KLIA - Dubai, 7 jam.
Transit di Dubai 4 jam.
Dubai - New York, 14 jam.
Transit di New York 4 - 5 jam.
New York - Raileigh-Durham 1 jam lebih.
31 ke 32 jam.. Fuh!
"Eh, flight awak ni ikut jalan jauh...!" Encik Supervisor terperanjat. "Ni je pilihan menarik yang tinggal.. Okay la ni..", aku sedapkan hati hehehe..
Okay, mempersembahkan, 'Tenangnya Diam' (macam mantap sangat je nak persembah persembah kan...)
*********************************************
"Boleh tak hangpa diam sekejap...? Macam ni la.. 5 minit ja.. Boleh tak hangpa cuba diam 5 minit?"
Dengan longhat utara, seorang kawan lelaki pernah cakap sedemikian rupa kepada aku dan kawan-kawan. Masa tu kami sedang girang lagi riang meraikan cuti musim sejuk di bumi Mesir, 2008.
Agak-agak berjaya tak kami diam dalam 5 minit?
Harapan! Hanya tinggal harapan. Misi gagal! Hahaha...
Riang gembira macam ni nak diam 5 minit? hahaha...
"Eh eh, ajaib, hari ni Ain diam..."
Aku tak larat nak menjawab. Aku terus diam.
"Betul ni Ain diam je ni? Hahaha..."
Itu kata-kata seorang kawan yang lain, yang pura-pura hairan, dengan diamnya aku. Sebab utama aku diam masa tu ialah, aku batuk!
Kata-kata daripada dua kawan aku ni menjelaskan bahawa, untuk aku duduk melangu kat lapangan terbang antarabangsa Dubai selama lebih kurang 4 jam tanpa ada sebarang perbualan, ini boleh dikategorikan sebagai bala! Bala ni, bala!
Dalam kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Dubai, aku duduk seorang untuk tiga tempat duduk. Memang aku tidur macam katil la, melunjur mengiring semua. Harap-harap aku tak terkentut ke kan masa tidur hahahaha. Aku nak bual dengan siapa kan? Yang aku cakap, "yes, orange juice please..." Sesampai di Dubai, selain "Thank you" dan "Bye!" kepada barisan pramugari, aku tak tahu nak cakap apa dengan siapa. Masuk surau, semua muka letih, seolah-olah ada kat dahi mereka "Jangan cakap dengan aku, aku malas nak layan kau!" Errr.. dalam surau kan tempat beribadat Ain, apa pasal nak berbual pulak kan. Habis-habis pun, aku senyum je.
Haaa.. ada la tadi, abang pencuci cakap "selamat malam" dengan aku. "Jakarta?" aku jawab, "Tak, Malaysia". "Baru?", aku jawab, "ya, baru". Kalau dia perempuan aku bual panjang lagi tu. Tapi disebabkan dia lelaki lah dia tegur aku kan. Dan, kalau dia lelaki berpakaian seragam dan kacak, aku tegur dia dulu! Hahaha..
Eh, ada lagi perbualan pendek.. Aku jalan perlahan-lahan... Nak isi masa lapang. Nak tidur karang ada yang terlajak pulak, siapa nak kejut kan. Aku pun tengok karenah orang yang semuanya tenang-tenang. Mana tak nya, pukul 12.20 tengah malam kan. Disebabkan aku kelihatan macam tak ada ciri-ciri tergesa-gesa, seorang mamat ni tegur aku, tapi seingat aku tiada kata-kata. Dia buat isyarat, minta tolong aku ambilkan gambar dia.
Sekian, itu sahaja lah komunikasi aku. Yang aku masih rasa, "Sia-sia tahi lalat kat atas bibir aku ni"
Tapi, aku memang tak boleh cakap banyak pun. Batuk! Menarik kan, nak mengembara dengan jumlah perjalanan lebih daripada 30 jam, dalam keadaan yang baru baik demam dan selsema. Dua tiga hari sebelum bertolak dari KLIA aku dah mula batuk. Punca? Nak merasa rambutan kebun UTM punya pasal! Okay, jangan salah kan rambutan. Salahkan diri sendiri ya Ain. Lepas tekak perit-perit manja, sambung dengan karaoke guna suara tekak (bajet selama ni guna suara perut lah kan), memang pakej lengkap! Aku ni, kalau dah mengemas bagai nak rak, selsema pula melanda. Cantik. Paling cemas, malam sebelum ke KLIA, aku tidur awal sebab demam selsema yang dah tak boleh buka mata. Barang tak siap kemas lagi! Aku tak sihat, maka aku cemas. Eh, ke aku cemas, maka aku tak sihat?
Alhamdulillah, tak de lah teruk sangat hari bertolak ke KLIA kesihatan aku ni. Tapi aku terpaksa lah kurang meriah bercakap, merehatkan diri, dan mengawal batuk. Ada peluang, lelapkan mata, supaya mata tak perit sangat.
Sekejap je, sikit je, nikmat berkata-kata ditarik dengan sedikit demam selsema dan batuk. Ditambah dengan merantau tanpa orang yang dikenali di sisi, Ain, nah, rasakan betapa tenangnya diam. Hehehe...
*Yang aku hairan dengan diri sendiri, aku tak ada mood nak ambil-ambil gambar kat Dubai atau beli apa-apa kat sana ... Hurm...
6 comments:
tu lah yen... kalau ko bawak aku skali hari tu kan leh ko cakap2 dgn aku and aku dengar je cite ko.. hiksss
kalau aku bawa ko dan cerita dengan kau, tak de la wujud post bertajuk 'tenangnya diam' ni hahahaha :P
macam pelik je ko diam...
mmg pelik pun sunah...
*aku sedang cuba membayangkan kau diam*
ok aku tak boleh bayangkan!
jgn lupa mkn ubat batuk oke.
take care!
hahaha.. bayangkan.. caye la.. penah terjadi! walaupun english aku buat housemate aku kerut2 dahi nak faham, aku cerita gak.. mesti ada part dia angguk je even tak faham.. "apa la budak ni, cakap english entah hape2, tapi nak cite banyak lak" hehehe
Post a Comment