Monday, January 16, 2012

Jaga-jaga dengan Teriakan "Allahuakbar!"



"Purata tempoh yang diperlukan untuk seseorang pulih daripada jet lag adalah, satu hari untuk satu zon masa", kata-kata dipetik daripada Aira, seorang warganegara Malaysia yang ada di Raleigh, North Carolina, yang dengan baik hatinya bawa aku jalan-jalan pergi Asian Market, beli daging halal, cari bantal, cadar, periuk.. Tak lupa juga Dian, warganegara Malaysia lain yang juga aku baru jumpa semalam, duduk seberang jalan je dengan aku =) Tanpa Dian, aku tak de nye sampai Raleigh. Tapi tanpa Aira, aku tak de sebab nak ke Raleigh semalam.

*Haaa.. Asian Market di Raleigh. Meriah! Sebab nak Tahun Baru Cina. Ada poster Bruce Lee lagi kat tempat beras. Dan, beli udang serta ikan.. alamak, nak beli ikan apa ni..? (klik untuk gambar lebih besar)"




Malas nak cerita banyak pasal Aira dan Dian, cukup aku simpulkan, diorang sangat baik! Aku terharu! Kalau tak jumpa diorang, aku masih tidur atas kain batik sebagai cadar tilam, berbantalkan baju yang dibalut pashmina dan serba salah nak masak ikan guna periuk housemate aku yang vegetarian. 

Berbalik kepada petikan kata-kata Aira, adakah korang tahu berapa zon masa aku langkau? 13 zon masa okay, 13! Maka aku perlukan 13 hari untuk normal dari segi kesihatan terutama masa tidur mengikut waktu tempatan! 13 hari itu melampau tau! Mak tak suka! Mak tak suka!
Aku dah cuba tidur malam kat sini, sampai lah aku rasa dua hari, macam dah okay. Tapi semalam jadi letih betul, terus tidur awal. Tak sempat makan malam dengan housemate dan kawan-kawan dia datang. Dia masak sempena perayaan Ponggal. Dah lah aku teruja tengok dia masak. Aku teruja sebab, dia tumis rempah-rempah, ada cili padi.. tiba-tiba dia masuk kelapa parut.. (aku tengok kelapa parut aku terbayang buah Melaka tiba-tiba) aku dah bayangkan dia masak macam serunding dah.. ale-ale, dia masukkan nasi! Waw! Tapi aku syahid.. terus tertidur..

 *buah Melaka*

Bangun-bangun, dah pukul 12 malam.. eh, baru pukul 12 malam.. dan, aku teruja terus online, layan macam-macam orang, layan youtube.. tak lupa juga, siap masak, makan, panaskan masakan, makan lagi. Matahari dah terbit, bilik cerah, lagilah tak boleh tidur!

Doakan lah aku pulih jet lag ni cepat.. 13 hari tu lama.. aku nak uruskan macam-macam kat kampus esok ni.. nasib baik hari ni cuti.. cuti ada kena mengena dengan Martin Luther King.. apa entah.. malas nak kaji. Lawan jet lag Ain, lawan! Lawan! Kuatkan semangat kau Kakero!

********************
Hari Sabtu haritu, aku keluar dari rumah merasakan nikmat matahari di Durham. Ingatkan panas lah sikit, matahari nampak terik dari dalam rumah. Ale-ale, bernafas macam memasukkan ABC ke dalam hidung, lalu terus ke paru-paru. Yang menariknya, keseimbangan suhu (thermal equalibrium) berlaku sampai ke perut. Usus pun sama-sama bergulung dek menahan sejuk udara macam ABC tu. Tapi aku teruskan juga, mencari matahari, mencari bahagia. Cewah. 

*Antara pemandangan yang memberi bahagia. Ececeh...*

Dalam perjalanan balik (tak lah jauh sangat aku jalan kaki, mengah kot, dah lama tak jalan kaki dan menahan sejuk), di seberang jalan tiba-tiba ada lelaki berkulit hitam berhenti, berhenti daripada terus mengayuh basikalnya. Bila dia nampak aku pandang dia (gelombang minda dia sampai kat aku la tu), dia teriak, "Allahuakbar!"

Aku kaget. Aku keliru. Aku kelu. Aku.. ke... ke.. kesejukan. Aku nak jawab apa?

"Nanti, dalam flight, kalau boleh, awak jangan cakap kuat-kuat Allahuakbar ke, Allah ke.. tau.. mungkin nak angkat barang ke.. berzikir ke.. tapi kalau boleh janganlah.. orang luar takut ada yang salah sangka, nanti awak susah"
Aku pernah dengar pesanan ni, masa pertama kali nak keluar Malaysia, 2007. Pertama kali naik kapal terbang. Nasihat seorang profesor. Tapi aku faham, ada benarnya. Bukan takut dengan takbir, tasbih dan tahmid. Tapi takut mudarat daripada mereka yang tidak faham, tidak kenal Islam. Mereka tak tahu, bukan salah mereka, kan?

**PERHATIAN : aku malas nak ulas panjang nasihat ini. jika ada yang terbaca dan berpendapat sebaliknya, aku hormat pendapat tersebut. nasihat yang aku quote ni tak lah aku setuju pada semua keadaan.

Hurm, jaga-jaga pun, ada je kawan tengah jalan kaki sebelah aku di-smack down nya sampai terlentang depan gereja masa kat Poland. Ada je aku tengah makan kebab dengan kawan aku, dikacaunya dengan orang tempatan di Belanda dengan kata-kata, "Do you know Osama Laden? Please tell him, we want peace!" dan dia terus buat gaya main tembak-tembak. Serius seriau! Pengalaman...

Kepada yang tak kenal aku, aku dan kawan-kawan aku masa tu bertudung, jadi orang kenal kami orang Islam dengan mudahnya, termasuklah yang ekstrem anti-Islam.

Jadi, bila mamat berkulit hitam tu teriak Allahuakbar, aku jawab Allahuakbar dalam hati dan terus pandang dia.. dan sekeliling. Korang tahu aku fikir apa? "Macam mana kalau ada kamera tersembunyi, orang tu nak kena kan aku, nak tangkap ke.. ni dah la US!" huhuhu.. Aku senyum. Dan dia terus tanya, "Where are you come from?"

Sebenarnya, mamat dari Lebanon tu teruja sebab jumpa saudara seIslam. Ya lah, dia mamat, mana nampak dia Islam. Aku minah, dengan tudung, cantik, baik, tertarik, mestilah terserlah keIslamannya, tu dia tegur. Aku yang salah faham dia. Tapi, tak salah aku berjaga-jaga kan? Dah lah aku sorang-sorang masa tu kan. Hehehe.. (bela diri).

Tapi, masa dalam perjalanan balik dari Raleigh semalam, Dian beritahu, kat sini ada banyak program untuk Muslim. Ada Muslim Society Association dekat Duke University ni okay. Aktif. Ada juga banyak program antara kaum, antara budaya dan antara agama. Aku kagum! Paling kagum, Dian kata, ada program berbuka puasa bersama-sama, bukan dengan sesama Islam saja, tetapi dengan orang Kristian dan Jewish (Yahudi) yang berpuasa juga! 

Mungkin negara ni sedar, pandangan dunia terhadap diorang, jadi diorang cuba sedaya upaya, mengikis pandangan membeza-bezakan agama tu, cuba menjadikan dunia ini lebih aman walaupun berlainan agama. Sebab tu, tiada cuti berkaitan keagamaan kat sini, tambah Dian. Faham tak apa aku nak sampaikan? Pendek kata, aku kagum dan teruja =D

Sebelum aku cuba masuk semula dalam selimut sebab dah pening-pening lalat ni, suka aku nak bagitahu, "Mama! Papa! Ain okay okay aje kat sini! Poyo lah kita kalau nak nebes lebih-lebih hahahaha!" Ke, aku yang nebes lebih ni? (Nebes, baca dengan bunyi Jawa... perkataan asal, 'nervous').

Bak kata lirik lagi Avril Lavigne (lagu When You're Gone), 
And make it okay...
I miss you...

*Tiba-tiba

***Semoga setiap langkah dan nafasku tak sia-sia, apatah lagi menjauhkan aku dari-Mu. Aku tahu, makhluk-makhluk-Mu sedang 'berbicara', bukakanlah telinga, mata dan hati, semoga tergolong aku dalam kumpulan yang Engkau sayangi.


8 comments:

Sunah Sakura said...

kalo de masa, join la program2 dengan Muslim kat sana.. :)

diorang tak membeza2kan agama, tapi kita kena hati2..sebab Islam dan agama lain tu tak sama..diorang mengamalkan ape orang cakap tu..."semua agama itu sama"..hoho~

ayen =D said...

ha ah.. aku teringat ayah Pin tiba2 hahaha... insyaAllah =) thanks for the peringatan ;) muaah!

~ fiza said...

good to hear u r ok haha poyo plak aku rs... tp serious good to hear that...
update byk2 k hehe

ayen =D said...

thanks sayangku fiza.. hehehe.. sementara belum study sangat ni.. insyaAllah, i'll try my best.. sharing is caring kata.. ;)

hanim said...

take care ain!

ayen =D said...

thanks hanim :)

Afzani Tual (Ajan) said...

*sempat pulak dia perasan mamat tu 'tertarik tertawan' kat dia*

Tapi bab bertudung di negara orang ni aku memang tabik spring toink toink la kat ko.

ayen =D said...

tak yah tabik2... ada je lagi orang lain buat gitu.. mcm2 pesen.. tiba2 rasa nk tukar pesen la.. balik2 nnti mcm yuna lak hahaha