Aku lapar...
Aku masak kejap ya... =D
**********************************
***********************************
Siapa yang tak baca lagi Bahagian 1 punya, klik sini. Gambar paling terkini dengan kawan-kawan kursus induksi mestilah gambar sempena majlis kahwin Leen!!! Owh yeah!
*Sementara dapat bergambar dengan pengantin, dua orang makhluk Tuhan ni leka dengan goodies bag masing-masing. Sangat leka dan asyik!*
*Haaa.. dapat!! Maaflah Jannah, Olie, Sharul, aku ni memang sangat semangat ambil gambar dengan pengantin hahaha..*
Haaa.. ingat tak dalam Bahagian 1, ada gambar orang menyanyi beriya? Itulah Helmy dan Nazren kita. Nazren ni bukan warga kumpulan SATU tapi hang out pertama kitorang, dia ada. Kenapa, jangan tanya. Aku rasa sebab, dia suka karaoke juga agaknya. Tapi memang best pun dia ni kita buat kawan karaoke. Yang kurang best, haaa.. macam gambar kat bawah ni,
*Bila berlaku perebutan mikrofon!*
Tapi bila Saha telah berjaya mendapat mikrofon tersebut, biarlah, dia bahagia. Muahaha.. Tengok, dengan Olie, Nazren dan Helmy pun bahagia sekali. Lagi bahagia semuanya sebab Helmy belanja karaoke ni. Kat Diva okay.. DIVA! Kalau suruh aku pergi sendiri lepas ni, mampus, aku dah lupa jalan. Yang aku tahu, kat Taman Suria. Tau tak macam mana Saha boleh dapat mikrofon tu?
Sebab Sharul malas nak layan. Muahahaha.. Acara karaoke menjadi minireunion kitorang antara yang paling biasa. Macam ni ha, kat Ali Baba pula.
******************************
Masa tengah dengar ceramah bertajuk... errr.. lupa.. Oleh, eerr.. lupa juga. Ada disebut dalam ceramah tentang cuti-cuti. Cuti bergaji, cuti tanpa gaji, cuti belajar (macam yang aku tengah ambil sekarang) dan lain-lain. Aku pun ingat-ingat lupa cerita ni, tapi penceramah bercerita tentang cuti tanpa gaji masa tu. Siapa yang layak, bagaimana.. Kemudian beliau beralih ke cuti haji, iaitu cuti untuk menunaikan haji. Mungkin slide presentation belum dialihkan, atau Wong baru balik dari tandas ke, masa penceramah bercerita tentang cuti haji, Wong tiba-tiba angkat tangan dan bersuara dengan lantang dan yakin,
"Saya juga sedang memohon!"
What? Wong pohon cuti haji? Bukan syarat nak cuti haji mesti beragama Islam dan hendak ke Mekah ke? Lepas tu, apa lagi, satu dewan terdiam, dan... ketawa lah! Sejak dari tu, kalau kawan-kawan induksi kumpulan SATU tanya, "Wong mana?", aku jawab, "Wong yang cuti haji tu lah". Wong, jangan marah ye.. =D
********************************
Cerita 'Aku Ingat Kawan Kau!'
Di tempat dan acara yang sama, karaoke di Ali Baba, Helmi, Saha dan Sharul keluar sekejap dari bilik karaoke kami untuk solat maghrib. Berhibur tanpa tinggalkan kewajipan gitu. Masa diorang balik dari surau, tertembunglah dengan Nazren, yang baru datang nak menyertai kitorang. Tiga budak lelaki ni, nampak Nazren dan seorang brother jalan sama arah dengan Nazren. Nazren salam tiga budak lelaki ini, dan, tiga budak lelaki ini salam brother tersebut, yang tak dikenali. Tapi ya lah, tak kenal tak apa, dah datang sama dengan Nazren. Salam sekali lah. Kawan Nazren kan.
Bila Nazren tengok tiga lelaki ni salam brother tu, Nazren pun salam brother tu. Eerrrkk?
Masa Sharul ceritakan semula hal ni, dia dah menangis-nangis tahan ketawa. Marah aku, "kau tak cerita kau dah ketawa, macam mana aku nak tahu cerita!"
"Aku dah pelik, kalau tu kawan Nazren, kenapa Nazren salam brother tu jugak?"
"Lepas tu?" yang perempuan-perempuan ni tanya.
"Aku salam jugak, sebab aku ingat member korang", sambung Nazren, kitorang gelak-gelak lagi sambil tunggu makanan siap lepas karaoke.
"Kitorang diam je, lepas tu blah.. brother tu pun pergi arah lain"
Cerita berkali-kali benda ni pun, Sharul boleh buka cermin mata dia sebab nak kesat air mata geli hati, walaupun dia tengah pandu kereta baru Suzuki Swift putih dia masa aku tumpang ke Bangi (sekali dengan Ajan, kawan aku, tak de kena mengena dengan kursus induksi hehehe.. kena jelaskan ni, kang ada Husna bakal bini Sharul serang aku pulak!)
Itu dia, Dak Leen dan selamat nikah dengan Dak Fairuz.. hehehe.. ada Effa sekali. Housemate aku, officemate Jannah, pergi GOP sekali ke Hong Kong maka kenal Olie juga dan pembuat veil yang Leen pakai tu. Haaa.. nampak tak kaitan Effa dalam gambar ni? =D
Masa kami ada masa lapang tunggu pengantin tukar baju, kami buat macam-macam aktiviti. Paling menarik, aktiviti cuba merakamkan imej pantulan dari cermin. Rumah Leen ada banyak cermin. Tapi aku nak tunjuk kat sini satu je. Satu je. Yang tak de lah jadi sangat sebab kesilapan teknikal sikit. Tapi gambar ni sangat bermakna. Tadaaa...!!!
*Sebab ada mak kepada Leen!!! Sporting lah makcik! Tak apa lah tak nampak muka aku dan Jannah pun, asalkan ada makcik!*
*Tahniah Leen, semoga berbahagia sampai syurga!*
*Eh, tersesat lak gambar ni.
Hahaha.. Ini adalah gambar candid kegemaran aku*
Aku pun tak
faham kenapa gaya senget Sharul ni. Dah nak jadi laki orang dah budak
ni. Selamat Sharul, Selamat Kahwin! Korang...! Ambil gambar banyak-banyak Sharul kahwin dan upload!
*Bersambung...
4 comments:
ah aku suke part cite wong n kawan nazren tu.. smpi skrg pun aku leh gelak2... tibe2 aku rase nak hapdet blog la.. can x?
hahaha.. bila aku nak dengar/baca/cerita cerita-cerita tu tanpa ketawa aku pun tak tau hahaha.. can je lala.. cerita-cerita kita kan berkualiti hahahha :P
ade gambar aku...mahal tu...bahahaha
haha.. tu la.. tiba2 ada kan.. tp ko berkait dengan smua org dlm gambar tu what.. :D
Post a Comment