Wednesday, February 1, 2012

Kalau Dah Alah, Kau Tetap Kalah

"Hey Ain, are u okay?"
"Yeah, I am okay, why?"
"Vineela said,  you sleep.. since the afternoon?"
"Owh, yeah, I took medicine.. so I slept.. I have.."
Alamak, apa selsema dalam bahasa Inggeris ek?
"My nose was blocked"
"Owh, you have cold?"
"Haaa.. yes.. " bongok, cold lah Ain, cold!
"Are you okay now?"
"Yeah yeah yeah.. I am better now... thank you!"
"Okay... =)"

I am lucky, having Vineela and Poorna as my housemates =)

**************************************


Sedap! Spaggeti, bawang-bawang, brokoli, lobak merah, tomato, kicap pekat, perencah sambal tumis, dan UDANG,. Gembira aku makan =) Macam mee udang lah konon (asal niat nak masak mee hailam, lain pula jadinya). Menu Ahad malam.

Bangun pagi Isnin, sejuk. Itu normal. Tapi siap bersin-bersin bagai, air hidung keluar tanpa sedar....? Jangan buat hal, jauh dari mak bapak ni, nanti siapa nak buat drama di bawah;

"Nah, makan ubat ni, bagus ubat ni..."
"Mana dapat ni?"
"Makan je, bagus tu..."
Selang 2 minit, bila tak bersin...
"Haaa.. kan dah kata, dah tak bersin, ubat tu bagus...!" , sambil sengih-sengih.
Yang bagi ubat dan sengih tu, mak aku lah, siapa lagi =D

Bila muka rasa tebal, bibir rasa keras, hidung rasa gatal dan sakit, rasa nak telan semua ubat. Haaa.. padan muka! Siapa suruh makan udang!!!
 
*Aku makan cucur udang kat Taman Sri Pulai, 2 ringgit, okay je. Takkan 5, 6 ekor udang dalam mee (spaggeti) pun dah jadi macam ni kot! Aku tak alah udang lah!

AKU TAK ALAH UDANG! AKU TAK ALAH UDANG!

Satu suara pun datang,
"Kadang-kadang kita cuba guna macam-macam hujah untuk nafikan kita 'alah'. Nak lawan kononnya. Ada masa bernasib baik, kita fikir kita dah imun. Tapi percayalah, kalau dah 'alah', kebanyakan masa kita tetap kalah"

Ain, belajarlah terima hakikat, kau alah dengan udang.
Ain, belajarlah terima hakikat, kau 'alah' dengan mereka. Siapa?
Aku tak boleh tulis la nama mereka, aku ALAH! =)


Makan cekodok ikan bilis lah hari ni, bukan udang. Cekodok aku ni rasa macam, roti gardenia hijau tu.. yang whole grain. Sihat konon! (Aku pun tak sangka tepung aku beli tu buat cekodok aku jadi macam ni) Kalau ada daun kunyit mak aku hiris mesti lagi harum. kehkehkeh...

********************************

Periksa emel, daripada Encik Profesor, 

Dear Ain, 
Get Better!

**Bukan aku mengada-ngada mengadu.. selsema.. demam-demam suam.. pening-pening manja.. tapi aku perlu maklumkan ketidakhadiran aku di jabatan kan**

It's okay, it's alright. Common baby, fight, fight, fight! Boleh sambung study, esok pergi jabatan yuk!

No comments: