Thursday, February 9, 2012

Gadis Cantik Diam Seribu Bahasa (Bahagian 1/2)

Sari berita utama :

1- Kisah Gadis-Cantik-Diam-Seribu-Bahasa (Bahagian 1/2)
2- Kisah Terharu Nak Peluk Abang France (Bahagian 2/2)

 

Selepas 2 perjumpaan kami membincangkan jurnal, aku beri anugerah kepada diri sendiri, Anugerah Gadis-Cantik-Diam-Seribu-Bahasa. Dalam satu jam untuk satu kertas jurnal, semua orang bercakap, tanya soalan, lukis pada papan putih... Aku? Baca, angguk, tenung, senyum, tulis.. Bukan tulis apa yang difahami atau idea menarik sahaja, tapi juga apa yang tidak difahami, membuatkan anugerah yang lebih tepat ialah, Gadis-Cantik-Diam-Seribu-Bahasa-Ala-Setiausaha.

Begitu juga dalam aktiviti makan tengahari bersama kumpulan penyelidikan (research group). Orang cakap aku dengar. Orang cerita aku pandang. Orang ketawa aku sengih. Orang pandang aku, eerrr.. alamak, apa dia tanya aku tadi ni?

Sampailah satu perjumpaan lain semalam, semua orang bentang jurnal yang mereka pilih. 7 orang x 2 jurnal (purata) = 14 jurnal! Aku, macam biasa, Gadis-Cantik-Diam-Seribu-Bahasa. Tak ada Ala-Setiausaha kali ini sebab terlalu banyak nak ditulis, aku penat tulis, aku putus asa. 

Habis bentang semua, profesor bercakap. Tiba-tiba aku dengar nama aku. Ain. Ain. Eh, nama aku Ain. Dia cakap ni nak tanya ke, cadang ke, arah ke..

"Maybe we can have Ain's presentation.. on what she has done and her plan.. " 

Aku pandang, muka pudar (blur). Dia nak aku terang sekarang ke?
Masa tu aku dapat tengok muka abang France yang buat Post Doc tu pandang aku dan buat aku rasa nak jerit, "abang! tolong saya...!! prof ni cakap apa...!" Dan dan aku panggil dia 'abang' kan. Dia dari France. Jadi aku rasa kami senasib. Pendatang di bumi Amerika. 

Profesor cakap lagi, dia tambah, ".. So, next meeting, you prefer to present using powerpoint or...?"

"Yes, normally I present using powerpoint.. next two weeks, right?"
Aku sengih secantik yang boleh.

Bersambung... (Sebab kawan-kawan yang aku sayang cakap, "kau suka tulis panjang-panjang..." Haaa.. sekarang aku tak boleh tulis pendek, jadi aku potong =D)

No comments: