu, masa zaman-zaman guna Friendster, 2007@2008 aku mula tulis, memang aku tulis bukan untuk orang baca. Memang macam diari lah. Tapi aku tak private kan pun. Cuma, aku tak kepoh-kepoh bagitahu orang aku tulis. Hanya insan-insan terpilih je yang baca. Insan yang betul-betul nak skodeng apa khabar aku. Hahaha.. Aku nak tulis hal-hal sentimental pun, aku tak da fikir dua tiga kali. Muntahkan segala...

Sampailah adik aku akhirnya jumpa blog tu, dan dia terbaca satu entri yang buat dia, huuurrrm... touching? Sebab tajuk entri tu, "Sebenarnya Along Sayang Iqa dan Apet"

Iqa dan Apet adalah adik perempuan dan adik lelaki aku.Tapi aku buat bodoh je dengan respon dia. "Malas nak layan kau" kata aku dalam hati...

Sekarang aku tulis untuk orang baca ke?
Boleh tak kalau aku fikir, aku tulis.. mungkin tujuan utama bukan untuk orang baca sekarang, tapi baca bila aku dah mati. Aci tak?

Aku pernah baca @ dengar, "masa dia hidup, orang lain gembira, dan masa dia mati, orang lain berduka". Pada pendapat aku, 'dia' adalah insan hebat.

**************************

"Korang, aku keluar kejap tau.. jaga tempat aku" sambil tunjuk kerusi kosong dalam bilik kuliah.
"Okay..."
"Kalau apa-apa jadi kat aku, cakap kat polis, kali terakhir kau nampak aku kat sini, pukul..." aku tengok jam.
"Woi Ain! Kau kenapa cakap macam ni! Kau nak pergi mana?!"
"Apa nya, aku nak jumpa lecturer kejap la.. kau kenapa?"
"Aku takut lah kau cakap macam tu...!"
"Laaa.. aku terpengaruh dengan cerita siasat-siasat lah.. macam Conan.. hahaha.."

**************************

"Kak Ain nak balik rumah ke?"
"Ha ah la.. hutan ni tak syok.. tak ada tilam bantal aku.."
"Kak Ain okay tak nak drive sorang-sorang turun dari Hutan Rekreasi ni?"
"Seram gak.. tapi tak pe.. dalam 15 minit, kak Ain sampai rumah.. nanti kak Ain mesej.. Kalau kak Ain tak mesej, cari polis..."
"Kak Ain!!!!!"
"Bye!"


**************************

Apa, yang masa dia hidup, orang nyanyi.. bila dia mati, orang tepuk tangan gembira sangat... apa dia.. apa dia? Haaa... fikir kejap.. fikir kejap.. jangan malas.. fikir...!

*
**
***
****
*****
****
***
**
*

Dah?

Jawapannya... LILIN ATAS KEK HARI JADI!



*Aku tak nak jadi lilin atas kek hari jadi.


Perlukah aku KEPOH sekarang aku ada blog? Ya lah, sebab mana aku tahu bila aku mati! ;)

8 comments:

Ajan said...

eh layout baru? ;-)

*TKBMPTMKA*

tawawfayakof said...

ni best "Malas nak layan kau"

haha

ayen =D said...

tak lah baru sangat, kan ada bayang2 layout lama.. haha..
TKBM...arrghh.. susah hafal!

best? memang biasa buat gitu. bila orang touching, malas nak layan =D

efanina said...

eh layout baru?????

saje copy paste ajan...
bahahhaha...

Ajan said...

Tangan kat bahu, muka pandang tepi, mata ke atas

TKBMPTMKA

Ape yg susah sangat? Jgn la hafal huruf tu!

ayen =D said...

effa ni, saja nak amik ati aku drop komen kan? hahaha..

susah la ajan.. aku keliru muke ke atas ke, mata ke tepi.. hahaha..

efanina said...

hahaha.. tak dapat bayang ajan TKBMPTMKA..

mesti seksi...

ngeeeeehehe...
(sambil TKBMPTMKA...ahaks)

ain...aku ikhlas nk komen kaw...jgn judge aku gitew...sedey woo..

ayen =D said...

hahaha.. mana leh sedey2.. kene kekal cantik, nak kawin ni hehehehe.. :p