Aku tak ingat macam mana, aku boleh kena sampuk Jozan. Tak putus-putus tengok video Jozan melalui Youtube (tak kenal? Jozan = Johan + Zizan ni pelawak okay...) Yang paling banyak aku ulang, video Johan nyanyi lagu Seniman Menangis, dia tiru gaya Jamal Abdillah. Aku pernah kena sampuk video Jamal Abdillah masa konsert di Istana Budaya, dia main piano dan nyanyi lagu tu. Maksud aku kena sampuk ni, tengok, replay, replay, replay. Jadi aku sangat ingat gaya Jamal. Bila tengok video Johan, sumpah geli hati! Guling-guling aku ketawa dalam selimut.
Sebab aku sangat suka suara Jamal Abdillah, aku kemudian layan semula nyanyian dia juga. Berulang-ulang.
Aku ulang sekali lagi, berulang-ulang. Dan berulang.
SEHINGGAKAN!
Aku dapat rasakan, Jamal nyanyi dengan sangat penuh perasaan. Sampaikan aku pun dapat RASA. Tiba-tiba sentap!
Rangkap pertama.
Malam ini akulah seniman
Setelah kita putuskan tunangan
Tiada kawan yang dapat meneka
Ku berduka
Empangan! (cuba periksa, 'empangan' dalam Bahasa Inggeris apa.. lebih kurang la dengan **** )
"Kalau kau berada di belakang tabir menyaksikan, kau akan melihat seniman ini menangis". Betullah tu, seniman tak menangis semasa buat persembahan untuk majlis. Tak menangis bila ada kawan-kawan. Berdansa, bergembira bagai nak gila. Bukan hipokrit. Tapi fitrah seniman. Seniman tu kita boleh tafsirkan kepada macam-macam. Sendiri tafsirlah, aku malas.
"Pabila tabir ditutup, lampu-lampu gelap gelita, ku keseorangan".
Tak payah tunggu gelap la. Tak payah tunggu ada tabir. Tak payah tunggu lepas majlis. Cukup ambil situasi memandu kereta berseorangan, selepas pulangkan cincin dan baju yang sepatutnya digunakan untuk...errrm.. untuk tu la.. kepada keluarga si pemberi. Pandu dalam 2 jam lebih, sedar-sedar dah jumpa simpang yang dituju. Aik? Apa perasaan sepanjang perjalanan? 'Seniman ini' menangis.
* Jangan kerana nyamuk seekor, kelambu dibakar. Sesungguhnya, nyamuk (juga makhluk Tuhan) itu dah lama bebas. Dia bebas bahagia ke, tak bahagia ke, bukan tanggungjawab aku. Tapi kelambu yang lembut, cantik, melindungi, terlalu mulia untuk diberikan api dan disakiti. Terlalu berjasa untuk dikeji. Terlalu menghargai dan layak dirindui. Semoga aku difahami dan dimaafi. Semoga kelambu mengerti, tiada api membara dalam diri.
Ulang balik video Jozan. Haaaa.. it is okay. I am okay, I am alright! =)
4 comments:
ala yen... aku sedihhhhhh
hahaha.. gedik je nak sedih2... dah dah.. jangan sedih.. nanti aku laaaagi sedih =D
.....ok.....
ok kejap.. dah lama rasanye tak baca ain punye blog.. :( ke akak tak perasan entry nih... tetiba mcm nak tau apa jadi sbnrnye huhu blh ke? :p
Post a Comment