"Korang, kesian korang, tak dapat lepak lama-lama sebab aku ada ajar tusyen malam ni."
Sebelum balik, lepas solat maghrib kat stesen minyak petronas, aku letak lah sikit bedak kat muka.
"Wah Ain, nak jumpa student kecik-kecik pun siap make up" (padahal bedak sikit dan lip balm je pun)
"Eh, kau tak tau, diorang kecik-kecik, tapi diorang kot-kot ada abang? hahaha..."
"Ha ah kan.. aku dah nak balik, tak payah pakai bedak la.."
"Eh, tak boleh, kau kena pakai gak.. kot-kot tengah jalan kang kita jumpa polis hansem?"
"Hahaha.. kau ni Ain.. okay, bak sini sikit bedak kau..."
********************
"Kau dah nak tidur ke?"
"Ha ah, dah masuk selimut, kenapa? Nak ajak tengok midnight movie?"
"Hurm.. aku sebenarnya ..." ada ayat menunjukkan mood tak berapa nak baik.
"Ok, aku siap, aku ambil kau.. jom minum", aku pun tukar baju keluar rumah.
"Kedai tutup pukul 2 ya..."
Haiyak.. ingatkan buka 24 jam kedai makan Agus kat Taman Universiti tu. Maka, aku pandu la Evy aku ber-co-pilot-kan gadis baik. (aku tak kawan dengan orang jahat) Banyak petrol kata. Sambung berbual dalam Evy lepas Agus tutup. Lepas pusing-pusing ikut hati, nak gerak balik. Nak makan aiskrim lah! Borak-borak dalam kereta tak makan atau minum apa-apa, bosan. Pandu Lalu. McDonald's Chocotop tak ada, Sundae Chocolate pun boleh la. Pegang stereng sebelah tangan sambil sebelah lagi pegang kon aiskrim, tak da masalah, tapi kalau Sundae ni, kena guna dua tangan untuk pegang cawan dan sudu, kena la lepas stereng! Parkir Evy kejap, makan Sundae.. yummy..!!
"Kau nak aku drive ke? Boleh kau makan aiskrim?"
"Tak pe, dah jamah, aku boleh drive"
"Tak pe, dah jamah, aku boleh drive"
Lepas letak cawan aiskrim aku, aku tengok cermin, untuk tengok muka aku dan cakap,
"Okay, tudung tak senget, aiskrim tak ada selekeh kat muka.. pass.. kot kot la jumpa polis hansem kat tengah jalan kan.."
Dari rumah maklong (Batu Berendam) nak ke rumah (Merlimau) malam-malam buta, memang dah letih. Dah fikir, cepatlah sampai rumah... Lepas tu boleh, zzzzz...
"Tak payah pakai tudung betul-betul lah.."
"Eh, elok-elok sikit.. bedak sikit ke.. mana tau tiba-tiba depan ada roadblock ke.. polis tengok muka tak senonoh karang.."
Tu dialog siapa? Mak aku!
Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi!
(Ma, ini bukan mempersalahkan.. Ini namanya, mengikut jejak idola!)
*Macam banyak lagi nak cerita, tapi nak fahamkan persamaan yang menunjukkan large group velocity dispersion of a light pulse, dalam linear medium dulu... (http://www.rp-photonics.com/group_velocity_dispersion.html) ...maka.. aku letak, 'Bahagian 1' kat tajuk entri ni =D
**Anda adalah salah salah seorang 'polis hansem'? Tengok cermin, lepas tu...

” Ya Allah, sebagaimana Engkau telah mengelokkan kejadianku, maka elokkanlah juga akhlakku. “
amin...
amin...
No comments:
Post a Comment